The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2017-06-07 02:59:28

PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI.ppt

PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI.ppt

GARIS PANDUAN PENULISAN
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Mohd Firdaus Bin Mahamad Ali
Penyelaras Latihan Industri
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan

PENGENALAN

—  Garis panduan ini disediakan untuk
membantu pelajar yang sedang menjalani
Latihan Industri menyediakan Laporan
Latihan Industri (LLI).

FORMAT MUKA SURAT

—  Laporan hendaklah ditaip diatas kertas berukuran
A4 pada sebelah muka sahaja dengan jarak 1.5
barisan.

—  Bagi setiap mukasurat, ruang tepi seperti yang
ditunjukkan di bawah hendaklah digunakan dalam
penulisan laporan.

—  Margin kiri (4 cm), margin kanan, atas dan bawah
(2.5 cm).

—  Setiap mukasurat hendaklah dinomborkan di
tengah-tengah bahagian tepi bawah mukasurat, 25
mm di atas pinggir kertas.

—  Jangan taip lebih daripada satu baris di bawah baris
birai. Jika yang sebaris itu perlu ditaip, ialah untuk
melengkapkan nota kaki ataupun baris terakhir
sesuatu bab, pecahan kecil, atau keterangan rajah.

—  Semua jadual dan rajah, termasuk keterangan,
mestilah mengikuti format birai.

—  Sesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah
sesuatu muka surat mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap ditaip;
jika tidak hendaklah dimulakan pada muka surat
yang baru

TEKS

—  Gunakan font jenis Arial bersaiz 12
—  Tajuk bagi setiap bahagian hendaklah ditulis di dalam bold
—  Jenis taip yang digunakan untuk carta, graf, jadual dan yang

seumpama dengannya boleh berubah mengikut keperluan format
dan ruang.
—  Kualiti Penaipan
—  Laporan Projek mestilah ditaip jarak 1.5
—  Pemotongan huruf atau perkataan tidak dibenarkan.
—  Sebarang pemadaman mestilah bersih.
—  Penggunaan pita lutsinar (selofen tape) untuk sebarang tampalan
juga tidak dibenarkan.
—  Jarak bagi teks am mestilah digunakan pada keseluruhannya.
—  Satu jarak pula bolehlah digunakan semasa membuat jadual yang
panjang, petikan yang panjang, nota, catatan kaki, keterangan yang
mengandungi beberapa banyak baris dan senarai bibliografi.

PANJANG LAPORAN

—  Laporan Projek LI mestilah tidak
melebihi 100 muka surat (termasuk
bahagian Tambahan /Suplimenteri).

—  Projek-projek yang melibatkan penghasilan
projek digital digalakkan diserahkan
melalui CD/DVD.

—  CD/DVD ini hendaklah disertakan
bersama semasa Laporan projek LI yang
dihantar.

KERTAS DAN PENDUAAN

—  Gunakan kertas putih saiz A4 (210 x 297
mm) yang bermutu baik (80 g/m2) sahaja.

—  Kertas pendua atau kertas komputer "pin-
feed" tidak boleh digunakan.

—  Hanya sebelah muka surat sahaja yang
boleh dicetak.

—  Semua naskah mestilah bersih dan dapat
dibaca dengan jelas.

BAHAN ILUSTRASI

—  Ilustrasi asal diutamakan tetapi jika saiznya
lebih besar daripada saiz A4, salinan kecil
boleh juga diterima.

—  Gambar hitam putih, warna atau salinan
fotostat juga diterima.

SENARAI RAJAH

—  Senarai ini menggunakan nombor dan
penerangan yang sama dengan yang terdapat
pada sebelah bawah rajah di dalam teks atau
apendiks.

—  Rajah mungkin merupakan gambar foto yang
dilekatkan pada mukasurat, ilustrasi atau graf,
rajah sebenarnya ialah apa sahaja yang tidak
merupakan teks atau jadual.

—  Perkataan ‘Rajah’, nombor rajah dan
keterangannya diletakkan di bawah rajah itu.

—  Lazimnya sesuatu rajah tidak melebihi satu
muka surat.

SENARAI RAJAH

—  Jika rajah itu bersambung pada muka surat
yang berikutnya, peraturan yang sama dengan
peraturan menulis jadual hendaklah diikuti.

