The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamarul arifin, 2020-11-02 19:19:19

BULETIN PELADANG PPN SELANGOR

BIL 1/2020

BIL. 01/2020 PERTUBUHAN PELADANG NEGERI SELANGOR AHLI SAHAJA

PENYERAHAN LORI SSPTF KUNJUNG HORMAT PPN SARAWAK PENGAPURAN TANAH SAWAH

Kandungan

SIDANG REDAKSI Pembuka Bicara 3

Penaung Pencapaian Keuntungan PPNS 2015 – 2019 4
Datuk Dr. Haji Abd Rahman Bakri Pertambahan Dana Peladang Kebangsaan 4
Pertambahan Saham Dalam NAFAS 4
Penasihat
Muhammad Azzrinie Shafie Berita Kakitangan 5

Ketua Pengarang Perasmian Mesyuarat Agung PPNS ke -42 6
Kamarul Arifin Shaari
Sorotan Mesyuarat Agung Tahunan PPNS ke -42 7
Pengarang
Azizon Khatimah Azahari Retreat Hala tuju Tahun 2020 & Sambutan LPP ke -47 8

Rosnah Haji Sani Perhimpunan dan Amanat Tahun Baharu 2020 9

Muhammad AKzUmNaJnUANbGGhani Iklan Produk PeladangKU 10 -11

Zainudin Kasim Lawatan Kerja Pengerusi LPP ke PPN Selangor 12

Mohd Faizzuddin Naim Fadzil Kunjung Hormat PPN Sarawak 13

Hamizawati Mohamad Input Pertanian PPN Selangor 14
Penyerahan Lori Pemasaran Ayam di Bawah SSPTF 14
Noramilia Nordin
Lawatan ke Projek PPN Johor 15
Penyunting
Kamarul Arifin Shaari Peruntukan Pakej Ransangan Ekonomi 16
Pemantauan Kerja Pengapuran Tahun 2020 16
Jurufoto
Mohd Khairolrazi Jamaludin Kerjasama Antara PPNS Dan SELDEC 17

Shah Rizal Suliman Sorotan Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan PPK-PPK 18

Grafik
Kamarul Arifin Shaari

2

PembukaBicara

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana
dengan izin dan limpah kurniaNya, kita masih lagi di beri
kekuatan untuk terus berada di muka bumi Allah untuk
menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam
ciptaanNya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada
sidang redaksi yang berjaya menerbitkan buletin
peladang bagi edisi kali ini.

Tahun 2020 ini merupakan tahun yang sangat mencabar
buat kita semua, ini adalah kerana semua sedia maklum
ancaman yang paling menakutkan iaitu penularan wabak
Covid-19 yang melanda dunia pada awal tahun lalu
sehingga ke hari ini. Alhamdulillah kita telah berada di
fasa pemulihan dan inshaallah sama-sama kita
mendoakan agar pandemik ini akan hilang dan keadaan
akan pulih seperti sebelum ini. Apa yang penting kita
perlu membiasakan diri dengan norma baharu.

Ekoran daripada pandemik ini juga ianya memberi
pelbagai kesan buat kita semua. Saya yakin PP di Negeri Selangor juga terkesan dengan
Covid-19 ini. Banyak program yang diatur pada tahun 2020 ini tidak dapat dilaksanakan. Kita
perlu menerima dugaan ini dengan berlapang dada dan percaya bahawa ada hikmah di
sebalik apa yang berlaku.

Walaubagaimanapun, kita perlu berterima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin dengan
situasi yang berlaku ketika ini. Pelbagai peruntukan diberikan kepada rakyat termasuk
mereka yang terlibat dalam bidang pertanian dalam usaha kerajaan membantu meringankan
beban akibat daripada pandemik Covid-19 ini. Selaku ibu / induk kepada PPK-PPK dalam
Negeri Selangor, PPN sentiasa prihatin dan menyokong usaha-usaha PPK dalam
melaksana aktiviti mahupun membantu ahli-ahli dalam menaik taraf sosio ekonomi mereka.

