1
1(a) Yang berikut ialah urusniaga bagi beberapa buah syarikat.
1) Syarikat Sarah Sdn. Bhd. mendapati nilai pasaran pelaburan jangka pendeknya dalam Syarikat MT
Berhad menunjukkan peningkatan nilai sebanyak RM21,400. Walau bagaimanapun, peningkatan
nilai itu tidak direkodkan oleh syarikat semasa menyediakan akaun akhir kerana peningkatan
nilai pasaran tersebut dianggap tidak kekal.
2) Syarikat Huda Sdn Bhd. menjual set perabot yang mempunyai nilai kos RM40,000 secara kredit
kepada ADA Sdn. Bhd. pada harga RM75,000. Harga jualan tunai set perabot itu ialah RM60,000.
Syarikat Huda Sdn Bhd telah merekodkan jualan kredit itu sebanyak RM75,000 pada tarikh
urusniaga berlaku.
3) Syarikat Mazcom Berhad bercadang untuk membeli sebuah projektor LCD dengan harga tawaran
RM8,000. Selepas proses tawar menawar, syarikat berjaya mendapat pengurangan harga sebanyak
RM1,000. Oleh yang demikian, aset itu telah dibeli secara tunai dan dilaporkan dalam penyata
kedudukan kewangan pada nilai RM8,000.
4) Satu kebakaran kecil telah berlaku di bilik stor Syarikat Aiman Sdn Bhd pada penghujung tahun
kewangan semasa. Kebakaran itu telah mengakibatkan kerosakan pada dinding stor yang perlu
dibaiki semula dengan kos RM6,000. Kerja-kerja pembaikan telah bermula dan dijangka siap pada
awal bulan berikutnya. Kos pembaikan itu telah dipermodalkan dan bayaran akan dibuat apabila
kerja pembaikan siap sepenuhnya
5) Syarikat Ghiri Sdn Bhd telah merekodkan belanja susut nilai dengan menggunakan kaedah baki
berkurangan berganda pada tahun kewangan sebelumnya. Pada tahun semasa, untuk mengelak-
kan kerugian , syarikat telah menukar kaedah susut nilai kepada garis lurus. Belanja susut nilai di
bawah kaedah baki berkurangan berganda dan kaedah garis lurus masing-masing ialah RM16,800
dan RM9,000.
Dikehendaki:
(i) Nyatakan prinsip perakaunan yang dipatuhi atau tidak dipatuhi. [5]
(ii) Sediakan catatan jurnal yang wajar, jika tiada, nyatakan "tiada catatan". [5]
(b) Berikut adalah urusniaga yang berlaku sepanjang sepanjang bulan Jun 2020 bagi Makaroni Enterprise.
Makaroni Enterprise menggunakan jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai untuk
merekodkan urusniaga berkaitan dengan tunai.
Tarikh Urusniaga
1-Jun Membuat pinjaman sebanyak RM30,000 darpada Bank Islam dengan
kadar faedah *5 setahun. Pinjaman tersebut akab dibayar balik dalam
tempoh 3 tahun.
4-Jun Menjual barangniaga bernilai RM10,200.
5-Jun Membeli barangniaga bernilai RM8,000 daripada Perniagaan Bagus.
Separuh daripadanya telah dibayar dengan cek bernombor 1334 pada
tarikh tersebut.
7-Jun Membayar pendahuluan 20% untuk pembelian komputer baru berharga
2
RM4,000 dengan cek bernombor 1335 bagi komputer yang akan diterima
minggu depan.
10-Jun Menerima cek bernilai RM5 800 untuk bayaran separuh daripada pesanan
khas yang akan dihantar pada hujung bulan.
12-Jun Membayar invois bertarikh 4 Jun daripada Perniagaan Bagus
dan menerima diskaun sebanyak 2%.
13-Jun Menerima bayaran daripada Kedai Jannah bagi invois bertarikh 30 Mei
2020 bernilai RM800.
(a) 15-Jun Menerima komputer yang beli pada 7 Jun dan membayar baki kos
komputer dengan cek bernombor 1337.