—  Seperti jadual, rajah juga dapat dikumpulkan
dan diberi nombor mengikut turutan.

—  Gambar foto yang lebih kecil daripada
ukuran satu muka surat hendaklah dilekatkan
dengan teguh.

—  Gambar foto boleh juga dicetak sebesar
kertas A4.

—  Garis pada rajah hendaklah dibuat dengan
kemas.

SENARAI RAJAH

CONTOH

Rajah Nama Rajah Halaman

3.1 Proses Menganalisis Data Kajian Menggunakan Model 18
Interaktif

CONTOH

FIGURE 2.1 :

SENARAI JADUAL

—  Jadual memang lazim dimuatkan di dalam
teks.

—  Jadual-jadual ini mestilah dimuatkan betul-
betul di tengah muka surat di dalam birai
yang telah ditetapkan.

—  Setiap jadual mestilah mengandungi satu
nombor rujukan dan keterangan.

—  Nombor ini mestilah seiring dengan nombor
bab yang di dalamnya jadual itu terdapat.

—  Ada kebaikannya semua jadual didalam satu
bab dikumpulkan dan diberi nombor secara
berturutan.

SENARAI JADUAL

—  Perkataan 'Jadual', nombor dan keterangannya
dicetak pada sebelah atas jadual itu.

—  Jika sesuatu jadual bersambungan pada muka-
muka surat berikutnya, baris atas mukasurat baru
hendaklah berbunyi (sebagai contoh: "Jadual 3.7,
sambungan").

—  Keterangan tidak perlu diulangkan.
—  Jika sesuatu jadual merupakan petikan, rujukannya

mestilah dicatat.
—  Senarai ini juga menggunakan nombor dan

penerangan yang sama dengan yang terdapat pada
sebelah atas jadual di dalam teks atau apendiks.

SENARAI JADUAL

CONTOH

Jadual Nama Jadual Hala
3.1 Instrumen-Instrumen Yang Digunakan Dalam Kajian 1
3.2 2
4.1 Jadual Kerja Penyelidikan Kajian 2
4.2 Senarai Responden Kajian Kemahiran Melukis 2
4.3 Analisis Responden Kajian Kemahiran Melukis 2
Analisis Markah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Mata Pelajaran
4.4 Pendidikan seni Visual Responden Tahun 2005 2

4.5 Analisis Borang 05 (b) Borang Soal Selidik Ke atas Enam Orang 2
4.6 Responden Terhadap Pembelajaran Kemahiran Melukis 2

4.7 Analisis Kemahiran Melukis Responden (Kendiri) 3
Analisis Penguasaan Kemahiran Melukis Responden (Penilaian
4.8 Guru) 4

Analisis Kesediaan dan Minat Responden Terhadap Pembelajaran
Kemahiran Melukis

Analisis Kepentingan Kemahiran Melukis Bagi Responden

CONTOH

Schedule 1.1 : Industry Size : The Local Oppurtunity

Malaysia USD Millions

Sector / Year 2007 2008 2009 2010 2011
Filmed Entertainment 121 130 138 147 157

Internet Advertising 323 353 381 409 436
and Access Spending

Global USD Millions

Sector / Year 2007 2008 2009 2010 2011
Filmed Entertainment
84,291 88,110 92,645 97,810 103,203

Internet Advertising 210,07 242,15 272,580 301,58 331,578

and Access Spending 16 5

source: PWC Entertainment & Media Outlook

SENARAI SIMBOL, KEPENDEKAN ATAU
TATANAMA (JIKA ADA) / SINGKATAN

—  Senarai ini diletakkan selepas senarai rajah
dan jadual.

