BULETIN KTDI: NOTA DARI TURKI
Newsletter Date ISSUE - DEC 2019
In This Issue Editor’s Note
Editor’s Note
Dear beloved readers,
English for Everyone:
Try! One of the great joys of running a Buletin KTDI is getting
to hear readers react to the stories. Whenever BULETIN
Berita Khas Turki: KTDI publishes an article about English for Everyone or
Kehidupan di Kampus Berita Khas Turki, the responses are particularly
passionate.
Prepared for
Prof. Dr. Sidek Hj. Abd Aziz Two articles in this issue will further explain from the last
issue. The momentum surged while I put the pages
Prepared by together, fuelled it has to be said by all manner of Turkish
Muhammad Radhi Amir Delight treats and epic playlists began to get even more
(196570) excited collating all the content I had created. It felt
special to be giving every page such lengthy care and
Address (Sender) attention.
Karamanoğlu Mehbetbey
Üniversite (University), Whether you read this in print or online, you represent a readership that loves knowledge and
İbrahim Öktem Cd., 70100 shares a deep, abiding curiosity about the world around you. With every story I post here,
Karaman Merkez/Karaman with every issue, with every day, I am committed to satisfying that curiosity.
Address (Recipient) Check it Out!
Kolej Tun Dr Ismail, by Radhi Amir
Universiti Putra Malaysia,
43400 Seri Kembangan, English for Everyone: Try!
Selangor, Malaysia
Readers, please try. The next step in practicing English is
Try. There is no harm in trying. Don't afraid to make
mistakes. You will learn from them.
Even with the limited vocabs you have, you should not stop
trying. There are many ways you can try in order to acquire
the language. Below, I listed 10 ways I personally tried.
Contacts Try to have pen pals from abroad. Pen pals (or penpals,
+60108926614 pen-pals, penfriends or pen friends) are people who
[email protected] regularly write to each other. In today's world, I believe, the
young generation especially has social media accounts.
Instagram- ferradhi Instead of making friends with the locals, you can try to find
someone from the other countries where you can try the
language to communicate. You can also register
to www.globalpenfriends.com
Try to write a blog and keep it to yourself. You can try to
write an article of your interest in English. Involve some
editing before you can try to get it published. Peer's reviews
and comments can help you improve your language. Try to
write an English diary.
Try to watch English movies and learn from the subtitle.
There are many good movies you can learn English from. I
personally learnt a lot from the King's Speech (2010). Quite
conveniently, this film focuses on England's King George
who had to overcome a speech to the British people. It is not
only entertaining but there actually a whole pronunciation
lesson there too. Win! — Notting Hill (1999) teach me both
British and American English. This movie offers both in one
perfect romantic comedy package. Set in London, a British
nerdy bookshop owner falls in love with an American Movie
star. The ending will make you feel warm and fuzzy. I watch
Harry Potter for the pronunciation and good words. English
songs can help you too.
Try to read simple English books like fairy tales, those
books back in your childhood. Books that won't keep you
bored, books that you actually know the story-line. It is a
good try before you can hit your favourite-thick English
novel that you always wanted to read. What I am trying to
say is to find some fun, exciting reading materials.
Also, you can try to read English signboards whenever you
see one. I love to read those words behind my purchased
items for example I read the ingredients and benefits
normally at the back of the shampoo products. If you buy
snacks, read what they wrote on the packaging. Even a
bottle of mineral water can teach you English.
Try to have a word of the day and write it in your note. Best
if you can try to paste all the good words or phrases around
your house. Put one at the entrance door, along the way to
the kitchen, on the refrigerator, at the toilet on the mirror
where you brush your teeth, your room's door, outside and
inside the cupboard and somewhere around your bed. Read
them before you go to sleep and repeat them when you start
your day. I have a friend who literally did this! He pasted
phrasal verbs, verbs and some nouns all over his room. She
is now pursuing her bachelor degree in English Literature.
Try to find answers in the question. Questions are like
mirrors, reverse them and you will find the answer.
