MPU23072
SESI 2-2021/2022
PERANAN KAEDAH FIQH DALAM PELANCONGAN DAN
HOSPITALITI
E-MAJALAH
NAMA PENSYARAH : PUAN. DINA BT ABDUL KHALIK
AHLI KUMPULAN
NADHIRAH UZMA BT MOHD NUR ADIBAH SYAHIRAH BT KHAIRUNNISA BT MOHAMAD QATRUL NAJJA BT
HUSSIN ZULKEFLI HAZIZI AZIZAN
26DRT21F1002 26DRT21F1020 26DRT21F1003 26DRT21F1006
PENGENALAN FIQH
Syariat Islam ialah penutup segala syariat yang
diturunkan oleh allah SWT bersifat syumul, mudah
serta sesuai diamalkan sepanjang masa dan tempat.
Antara ciri kesyumulan ajaran ini ialah ia mampu
menyelesaikan pelbagai persoalan yang timbul dan
dihadapi oleh manusia berdasarkan pelbagai
pendekatan dan kaedah yang ditetapkan oleh
syarak. Salah satu pendekatan yang digunakan oleh
ulama silam dalam menyelesaikan persoalan yang
berlaku ialah dengan menggunakan pendekatan
kaedah fiqh.
PENGERTIAN FIQH
Menurut ensiklopedia fiqh, pengertian fiqh menurut
bahasa ialah mengetahui sesuatu dan memahami
tentangnya. Kebiasaannya perkataan fiqh digunakan
untuk ilmu-ilmu keagamaan kerana kemuliaan ilmu
itu. Manakala menurut Muhammad Mustafa Shalabi,
al-Quran menggunakan perkataan fiqh untuk
memahami sesuatu perkara dengan mendalam. Bukan
itu sahaja, pengertian fiqh dapat ditafsirkan
melalui istilah juga. Menurut al-Zarkhasi,
pengertian fiqh menurut istilah ialah mengetahui
hukum hukum syarak yang berbentuk praktikal
yang diambil daripada dalil dalil yang terperinci.
Menurut al-Amidi pula, fiqh bermaksud ilmu yang
terhasil secara jumlahnya daripada hukum- hukum
syarak yang far'i dengan cara memerhati dan
menggunakan dalil. Secara kesimpulannya, yang
dimaksudkan dengan fiqh ialah mengetahui hukum-
hukum syarak yang berbentuk amalan seperti
ibadat, perkahwinan, penceraian dan lain-lain
berdasarkan dalil-dalil yang terperinci sama ada
al-Quran atau al-Sunnah.
PENGERTIAN KAEDAH FIQH
Menurut bahasa, perkataan 'kaedah' merupakan jamak
bagi perkataan qawaid. Ia membawa beberapa maksud
seperti asa, dasar atau pun asal. Perkataan qawaid dari
sudut bahasa mempunyai beberapa sandaran daripada al-
Quran antaranya : Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan
(ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail
meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (kaabah)
itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata : Wahai Tuhan
kami! Terimalah daripada kami (amal kami). (surah al-
baqarah : 127). Menurut istilah pula, terdapat pelbagai
pengertian kaedah fiqh yang diberikan oleh ulama
antaranya Al-Jurjani, Dr Mahmud Ismail, Ibn al-Subki dan
Al-Hamawi. Pengertian kaedah fiqh menurut Al-Jurjani
ialah persoalan umum yang boleh diaplikasikan ke atas
kesemua cabang. Manakala, menurut Dr Mahmud Ismail
membawa maksud hukum fiqh yang berbentuk umum yang
dapat diketahui hukum darinya bagi persoalan-persoalan
cabang dari pelbagai bab. Selain itu, menurut Ibn al-Subki,
pengertian kaedah fiqh ialah sesuatu yang kulli
(keseluruhan) yang boleh diaplikasikan kepada juzuk-
juzuk yang banyak, serta dapat difahami hukum darinya.
Akhir sekali, menurut Al-Hamawi ialah hukum akhtari dan
bukan kulli (keseluruhan) yang boleh diaplikasikan
kepada kebanyakan juzuk-juzuk, untuk mengetahui
hukum daripadanya.
PERANAN KAEDAH FIQH DALAM PELANCONGAN
DAN HOSPITALITI
Dalam bidang pelancongan dan hospitaliti, terdapat beberapa
peranan kaedah fiqh yang dapat kita ketahui. Antaranya ialah
dapat membentuk gambaran umum tentang fiqh. Pengajian kitab
fiqh di Malaysia untuk masyarakat awam kebanyakannya tidak
sempat untuk diselesaikan. Jadi dengan adanya pengajian kaedah
fiqh ini, akan membuka membuka peluang kepada masyarakat awam
untuk mendapat gambaran umum tentang topik yang terkandung
dalam ilmu fiqh. Seterusnya, dapat memudahkan individu memahami
hukum. Ilmu kaedah fiqh merupakan salah satu pendekatan dalam
memahami hukum. Ilmu kaedah fiqh merupakan salah satu
pendekatan dalam memahami hukum syarak dalam pelbagai bidang
sama ada ibadat, muamalat, jenayah pentadbiran dan lain
persoalan termasuklah pelancongan dan hospitaliti. Selain itu,
memandu setiap usrusan supaya mencapai maqasid syariah.