17-Jun Menerima cek bernilai RM4 300 untuk jualan barang niaga.
22-Jun Membeli barangniaga bernilai RM2 500 dan dibayar dengan
cek bernombor 1338.
25-Jun Membayar invois bernilai RM5 000 kepada Syarikat Moon dengan cek
bernombor 1339 dan menerima diskaun sebanyak 2%.
27-Jun Menerima bayaran sebanyak RM3 500 daripada Ujang Café bagi invois
yang bertarikh 25 Mei 2020.
29-Jun Membayar gaji pekerja bagi bulan Jun sebanyak RM7 200 dengan cek
yang bernombor 1340
30-Jun Membayar ansuran bulanan pertama pinjaman berjumlah RM850 dengan
cek bernombor 1341
Membayar sewa bangunan kedai berjumlah RM1 200 dengan cek yang
bernombor 1342
Menghantar pesanan khas yang diterima pada 10 Jun kepada pelanggan
dan menerima baki bayaran.
Membayar belian alatan pejabat berjumlah RM2380 dengan cek
bernombor 1343
Dikehendaki sediakan jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai untuk merekod semua
urusniaga di atas. [10]
3
2 (a) Azim Enterprise mengamalkan sistem inventori berterusan. Urusniaga belian dan jualan inventori
tahun 2019 adalah seperti di bawah.
Tarikh Urusniaga
Belian Jualan
1 Januari 1200 unit @ RM2.00 700 unit
500 unit
15 Januari 800 unit @ RM3.00
600 unit
1 Februari 700 unit
500 unit
1 April 1,500 unit
30 Jun 900 unit @ RM3.50
30 Jun
15 September 1000 unit @ RM3.60
1 November 1600 unit @ RM 3.70
20 Disember
Maklumat tambahan:
Harga jualan seunit ialah RM7.00
Belanja pentadbiran sepanjang tahun ialah RM12,000.
[9]
Dikehendaki:
[2]
(i) Sediakan penyata pendapatan perbandingan antara kaedah pengekosan inventori masuk dulu
keluar dulu (MDKD) dengan kaedah pengekosan inventori masuk kemudian keluar dulu (MKKD)
(ii) Berikan justifikasi perbezaan nilai kos barang dijual antara kaedah MDKD dengan kaedah MKKD.
(b) Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada Perniagaan Aiman:
Tarikh Tunai di bank (dt) No.cek Tunai di bank (kt)
2-Sep 8,348.00 4214 1,982.00
7-Sep 814.00 4215 294.00
9-Sep 1,118.00 4216 3,780.00
4,374.00 4217 1,328.00
16-Sep 3,708.00 4218 2,944.00
21-Sep 2,120.00 4219 2,000.00
29-Sep 674.00 4220 1,264.00
30-Sep
21,156.00 4221 3,350.00
4222 200.00
4233
4,826.00
21,968.00
Penyata Bank bulan September 2020
(a)
Tarikh Urusniaga Dt (RM) Kt (RM)
(b)
1-Sep Baki 15,822.00
(c) 4-Sep 8,348.00
7-Sep cek no.4214 1,982.00
4
9-Sep 2,780.00 814.00
12-Sep 1,806.00 1,118.00
13-Sep cek no. 4216
14-Sep Cek tak laku 294.00 4,374.00
15-Sep Cek no. 4215 2,736.00
17-Sep 1,328.00 3,708.00
18-Sep Cek no. 4217
22-Sep Kutipan oleh bank 2,944.00 23,766.00
23-Sep 2,000.00
26-Sep Cek no.4218
29-Sep Cek no. 4219 20.00
30-Sep
30-Sep Baki di bawa kehadapan
Maklumat tambahan:
1) Cek tak layan ialah cek yang diterima daripada Syafiq Enterprise.
2) Hasil faedah yang berjumlah RM200 termasuk dalam jumlah kutipan oleh bank
untuk nota belum terima.
3) Cek yang bernombor 4216 telah tersalah direkodkan dalam buku sebagai RM3,780.
