PEMIKIRAN
PENULIS
TENTANG PUISI
CIPTAAN
DISEDIAKAN OLEH: NURUL FATIHAH BINTI
MOHAMAD ARIFF
KELAS: H9
LAMPIRAN A
MAKNA DAN INSPIRASI: PANTUN LUBUK AKAL TEPIAN BUDI
RANGKAP PANTUN MAKSUD
Pembayang: mengisahkan orang lelaki yang belum berkahwin
dan hanya mengembara sendiri. Lama-kelamaan, lelaki
tersebut mula berkurung dalam rumah dan jarang keluar
rumah. Hal ini demikian kerana dia ingin melengkapkan ilmu
agama sebelum mendirikan rumah tangga. Dia telah menelaah
ilmu tersebut di bahagian Nawa yang merupakan sebuah
wilayah di Wilayah Ghazni, Afghanistan.
Bujang kelana Inspirasi: sindiran kepada masyarakat muda sekarang yang
RANGKAP 1: kian berpingit, enggan keluar mencari ilmu Allah namun ingin memimpin isteri
PEMBAYANG Mula bersuluk di kelak tanpa ilmu yang mencukupi.
pinggir Nawa; Istilah berpingit tersebut pada zaman dahulu digunakan untuk
gadis Melayu yang cantik. Amalan tersebut bagi mengelakkan
hubungan percintaan yang terlarang antara lelaki dan wanita
sekali gus menggalakkan amalan merisik untuk berkenal-
kenalan dengan anak gadis orang. Situasi ini dipotretkan dalam
kisah Hikayat Anggun Ayu Tunggal yang pernah mengintai-intai
Puteri Kasa Terbentang bersama enam puteri yang lain.
Namun begitu, dalam konteks pembayang ini menggambarkan
orang lelaki juga mula menormalisasikan perbuatan berkelana
jauh dan berpingit untuk menimba ilmu agama terutamanya
sebelum berkahwin.
Istilah bersuluk tersebut membawa maksud pengasingan diri
atau jalan ke arah mencapai kesempurnaan ilmu tasawuf
sebagai persediaan sebelum menjadi ketua keluarga.
Pemilihan daerah Nawa adalah kerana wilayah tersebut
merupakan daerah yang dianut oleh orang Islam dan pernah
melahirkan ilmuwan iaitu Imam al-Nawawi, seorang pemikir
Muslim dalam bidang fiqh dan hadis. Berikut merupakan
gambar daerah Nawa:
Maksud: Orang yang berbudi akan disukai dan dijadikan contoh
oleh manusia mahupun binatang.
RANGKAP 1: Budi laksana Perkataan budi di sini lebih menggambarkan tingkah laku yang
MAKNA bintang di langit, baik dan dilakukan berasaskan ilmu pengetahuan.
Dambaan Perumpamaan bintang di langit itu menunjukkan bahawa
makhluk penyejuk amalan berbudi pekerti amat indah dan bukan semua orang
jiwa. mampu memilikinya.
Oleh sebab itu, sikap ini diimpikan oleh semua makhluk
termasuk manusia dan binatang kerana merekalah yang dapat
menjaga kebajikan masyarakat
Pembayang: mengisahkan pendekar yang menurut perintah
untuk mempelajari ilmu kepahlawanan. Mereka yang juga
pengembara telah singgah untuk berguru silat seperti Silat
Helang Buana
RANGKAP 2: Anak pendekar Inspirasi: Filem Pendekar Sakti pada tahun 1972 karya S
PEMBAYANG turut perintah, Kadarisman.
Singgah berguru Istilah buana dalam pembayang tersebut sebenarnya
silat buana; membawa rencam maksudnya. Antaranya:
1. Menurut Kamus Dewan, buana ini bermaksud dunia dan
sejagat.
2. Nama Lang Buana pula merupakan nama tempat di
Jerantut, Pahang yang terkenal dengan aktiviti
pelancongan. Nama ini juga telah dijadikan sebagai
latar tempat sebuah filem berjudul Lang Buana yang
dilakonkan oleh kumpulan Senario yang mengisahkan
tiga orang hamba abdi yang singgah di kota tersebut.