—  Contoh :

◦  LI - Latihan Industri
◦  UMK - Universiti Malaysia Kelantan

CONTOH LATIHAN INDUSTRI II
MUKA

HADAPAN
HARD COVER

LAPORAN LI

CONTOH PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Tuhan yang maha kuasa di atas segala kesempatan dan
kekuatan yang dilimpahkan-Nya sehingga saya mampu untuk menyiapkan projek penyelidikan ini. Pada
hakikatnya, usaha ini tidak mungkin terhasil tanpa bimbingan, kerjasama, dorongan, kritikan membina dan
juga doa pelbagai pihak, khususnya buat kedua ibu bapa tercinta.Atas sumbangan ikhlas yang diberikan, saya
ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan usaha ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Penyelia Kertas
Projek, En. Mohd Johari bin Ab Hamid dan pensyarah kursus UKP 6043 : Naturalistic Inquiry, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Prof. Madya DR. N.S. Rajendran, yang telah banyak
membimbing dan membantu saya bagi menyiapkan projek penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada sarjana-sarjana yang terdahulu membuat kajian
secara langsung dan tidak langsung, yang mana pendapat dan kajian mereka saya petik – sama ada nama
mereka tertulis ataupun tidak.

Di kesempatan ini juga, saya merakamkan rasa penghargaan dan terhutang budi kepada semua
individu yang terlibat khususnya isteri tercinta, Nooraihan binti Abd Hamid serta rakan-rakan seperjuangan
kerana dedikasi yang tinggi dalam usaha membantu saya menyiapkan projek penyelidikan ini.

Adalah diharapkan laporan penyelidikan ini dapat dijadikan panduan bagi diri saya, guru-guru seni
dan pentadbir di SMK Dato Haji Kamaruddin, serta Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kubu Bharu, bagi
mempertingkatkan prestasi pencapaian kemahiran melukis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor,
Malaysia. Sekian, terima kasih

Ahamad Tarmizi Bin Azizan

Februari, 2006

KANDUNGAN LAPORAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 TAJUK / HALAMAN JUDUL i
2 ABSTRAK DALAM BAHASA MELAYU ii
3 ABSTRAK DALAM BAHASA INGGERIS iii
4 PENGHARGAAN iv
5 SENARAI JADUAL v
6 SENARAI RAJAH vi
7 SINGKATAN / SIMBOL vii
8 PENGENALAN 1-5
9 LATAR BELAKANG / KAJIAN LITERATUR 6 - 10
10 METODOLOGI 11 - 15
11 PERBINCANGAN DAN ANALISIS DATA 16 - 25
12 KEPUTUSAN 26 - 30
13 RINGKASAN DAN KESIMPULAN 31 - 35
14 CADANGAN 36 - 40
15 RUJUKAN / BIBLOGRAFI 41 - 45
16 LAMPIRAN 46 - 60
17 APENDDIX 61 - 65

MUKA SURAT LATIHAN INDUSTRI I :
TAJUK / HALAMAN NIK LAH SDN. BHD. 1066, JLN SABAK, P.CHEPA, 16100 K.BHARU,

JUDUL KELANTAN

—  Judul/tajuk seperti yang telah NURUL HIDAYAH BINTI AZMI
dipersetujui bersama penyelia, (NO. MATRIK : C07A044)

nama calon seperti didaftar LAPORAN INI DIKEMUKAKAN BAGI
dengan universiti, kenyataan ‘… MEMENUHI SYARAT KURSUS
CMT 1234 LATIHAN INDUSTRI I
diserahkan untuk memenuhi
keperluan bagi ijazah…’ dan

tarikh penyerahan

FAKULTI TEKNOLOGI KKREATIF DAN WARISAN
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

2010

CONTOH PENGAKUAN
MUKASURAT
Saya mengaku laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
PENGAKUAN nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan
sumbernya.

28.07.2009 NURUL HIDAYAH BINTI AZMI
(NO. MATRIK : C07A044)

MUKA SURAT ABSTRAK

—  Dua Muka Surat Abstrak (1 ms = BM / 1 ms = BI)
—  Biasanya ditulis kemudian tetapi diletakkan di

bahagian hadapan Laporan selepas halaman judul.
—  Kegunaan abstrak ialah :

◦  Meringkaskan struktur asas Laporan
◦  Membantu pembaca mengingat fakta-fakta penting.
◦  Memberi ringkasan mengenai latihan dan kesimpulan –

kesimpulan penting yang didapati oleh pelajar Abstrak
selalunya ditulis tidak melebihi 200-250 perkataan
untuk Laporan Projek.