Contohnya, undang-undang yang digubal oleh pemerintah dalam apa
jua bidang hendaklah tidak bertentangan dengan hukum syarak.
Justeru dalam menggubal undang-undang tersebut, al-Quran dan
al-Sunnah dan juga kaedah-kaedah yang berdasarkan kepada
sumber tersebut tidak diabaikan agar ianya tidak bertentangan
dengan maqasid (tujuan) syarak. Dalam pada itu, kaedah fiqh dapat
memainkan peranan untuk dijadikan sumber hujah dalam menangani
isu-isu yang terbaru. Misalnya, banyak persoalan yang timbuk di
kalangan masyarakat memerlukan jawapan dan penyelesaian
daripada cendiakawan islam. Dengan menguasai ilmu ini ianya mampu
untuk menyelesaikan persoalan tersebut. Akhir sekali, syariat
islam sesuai diamalkan kerana sesuai dengn kedududkannya sebagai
penutup segala syariat maka ianya sesuai diamalkan sepanjang
zaman dan masa.
PERANAN PENGERTIAN FIQH DALAM BIDANG
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
Memudahkan pemahaman terhadap hukum yang digunakan
dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Dengan adanya,
ilmu kaedah Fiqh, umat islam dapat memahami hukum yang
digunakan terhadap sesuatu perkara tanpa membabi buta.
Penentangan dan pertikaian terhadap hukum yang lahir
tidak akan timbul apabila masyarakat islam memahami
bahawa keselamatan akidah, nayawa , keturunan , akal dan
harta adalah maqasid yang perlu dijaga. Contohnya,
percampuran antara lelaki dan perempuan dikolam perlu
diasingkan demi menjaga maruah manusia, terutamanya kaum
wanita. Sebagai contohnya, sumber alam digunakan untuk
menghasilkan produk yang mampu menjadi tarikan pelancong
seperti perabot serta melakukan pelbagai serta
melakukan pelbagai usaha ke arah menjaga kebersihan dan
kesejahteraan alam seperti aktiviti riadah , penanaman
semula pokok dan lain-lain lagi. Sebagai pendorong kepada
umat islam untuk membangunkan industri pelancongan dan
hospitaliti dalam islam bukanlah agama yang sempit dan
sukar, malahan islam agama yang realistik. Dengan
memahami ilmu kaedah Fiqh , daya kreativiti umat islam
dapat dipupuk, khususnya dalam menyumbang kepada
pembangunan industri pelancongan dan hospitaliti
berlandaskan kepada pendekatan dan prinsip yang diredai
oleh Allah S.W.T.
Al-Quran
SUMBER
KAEDAH FIQH
Al-Hadis Athsar
sahabat(pendapa
t sahabat)
PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
Al-Kuliyyah Al-Kubra Al-Sughra
kaedah yang himpunan sejumlah
disepakati yang besar kaedah-kaedah
merangkumi 5 kaedah
fiqh yang skop
aplikasinya lebuh
kecil berbanding
kaedah fiqh al-
kuliyyah al-kubra
KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTETAPAN DENGAN
BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
Unit ini akan membincangkan secara ringkas 5
kaedah Kuliyyah Al-Kubra yang merupakan kaedah
asas dalam ilmu kaedah fiqh. Perbahasaan ini akan
merangkumi makna kaedah serta dalil-dalilnya. 5
Keadah Al-Kuliyyah Al-Kubra antaranya segala
urusan berdasarkan niat, keyakinan tidak hilang
dengan keraguan, kesukaran menjadi sebab kepada
kemudahan dan keringanan, kemudaratan
hendaklah dihilangkan dan adat sebagai sumber
hukum.
KAEDAH FIQH
- urusan berdasarkan niat
- keyakinan tidak hilang dengan keraguan.
- kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan
dan keringanan.
- mudarat mesti dihilangkan
- adat sebagai sumber hukum.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, agama islam adalah agama yang
mudah. Islam memudahkan perkara yang kita
telah anggap sebagai beban. Islam merupakan
agama yang lengkap dan mencukupi dalam semua
aspek kehidupan kita. Ia bermula dari diri kita
sendiri, keluarga, negara seterusnya ke peringat
antarabangsa. Islam juga menekankan persoalan
rohani dan jasmani secara seimbang. Pelancong
islam dapat dijalankan dengan sempurna jika
konsep fiqh dihayati dengan mendalam. Kebolehan
memenuhi keinginan pelancong dari segi keperluan
kerohanian seperti kemudahan patuh syariah
atau kemudahan keperluan solat . Untuk tujuan
penambahbaikan konsep pelancongan dan
hospitaliti dalam islam, dengan itu perkara ini
memerlukan konsep nilai-nilai murni atau
seperti sopan santun atau berbudi bahasa . Oleh
itu, kaedah fiqh telah membuktikan kepada kita
bahawa islam ini memudajkan urusan orang lain.
SUMBER RUJUKAN
https://nukilanseorangpendosa.blogspot.com/2020/03/
https://snjba.blogspot.com/
https://fliphtml5.com/vajct/tkvc/basic
SEKIAN TERIMA
KASIH !