TOKOH PEMIMPIN
JOHOR
DATO’ ONN JAAFAR
BIODATA 2
PELAJAR
NAMA : NUR ALYA FARISYA BINTI
MOHD SAHRIL
KELAS: 4 UM
EMAIL:[email protected]
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH
KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA
ALAMAT SEKOLAH: PERSIARAN DAHLIA
1,TAMAN BUKIT DAHLIA, PASIR GUDANG,
JOHOR.
PENDAHULUAN 3
Dato’ Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu. Jasanya meniupkan semangat
nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput dan ingatan dan masih segar terpahat
di sanubari rakyat Malaysia. Mantan Menteri Besar Johor ini, merupakan pengasas dan Yang
DiPertua pertama UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan
Malayan Union dan tokoh pelapor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di
Malaysia
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir , Johor Bahru , Dato’ Onn ialah anak kepada Dato’
Jaafar bin Haji Muhammad , Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor
, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil , dan mendapat
pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England
BIODATA TOKOH 4
Dato’ Onn Jaafar di lahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bharu.
Beliau merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang anak perempuan.
Bapanya Datuk Jaafar bin Haji Muhammad iaitu Menteri Besar Johor yang pertama semasa
pemerintahan Sultan Ibrahim.
Bapanya, Datuk Jaafar berketurunan Bugis dan berasal dari Daik.
Ibunya bernama Rugayah berasal dari Timur Dekat, berketurunan Turki.
Dato’ Onn di pelihara oleh Sultan Ibrahim sebagai anak angkat Baginda sejak berusia enam tahun
Dato’ Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti Hussein pada 3 Mei 1921.
Perkahwinan ini ialah kali yang ketiga bagi Dato’ Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah. Mereka
hidup teman-meneman selama 41 tahun sehingga ke akhir hayatnya
Dato’ Onn dikurniakan 10 orang cahaya mata hasil 3 perkahwinannya. Salah seorang anaknya, Tun
Hussein Onn adalah bekas Perdana Menteri Malaysia.
5
PENDIDIKAN TOKOH
Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru.
Beliau dihantar ke England, beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad
pada usia sembilan tahun. Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam tahun.
Menyambung pelajaran di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam tahun.
Setelah tamat pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di
.Maktab Melayu Kuala Kangsar
KERJAYA TOKOH 6
Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha
Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat
British (British Advisor).
Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam bulan Julai, 1912 beliau kembali ke pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar.
1 Ogos 1913, Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor, kemudian dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen
Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor.
Atas perintah Sultan Ibrahim, Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johor pada bulan Julai 1917, berakhir dengan pangkat
Leftanen. Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama berkhidmat kerana
diberhentikan pada 31 Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan Baginda
Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniaga kecil-kecilan termasuk kain, perkakas perak, tembaga,
barang makanan seperti keropok dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai tambah
sementara dalam pejabat tanah
KERJAYA TOKOH 7
Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di Muar. Tahun berikutnya dilantik
sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya berpindah ke Johor Bahru.
Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed Husin Alsagof dari tahun
1930 hingga 1933. Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan Mingguan
Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya.
Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Walau
bagaimanapun, Datuk Onn telah menerima dengan syarat beliau bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun 1938
beliau dilantik pula sebagai Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang dititah oeh Sultan sama
ada peribadi, kerja istana atau kerajaan.
Datuk Onn telah mengetahui Pavilion Johor dalam pameran yang diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat dalam
tahun 1938.
Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Datuk Onn dengan Sultan, kedudukan Datuk Onn sangat penting
kepada Sultan. Apabila meletusnya Perang Dunia dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Datuk Onn menjadi Ketua
Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor mula 1 Januari 1942 hingga tahun 1945.
SUMBANGAN TOKOH 8
1. Dari Aspek Politik
Dato’ Onn bin Jaafar mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan Malaysia khususnya dalam aspek politik. Sumbangan pertama
Dato’ Onn bin Jaafar dalam aspek politik dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu mengenai kepentingan bersatu untuk
mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama.
Penubuhan UMNO merupakan rentetan daripada peristiwa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga tahun 1945. Hal ini
menyebabkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu kian memuncak. Masyarakat juga mula sedar bahawa untuk mencapai
kemerdekaan tidak perlu bergantung kepada kerajaan British semata-mata tetapi mereka juga mampu memperoleh kemerdekaan dengan cara mereka
sendiri. Slogan “Asia untuk orang Asia” mula timbul perasaan antipenjajah dan telah membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Melayu..