CONTOH ABSTRAK

Abstrak
Saban tahun, pencapaian pelajar sekolah menengah bagi kertas 2611/2
(menggambar) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia menunjukkan senario
yang membimbangkan. Hal ini berlaku kerana pelajar kurang menguasai
kemahiran melukis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Justeru, satu
kajian kes kemahiran melukis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual telah
dilaksanakan terhadap sebilangan pelajar di sebuah sekolah menengah dalam
daerah Hulu Selangor. Matlamat kajian adalah untuk mengenal pasti punca
kelemahan penguasaan kemahiran melukis tersebut dan mencadangkan langkah-
langkah yang boleh diambil untuk memperbaikinya. Tiga objektif yang diharapkan
menerusi kajian ini adalah untuk melihat kesediaan dan minat belajar pelajar,
melihat penguasaan kemahiran melukis pelajar, dan melihat kepentingan
kemahiran melukis tersebut dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Justeru,
kajian ini direka bentuk berdasarkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif, di mana
data-data dikumpulkan menerusi lapan instrumen dengan menggunakan kaedah
pemerhatian, temu bual, dan kajian dokumen yang diperoleh dari sampel dan di
tapak kajian. Berdasarkan penyelidikan model interaktif, data-data kajian telah
dianalisis dan dihuraikan secara deskriptif menerusi kaedah pemikiran induktif.
Hasil dapatan menunjukkan tahap kemahiran melukis sampel adalah rendah dan
membimbangkan. Perkara ini telah dibuktikan menerusi hasil analisis karya secara
deskriptif dalam pra-ujian 1 dan ujian 2, di mana hanya 50 peratus sampel
menggunakan kemahiran melukis yang boleh diterima.

CONTOH ABSTRACT

Abstract
Every year, the secondary schools student’s achievement in the Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) examination in the art subject paper 2611/2 (drawing), is showing
threatening scenario. This phenomenon due the student’s because they lack in
mastering in the drawing skills, especially in the subject of Visual Art Education.
Therefore an analysis of case study focusing on the mastering of drawing skills in
the subject of Visual Art Education has been administrated upon a number of
selected student’s in secondary schools in a district of Hulu Selangor. The aim of
the research is to identify the cause of their weakness in mastering the skills of
drawing. This research is also trying to propose steps and procedure which could
be taken to improve their weakness in the subject.Three objective are expected to
be achieved through this research are to see the student’s readiness and interest
to study, to see the student’s mastering of drawing skills, and to see the important
of the drawing skills in the subject of Visual Art Education. The research has been
designed from the quantitative and qualitative approach, so the data collection was
done through the administration of eight instruments using the method of
observation, interview and documents analysis obtain from the samples and
research side.These data are being analyzed and referred to the interactive model
using the method of inductive thinking.This analysis is also elaborated descriptively.
The research finding would show the level of the sample’s drawing skills is very
weak and threatening.This phenomenon is proven through the descriptive analysis
of the art work in pre-test 1 and test 2, in which only 50 percent sample’s used
the accepted drawing skills.

CONTOH SENARAI SINGKATAN /
SIMBOL / TATANAMA / ISTILAH

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL / TATANAMA / ISTILAH

Singkatan / Istilah Huraian
4 KM 1 4 Kemanusiaan 1
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
PSV Pendidikan Seni Visual
spray cat melalui semburan dari tin
ton nilai kelikatan dan kepekatan warna pada sesuatu objek
jalinan tekstur
warna air
water colour lukisan / foto yang memberi gambaran tentang kandungan sesuatu
illustrasi teks
teknik melukis dengan cara meniru sesuatu
imitasi tiga dimensi (teknik pelukisan yang menimbulkan bentuk sesuatu
3-D objek)

PMR Penilaian Menengah Rendah
B. Ed (Art) Bachelor of Education (Art) ; Sarjana Muda Pendidikan (Seni)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
UPSI kelas terakhir dalam sesuatu tingkatan / darjah di sesebuah sekolah
kelas hujung perasaan untuk melakukan sesuatu (suka atau tidak)
tertekan
mood bosan / jemu
tension
boring

MUKA SURAT PENGHARGAAN

—  Mengandungi ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjalani
Latihan Industri.