3. Dalam dunia perguruan silat, terdapat beberapa
pergerakan silat yang menggunakan perkataan buana
contohnya Helang Buana.
4. Dalam filem Pendekar Sakti itu sendiri telah
menceritakan kisah tiga orang pendekar telah pergi
mengembara dan menuntut ilmu bersama Mahaguru
Buana.
Berdasarkan maksud-maksud di atas, penulis telah memilih
penggunaan perkataan dalam maksud yang ketiga dan
menggabungkannya dengan kisah Pendekar Sakti. Berikut
merupakan poster promosi filem tersebut:
RANGKAP 2: Akal akar Maksud: Orang yang berakal dan bijaksana mempunyai
MAKNA berpulas tak pangkat yang lebih tinggi dan tidak sesuai untuk dibandingkan
patah, dengan orang yang jahil.
Bukan seteru
orang yang hina. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, peribahasa akal akar
berpulas tak patah ialah orang yang pandai tidak akan mudah
kalah dalam perdebatan.
Oleh itu, setiap tutur bicara individu yang bijaksana pastinya
berasaskan ilmu pengetahuan dan bukanlah setaraf dengan
individu yang hina.
Pembayang: Penulis memperincikan penemuan Prasasti
Canggal di Jawa Tengah. Tinggalan ini telah dijumpai di
Tinggalan Jawa bahagian Magelang yakni daerah yang berhadapan dengannya
RANGKAP 3: prasasti Canggal, ialah wilayah Banjar.
PEMBAYANG Tepian Banjar
khazanah berseni; Inspirasi: Sejarah pengaruh awal agama Hindu-Buddha di
Nusantara yang telah dipelajari dalam kursus Sistem Ejaan
Jawi dan Rumi (BMMB1114)
Menurut sejarah, Prasasti Canggal tersebut ditemui pada 732
Masihi di kawasan Candi Gunung Wukir, Magelang, Jawa
Tengah yang ditulis dalam aksara Pallava. Prasasti tersebut
mencatatkan kisah raja dan tuhan dalam agama Hindu. Berikur
merupakan gambar Prasasti Canggal dan tempat
penemuannya:
Prasasti Canggal
Candi Gunung Wukir
Frasa tepian Banjar pula digunakan kerana daerah yang
berhadapan dengan Magelang ialah Banjarnegara. Berikut
merupakan peta yang menunjukkan kedudukan kedua-dua
buah daerah itu yang berhadapan antara satu sama lain:
Oleh itu, frasa khazanah berseni itu bertepatan dengan
penemuan Prasasti Canggal di Jawa Tengah dan kota Banjar
yang mengandungi pelbagai warisan seni yang diiktiraf.
Maksud: Penulis menasihati pembaca supaya mengelakkan diri
daripada menerapkan amalan tidak berbudi pekerti.
RANGKAP 3: Angkuh terbawa Menurut Kamus Istimewa Peribahasa (2016), peribahasa
MAKNA tampan tertinggal, angkuh terbawa tampan tertinggal ini bermaksud orang yang
Usah diajar baik rupanya tetapi buruk sikapnya.
pekerti begini.
Inspirasi: Anak muda era kini saling bersaing untuk
menayangkan kekayaan dan kecantikan masing-masing dalam
media sosial hingga menjatuhkan maruah diri serta
menonjolkan pekerti yang buruk.
RANGKAP 4: Ayam cemani Oleh itu, orang yang elok budinya adalah lebih baik di sisi
PEMBAYANG dihambat ke mari, agama serta masyarakat berbanding nikmat duniawi yang lain.
Pembayang: Ayam cemani telah dihambat masuk ke dalam
Hitam sekendi reban ayam dan penulis baru menyedari burung Sekendi Sudu
bukan belaka; Hitam berwarna putih dan hitam yang wujud dalam kawanan
ayam tersebut.
Inspirasi: Isu kepupusan haiwan tertentu di Nusantara. Kedua-
dua spesies yang disebut sedang mengalami ancaman dalam
kepupusan spesies yang unik di dunia.
