The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatinaida1618, 2022-01-12 11:25:33

RUKUN NEGARA.2

RUKUN NEGARA.2

KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2

SUBJEK - PENGAJIAN MALAYSIA (KAJIAN LAPANGAN)
PENSYARAH : NORHAZLINA BT SAHARI

MPU11012-PENGAJIAN MALAYSIA

AHLI KUMPULAN :
1. NURUL FATIN AIDA BINTI MOHAMAD(J04SKE21F029)
2. RABIATUL ADAWIAH BINTI HELMY(J04SKE21F030)
3. NOR NABILAH BINTI YAHYA(J04SKE21F027)

KANDUNGAN

1. Pengenalan
2. Langkah-Langkah yang perlu diambil supaya masyarakat majmuk

memahami dan menghayati prinsip rukun negara

3. Maksud Rukun Negara.
4. Rumusan
5. Objektif Rumusan Keseluruhan

TEMA : RUKUN NEGARA

Rukun Negara bukan sekadar dihafal,ianya merupakan prinsip yang perlu
dijadikan pegangan hidup semua rakyat Malaysia tidak kira kaum ataupun

bangsa.

PENGENALAN

 Rukun Negara adalah ideologi

kebangsaan Malaysia telah dibentuk
pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara

deperkenalkan berikutan peristiwa 13
Mei 1969 yang telah melemahkan

perpaduan antara kaum di Malaysia.
Tujuan utama Rukun Negara

dibentuk adalah untuk membentuk
perpaduan yang kukuh. Oleh itu,

Prinsip-prinsip dalam Rukun Negara
jelas merupakan kunci kepada

keharmonian dan perpaduan kaum
demi memastikan kejayaan dan
kestabilan Malaysia.

 Melalui Rukun Negara, Malaysia 5 PRINSIP RUKUN
NEGARA
mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya,

memelihara satu cara hidup demokratik,
iaitu dengan mencipta satu masyarakat

yang adil agar kemakmuran negara
dapat dinikmati secara adil dan saksama,

menjamin satu cara hidup yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya

yang kaya dan berbagai corak serta
membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi

moden dalam rangkaian kehidupan.

Langkah-Langkah yang perlu
diambil supaya masyarakat

majmuk memahami dan
menghayati prinsip rukun negara

ialah :

1. Mengadakan Kempen Kesedaran

Tujuan : Untuk menanamkan dan
menghayati prinsip Rukun Negara dalam

diri individu.

Contoh : Kempen ‘Cintai Rukun Negara’
dan ‘Bersama Menghayati Rukun

Negara’. Serta menerapkan prinsip rukun
negara dalam diri setiap individu supaya
lebih berdisiplin dengan undang-undang

negara dan juga pada agama kerana
rakyat Malaysia merupakan “Keluarga

Malaysia”.

2. Melalui Pendidikan

Di Sekolah, Pusat Pengajian Tinggi dll.

Contoh : Di Sekolah – melalui penerapan prinsip Rukun Negara dalam mata
pelajaran Pendidikan Sivik & kewarganegaraaan, dan Pendidikan Moral serta
dalam Pendidikan islam juga telah berlajar untuk menjadi seorang individu yang

bertanggungjawab bukan pada agama serta negara juga.

Tujuan : Adalah untuk memastikan warga Pendidikan khususnya para pelajar
dapat memahami dan menghormati prinsip rukun negara dan praktiskan dalam

diri sejak kecik seperti pepatah “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”

3. Peranan Kerajaan

Kerajaan sememangnya mempunyai
tanggungjawab yang besar bagi memastikan
rakyat negara ini sentiasa menghayati prinsip

Rukun Negara. Kerajaan boleh mengambil
inisiatif seperti menganjurkan program yang
bertemakan Rukun Negara bagi memastikan
rakyat yang sentiasa menghayati prinsip Rukun

Negara.

Contohnya : Dengan menganjurkan
pertandingan ‘Sketsa Rukun Negara’.

4. Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak - anak mereka supaya

memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara. Hal ini bagi
memastikan anak-anak faham dan patuh serta menghayati Rukun Negara

sejak dari kecil hingga dewasa seperti kata pepatah “kalau hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Tujuan: Anak-anak mesti mengetahui tentang
prinsip Rukun Negara dan mesti mengetahui
untuk hayatinya. Masyarakat patriotik bermula
dari kanak-kanak.

Contoh: Ibu bapa boleh memberitahu
anak-anak tentang cerita negara dan
mencerita tentang Rukun Negara
dan Langkah-langkah untuk menghayatinya.

5. Peranan Media Massa

Media massa elektronik seperti televisyen dan
internet boleh menyiarkan iklan atau program

yang memberikan kesedaran kepada
penonton. Media massa bercetak seperti
akhbar atau majalah boleh menerbitkan
artikel tentang kepentingan menghayati

prinsip Rukun Negara.

6. Peranan setiap Individu

Setiap individu seharusnya berbakti
bukan sahaja pada agama malahan pada

Negara juga. Oleh itu tiap individu itu
seharusnya mempertahankan negara,

bangsa dan agama daripada
disalahgunakan oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab. Contohnya
membantu pihak berkuasa mencegah
penularan covid 19, dadah, dan meragut
dengan cara menyebarkan kebaikan dan
pengawasan untuk semua rakyat kerana
tahu akan tiap baris makna dalam rukun

negara harus diamalkan demi
kesejahteraan negara Malaysia.