Melalui penubuhan UMNO, Dato’ Onn cuba memupuk semangat perpaduan, nasionalisme dan perasaan antipenjajah dalam kalangan
masyarakat Melayu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Gerakan UMNO ketika itu sangat bermakna pada masa kini kerana UMNO
sering mengadakan rapat umum diseluruh Tanah Melayu sehinggalah UMNO berjaya membuat persetujuan dengan kerajaan British bersama Raja-
raja Melayu untuk menggubal perlembagaan baru.
SUMBANGAN TOKOH 9
2. Dari Aspek Ekonomi
Penubuhan UMNO juga menekankan aspek pembangunan ekonomi masyarakat Melayu. Sumbangan dan usaha Dato’ Onn dalam
memajukan masyarakat Melayu sangat bermakna sehingga kini kerana kita dapat lihat peratusan kaum Melayu terlibat dalam aktiviti
ekonomi semakin meningkat. Perhimpunan Agung UMNO turut menggubal Rancangan Lima Tahun yang menekankan ekonomi dalam
kalangan masyarakat Melayu yang berlandaskan objektif UMNO iaitu menambah pendapatan dan modal, menggalakkan penyertaan
dalam dunia perniagaan, menubuhkan sekolah teknik dan melatih golongan muda terhadap pelbagai kemahiran.
Semasa Dato’ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib masyarakat Melayu yang mundur berbanding
masyarakat lain dengan menubuhkan Lembaga Perusahaan dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah
Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. RIDA ditubuhkan bertujuan
untuk menggalakkan masyarakat Melayu menceburi bidang ekonomi. RIDA memberi bantuan kepada masyarakat Melayu yang tinggal
di kampong supaya menghasilkan produk bernilai komersial dan RIDA akan memasarkan produk tersebut dipasaran domestik
sehinggalah mereka dapat mengurus sendiri dan mereka akan mengambil alih perniagaan tersebut. RIDA juga memastikan masyarakat
.Melayu mendapat pendidikan sempurna supaya mereka dapat mengubah nasib serta masa hadapan mereka akan datang
SUMBANGAN TOKOH 10
3. Dari Aspek Sosial
Sumbangan Dato’ Onn Jaafar dari aspek sosial dapat dilihat melalui prinsip beliau yang utuh untuk menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum di Tanah Melayu melalui sebuah penubuhan Parti seperti IMP, Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara. Beliau cuba memupuk semangat
nasionalisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India untuk bersatupadu memperoleh kemerdekaan bersama. Namun
tindakan Dato’ Onn ditentang oleh orang Melayu kerana mereka risau kedudukan mereka akan tergugat di Tanah Melayu. Pelbagai usaha dilakukan
oleh beliau untuk menaruh kepercayaan kepada rakyat dengan menyatakan hasrat beliau bahawa masyarakat di Tanah Melayu perlu bersatupadu
sebagai satu kerakyatan yang memperjuangkan kemerdekaan bersama. Contohnya, beliau berjaya menarik pengaruh orang Cina dan India untuk
menyertai IMP tetapi ditentang oleh kaum Melayu melalui penubuhan parti gabungan perikatan dan secara tidak langsung telah menarik pengaruh
kaum Cina dan India menyertai UMNO, MIC dan MCA. Dengan penubuhan IMP dapat dilihat suara ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu ini iaitu
Melayu, India dan Cina mendapat perhatian dalam persidangan.
Dato’ Onn cuba mewujudkan sebuah parti yang adil dan masyarakat yang harmoni serta bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan untuk
satu kerakyatan bukanlah memperjuangkan kemerdekaan mengikut kaum masing-masing. Hal ini akan meninggalkan kesan kepada masyarakat pada
masa akan datang dan proses integrasi dan perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin sukar dipupuk. Pelbagai usaha Dato’ Onn untuk menarik
minat dan memupuk kepercayaan masyarakat dalam membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatupadu, namun usaha beliau tidak mendapat
sokongan oleh masyarakat terutamanya masyarakat Melayu.
NILAI KEPIMPINAN TOKOH 11
Dato Onn Jaafar, seorang tokoh bukan sahaja di dalam negeri johor tetapi negara yang sering dilupakan dalam membincangkan
ruang lingkup sejarah kemerdekaan tanah air. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi menyatukan rakyat Tanah Melayu ketika itu, khususnya
umat Melayu. Tiada siapa sangka bagaimana rakyat boleh berhimpun dan bersatu menentang hasrat British menubuhkan Malayan Union.
Kemampuannya harus menjadi teladan pemimpin Malaysia dalam erti menuntut sebuah negara yang bebas dan berprinsip.