—  Bahagian ini tidak diwajibkan.
—  Walau bagaimanapun, kebanyakan Laporan

Projek memasukkan satu kenyataan yang
ringkas untuk menyampaikan penghargaan
terhadap sebarang bantuan istimewa.

KANDUNGAN LAPORAN

—  Pengenalan
—  Metodologi
—  Analisis Data
—  Perbincangan dan Keputusan
—  Kesimpulan dan Cadangan

KANDUNGAN LAPORAN

—  Pengenalan

◦  Pengenalan mengemukakan masalah yang
diselidiki, menghuraikan matlamat kajian dan
menggariskan rancangan tindakan penyelidikan.

—  Metodologi

◦  Satu huraian yang mendalam tentang kaedah
penyelidikan dan bahan/instrumen yang
digunakan.

◦  Kaedah-kaedah percubaan hendaklah dijelaskan
dengan satu cara yang memungkinkan orang
lain menjalankannya tanpa masalah.

KANDUNGAN LAPORAN

—  Analisis Data

◦  Proses menganalisis data yang didapati
dibentangkaitkan dalam bentuk rajah, jadual
dan sebagainya.

—  Perbincangan dan Keputusan

◦  Membincangkan keputusan dan analisis data
yang didapati dengan lain-lain penyelidik atau
perbandingan dengan hipotesis awal dan
sebagainya.

KANDUNGAN LAPORAN

—  Kesimpulan dan Cadangan

◦  Ini merupakan bahagian major terakhir di dalam
teks.

◦  Menyimpulkan hasil penyelidikan yang diperolehi.
◦  Meringkaskan pengalaman dan pengajaran yang

diperolehi
◦  Cadangan tidak wajib dan dicetak selepas

ringkasan dan kesimpulan hanya jika sesuai dengan
kajian.
◦  Masalah yang dihadapi serta penyelesaiannya
◦  Memberi pendapat serta cadangan untuk
memperbaiki latihan pada masa akan datang

LAPORAN PENUH

—  Jenis kerja yang dibuat sepanjang latihan.
—  Kaitan kerja yang dibuat dengan PPI.
—  Perkara-perkara yang dipelajari dari penyelia, pekerja-pekerja dan

bahan rujukan semasa menjalani kerja tersebut.
—  Perkakasan dan kelengkapan peralatan yang digunakan untuk

melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan serta jumlah dan kategori
pekerja yang sama-sama menjayakan tugas yang diarahkan.
—  Jangka masa yang diberikan bagi menyiapkan semua kerja
termasuklah penyediaan lukisan dan laporan yang berkaitan.
—  Pengetahuan teori dan amali dari kursus yang dipelajari di universiti
sebelum menjalani latihan industri.
—  Masalah-masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan kerja dan
cerapan umum tentang kecekapan dan pengurusan perlaksanaan
kerja.
—  Kesimpulan dan ulasan-ulasan membina tentang prestasi
keseluruhan kerja.

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI 

—  Satu senarai tepat bahan-bahan yang dipetik hendaklah dibuat untuk
membolehkan orang lain mencarinya.

—  Semua pengarang yang dipetik hendaklah disenaraikan.
—  Hanya rujukan yang telah dibaca sendiri oleh penulis boleh dipetik.
—  Sebarang Laporan Projek yang menggunakan karya-karya lain,

samada di dalam petikan secara langsung atau melalui rujukan,
haruslah mengandungi bibliografi yang menunjukkan puncanya.
—  Bibliografi ini dimulakan pada mukasurat yang baru dan ditaip
dengan huruf besar.
—  Senarai rujukan dimulakan tiga jarak di bawah tajuk itu.
—  Tiap-tiap rujukan ditaip dengan dua jarak di antara satu sama lain
dan satu jarak di dalam rujukan yang sama.
—  Senarai rujukan adalah tidak bernombor.
—  Senarai rujukan boleh ditulis mengikut Sistem Harvard (sila rujuk
Apendiks) atau sistem lain yang sesuai.

APENDIKS

—  Apendiks mengandungi bahagian ilustrasi tambahan,
data asal dan petikan yang terlalu panjang hingga tidak
dapat dimuatkan ke dalam teks.

—  Bahagian ini dapat menghindarkan pembaca
melencong dari perbincangan utama. 