Di kesempatan ini, saya mengambil peluang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan
terima kasih kepada semua pemimpin Pertubuhan Peladang serta pegawai Pertubuhan
Peladang dan Lembaga Pertubuhan Peladang yang bersama mengembeling tenaga serta
buah fikiran dengan memberi dan menunjukkan perkhidmatan yang amat bernilai kepada
pembangunan sektor pertanian di negara khususnya di Negeri Selangor.

DATUK DR HAJI ABD RAHMAN BAKRI

Pengerusi Jemaah Pengarah

3

RM (Juta)

3.5 2016 2017 2018 2019
3

2.5
2

1.5
1

0.5
0
2015

PPN Selangor berjaya mengekalkan prestasi cemerlang PETUNJUK:
dengan meraih keuntungan sebanyak RM 3.397 juta TAHUN 2015: RM 2.962 Juta (Audit Sifar)
bagi prestasi kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan TAHUN 2016: RM 3.084 Juta (Audit Sifar)
merupakan keuntungan paling tinggi yang dikecapi oleh TAHUN 2017: RM 1.942 Juta (Audit Bersih)
PPNS sejak penubuhannya. Kejayaan ini bertambah TAHUN 2018: RM 2.891 Juta (Audit Bersih)
manis apabila PPNS dianugerahkan audit sifar oleh TAHUN 2019: RM 3.397 Juta (Audit Sifar)
juruaudit Lembaga Pertubuhan Peladang.

Semoga dengan kejayaan yang dilakar ini dapat
membakar semangat kepada semua warga PPNS
dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli
dan para peladang di seluruh Negeri Selangor.

PELABURAN TUNAI PPN SELANGOR PEMILIK

DALAM DANA PELADANG SAHAM TERTINGGI NAFAS

KEBANGSAAN Pada tahun ini, PPNS membuat penambahan
nilai saham sebanyak RM 2.0 juta dalam
PPNS telah melabur dalam Dana Peladang NAFAS menjadikan jumlah keseluruhan nilai
Kebangsaan (DPK) sejak ia mula dilancarkan saham berjumlah RM 13.097 juta sekaligus
pada tahun 2012 dengan pelaburan sebanyak menjadikan PPNS sebagai pemilik saham
RM478,333.00. Memandangkan DPK ini tertinggi di NAFAS.
memberikan pulangan yang baik kepada PPNS
maka Ahli Jemaah Pengarah memutuskan
untuk menambah pelaburan dalam DPK di
bawah Skim Pelaburan Khas Peladang
sebanyak RM 20.0 juta. Dengan penambahan
ini menjadikan jumlah pelaburan PPNS dalam
DPK sebanyak RM 20.5 juta dan seterusnya
merupakan pelabur utama dalam DPK.

4

Selamat Datang Berita Kakitangan ….. Tarikh
1. Encik Kamarul Arifin bin Shaari 4 Februari 2020
2. Encik Firdaus bin Abdullah Jawatan 13 April 2020
3. Cik Arbiah binti Zainal Anuar Timbalan Pengurus Besar 28 Oktober 2020
Pembantu Operasi
Pengurus Akaun Bahagian Jentera 17 Januari 2020
28 Februari 2020
Selamat Berpindah Tempat bertugas 28 Oktober 2020
LPP W.Persekutuan Labuan
1. Encik Sophian Niza bin Ismail PPK Klang

2. Puan Raja Raziatun Akhmar binti IADA Barat Laut Selangor
Raja Abdul Hamid
Puteri – 09/02/2020
3. Puan Hajah Norhayati binti Ismail Puteri – 08/06/2020
Puteri – 06/09/2020
Menimang cahaya mata

1. Puan Nor Amilia bt Nordin
2. Encik Haziq bin Hishamudin
3. Puan Norhafiza bt Zanuri

Menamatkan Perkhidmatan
1. En. Suhaimi bin Mohd Nyata 15/10/2020

16 Januari 2020 – Telah di adakan majlis
perpisahan Encik Sophian Niza bin Ismail di
Me’nate Steak House Shah Alam. Majlis
telah dihadiri oleh semua pengurusan dan
kakitangan PPNS . Encik Sophian Niza mula
melapor diri di PPNS pada 04 Mac 2020
dengan memegang jawatan sebagai
Timbalan Pengurus Besar. Selama sembilan
bulan berkhidmat di PPNS, beliau telah
dinaikkan pangkat oleh sebagai Pengarah
LPP Wilayah Persekutuan Labuan. Tahniah
dan selamat maju jaya di ucapkan kepada
beliau .

