MODUL AKTIVITI
FIZIKAL
TOPIK:
MOTOR HALUS
AKTIVITI:
LUKIS DAN WARNA
NURUL IFFAH BINTI KHAIRUL ANUAR
D20202096695
Pendahuluan
Aktiviti fizikal adalah sesuatu aspek yang unik malah amat penting dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Sesuatu pergerakan akan membantu
pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat juga
menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan lagi keupayaan
pergerakannya. Pengalaman yang diperoleh melalui permainan, tarian,
gerak rama dan aktiviti gimnastik menjadikan kanak-kanak seronok apabila
mereka dapat menguasai beberapa kemahiran tertentu.
Mereka pula dapat melakukan aktiviti yang dipelajari bersama kanak-kanak
lain dalam situasi pertandingan yang sihat. Kemahiran yang telah dipelajari
juga akan dilakukan dengan berbagai-bagai jenis alatan kecil ataupun
alatan besar. Kanak-kanak akan mengalami kepuasan dalam
pergerakannya dan mereka juga akan merasai bahawa pergerakannya
adalah betul dan estetik.
Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan
penggunaan otot-otot kecil yang mengawal pergerakan tangan, jari dan ibu
jari. Dengan berkembangnya kemahiran ini, kanak-kanak boleh melakukan
tugas-tugas penting seperti menulis, makan sendiri, memasukkan butang
pada baju dan membuka serta menutup zip pada pakaian. Kemahiran ini
berkembang melalui pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai jenis
permainan, material malahan juga makanan (seperti kismis, bijirin dan
sebagainya).
1
Kurikulum PERMATA Negara
Kurikulum PERMATA Negara dibina berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaansebagai teras untukmembina potensi
individual kanak-kanak sebagai modal insan
berkualititinggimelalui pendidikan awal kanak-kanak.Pada 24
Oktober 2008, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Asuhan
dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang memberi
penekanan kepada menyediakan pendidikan dan asuhan
berkualiti kepada kanak-kanak-kanak dari umur lahir hingga 4
tahun. Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan danDasar
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 2008
adalah seperti berikut:
Kurikulum PERMATA Negara juga telah dipastikan berpaksikan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan berteraskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Semasa prosespembinaannya, pihak penggubal telah mengkaji dan melihat
beberapa model kurikulum awalkanak-kanak negara maju serta program
asuhan dan didikan awal yang telah dilaksanakandengan berjayadi luar
negara.
Antara yang menjadi rujukan ialah:
KurikulumMontessori: kesinambungan
Fokus kepada kemahiran deria dan motor
Menggunakan kaedah pembelajaran secara
hands-on dan deria; kurikulumberpusatkan kanak-kanak
Persekitaran terancang (prepared environment)
Ibu bapa digalakkan terlibat bagi memastikan ada
pembelajaran dirumah
FOKUS MODUL
Topik:
Kemahiran Motor Halus
Aktiviti:
Lukis dan Warna
Teori Perkembangan Kognitif (Intelek)
Jean Piaget (1896-1980) dan Vygotsky (1896-1934)
Menurut Piaget perkembangan intelek kanak-kanak berlaku melalui proses
pembinaan (construction) di mana ilmu pengetahuan atau kemahiran dan
nilai baru yang dipelajari ditambah kepada ilmu pengetahuan atau
kemahiran dan nilai sedia ada dalam minda kanak-kanak. Lebih banyak
pengalaman pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak, maka lebih
cepat perkembangan inteleknya berlaku. Teori ini dikenali juga sebagai Teori
Konstruktivisme. Maklumat, fakta, perbendaharaan kata, bahasa dan konsep
daripada pengalaman pembelajaran yang baru, sama ada diserap terus
(atau diasimilasikan) atau disesuaikan (atau diakamodasikan) ke dalam
minda kanak-kanakuntuk membina struktur intelek yang dinamakan
skemata. Skemata menyimpan semua maklumat yang dipelajari dan
membolehkan minda menggunakan maklumat tersebut untuk berfikir,
menaakul dan menyelesaikan masalah.
Menurut Piaget, kanak-kanak sentiasa memperbaharui dan menambah
maklumat kepada skematanya yang akan menjadi semakin kompleks,
semakin meningkat usianya. Piaget adalah pakar pendidikan awal kanak-
kanak pertama yang mengkaji tentang perkembangan intelek kanak-kanak.