Ayam cemani merupakan satu-satunya baka asli dari Jawa
Tengah yang keseluruhan tubuhnya berwarna hitam
disebabkan mutasi gen fibromelanosis. Pada zaman sebelum
kedatangan Islam, ayam ini dianggap sebagai penolak bala dan
dijadikan haiwan korban dalam ritual keagamaan serta dijual
dalam pertandingan laga ayam. Kini, ayam tersebut hanya
boleh didapati di beberapa tempat contohnya Nusantara dan
negara Eropah yang menjadi pengimport terbesar ayam ini.
Berikut merupakan gambar ayam cemani:
Burung Sekendi Sudu Muka Hitam merupakan burung yang
agak unik apabila tubuhnya berwarna putih namun paruhnya
adalah hitam. Disebabkan itu, frasa hitam sekendi bukan
belaka digunakan kerana burung ini hanya berwarna hitam
pada bahagian tertentu seperti paruhnya. Menurut Ilha Hafiz
(2022), burung ini merupakan spesies terancam global dan
telah dikesan berhijrah ke Seberang Perai Utara baru-baru ini
yakni populasinya di dunia adalah kurang daripada 500 ekor.
Kini, kerajaan sedang berusaha untuk mewartakan Tapak
Ramsar yang baharu untuk menjaga habitat itu.
Burung Sekendi Sudu Muka Hitam
Burung Sekendi Kepala Hitam
Maksud: Tindak-tanduk yang buruk akan membawa
kecelakaan dan kesusahan kepada diri disebabkan kegagalan
mengawal pemikiran yang jahat.
RANGKAP 4: Hilang bini boleh Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2016),
MAKNA dicari, peribahasa hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka
Hilang budi badan bermaksud akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan
celaka. kepada diri sendiri.
Oleh itu, baris tersebut menasihatkan manusia untuk tidak
mengikut hawa nafsu dan pemikiran yang tidak berasas dalam
membuat keputusan penting dan perlakuan diri.
Pembayang: Seorang wanita mengandung yakni isteri kepada
pahlawan tersohor terlalu mengidam untuk makan mempelam
sehingga curi-curi makan mempelam yang ditanam di kebun
pemerintah.
Inspirasi: kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang berkaitan
tragedi Dang Anum yang mati dibunuh oleh Sultan Mahmud II.
RANGKAP 5: Tiba srikandi Frasa srikandi itu mewakili Dang Anum yang merupakan isteri
PEMBAYANG mengidam kepada Laksamana Megat Seri Rama yang sedang
mengandung. Mengikut sejarah, isterinya itu telah mengidam
mempelam, untuk makan buah nangka yang hanya ditanam di kebun
Buah berkembar sultan. Penggunaan perkataan mempelam ini sebenarnya
di laman tuanku; untuk melambangkan buah nangka.
Frasa buah berkembar ini bermaksud mempelam yang
dimakan tersebut telah bercantum dua. Amalan makan buah
berkembar ini sering kali dipercayai oleh masyarakat dahulu
yang menginginkan anak kembar.Berikut merupakan antara
bentuk mempelam berkembar:
Pada akhirnya, Dang Anum telah disoal oleh Sultan Mahmud II
atas sebab perlakuannya untuk makan buah milik Sultan.
Sultan Mahmud II bertekad untuk membelah perutnya bagi
melihat sama ada benar anak dalam kandungannya yang ingin
merasa buahnya dan menyebabkan Dang Anum terbunuh.
RANGKAP 5: Walau budi tak Maksud: Meskipun akal fikiran dan sikap manusia tidak dapat
MAKNA dapat diselam, difahami oleh individu lain, cara perwatakan seseorang itu
Sudah tergambar mampu melambangkan tahap pemikiran dan budi pekerti
dek tingkah dan mereka.
laku.
Maksud baris ini adalah lebih kurang sama dengan peribahasa
dada manusia tidak dapat diselam iaitu pengetahuan
seseorang tidak dapat diduga. Oleh itu, hanya perilaku sahaja
yang mampu menunjukkan ketinggian ilmu seseorang.