Amaun yang sebenar ialah RM2,780.
4) Baki dalam akaun bank pada 1 September ialah RM15,822.
Dikehendaki; [3]
(i) Sediakan catatan jurnal untuk melaraskan buku tunai Perniagaan Aiman. [2]
[4]
(ii) Hitung baki buku tunai terlaras.
(iii) Sediakan penyata penyesuaian bank pada 30 September 2020 untuk Perniagaan Aiman.
3 (a) Beri tiga perbezaan antara susutnilai dengan pelunasan. [3]
(b) Takrifkan hak cipta dan paten. [2]
(c ) Pada 1 Januari 2015, Syarikat Prem Sdn Bhd telah membeli sebuah van pengangkutan dengan
harga RM96,000. Sebanyak 40% daripada harga van tersebut telah dijelaskan secara tunai,
manakala bakinya dijelaskan dengan mengeluarkan nota belum bayar yang matang pada
30 Jun 2015 pada kadar faedah 6.5% setahun. Selain itu, kos-kos berikut juga telah dilibatkan
semasa membeli van tersebut. Semua kos tambahan ini dijelaskan secara tunai.
Item Jumlah
(RM)
Insurans tahunan 5,000
Cukai jalan 2,000
Cat logo syarikat 4,000
Van dijangka dapat digunakan sejauh 350,000 km perjalanan. Bilangan kilometer perjalanan
yang sebenarnya dilakukan oleh van tersebut adalah seperti berikut.
5
Tahun Bilangan km 82000
Jumlah 2015 73000
2016 85000
2017 70000
2018 52000
2019 362000
Dikehendaki :
Sediakan catatan jurnal
(i) pada tarikh van tersebut dibeli
(ii) untuk merekodkan penjelasan nota belum bayar pada 30 Jun 2015, dan untuk merekodkan
belanja susut nilai pada tahun pertama pembelian aset tersebut,
(iii) untuk merekodkan pelupusan van tersebut jika van itu dipersarakan pada akhir tahun 2018,
(iv) jika pada akhir tahun 2018, van tersebut ditukar beli dengan sebuah van baru, dengan nilai
pasaran bagi van lama ialah RM13,500 dan syarikat itu telah membayar tunai RM90,000.
[15]
4 Imbangan duga belum terlaras bagi Koperasi Kampung Baru pada 31 Disember 2019
adalah seperti berikut:
Debit(RM) Kredit(RM)
Jualan 1361500
Belian 750000
Inventori 43000
Penghutang dagangan 93000
Pemiutang dagangan 56000
Bank 250000
Belanja pengangkutan 19000
Belanja pentadbiran 53000
Bangunan 340000
Peralatan pejbat 20000
Kenderaan 40000
Peruntukan susut nilai bangunan 34000
Peruntukan susut nilai peralatan pejabat 8000
Peruntukan susut nilai kenderaan 16000
Kumpulan wang kebajikan ahli 39000
Kumpulan wang rizab berkanun 42000
Modal saham 120000
Dividen 3500
Pendapatan tertahan 39000
Belanja mesyuarat agung 11000
Simpanan tetap 200000
Pinjaman bank 100000
1819000 1819000
Maklumat tambahan
6
1) Peruntukan hutang ragu dianggarkan 3% daripada baki penghutang dagangan.
2) Kadar susut nilai tahunan untuk peralatan dan kenderaan ialah 20% manakala untuk
bangunan ialah 5%.
3) Elaun lembaga pengarah ditetapkan pada kadar 10% atas untung bersih.
4) Dividen dicadangkan adalah sebanyak 10%.
5) Kadar faedah atas simpanan tetap adalah sebanyak 8% setahun.
6) Faedah atas simpanan tetap adalah sebanyak 4.5 setahun.
7) Nilai inventori akhir ialah RM68,000.