Beliau mencadangkan intelek kanak-kanak berkembang dalam 4 peringkat,
iaitu:
1.Sensorimotor (lahir-2 tahun)
2.Pra-operasi (2-7 tahun)
3.Operasi konkrit (7-12 tahun)
4.Operasi formal (12 tahun ke atas)
Teori Piaget menjadi landasan utama dalam menyediakan aktiviti-aktiviti
pembelajaran PERMATA untuk kanak-kanak mengikut umur dan tahap
perkembangan intelek mereka. Bermula dengan peringkat sensorimotor di
mana kanak-kanak membina kemahiran deria dan motor kasar, koordinasi
mata dan motor kasar serta motor halus(psikomotor), pembentukan konsep ‘
object permanence’, keupayaan membua trepresentasi simbolik, permulaan
pemikiran logik, dan kemunculan literasi awal, sehingga ke peringkat pra-
operasi di mana, kanak-kanak mula menguasai bahasa,kemahiran
berkomunikasi, pembinaan pemahaman awal matematik, awal sains, dan
dunia persekitaran serta pembentukan keupayaan menaakul nilai dan moral.
3
Teori Vygotsk juga menerangkanperkembangan intelek kanak-kanak
tetapidari segi perspektif sosiobudaya. Beliau menyatakan bahawa
perkembangan intelek adalah disebabkan oleh interaksi sosial kanak-kanak
di dalam budayanya. Kanak-kanak belajar daripada orang lain dalam
persekitaran sosial dan budayanya, termasuklah budaya di rumahnya
sendiri.
Vygotsky menganggap bahasa adalah alat penting yang menghubungkan
dunia sosio-budaya dengan fungsi minda seseorang dan beliau
menegaskan bahawa penguasaan bahasa diperolehi melalui interaksi
dengan orang lain dan orang dewasa. Seseorang kanak-kanak boleh
berkembang secara sendirian dalam satu zon yang kecil, tetapi dengan
adanya interaksi atau bantuan (scaffolding) daripada orang dewasa,
misalnya pendidik atau guru, maka zon perkembangan proksimal kanak-
kanak boleh diperbesarkan.
Berlandaskan teori Piaget dan Vygotsky, Kurikulum PERMATA Negara
penekankan supaya pendidik sentiasa merangsang dan mencabar minda
kanak-kanakmelalui soalan-soalan dan perbincangan, membantu mereka
mempelajari kosa katabaru, dan menguasai bahasa supaya mereka dapat
melahirkan perasaan ataupandangan melalui bahasa yangmereka kuasai.
Penekanan kepada rangsangan minda melalui interaksi dengan kanak-
kanak dengan pendidik, ibu bapa dan komuniti dalam persekitarannya dapat
menyumbang secara signifikan kepada perkembangan intelek kanak-kanak
PANDUAN AKTIVITI
Lukis dan Warna
Bahan-bahan yang
diperlukan:
1. Kertas
2.Pen berus "felt"
3. Krayon
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Dapat mengenalpasti
warna
Memupuk kemahiran
mendengar arahan
Dapat meningkatkan
perkembangan motor halus
Langkah-langkah:
1.Sediakan beberapa helai kertas yang telah dibahagi kepada 4
bahagian
2.Jelaskan secara ringkas mengenai aktiviti yang akan dilakukan
dengan menggunakan perkataan yang difahami mereka
3.Bimbing kanak-kanak sama ada dengan menunjuk contoh
lukisan/contengan di bahagian pertama secara langsung atau
bimbing dengan menggunakan tangan mereka.
4.Selepas menunjuk contoh, arahkan mereka untuk melukis atau
menconteng apa-apa sahaja di setiap bahagian yang masih
kosong. Tunjukkan contoh sekali lagi sekiranya mereka tidak
memahami arahan yang perlu dilakukan.
5.Beri setiap kanak-kanak beberapa batang pen berus tersebut
agar kanak-kanak dapat merancang dan memilih warna yang
ingin digunakan.
6.Menggunakan pen berus felt dapat menghalang kanak-kanak
daripada sentiasa cuba memadam lukisan yang dilukis.
7.Selepas siap melukis/menconteng, beri kanak-kanak krayon
untuk mereka mewarna hasil lukisan tersebut.
PENILAIAN
Aktiviti melukis dan mewarna ini dapat meningkatkan motor halus kanak-
kanak daripada pelbagai aspek seperti mengembangkan kreativiti,
mengenal warna dan membantu meningkatkan fungsi deria. Selain itu,
pergerakan memegang dan menggenggam pen berus "felt" dan krayon
dapat melatih bukan sahaja kemahiran motor halus malah dapat memupuk
kemahiran awal untuk menulis sejak dari kecil. Perkembangan motor halus
juga penting untuk membantu kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti
seharian dan melalui proses pembelajaran dengan sempurna. Kanak-kanak
yang kurang menguasai kemahiran motor halus akan ketinggalan untuk
mengusai kemahiran peringkat seterusnya. Sebagai contoh, kanak-kanak
yang masuk sekolah tapi masih belum mahir mengawal pensel, dia akan
lambat untuk menguasai kemahiran menulis berbanding rakan-rakannya.
Kekuatan Modul
Membantu meningkatkan daya tumpuan
Berlatih memegang alat tulis
Membentuk kordinasi tangan-mata
Belajar merancang
Mengeratkan hubungan antara ibu bapa atau
keluarga