—  Ia boleh dibahagikan kepada Apendiks A, B, C dan
sebagainya.

—  Tiap-tiap apendiks serta tajuknya, jika ada, hendaklah
disenaraikan secara berasingan di dalam Isi
Kandungan. 

—  Semua jadual dan rajah di dalam Apendiks hendaklah
bernombor dan bertajuk serta disenaraikan di dalam
Senarai Jadual dan Senarai Rajah.

NOTA DAN CATATAN KAKI

—  Calon-calon hendaklah meminta nasihat
penyelia masing-masing tentang hal ini.

—  Contohnya, dalam bidang Sains dan
Teknologi, catatan kaki tidak digalakkan.

—  Saiz huruf yang digunakan bagi nota dan
catatan kaki mestilah lebih kecil daripada
saiz huruf yang digunakan di dalam teks
am iaitu font 8.

LAMPIRAN – SEKIRANNYA ADA

—  Hendaklah diletakkan di bahagian akhir
laporan dan rujukan dibuat terhadap
lampiran di dalam laporan.

—  Lampiran mestilah benar-benar berkait
secara langsung dengan latihan yang
diikuti.

LAIN-LAIN BUTIRAN YANG
PERLU

—  Setiap gambarajah, carta dan gambar foto
hendaklah mempunyai tajuk atau
keterangan yang tersendiri.

—  Penghargaan hendaklah ditulis jika perlu,
dibawah gambarajah, carta atau gambar
foto yang berkenaan.

—  Gambarajah aliran data hendaklah
menggunakan pendekatan Gane dan
Sarson.

FORMAT PERNOMBORAN
MUKASURAT

—  Semua nombor mukasurat dicetak tanpa tanda bacaan.
—  Nombor dicetak 1.0 cm dari sebelah bawah mukasurat di sebelah

kanan barisan teks. Keseragaman di dalam pengaturan adalah
penting.
—  Bahagian Permulaan diberi nombor kecil RUMAWI secara
berturutan (i, ii, iii dan seterusnya).
—  Mukasurat Judul pada muka hadapan laporan dianggap sebagai
mukasurat i, tetapi nombornya tidak ditaip.
—  Nombor RUMAWI ii terletak pada mukasurat pertama selepas
mukasurat judul.
—  Teks dan semua mukasurat Bibliografi termasuk Apendiks diberi
nombor Arab berturut-turut (1, 2, 3, dsb.), bermula dengan 1 pada
mukasurat pertama teks itu.
—  Tiap-tiap mukasurat yang telah ditaip atau yang mengandungi
lukisan mestilah mempunyai satu nombor kecuali mukasurat Judul.

KULIT LAPORAN

—  Laporan hendaklah dijilid dengan
menggunakan kulit yang dilampirkan.

—  Tajuk yang sesuai dalam Bahasa Melayu
hendaklah ditulis pada mukasurat pertama.

—  Laporan Latihan Industri hendaklah dijilid
dengan hard cover berwarna UNGU TUA.

—  Apabila menjilid laporan, satu halaman
kosong hendaklah dikembarkan sebelum kulit
belakang.

JUMLAH NASKAH

—  Setiap pelajar perlu menyerahkan :

◦  Satu naskah laporan hard cover kepada untuk
simpanan Fakulti

◦  Satu naskah laporan menggunakan comb
binding berwarna warna hitam untuk gegelung
pengikat laporan kepada Penyelia Fakulti
(pensyarah)

◦  Satu naskah lagi kepada organisasi/syarikat
melalui Penyelia Syarikat. (diganti dengan 1
CD/DVD)

CARA MENYERAHKAN LAPORAN

—  Naskah asal yang telah lengkap seperti
dinyatakan sebelumnya hendaklah
diserahkan kepada Penyelia Fakulti dalam
masa Selewat-lewatnya TIGA
MINGGU Selepas Tamat Latihan
Industri.

BAHASA LAPORAN

—  Laporan boleh ditulis sama ada dalam
bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
keseluruhannya.

—  Ianya hendaklah ditulis dalam bahasa yang
baik dan mudah difahami.