8) Sumbangan kepada kumpulan wang adalah seperti yang berikut:
(i) Kumpulan wang rizab berkanun adalah sebanyak 13%
(ii) Kumpulan wang pembangunan koperasi adalah sebanyak 1%
(iii) Kumpulan wang amanah pendidikan koperasi adalah sebanyak 1%
(iv) Kumpulan wang kebajikan ahli adalah sebanyak 10%
Dikehendaki: penyata pedapatan komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember 2019, [9]
Sediakan, penyata pembahagian untung dan rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2019, [7]
(i) penyata kedudukan kewangan bahagian ekuiti pemilik pada 31 Disember 2019. [4]
(ii)
(iii)
5 (a) Beri dua perbezaan antara liabiliti jangka panjang dengan liabiliti semasa, berrserta dua [3]
contoh bagi setiap liabiliti itu.
Petikan bahagian liabiliti bagi penyata kedudukan kewangan Syarikat Kelisa Berhad pada
31 Disember 2019 adalah seperti yang berikut:
RM
Liabiliti jangka panjang
Debentur 8% 200000
Bon antarabangsa 5% 50000
Gadaijanji 92500
Sewabali 154500
Liabiliti semasa
Akaun belum bayar 32000
Overdraf 10000
Maklumat berkenaan dengan petikan liabiliti Syarikat Kelisa Berhad di atas adalah seperti
yang berikut:
1) Debentur 8% terdiri daripada dua kontrak yang mempunyai tarikh matang yang berbeza
iaitu 40% daripada jumlah debentur akan matang pada 31 Mei 2021 dan selebihnya pula
akan matang pada 30 Jun 2025.
2) Bon antarabangsa 5% akan matang pada 31 Mac 2021.
3) Semua faedah debentur dan bon bagi tahun 2020 dibayar pada tahun berikutnya.
7
4) Gadai janji,iaitu cagaran harta tanah RM100,000 kepada satu pinjaman jangka panjang
selama 10 tahun yang diperolehi pada 1 Januari 2019. Pinjaman jangka panjang di
kenakan faedah sebanyak 5% setahun. Pokok dan faedah dibayar secara sukuan, iaitu
bemula pada 1 April 2019.
5) Sewa beli pada kadar 5% setahun bagi perolehan kenderaan dibuat bagi tempoh 9
tahun mulai 1 Julai 2019 dengan ansuran bulanan sebanyak RM2,175 belanja faedah
sebanyak RM675. Ansuran mula dibayar pada awal bulan berikutnya.
6) Jumlah belian kredit sepanjang 2020 ialah RM85,000. Pulangan belian ialah RM3,000.
Pembayaran sebanyak RM90,000 telah dibuat kepada pembekal setelah menerima
diskaun sebanyak RM3,800.
7) Sepanjang tahun 2020, jumlah aliran wang masuk adalah sebanyak RM650,000 dan
aliran wang keluar berjumlah RM300,000.
Dikehendaki;
Sediakan bahagian liabiliti bagi penyata kedudukan kewangan Syarikat Kelisa Berhad pada
31 Disember 2020. [8]
(c ) Redha Enterprise adalah sebuah kedai runcit yang beroperasi di bandar Kajang. Dua daripada
urusniaga perniagaan Redha Enterprise adalah seperti berikut:
Tarikh Urusniaga
1 Januari Mebeli inventori bernilai RM15,000 secara kredit daripada Yes
Sdn Bhd melalui terbitan nota belum bayar pada kadar faedah
sebanyak 8% setahun. Nota ini matang pada 15 Februari 2020
2 Januari Membeli sebuah peti sejuk berharga RM5,000 daripada Wei Liang
Enterprise. Redha Enterprise membayar sebanyak RM2,000, mana
kala selebihnya akan dibayar secara ansuran sama rata pada
31 Januari, 28 Februari dan 31 Mac 2017. Wei Liang Enterprise
mengenakan faedah sebanyak 10% setahun atas baki hutang.
Dikehendaki: [9]
Andaikan Redha Enterprise menutup akaun setiap bulan, sediakan catatan jurnal untuk
merekod dan melaraskan urus niaga di atas bagi bulan Januari dan Februari 2020.
8
9
10