The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azrulakmal688, 2020-07-28 07:46:41

Karangan Bahagian A PDF

Karangan Bahagian A PDF

Keywords: Karangan Bahagian A SPM

Karangan Bahagian A

STRATEGI BELAJAR UNTUK MENJANAKAN KECEMERLANGAN

Semua pelajar menginginkan kejayaan dalam kehidupan. Kejayaan yang
diperoleh akan memudahkan seseorang pelajar melanjutkan pelajaran ke
institusi pengajian tinggi. Mereka juga mungkin mendapat pembiayaan wang
supaya tidak membebankan mereka. Namun, untuk menjadi seorang pelajar
yang cemerlang, murid-murid perlulah berusaha bersungguh-sungguh dan
rajin menelaah untuk mendapat prestasi akademik yang baik. Menurut
Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Muhammad Khalid, keputusan
peperiksaan awam semakin meningkat saban tahun dan prestasi pelajar
bertambah baik. Persaingan antara pelajar-pelajar pula hebat dan oleh hal
yang demikian, murid-murid akan bermotivasi meraih kecemerlangan dalam
pelajaran. Setiap murid mempunyai cara belajar yang berbeza, oleh itu,
mereka bolehlah menggunakan cara belajar yang sesuai untuk
menambahkan ilmu masing-masing.

Umum mengetahui bahawa langkah yang bertunjangkan kewarasan minda
perlulah diambil, iaitu memberikan tumpuan di dalam kelas. Guru-guru
setiap subjek akan menerangkan topik-topik dengan teliti di dalam kelas.
Sekiranya murid-murid menghadapi sebarang kemusykilan, mereka
bolehlah bertanya untuk mengikis ketidakfahaman mereka. Murid-murid juga
boleh menulis nota ringkas semasa guru sedang mengajar untuk
memudahkan rujukan nanti. Hal ini juga akan memudahkan pelajar
menyelesaikan masalah nanti sekiranya sentiasa fokus dalam pembelajaran
kerana bahagian penting akan ditekankan oleh guru tersebut. Maka, mereka
akan berjaya menjawab soalan ketika peperiksaan nanti kerana memberikan
tumpuan di dalam kelas. Lantaran berpaksikan kebenaran yang
disampaikan, jelaslah bahawa tumpuan semasa guru mengajar merupakan
satu cara belajar yang amat efektif.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa usaha yang lebih pragmatik
perlu dilaksanakan, iaitu mengulang kaji pelajaran di rumah. Murid-murid
bertanggungjawab untuk membuat jadual rumah agar membahagikan masa

dengan baik antara belajar dengan bermain. Jikalau murid-murid mengikuti
aktiviti yang dijadualkan, mereka akan mendapati kerja-kerja rumah dan
ulang kaji pelajaran dapat diselasaikan dengan berkesan. Mereka bolehlah
membeli buku-buku rujukan atau buku kerja untuk melatihkan diri supaya
mampu menguasai topik secara menyeluruh. Murid-murid harus sentiasa
membuat persiapan awal selaras dengan pepatah sediakan payung
sebelum hujan. Mereka perlu berpegang pada prinsip sehari selembar
benang, lama-lama menjadi kain dan sedikit-sedikit, lama-lama menjadi
bukit. Mereka perlulah mengikis sikap malas berkayuh, perahu hanyut agar
tidak sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Dengan
berbuat demikian, ternyatalah bahawa tidak mustahil seseorang dapat
mencapai kejayaan sekiranya mereka sentiasa mengulang kaji pelajaran di
rumah.

Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa strategi lain yang agak jelas
ialah menelaah pelajaran di perpustakaan. Murid-murid hendaklah rajin
menelaah pelajaran sama ada pada waktu rehat atau selepas waktu
persekolahan di pusat sumber sekolah. Terdapat banyak bahan rujukan
pembelajaran yang diterbitkan untuk membantu murid-murid dengan topik-
topik subjek pelbagai memahami dan meneliti. Bertitik tolak daripada itu,
murid-murid dapat meminjam bahan rujukan yang bermanjaat yang telah
disesuaikan dengan kurikulum terkini. Keadaan pusat sumber yang tenang
dan kondusif serta dilengkapi dengan alat penghawa dingin menyediakan
suasana yang berkesan untuk murid-murid menelaah. Keadaan ini sama
dengan peribahasa sambil menyelam minum air. Murid-murid juga akan
mengelakkan diri daripada sebarang gangguan dan gejala sosial seperti
merokok, merempit dan vandalisme. Maka, mereka akan memupuk sikap
terpuji dengan berusaha meraih kecemerlangan dalam akademik. Hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan kupasan yang menarik,
sememangnya diakui bahawa menelaah pelajaran di perpustakaan
merupakan satu pendekatan belajar yang amat bijak.

Sebagai penghias bicara akhir, hakikatnya dapatlah kita simpukan
bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya. Usaha itu tangga kejayaan dan

memerlukan kesabaran, kerajinan dan kegigihan murid-murid untuk
mengusahakannya sendiri. Para pelajar bolehlah mengkaji cara
pembelajaran sama ada secara kinestetik, oditori ataupun visual untuk
membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran. Sesetengah
pelajar mungkin menyukai cara pembelajaran dengan mendengar muzik,
namun cara ini mungkin menganggu pelajar yang lain. Proses pembelajaran
memerlukan pengorbanan dilakukan, namun begitu keputusan yang
diperoleh senantiasa manis. Para pelajar perlulah tabah dan tidak mengenal
erti penat dan lelah untuk meraih kejayaan. Yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang, oleh hal yang demikian, marilah
kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang!


Click to View FlipBook Version