LAMPIRAN 2
MAKNA DAN INSPIRASI: SYAIR ANAK PERANTAU
RANGKAP SYAIR MAKNA
Bacalah anakanda warkah bertinta, Maksud: Ibu menyuruh anaknya tercinta untuk
Nukilan bonda buatmu juita, membaca surat berbentuk syair yang ditulis
Lembaran dicoret di atas beranta, olehnya. Surat tersebut telah dihasilkan ketika
Di rantau sana hayatilah kupinta. ibunya berada di atas perahu. Ibu mengharapkan
anaknya menghayati syair tersebut di negeri
orang.
Inspirasi utama syair: Situasi COVID-19 yang
melanda dunia telah menjejaskan hubungan sosial
antara masyarakat terutamanya ahli keluarga yang
tinggal berjauhan apabila penutupan sempadan
negeri dan negara dikuatkuasakan sejak tahun
2020.
Lebih menyedihkan apabila ibu bapa yang sudah
tua terpaksa tinggal bersendirian dan merayakan
perayaan secara kecil-kecilan tanpa kunjungan
anak-anak. Walaupun negara sudah memasuki
fasa Revolusi Perindustrian 4.0, masih terdapat
sesetengah golongan yang tetap menggunakan
cara tradisional untuk berkomunikasi dengan
saudara-mara iaitu melalui kiriman surat.
Pengenalan syair ini menggambarkan kerinduan
seorang ibu terhadap anaknya. Oleh itu, untuk
menyampaikan emosi yang tepat kepada
pembaca, pengenalan yang menunjukkan
suasana dan harapan ibu ketika menghasilkan
syair ini telah ditampilkan.
Perkataan beranta membawa erti sejenis perahu
sungai. Berikut merupakan gambar beranta:
Wahai anakku musafir lalu, Maksud: Ibu menyeru anaknya yang pergi
Andai dugaan datang bertalu, mengembara dan berpesan jika terdapat pelbagai
Usah berduka dihiris sembilu, dugaan menimpa tanpa henti, maka janganlah
Carilah Tuhan pengubat pilu. anaknya itu berasa susah hati. Ibu menyuruh
anaknya kembali berdoa kepada Allah supaya
Adat jauhari bertiang ilmu, perasaan sedih itu kian menghilang.
Pantang mendengar marhaen
bersemu, Inspirasi: Ketika COVID-19 melanda negara,
Timbalah ilmu tiadalah jemu, terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh
Walau lelah rasa dijamu. anak muda yang menuntut ilmu dan pada masa
yang sama menginginkan kebebasan bersama-
sama rakan.Oleh itu, disebabkan kekangan sosial
yang berlaku individu hanya mampu
menenangkan diri sendiri dengan beribadah
kepada Allah.
Maksud: Ibu menyatakan bahawa orang yang
bijaksana pastinya berpegang pada ilmu
pengetahuan dan pantang mendengar dan
melakukan sesuatu yang menyalahi hukum
duniawi serta ukhrawi. Oleh itu, ibu menggesa
anaknya menimba ilmu tanpa perasaan jemu
walaupun banyak kesukaran dihadapi untuk
mendapatkannya.
Inspirasi: Pembelajaran dalam talian kini telah
menyebabkan hasil pemahaman pembelajaran
adalah kurang berkesan dan tidak mengujakan
seperti zaman sebelum COVID-19. Namun begitu,
kita seharusnya menganggap perkara itu sebagai
Dengarkan ini pesanan hakiki, ujian semata-mata dan terus menimba ilmu sebaik
Celaka hidup bahana berdengki, mungkin ketika belajar.
Sanggahlah dendam elakkan Maksud: Ibu menyeru anaknya untuk mendengar
bertaki, pesanan yang hak dan benar iaitu hidup akan
Takutnya Yang Esa menutup rezeki. menjadi celaka jika selalu berdengki. Ibunya juga
menasihati supaya mengelakkan perasaan
dendam dan keinginan untuk bertengkar dengan
rakan. Hal ini akan mengundang murka Allah dan
menutup pintu rezeki kita di dunia dan akhirat
Hikayat Tanggang bukanlah adat, Inspirasi: Musim pandemik ini telah banyak
Anggaplah ini pesan beringat, menguji ketahanan mental individu. Hal ini
Doakan bonda sihat afiat, dijustifikasikan melalui kenyataan Kementerian
Kasihkan kamu sepanjang hayat. Kesihatan Malaysia (2021) mendedahkan
sebanyak 91.2 peratus daripada lebih 100,000
panggilan diterima daripada talian bantuan
sokongan psikososial memerlukan sokongan
emosi dan kaunseling. Pertengkaran dan
berdendam ini juga berlaku apabila masyarakat
saling menyalahkan antara satu sama lain apabila
berlakunya jangkitan di kawasan masing-masing
menyebabkan mereka terpaksa menjalani proses
kuarantin.
