SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL
BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
Disediakan oleh: Nur Afrina Afiqah Bt Muhmad Afian
Nuha Bt Abd Razak
Nama guru : Puan Nafizah Bt Abdul Wahab
ISI KANDUNGAN
▪ Maksud seloka
▪ Tema dan persoalan
▪ Gaya bahasa
▪ Nilai
▪ Pengajaran
▪ Glosari
RANGKAP 1
Baginda menitahkan orang besar
empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.
Raja menitahkan orang besar
empat untuk membina istana
berkota. Orang besar empat lalu
memanggil Pawang Raja dan
beliau mengerahkan empat puluh
empat tukang yang pandai,
bekerja tidak berhenti siang dan
malam
RANGKAP 2
Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
Selepas tujuh bulan, siaplah istana dengan segala
kelengkapannya. Istana itu sangat besar dan mempunyai
Sembilan ruang, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung
serong dan dua belas anjung tinggi.
RANGKAP 3
Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.
Terdapat juga tiga sudut menteri
delapan, tiang panjang maharaja lela
dan tiang tengah syukur menanti.
Galang-galangnya ular berang, kasau
kecil puteri menyembah dan kasau lentik
helang berbega
RANGKAP 4
Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.
Keindahan seni bina istana tersebut
terletak pada ukiran dinding istana
seperti berbunga sawa terlentok,
bertakuk bersedeling gam dan
berjenang berbatu kawi. Terdapat
juga pengaruh ukiran Cina dan Jawa
RANGKAP 5
Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami
isteri.
Sebaik-baik sahaja istana itu siap, tukang yang ditugaskan
untuk membina istana itu telah meninggal dunia. Tiada
seorang pun tukung yang lain dapat meniru kehebatannya
menghasilkaan seni ukiran dan corak tersebut.
Kemudiannya istana tersebut diserahkan kepada raja.
TEMA DAN PERSOALAN
GAYA BAHASA
Klasik
– utas
Repitisi – Tujuh bulan tujuh
purnama
- Empat puluh empat
tukang dan utas
Responsi - Sepuluh dengan rebat
guntung
- Sebelas dengan
pancung serong
- Dua belas dengan anjung
tinggi
GAYA BAHASA
Personifikasi
Kata ganda
Anafora
NILAI
Summarize your
research here in
three to five bullet
1) Keppoianttsu: han,
Tangg• u1nstgbjuallewt paobint
• 2nd bullet point
2) K••eg34rtihdgbbiuuhlllleeattnppooiinntt
3) K•e5teth lbiutlilaetnpoint
PENGAJARAN
▪ 1) Kita mestilah patuh kepada arahan ketua.
– Raja menitahkan orang besar empat untuk membina istana berkota.
Orang besar empat lalu memanggil Pawang Raja dan beliau mengerahkan
empat puluh empat tukang yang pandai, bekerja tidak berhenti siang dan
malam
▪ 2) Kita mestilah rajin dalam melakukan setiap pekerjaan.
– Selepas tujuh bulan, siaplah istana dengan segala kelengkapannya. Istana
itu sangat besar dan mempunyai Sembilan ruang, sepuluh rembat
guntung, sebelas pancung serong dan dua belas anjung tinggi.
▪ 3) Kita perlulah teliti dalam melakukan sesuatu perkerjaan agar
hasilnya akan menjadi baik.
– Terdapat juga tiga sudut menteri delapan, tiang panjang maharaja lela
dan tiang tengah syukur menanti. Galang-galangnya ular berang, kasau
kecil puteri menyembah dan kasau lentik helang berbega
GLOSARI
1. Pawang - orang yg mempunyai
kebolehan istimewa melakukan sesuatu
2. Rembat guntung - tiang penyokong
3. Pancung serong - kain yang disusun
dan diikat serong dengan puncanya
tergantung
4. galang galang- sesuatu yg
dipasang melintang utk dijadikan
landasan
5. kasau - kayu yg melintang pd atap
(bumbung) rumah.
6. mengelempai - berbaring dgn lemah
longlai
7. kawi- kukuh, kuat
daripada ; Afrina dan Nuha