1. Pemimpin lantang dan berani
Beliau merupakan pemimpin Melayu Johor yang lantang menyuarakan pandangan dan memegang penuh prinsip kebebasan
bersuara dalam mengkritik sesuatu dasar dan pemerintahan.Dato Onn Jaafar secara lantang mengkritik Sultan Ibrahim mengenai isu
pemilikan harta secara terbuka ketika bekerja di Pejabat Penasihat Johor. Sikap ini tentunya dipandang sebelah mata oleh orang Melayu
kerana mencabar kuasa Sultan Johor pada waktu itu. Namun, kebenaran bagi Onn Jaafar lebih utama daripada berselindung daripada
pengetahuan dan telinga rakyat.
Tidak semua pemimpin Melayu waktu itu memiliki kemampuan untuk mengkritik pemerintah secara vokal demi kepentingan rakyat. Dato
Onn Jaafar merupakan contoh terbaik pemimpin tempatan yang menggunakan kebebasan bersuara dan kedudukan bagi rakyat jelata.
Bukan seperti pemimpin sekarang, menyembunyikan batil demi mempertahankan ‘kerusi’ dan kuat mengampu.
NILAI KEPIMPINAN TOKOH 12
2. Penyatuan dan perjuangan untuk Merdeka
Dato Onn juga berjaya menggerakkan kesedaran menentang penjajah dalam kalangan orang Melayu pada waktu mereka
berpecah mengikut negeri dan tidak membayangkan bahawa mereka mampu bersatu demi melawan Malayan Union.
Demonstrasi secara besar-besaran menentang Malayan Union merupakan usaha bersungguh-sungguh Dato Onn Jaafar
mempertahankan kedaulatan perlembagaan Johor dan nasib Melayu ketika itu. Hasil keringat tenaga ini juga, ramai orang
Melayu mula mempunyai kesedaran untuk merdeka.
Dato Onn Jaafar juga menghadapi pelbagai cabaran untuk menuju kemerdekaan. Penyatuan orang Melayu bukanlah usaha
terakhir dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga berpendapat penyatuan rakyat Tanah Melayu
berbilang etnik lebih utama sebelum mencapai kemerdekaan. Atas dasar itu, beliau mencadangkan agar keahlian UMNO untuk
orang bukan Melayu dibuka dalam mencapai kesepakatan rakyat Tanah Melayu menuju kemerdekaan. Oleh kerana
pandangannya, maka ramai pemimpin Melayu UMNO dan ahlinya memperlekehkan usahanya mengapai kemerdekaan.
NILAI KEPIMPINAN TOKOH 13
3. Jiwa yang hidup
Jiwa Dato Onn Jaafar sentiasa hidup untuk negara. Lihat sahaja pemikiran beliau bahawa perpaduan rakyat tidak seharusnya
berdasarkan modal kompromi pecah-perintah parti Perikatan hingga kini masih rasional. Beliau sedar penyatuan rakyat perlu bermula
dengan kesedaran rakyat mengiktiraf antara satu dan yang lain tanpa mengambil kira latar belakang yang berbeza. Semoga rohnya
dicucri rahmat.
Kekuatannya amat signifikan dalam mencorak perjalanan kemerdekaan negara. Beliau merupakan satu-satunya Presiden UMNO yang
tidak menjadi Perdana Menteri. Satu-satunya Presiden UMNO dibuang atas ideanya membuka keahlian kepada orang bukan Melayu. Dia
juga satu-satunya individu yang mampu mengumpulkan kekuatan umat Melayu ketika kesedaran tentang melawan penjajahan kurang
difahami oleh rakyat. Tidak hairan sekiranya mulutnya sendiri mengungkap kata-kata hikmat iaitu ‘Raja itu rakyat, rakyat itu raja’ kerana
ia sebati dengan jiwanya yang hidup untuk rakyat.
PENUTUP Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian politiknya yang
tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu beliau berada di mercu
politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui semua kalangan. Beliau seorang tokoh politik
nasionalis dengan keupayaan intelektual yang tinggi walaupun tidak menjejak kaki di Universiti.
Beliau juga pemidato dan juga pengarang yang terkenal dengan kebolehan bahasa ynag
menakjubkan. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik tanahair paling memuncak
beliau wujud untuk memegang teraju pimpinan orang-orang melayu dan membentuk corak politik
yang akan diikuti kemudian.
14
SUMBER RUJUKAN 15
BIOGRAFI DATO ONN JAAFAR
https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar