MINGGU
11
E-Pembelajaran
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat
induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan
ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung
pancangan.
Jenis Ayat 01 Ayat majmuk
Majmuk pancangan relatif
Pancangan
02 Ayat majmuk
pancangan
03 komplemen
Ayat majmuk
pancangan keterangan
Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk
yang menggunakan kata hubung "yang".
untuk membentuk Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Cara Pembentukan Ayat Majmuk Relatif
Ayat induk : Nurisma membaca majalah itu.
Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.
Nurisma membaca majalah yang dibeli di kedai itu.
Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung "bahawa"
dan "untuk".
Ayat induk : Wais berjanji.
Ayat kecil : Wais tidak akan ponteng sekolah lagi.
Kata hubung : bahawa
Wais berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
Ayat induk : Ismaliyana pergi ke pasar.
Ayat kecil : Ismaliyana membeli daging dan sayur-sayuran.
Kata hubung : untuk
Ismaliyana pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang
terdiri daripada ayat induk dan ayat lain berfungsi untuk
memberi keterangan.
Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam
ayat majmuk pancangan keterangan, iaitu:
Keterangan sebab/ musabab --> kerana, lantaran.
Keterangan syarat --> jika, kalau, sekiranya,
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Keterangan waktu --> sejak, semenjak, setelah
Keterangan pertentangan --> walaupun, meskipun, kendatipun
Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga
Keterangan cara --> dengan
Keterangan perbandingan --> seperti, macam, seolah-olah
Keterangan tujuan --> untuk , demi ,bagi
Keterangan akibat --> hingga , sehingga
Sekian Terima
Kasih