Maksud: Ibu menasihati anaknya supaya tidak
menganggap kisah Tanggang itu sebagai perkara
yang normal namun jadikanlah itu sebagai
pesanan dan ingatan. Ibu juga mengharapkan
anaknya terus mendoakan kesihatannya di
kampung. Pada akhir syair tersebut, ibu
menyatakan perasaannya yang sangat sayang
akan anaknya itu sehingga akhir hayatnya.
Inspirasi: Drama i-Tanggang yang dihasilkan pada
tahun 2021 yakni mengambil inspirasi daripada
kisah Si Tanggang dahulu. Kisah tersebut telah
ditokok tambah dan dimodenkan untuk
mempotretkan definisi derhaka melalui situasi
sebenar dunia kini. Drama tersebut telah
membuka mata masyarakat bahawa sikap
sebegini masih wujud dalam masyarakat secara
meluas. Berikut merupakan poster promosi drama
itu:
Disebabkan penulis ingin mendatangkan nilai
sentimental pada pengakhiran syair, penulis telah
menggambarkan harapan seorang ibu yang rindu
akan anaknya dan perasaan sayang seorang ibu
yang tidak akan berubah walau sejahat mana pun
anaknya itu.
LAMPIRAN C
MAKNA DAN INSPIRASI: GURINDAM BAHASA ILMU
RANGKAP GURINDAM MAKNA
Jika pelat berbahasa ibunda, Maksud: Andai seseorang itu kurang betul sebutannya
Pergilah berguru tiadakan ketika berbahasa ibunda spesifiknya bahasa Melayu,
disenda. maka perlulah individu tersebut mempelajarinya sebaik
mungkin supaya tidak dijadikan bahan jenaka dan
cacian.
Inspirasi: Pempengaruh terkenal, Kimberly Chuah iaitu
gadis berbangsa Cina yang tular di media sosial
disebabkan kefasihannya bertutur dalam bahasa
Melayu.
Jika telaah bermalas-malasan, Maksud: Andai seseorang berasa malas untuk
Betulkan semula niat nan ikhlas. mengulang kaji pelajaran, kemungkinan besar individu
tersebut perlu membetulkan niat yang ikhlas dalam
menuntut ilmu.
Andai benar dirimu Melayu, Inspirasi: Pengalaman penulis sendiri yang pernah
Selami ilmu bahasa dirgahayu. menjadi pelajar SPM dan terlalu mengagungkan
keputusan cemerlang dalam peperiksaaan sehingga
mengabaikan niat sebenar iaitu belajar kerana Allah.
Maksud: Jika seseorang itu mengaku bahawa dirinya
ialah orang Melayu, maka perlulah individu itu
mendalami selok-belok ilmu dalam bahasa Melayu.
Frasa dirgahayu secara definisinya dalam Kamus
Dewan (2008), membawa maksud panjang umur dan
Andai benar munsyi digelar, dilanjutkan usia. Istilah bahasa dirgahayu ialah bahasa
Makrifat di dada nescayalah ini akan kekal sepanjang hayat jika terus digunakan.
malar. Maksud: Jika seseorang itu merupakan guru bahasa,
maka ilmu di dadanya berkaitan bahasa Melayu
pastinya tetap dan tidak berubah-ubah.
Benarlah ilmu bukan sebarang, Inspirasi: Kehebatan Munsyi Dewan yang diiktiraf oleh
Itulah beza lebih dan kurang. Dewan Bahasa dan Pustaka dalam melontarkan idea
serta penemuan baharu berkaitan ilmu bahasa.
Maksud: Penulis mempunyai kesimpulan bahawa ilmu
ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk
diperolehi. Nilai ilmu seseorang itulah yang akan
membezakan pangkat seseorang individu yang
bijaksana dan orang yang jahil.