Does he… ? Yes, he does
Can you… ? Yes, I can
Try to keep your ears open. English is everywhere. It's in
online videos, news, channels or on the radio. Go listen and
build your vocabulary. Also, try to set your phone language
in English and use them. Whenever you have an English
option, try to use it. My dad once scolded me when I didn't
use English to withdraw the money from the ATM. I know
the words but have no confidence to use. Now, English is my
first option in order to get the language practiced.
Finally, try to start believing in yourself. Ignore what
people said or judge you.
The secret ingredient in this step is Effort. If you notice, in
the first line of this article I used the word practice instead
of learning. Language needs practice not to learn.
Remember to keep trying! Estimated more than 100 times
the word 'try' is repeated in my try article. I hope you can
try. Total 102 of the word try— plus one.
Best wishes,
Radhi Amir
KTDI UPM@KARAMAN, TURKEY
Berita Khas Turki: Kehidupan di Kampus
Karaman – Karamanôglu Mehmetbey Üniversite (KMU)
adalah universiti di mana saya menjalani pengajian satu
semester. Hari-hari sepanjang di Turki banyak dihabiskan
di universiti ini selain mengambil kesempatan melawat
tempat sekitar. Perasaan sebaik sahaja tiba pada hari
pertama di sini bercampur baur, gembira, risau tetapi yang
paling jelas kelihatan adalah perasaan teruja untuk
menimba pengalaman belajar di negara luar. Sudah hampir
2 bulan di sini. Pelbagai kenangan manis yang saya lalui.
Penulisan kali ini akan saya ceritakan tentang kampus
indah ini. Segala yang terlintas di benak fikiran. Nota ini
ditulis di perpustakaan universiti hampir jam 1 pagi.
Sewaktu minggu peperiksaan pertengahan tahun
(midterm), perpustakaan di sini akan beroperasi selama 24
jam seminggu. Staf akan bertugas sepanjang hari dan
kemudahannya boleh diakses bila-bila masa. Justeru itu,
saya mengambil kesempatan bersama para pelajar di sini
yang begitu stress mengulangkaji pelajaran, menikmati
juadah minum malam percuma iaitu sup, roti, epal serta air
sambil-sambil saya menulis artikel ini buat Prof Sidek dan
lain-lain pembaca, moga-moga bermanfaat.
Bercerita tentang perpustakaan atau dipanggil Kutuphäne,
di sini menyediakan kemudahan saya kira sama di UPM.
Namun, yang berbeza adalah jumlah buku yang agak terhad
tetapi lebih kepada ribuan e-book yang boleh dimuat turun
dengan hanya menggunakan ID pelajar.
Universiti ini ditubuhkan pada tahun 2007. Semua
banggunan kelihatan masih baru dan terdapat masjid yang
tersergam indah, fakulti-fakulti yang masih dalam
pembinaan dan landskap-landskap yang masih sedang
diusahakan. Kini, universiti ini mempuyai 14 fakulti dan
mempuyai keluasan hampir 3035 hektar.
KMU ini ditadbir oleh Rektor Prof Dr Mehmet Akgül dan
lokasinya terletak di Karaman, Turki, sebuah bandar kecil
yang tumpuan utamanya adalah universiti yang penuh
dengan pelajar daripada pelbagai negeri dan negara. Pada
24 Oktober yang lepas, telah termeterai perjanjian
Memorendum of Understanding (MOU) diantara UPM dan
KMU disaksikan kami pelajar UPM Malaysia dan
deligasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Salina
Mustakim di pejabat rektor.
Satu budaya di Turki apabila menerima tetamu, mereka
akan menghidangkan teh dan coklat dan sebelum itu
tangan akan dibasuh dengan cologne iaitu sejenis pewangi
tanda menyambut tetamu. Begitu juga sewaktu berjumpa
pensyarah atau siapa-siapa pasti akan diperlakukan
perkara yang sama kerana telah menjadi adat orang di
Turki. Kedai-kedai makan juga akan diletakkan cologne di
kaunter dan diberikan teh secara percuma buat para
pelanggan. Pernah beberapa kali saya menggunakan
perkhidmatan bas ke Konya dan Ankara juga dapat melihat
perkara yang sama. Ini merupakan sesuatu yang lain
daripada kita di Malaysia selain budaya meminum teh
beberapa kali sehari dan budaya salam dan bersentuh dahi
kiri dan kanan untuk yang lelaki.