5

“kita kena bijak untuk mengatur semua potensi, bakat-bakat yang
ada dalam kalangan kita dan yang penting bagi saya adalah apa
yang kita rancang ini kita letak dalam susun atur dan landasan
yang betul,saya yakin kita akan berjaya….Saya mendoakan PPN
Selangor akan terus maju, akan menjadi contoh, akan menjadi
ikon kepada semua PPN dan PPK di seluruh negara, inshaAllah…”

-Datuk Seri Salahuddin Ayub-
Menteri Pertanian dan IndustriAsasTani

23 Oktober 2019

6

24 Oktober 2019
Wisma PKPS

7

PPN Selangor telah mengadakan Retreat Hala Tuju
Tahun 2020 pada 12-14 Februari 2020 bertempat di
Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Program yang
diadakan selama 3 hari 2 malam tersebut melibatkan
seramai 47 orang peserta terdiri daripada Ahli Jemaah
Pengarah dan Pengurusan PPN Selangor, Pengerusi-
Pengerusi Jemaah Pengarah dan Pengurus-Pengurus
Besar Pertubuhan Peladang Kawasan dalam Negeri
Selangor dan Anggota Lembaga Pertubuhan Peladang
Negeri Selangor. Antara objektif utama retreat ini
diadakan adalah :-

i. Memberi pendedahan kepada PPK tentang pelan
tindakan hala tuju PPNS tahun 2020.

ii. Merancang kaedah pelaksanaan pelan tindakan
serta peranan PPK bagi mencapai hala tuju selari
dengan visi dan misi PPNS.

iii. Mendapat maklum balas dan membina strategi
bersama PPK berhubung hala tuju PPNS 2020.

Retreat ini telah dirasmikan oleh YB Izham Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur &
Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri
Asas Tani Negeri Selangor dan dalam ucapannya beliau
menyarankan agar PP dalam Negeri Selangor perlu
bersatu padu bergerak dalam satu pasukan bagi
memastikan bahawa PP adalah agensi yang sentiasa
relevan dalam membela nasib para peladang. Turut hadir
dalam majlis perasmian tersebut ialah Puan Aduni Adlin
Mohd Bee, Pengarah LPP Negeri Selangor. Beliau juga
turut memotong kek sempena sambutan ulang tahun LPP
ke-47.

8

Amanat tahun baharu dan perhimpunan anggota telah diadakan pada 28 Februari 2020 dan Bahagian
Jentera menjadi tuan rumah bagi program tersebut. Seramai 55 anggota PPN Selangor telah hadir untuk
sama-sama mendengar amanat yang disampaikan oleh Haji Mohd Bukhari Bachok, Pengerusi Jemaah
Pengarah PPN Selangor.

Dalam majlis tersebut turut diadakan majlis meraikan perpisahan Puan Raja Raziatun Akhmar
Raja Abdul Hamid, Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran yang bertukar ke PPK Klang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Dr. Haji Abd Rahman Bakri, Pengerusi Biro Jentera,
AJK Biro Jentera dan Encik Muhammad Azzrinie Shafie, Pengurus Besar PPN Selangor. Majlis pada
pagi itu dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Biro Jentera diikuti ucapan oleh Pengurus Besar,
ucapan Yang diraikan dan amanat oleh Pengerusi Jemaah Pengarah PPN Selangor.

Dalam amanatnya, Haji Bukhari menggesa semua anggota untuk melaksana amanah yang
dipertanggung jawab dengan penuh dedikasi dan jujur agar rezeki yang diperoleh diberkati oleh Allah.

