The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azura Mazlan, 2019-11-12 00:57:07

MODUL BIJAK KALKULATOR

MODUL BIJAK KALKULATOR

SMK. SULTANAH ENGKU TUN AMINAH, JOHOR BAHRU

MODUL BIJAK
KALKULATOR

DISEDIAKAN OLEH:
PANITIA

MATEMATIK,
SMK SETA

PENGENALAN
Berdasarkan statistik, ramai pelajar yang cenderung untuk mendapat markah Matematik
yang rendah dan tidak dapat mengaplikasikan konsep Matematik dalam kehidupan. Oleh
itu, salah satu usaha untuk membantu para pelajar ialah dengan menjadikan pembelajaran
Matematik sesuatu yang menyeronokkan. Modul Bijak Kalkulator ini diharap dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara kendiri. Selain itu, modul ini juga
diharap dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mendalami konsep Matematik serta
mengurangkan kecuaian semasa pengiraan.

OBJEKTIF

I. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara kendiri.
II. Memupuk perasaan ingin tahu dan seronok terhadap subjek Matematik dalam diri

pelajar.
III. Mengurangkan kecuaian semasa pengiraan.

SASARAN

Semua guru & pelajar SMK Sultanah Engku Tun Aminah

PENUTUP
Diharapkan agar Modul Bijak Kalkulator yang diwujudkan ini memberi impak yang positif
kepada semua warga sekolah seterusnya meningkatkan keyakinan pelajar dalam
pembelajaran Matematik.

Disediakan oleh,
AZURA BINTI MAZLAN
Ketua Panitia Matematik,
SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru.

Disemak oleh,
HJH NUR HASHIMAH BINTI ABD WAHAB
Guru Kanan Matapelajaran,
Bidang Sains dan Matematik,
SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru.

1. PERSAMAAN KUADRATIK
Contoh soalan : 3x2 – 16x + 5 = 0

1. Tekan MODE
2. Pilih EQN
3. Tekan MODE, pilih DEGREE 2
4. a? 3 =, b? – 16=, c? 5=
5. Jawapan : x = 5, x = 1/3

2. PERSAMAAN LINEAR SERENTAK
Contoh soalan : x - 1/3y = 7

2x + y = 4
1. Tekan MODE
2. Pilih EQN
3. UNKNOWNS?, pilih 2
4. a1? 1 =, b1? – 1/3 =, c1? 7 = , a2? 2 =, b2? 1 =, c2? 4 =
5. Jawapan : x = 5, y = - 6

3. ASAS NOMBOR
DEC (d) = asas 10, BIN (b) = asas 2, OCT (o) = asas 8
Contoh soalan : Tukar 104710 kepada nombor asas lapan

1. Tekan MODE
2. Pilih BASE
3. Tekan DEC (asas 10)
4. Masukan nombor 1047 =
5. Tekan OCT (asas 8)
6. Jawapan : 20278

4. PENYELESAIAN PERSAMAAN ALGEBRA

Contoh soalan : 7t + ½ (30 + t) (8) = 230

1. Cara menekan anu t dalam kalkulator : Tekan ALPHA, kemudian X
2. Cara menekan symbol = dalam kalkulator : ALPHA =
3. Masukkan persamaan 7t + ½ (30 + t) (8) = 230
4. Tekan SHIFT SOLVE , SHIFT SOLVE (2 kali)
5. Jawapan : t = 10

5. MENCARI NILAI Y APABILA DIBERI NILAI X (GRAF FUNGSI)

Contoh soalan : Diberi persamaan y = x3 - 2x2 - 5x + 6. Lengkapkan jadual di bawah.

x 3 2 1 0 1 2 3 4

y 24 0 60 0 18

1. Cara menekan anu x dalam kalkulator : Tekan ALPHA, kemudian X
2. Masukkan persamaan x3 - 2x2 - 5x + 6
3. Tekan CALC, X? 1 =, Jawapan : 8
4. Tekan CALC, X? 2 =, Jawapan : - 4
5. Jawapan :

1 2
8 -4

6. BENTUK PIAWAI

Contoh soalan : Berikan jawapan dalam bentuk piawai 2.34 x 104 – 10 900 =

1. Tekan MODE
2. Pilih SCI
3. Sci 0~9, pilih 5
4. Masukkan operasi 2.34 x 104 – 10 900 =
5. Jawapan : 1.25 x 104


Click to View FlipBook Version