Lengkap pelbagai prasarana persis di UPM, apa yang paling
menarik perhatian saya adalah kantin buat pelajar atau
dipanggil Yamekhane. Semua pelajar di sini diberikan
subsidi makanan sebanyak 80% dimana pelajar hanya
membayar 2Lira (RM1.35) untuk makanan tengah hari
yang lengkap pembuka selera, makanan utama, makanan
sampingan, pencuci mulut, roti dan air. Setiap hari menu
yang disediakan adalah berbeza. Pelajar boleh menempah
makanan mereka di mesin kiosk dengan semudah
memasukkan kad pelajar, memilih pilihan makanan tengah
hari atau malam dan tarikh-tarikh yang ingin mereka
makan. Pelajar juga boleh menempah makanan secara atas
talian. Untuk masuk ke Yamekhane, kami perlu sentuh kad
di pintu masuk utama. Pensyarah pula hanya perlu
membayar 4Lira.
Selain subsidi makanan, pelajar Turki di KMU tidak
dikenakan sebarang yuran pengajian begitu juga untuk
kemudahan yang ada. Bilik kuliah di sini sama selesa
seperti yang pernah saya rasai sewaktu di Jepun. Lampu
yang jimat tenaga tidak menyakitkan mata, pemanas bagi
musim sejuk dengan rekaan yang ergonomik, penyangkut
jaket sejuk di belakang dan sisi kelas. Semua kelas di sini
dilengkapi smartboard, skrin besar boleh disentuh dengan
perisian dekstop kompüter yang begitu canggih dan sangat
membantu dalam pembelajaran dan pengajaran sesuai
abad ke-21. Susunan kerusi dan meja sangat teratur
disamping kapasiti pelajar sesuai dengan saiz kelas.
Prasarana lain seperti kemudahan sukan, indoor swimming
pool, padang rugbi, gelanggang tenis, hoki, dan Hamam atau
Turkish Bath.
Pensyarah di sini tidak kurang hebat. Pembelajaran di sini
menguji pemikiran kritikal dan kreativiti pelajar. Di setiap
akhir pengajian, pelajar perlu menulis diari dan dihantar
kepada pensyarah melalui Google-Classroom tentang apa
yang dipelajari pada hari tersebut sebagai refleksi. Hanya
pensyarah sahaja yang dapat membaca diari pelajar
tersebut. Untuk sebarang pembentangan, pensyarah hanya
memegang markah sebanyak 20% dan selebihnya adalah
daripada peer review. Rakan sekelas akan turut menilai dan
memberikan pandangan mereka tentang pembentangan
rakan yang lain. Setiap pandangan diambil kira sebagai
penglibatan pelajar di dalam kelas membawa sebanyak 5%
untuk penilaian pelajar membuatkan setiap pelajar akan
berusaha memberi pandangan yang bernas. Setiap topik
yang diajar pensyarah akan disusuli dengan kuiz atau
latihan ringkas yang pelajar perlu pikir dan jawab dengan
lisan memberi gambaran kepada pelajar akan soalan akhir
tahun. Di sini juga, setiap pensyarah akan memberikan
kelonggaran masa 5 minit untuk pelajar keluar menikmati
teh. Satu yang saya perasan sepanjang pengajian di sini
ialah pensyarahnya akan tiba tepat pada waktu kuliah
bermula.