9

10

11

9 Julai 2020 (Khamis) - Lawatan Kerja Pengerusi Lembaga
Pertubuhan Peladang ke Peladang Mart dan Kilang
Pemprosesan Ayam Pertubuhan Peladang Negeri Selangor.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
YB Dr Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh, Pengerusi LPP
yang sudi mengunjungi Peladang Mart dan Kilang Pemprosesan
Ayam PPN Selangor sempena Lawatan Kerja Rasmi beliau ke
Lpp Selangor.
Turut hadir sama dalam lawatan ke kilang pemprosesan ayam
ini ialah Puan Aduni Adlin Mohd Bee, Pengarah LPP Selangor,
Encik Ahmad Fuad Zakaria, Timbalan Pengarah LPP Selangor,
Barisan AJP PPNS Encik Abdul Razak Khasbullah, Dato'
Annuar Idris dan Haji Mohd Yusof Harun.
Pengerusi LPP telah diberi taklimat berkaitan operasi Kilang
oleh Encik Muhammad Azzrinie Shafie, Pengurus Besar PPN
Selangor sebelum dibawa melawat dan menyaksikan sendiri
proses kerja dari penyembelihan hingga akhir.

12

19 Ogos 2020 (Rabu) - PPN Selangor menerima
kunjungan lawatan daripada PPN Sarawak yang diketuai
oleh YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Haji Ismail,
Pengerusi PPN Sarawak selaku Menteri Muda
Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan
Wilayah Sarawak dan disertai oleh 15 ahli rombongan
terdiri daripada AJP dan pengurusan PPN Sarawak.

Rombongan tiba di Menara PPN Selangor pada
jam 12.00 tengah hari dan disambut oleh Datuk Dr. Haji
Abd Rahman Bakri, Pengerusi Jemaah Pengarah PPN
Selangor, Encik Ab Razak Kasbolah, AJP dan
pengurusan PPN Selangor.

Sesi kunjung hormat dimulakan dengan taklimat
berkaitan operasi PPN Selangor oleh Timbalan Pengurus
Besar dan diikuti ucapan oleh Pengerusi Jemaah
Pengarah PPN Selangor dan disusuli dengan ucapan
balas oleh YB Menteri Muda Sarawak. Lawatan diakhiri
dengan sesi pertukaran cenderamata oleh kedua-dua
pihak dan jamuan makan.

13

Program Input Pertanian Bersepadu
(PIB) yang meliputi kerja-kerja
pembekalan baja, racun makhluk
perosak dan rumpai, peralatan pertanian,
benih padi dan perkhidmatan
pengangkutan adalah salah satu aktiviti
yang dijalankan oleh PPNS kepada PPK
di Negeri Selangor.
Pelaksanaan aktiviti ini ditambah baik
dari tahun ke tahun selaras dengan
peruntukan 6(1)(c) dalam Akta 109 yang
menyebut antara tujuan penubuhan PP
adalah bagi mengadakan bekalan-
bekalan ladang dan keperluan-keperluan
harian termasuk lain-lain kemudahan
yang dikehendaki bagi peladangan yang
lebih progresif dan kehidupan luar
bandar yang lebih baik.

3 September (Khamis) – Lembaga Pertubuhan
Peladang telah meluluskan pinjaman di bawah
Skim Sewa Pajak Tanpa Faedah (SSPTF) kepada
PPN Selangor bagi membeli sebuah lori untuk
digunakan dalam pemasaran ayam dan produk
hiliran miliknya.

Dengan kemudahan pinjaman yang
diberikan oleh LPP ini, ianya dapat membantu
PPN Selangor dalam memperluaskan aktiviti
pemasaran. Penyerahan lori baharu ini telah
disampaikan oleh Puan Aduni Adlin Mohd Bee,
Pengarah LPP Negeri Selangor kepada Pengurus
Besar PPNS dengan di saksikan oleh Encik
Ahmad Fuad Zakaria, Timbalan Pengarah LPP
Negeri Selangor di perkarangan Menara PPNS.

Semoga dengan adanya lori baharu ini,
ianya menjadi penyuntik semangat kepada PPN
Selangor untuk terus giat memasarkan produk
keluarannya dengan menggunakan jenama
Peladangku “tanpa ragu yakin selalu’.

