PENDAHULUAN
Penyayang bemaksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,
dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Seorang guru
penyayang mempunyai sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang
berlaku ke atas muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,
bersikap mesra, mengambil berat dan berbudi bahasa di samping saling
hormat-menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan
aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai
kewujudannya dan disayangi pada setiap masa.
OBJEKTIF
Mengamalkan nilai-nilai murni dan budaya hormat-menghormati di kalangan guru dan murid-
murid.
Melahirkan perasaan prihatin terhadap semua warga SDASA khususnya para guru.
Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
Menyedari bahawa setiap murid adalah aset sekolah.
Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Menghargai amalan baik yang dilakukan oleh pelajar sebagai peneguhan tingkahlaku positif
AKTIVITI
Sambutan Hari Jadi
Ziarah Cakna
Mentor Mentee
Pride Card
Mengalu-alukan kedatangan pelajar ke sekolah
Penghargaan Pelajar
Galakkan Amalan Baik
Guru ialah pahlawan tanpa tanda jasa
ATUR CARA MAJLIS
7.40 pagi : Bacaan doa
: Nyanyian lagu rasmi perhimpunan
Negaraku
Bacaan Ikrar
: Bicara Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
: Bacaan perutusan Ziarah Cakna
: Ucapan perasmian oleh Pemangku Pengetua
: Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang
Ziarah Cakna dan Jom Ke Sekolah
: Gimik Penyerahan Mentor Mentee
: Penyampaian Pride Card
: Meraikan hari kelahiran murid guru pada bulan Januari
& Februari
: Bersurai