Cakap Ajuk
Cakap Pindah
Cikgu Siti Khajar binti Kamil
SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
71400 Pedas, Negeri Sembilan Darul Khusus.
10 kaedah
menukar cakap
ajuk kepada
cakap pindah
Semua KATA TANYA harus
1 ditukar kepada KATA NAMA AM
“Bagaimanakah Puan Aini sekarang?” tanya Tuan Abu
c.a kepada setiausahanya.
c.p Tuan Abu bertanya kepada setiausahanya tentang
keadaan Puan Aini pada waktu itu.
Siapa-tentang individu
Apa-tentang perkara
Berapa-tentang harga/bilangan
Mengapa-tentang sebab/punca/faktor
Bila-tentang masa/tarikh
Di mana-tentang lokasi/tempat
Bagaimana-tentang cara/keadaan/prosedur
2 Semua KATA SERU
harus ditukar kepada
KATA NAMA yang jelas
c.a “Wah, cantiknya ibu kamu!” puji rakan saya Aleesya.
c.p Rakan saya Aleesya memuji kecantikan ibu saya.
Wah- perasaan kagum
Amboi-nada mengejek/memerli
Eh-perasaan hairan
Cis-perasaan marah
Oh-seolah-olah sedah memahami
3 Semua KGND 1&2
harus ditukar kepada KGND 3
c.a “Awak tinggal di mana?” tanya Rania kepada Wee Lei.
Wee Lei bertanya kepada Rania tentang tempat
c.p tinggalnya.
4 Semua KATA GANTI TUNJUK DEKAT
harus ditukar kepada
KATA GANTI TUNJUK JAUH
c.a “Rumah ini milik siapa?” tanya Maria.
c.p Maria bertanya tentang identity pemilik rumah itu.
5 Semua KATA ADVERBA
yang menunjukkan maksud dekat
harus ditukar kepada
KATA ADVERBA JAUH
c.a “Jangan bercakap kasar begini, tak sopan Mei Mei,”
nasihat papa kepada Mei Mei.
Papa Mei Mei menasihatinya supaya tidak bercakap
c.p kasar begitu kerana tidak sopan.
6 Semua SINGKATAN KATA (SINKOPE)
harus ditukar kepada
PERKATAAN YANG LENGKAP
c.a “Saya nak ke SEMADAH esok,” kata Syafia kepada
Aqilah.
Syafia memberitahu Aqilah bahawa dia hendak ke
c.p SEMADAH esok.
8 Semua KATA TIDAK FORMAL
harus ditukar kepada
KATA YANG FORMAL
c.a “Cis, berambus kamu dari istana beta!” jerit Sultan
kepada Bendahara.
Sultan menjerit kepada Bendahara sambil menghalau
c.p Bendahara keluar dari istana baginda.
9 Semua AYAT PERINTAH
harus ditukar kepada
AYAT PENYATA yang gramatis
c.a “Jangan merokok dalam kawasan sekolah,” kata guru
disiplin kepada murid-muridnya.
Guru disiplin melarang murid-muridnya merokok
c.p dalam kawasan sekolah.
Jangan-melarang
Usah-menasihati ______ agar tidak
10 Semua BAHASA PINJAMAN/
BAHASA PASAR
harus ditukar kepada
BAHASA MELAYU GRAMATIS
c.a “Lu mau pergi mana?” tanya Lin Dan kepada Lee wei.
Lin Dan bertanya kepada Lee Wei tentang tempat
c.p yang ingin ditujui Lei Wei.
Anda dapat sesuatu
hari ini?
Semoga bermanfaat!
Sekian,
terima kasih.