“TEKS UCAPAN ALUAN PENGERUSI”
1
Dan
Salam Sejahtera
Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat
Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani
( sekiranya hadir )
Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang
serta,
Pengarah – Pengarah Jabatan/ Ketua
Bahagian dan Unit
2
UCAPAN PENGERUSI
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
(SWT) ke atas limpah dan kurnianya, pagi ini
saya bersama-sama Ahli Mesyuarat hadir
mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan
Aduan Ahli Majlis Bil. 6/2022, Majlis Perbandaran
Kajang.
1. Dimaklumkan bahawa bersempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke - 77 Duli
Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11
Disember 2022 (Ahad), Majlis Perbandaran
Kajang mengarahkan semua pemilik bangunan
kerajaan, premis swasta dan premis-premis
perniagaan serta rumah kediaman untuk
mengibarkan bendera negeri Selangor bermula :
6 Disember 2022 hingga 14 Disember 2022.
3
2. Sukacita dimaklumkan pada 10
Disember 2022 ( Sabtu ) esok akan berlangsung
Program Hari Diabetes Sedunia bertemakan “
EDUCATION TO PROTECT TOMORROW”
bertempat Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru
Bangi, jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran
masyarakat khususnya tentang penyakit
diabetes dan kepentingan untuk mendapatkan
4
rawatan dengan segera. MPKj juga akan
mengadakan “ HARI BERTEMU PELANGGAN
BIL.4/2022”. Kaunter Khidmat Pelanggan,
Bayaran Cukai Taksiran, Kompaun dan
Pelesenan akan dibuka bagi kemudahan
pengunjung. Orang ramai dijemput hadir
menyertai senamrobik perdana, mendapatkan
pemeriksaan kesihatan percuma, konsultasi
dietitian, bayaran cukai taksiran/pelesenan,
menyertai aktiviti mewarna untuk kanak-kanak
dan pelbagai aktiviti sampingan lain.
Sekian, terima kasih.
5
6