MAKSUD SETIAP PRINSIP
RUKUN NEGARA

 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Dimaksudkan sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan
yang kukuh kepada tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan
bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
bahawa islam adalah Agama Rasmi Persekutuan memperuntukkan bahawa islam

adalah Agama Rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan
lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di
dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang
warganegara atas alasan atau perihal agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan merosakkan bangsa negara. Menyedari
betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran
agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama Rukun

Negara.

 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Adalah berteraskan kepada amalan Sisten Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan denga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua
negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut
Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua

negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan
Yang Di-Pertua Negeri merupakan lambing perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada
Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong. Di peringkat negeri pela, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia
kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

 KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Yang menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi dan berfungsi untuk memberi perlindungan

kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai
warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati,

menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang
sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal

berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Oleh hal
yang demikian ia merupakan satu kontral sosial rakyat yang tidak boleh

dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana
pihak. Perlembagaan Malaysia juga turut menentukan pola politik dan

kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini. Ianya juga sumber rujukan bagi
segala hal yang berkaitan dengan sistem Pemerintahan, perundangan,
kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.

 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Adalah keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang menunjukkan bahawa
setiap rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang. Selain itu, kebebasan asasi juga
terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara yang berasaskan
perlembagaan perlu diterima dan pertahankan kedaulatannya. Tanpa adanya undang-
undang maka negara tidak dapat mencapai keamanan dan kestabilan. Seterusnya, undang-
undang dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang

aman, stabil dan makmur. Menerusi kewujudan undang-undang juga, ianya akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup dalam suasana yang teratur

dan selamat tanpa sebarang bentuk kekacauan. Hak-hak semua rakyat juga boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak kebebasan yang dijamin
oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan

kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

 KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Ianya
bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila

selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan. Sifat
individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan

bagi membenuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin dan
bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang
harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan
yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam
kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi
panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai

dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

RUMUSAN

Kesimpulannya, Rukun Negara bukanlah sekadar prinsip yang hanya
dilafazkan dengan ikrar tetapi ianya menuntut kesungguhan setiap

warganegara untuk menghayati dan mengamalkannya. Justeru, mengamalkan
Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah
tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama
lain. Melalui perpaduan yang kukuh maka pertubuhan ekonomi dapat
ditingkatkan dan kestabilan politik dapat di kekalkan dalam sistem
pemerintahan negara yang bercorak demokratik. Apabila kita menyelami

tujuan asas Rukun Negara diperkenalkan, ia menjurus kepada mengekalkan
keutuhan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Maka kita akan
memahami bahawa kekuatan kita berakar umbi dalam pengertian sebenar

‘perpaduan dalam kepelbagaian.’

Sekiranya kekuatan ini dibina, maka ia menjadi identity atau ‘jenama Malaysia.’
kebetulan pula, Jata Negara kita menekankan aspek Bersekutu Bertambah Mutu
yang menguatkan kepercayaan bahawa perpaduan kita adalah unik dan teramat

nilai. Seharusnya, kita mempercayai bahawa prinsip yang terkandung dalam
rukun tersebut adalah intipati yang memperkakaskan keharmonian serta

perpaduan kaum bagi memastikan kejayaan dan kestabilan negara. Aspirasi
Rukun Negara ini pula memantapkan dan mengetengahkan kekuatan dalam

keazaman kita untuk memperhebatkan perpaduan ini.

OBJEKTIF KESIMPULAN
KESELURUHAN

Pada pandangan saya sebagai rakyat Malaysia, Rukun Negara dicipta ekoran
daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 MEI 1969. Tragidi initelah

menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya Bersatu
padu dan hidup dengan aman dan dama serta dapat menghindari sifat curiga
mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting
yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting
kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk

dibangunkan dan mudah diancam sama ada negara itu sendiri. Oleh itu
kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian
perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia

menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan
memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang
konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit,
latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat

Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua
negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,
sebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah

diancam sama ada oleh kuasa atau dalam negara itu sendiri.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang Bersatu padu,
bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di
antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita

mempertingkatkan dan mempergiatkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.

Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa
prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan
dalam konteks kehidupan hari ini.

Tindakan seperti mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu; kedudukan agama
islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumi

putera serta protes dan demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa
prinsip seperti kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan
dan Ledaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak

yang terbabit membuat percaturan.
Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara
negara yang paling aman , Makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya
rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa,

hidup bersama tanpa timbul masalah besar. Janganlah kita menggadai
keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri hati dan ketidak puasan

yang tidak dikongsi majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa iklim
kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah

mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.

Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau
remaja yang semakin merosot, sanjungan yang semakin longgar
terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak-
kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan
kesusilaan segelintir masyarakat semakin rapuh.

SUMBER RUJUKAN

i. https://mysmartmalaysiankumpulan4pm.blogspot.com/p/hurai.html?m=1

ii. https://www.google.com/search?q=rukun+negara&rlz=1C1VDKB_enMY981MY981&sour

ce

SEKIAN,TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version