14

Lawatan ke Projek Pertubuhan Peladang Negeri Johor
telah diadakan pada 26 dan 27 Ogos 2020 yang
diketuai oleh Pengerusi Jemaah Pengarah PPNS,
Datuk Dr Abd Rahman Bakri dan disertai oleh barisan
AJP, Pengerusi PPK di Negeri Selangor dan anggota
pengurusan PPNS.

Objektif lawatan kerja ini diadakan adalah
bertujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik
antara PPNS dan PPNJ dalam rantaian industri ayam
selain mempelajari teknologi yang digunakan oleh
PPNJ. Rombongan yang diadakan selama dua hari itu
telah memberi manfaat yang berguna buat ahli
rombongan apabila dibawa melawat ke Medan Juara
Sdn. Bhd. bagi melihat projek pengeluaran anak ayam
sehari yang dijalankan oleh anak syarikat milik PPNJ.
Selain itu PPNS juga telah melawat ke kilang
pemprosesan dan pemasaran ayam PPNJ Poultry &
Meat Sdn. Bhd. di Machap.

Dalam sesi lawatan tersebut, PPNJ turut
mengadakan majlis makan malam bersama ahli
rombongan daripada PPNS sebagai tanda
penghargaan atas kesudian PPNS berkunjung ke
PPNJ.

15

Pada tahun 2020, PPNS Bahagian Jentera telah menerima kelulusan peruntukan Pakej Ransangan
Ekonomi sebanyak RM 150,000.00. Kelulusan tersebut telah diagihkan melalui LPP daripada MOA
sekarang dikenali sebagai MAFI.

Tujuan peruntukan ini diluluskan adalah bertujuan menaiktaraf dan tambah hayat mekanisasi
ladang sediaada. Penaiktarafan tersebut telah melibatkan 2 unit traktor dan 2 unit jentuai.

Peruntukan tersebut telah digunakan sepenuhnya dan telah siap dalam tempoh yang diberikan,
Terima kasih kepada MAFI dan LPP dalam penambah baikan ini, Semoga dengan pembaikan ini dapat
meningkatkan kapasiti pengeluaran industri makanan negara khususnya padi.

Pegawai Peladang Daerah IADA Barat Laut Selangor telah
mengadakan lawatan pemantauan pada 2 September 2020 untuk
melihat perjalanan pelaksanaan projek pengapuran yang
dilaksanakan oleh PPN Selangor melalui Bahagian Jentera.
Projek pengapuran ini adalah seluas 2000 hektar melibatkan
kawasan sawah Bagan Terap dan Sungai Panjang melibatkan 9
buah traktor dengan kerjasama PPK Sungai Besar sebagai
pemudah cara di lapangan.
Selain itu lawatan juga turut melihat kawasan projek yang akan
dibangunkan oleh PPNS bagi melaksanakan projek PRE 2020
tanaman kontan dan pembinaan reban ayam berkapasiti 200,000
ekor. Dijangka projek akan bermula sekitar pertengahan tahun
2021.

16

13 Okt (Selasa) - Perbincangan kolaborasi serta
rakan strategik antara LPP Selangor & PPNS
bersama SELDEC dalam memasarkan produk jenama
PeladangKu dan IKS. Terima kasih diucapkan
kepada Encik Nik Mohd Shaharil Nik Md. Hashim
Pengarah Bahagian Pengeluaran dan Pemasaran
LPP atas inisiatif yang diambil. Turut hadir dalam
perbincangan tersebut ialah Pengarah LPP Selangor,
Pengurus Besar PPNS, Pengurus Besar PPK Dengkil
dan Ketua Cawangan IT LPP Selangor manakala
SELDEC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

Sama-sama kita berdoa agar usaha ini dapat
direalisasikan dan akhirnya hasil pengeluaran produk
ahli peladang dapat dipasarkan secara meluas.

17

18



YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN HAJI SALLEH
atas pelantikan sebagai
PENGERUSI

Lembaga Pertubuhan Peladang

&

YBHG. DATUK DR HAJI ABD RAHMAN BIN BAKRI
atas pelantikan sebagai

AHLI JEMAAH PENGARAH
Pertubuhan Peladang Kebangsaan

&
PENGERUSI
JEMAAH PENGARAH
Pertubuhan Peladang Negeri Selangor


Click to View FlipBook Version