Perkara ini membuatkan rata-rata pelajar akan tiba 10
minit sebelum kelas bermula. Pernah sekali saya ditegur
oleh pensyarah kerana sampai di kelas pada jam
1:03pm untuk kelas yang bermula jam 1pm. Di KMU, saya
ditempatkan di Fakulti Pendidikan. Kebanyakan subjek
yang diambil (10 kursus) melibatkan micro teaching. Saya
dapat menilai betapa kritis dan kreatifnya pelajar melalui
micro teaching mereka. Pelbagai bahan bantu mengajar
yang direkacipta memberi gambaran kepada saya akan
kualiti guru di Turki. Idea yang digunakan begitu menarik
membuatkan setiap kelas menjadi seronok. Antara yang
saya ingati ialah apabila seorang pelajar menjadi robot,
memakai kotak terbuang yang direka, dipakai dan
kelihatan seperti robot. Dia masuk ke kelas dan
menggunakan suara audio robot yang dirakam. Sangat
kreatif! Selain daripada pelbagai aktiviti yang digunakan,
hadiah seperti coklat, susu kotak, biskut, dan gula-gula
diberikan kepada kami yang bertindak sebagai pelajar
untuk mikro pembelajaran tersebut.
Setiap pembentangan, saya perhatikan pelajarnya begitu
jelas dalam percakapan dan tampak begitu yakin tanpa
sebarang buku atau nota ditangan. Kemahiran suntingan
video juga sangat hebat dengan jalan cerita serta
kandungan yang amat menarik. Pernah sekali
dipertontonkan seisi kelas video kerja kursus mereka
untuk subjek moral dan etika guru, pelajarnya melakonkan
sebuah cerita yang begitu sedih tentang kemiskinan adik
beradik yang berkongsi pakaian sekolah dan adiknya itu
sering dimarahi guru kerana lewat. Video ini memberi
gambaran dan pengajaran kepada guru supaya perlu
menyiasat dan menyemak terlebih dahulu perihal masalah
pelajar sebelum menghukum. Terdapat juga banyak video-
video dengan jalan cerita yang begitu kreatif.
Daripada segi kesukanan, KTDI pada saya masih
mendahului. Pelajar di sini bagi pemerhatian saya sangat
jarang bersukan dan memaksimakan kemudahan sukan
yang cukup lengkap yang ada. Fakto cuaca barangkali.
Namun, saya lihat, pelajarnya lebih cenderung dan aktif
penglibatannya dalam aktiviti kebudayaan seperti lakonan
drama dan teater selain antara yang digemari adalah Old-
Folks Dance iaitu sejenis tarian klasik traditional di Turki.
Jarak antara hostel dan universiti adalah sejauh 5-10 minit
berjalan kaki. Untuk ke bandar, saya akan menaiki Dolmush
(bas mini) yang merupakan pengangkutan utama di Turki,
tiada grab atau mycar. Sebanyak 2lira dikenakan kepada
pelajar untuk ke satu destinasi.
Makanan ruji di sini adalah roti. Di Karaman, agar sukar
untuk mendapati makanan laut. Setiap negeri mempuyai
keistimewaan makananya tersendiri. Di sini, yang menjadi
kegemaran saya adalah Tantuni, daging cincang dalam roti
pita digulung dan dijamah dengan pelbagai jenis ulam-
ulaman. Orang Turki juga gemar makan jagung bakar yang
boleh didapati di tepi-tepi jalan sekitar bandar baik di
Karaman, Konya, Isntanbul dan lain-lain tempat selain
Simit (sejenis roti yang biasanya dimakan sebagai sarapan
pagi). Turki juga terkenal dengan pelbagai manisan antara
yang sedap di dunia. Baglava, Kunefe dan Lokma yang
pernah saya cuba serta beberapa lagi yang tidak saya pasti
akan namanya. Selain variasi coklat, Locum dan aiskrim,
Turki juga terkenal dengan kepelbagaian kopi dan teh.
Yang paling sedap dan menjadi pilihan utama ialah teh Rize
atau Rize Çayı di mana ada yang menikmatinya sehingga 21
gelas kecil sehari, menariknya tanpa gula!
Tidak cukup pen dan kertas untuk saya menceritakan
segalanya di sini namun berharap agar penceritaan ringkas
ini memberi gambaran kehidupan di sini dan sedikit
sebanyak menginspirasikan pelajar untuk mencipta
peluang melawat Turki. Sekian sahaja berita khas dari
Turki untuk edisi kali ini. Nantikan penulisan akan datang
tentang Musim Sejuk di Turki!
Radhi Amir
UPM - KMU TURKI