ETIKA PENYELIDIKAN
(PLAGIARISME)

—  Plagiarisme berlaku apabila idea-idea atau perkataan-
perkataan dari karya orang lain yang telah diterbitkan
digunakan tanpa mencatatkan penghargaan kepada
penulis.

—  Dalam penggunaan idea atau perkataan orang lain,
penghargaan mesti dibuat mengikut kebiasaan yang
dinyatakan di bawah ini :

—  Penggunaan idea atau perkataan orang lain mesti
diakui secara perseorangan dalam teks.Tambahan
pula, setiap karya yang dirujuk perlu dicatat di dalam
Bibliografi.

—  DITEGASKAN BAHAWA LAPORAN PROJEK YANG
DISERAHKAN MESTILAH PENGHASILAN ASAL
PELAJAR SENDIRI.

ETIKA PENYELIDIKAN
(PLAGIARISME)

—  Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain perlu
diakui dengan menggunakan tanda petik serta dengan
menyatakan sumbernya di dalam teks. Contohnya,

◦  ‘Civic education turned away from concentrating on the
founding to concentrating on openness based on history and
social sciences’ (Bloom, 1987, p. 29)

—  Petikan lima barisan atau lebih apabila ditaip harus dimulakan
lebih jauh dari garis tepi dan tanda petik tidak perlu
digunakan. Contohnya,

◦  The general theory of relativity, on its own, cannot explain these
features or answer these questions because of its prediction that
the universe started off with infinite density at the big bang
singularity.At the singularity, general relativity and all other
physical laws break down: one couldn’t predict what will come
out of the singularity. (Hawking, 1988, p. 122).

ETIKA PENYELIDIKAN
(PLAGIARISME)

—  Sekiranya hanya sebahagian satu karangan dari sebuah buku
digunakan, maka ia harus dinyatakan dengan menggantikan
perkataan yang tidak digunakan dengan tiga titik. Contohnya,

◦  ‘There must be give-and-take, with the teacher being a
participant as well as leader and...a source of answers’. (Sizer,
1984, p. 118).

—  Sebarang perkataan sendiri yang ditambah untuk
melengkapkan sesuatu petikan perlu dimasukkan dalam tanda
kurungan empat segi. Contohnya,

◦  ‘This principle [sanctity of contracts] is closely associated with
that of freedom of contract...’ (Peden, 1982, p.9).

—  Sekiranya anda tidak memperoleh sumber asal bagi sesuatu
petikan tetapi mendapati ia dirujuk di dalam karya orang lain,
anda harus memberi sumber asal (penulis yang anda petik itu
patut peroleh) dan rujukan yang anda dapati. Contohnya,

◦  Skinner (1968, p. 21), quoted by Conant (1972, p.8), was...

LAPORAN YANG LEWAT
DIHANTAR

—  Penangguhan untuk menyerahkan laporan
tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan
yang sangat-sangat luar biasa di mana
kebenaran daripada Dekan diperlukan.

—  Pelajar yang gagal menyempurnakan
laporan atau gagal menyerahkan laporan
dalam tempoh yang ditetapkan akan
dianggap GAGAL dalam kursus Latihan
Industri bagi semester berkenaan.

MAKLUMAT LAIN MENGENAI
PENULISAN LAPORAN

—  Laporan Latihan Industri hendaklah ditulis mengikut jenis
golongan pembacanya.

—  Ianya hendaklah berupa persembahan yang lojik dengan
hujah-hujah bernas untuk meyakinkan pembaca kepada
kesimpulan-kesimpulan dalam laporan.

—  Semua kenyataan hendaklah wajar dengan merujuk kepada
kajian lampau yang boleh dipercayai atau kepada keputusan-
keputusan laporan Latihan Industri yang boleh dipercayai.

—  Hanya kenyataan mengenai perkara-perkara yang diketahui
umum sahaja tidak memerlukan tindakan ini.

—  Penulis hendaklah berupaya mempertahankan semua
kenyataannya dengan merujuk kepada kajian-kajian yang boleh
dipercayai atau keputusan kajian sendiri.

MAKLUMAT LAIN MENGENAI
PENULISAN LAPORAN

—  Simbol atau system penamaan khas yang
digunakan dengan luasnya di dalam teks
hendaklah dihuraikan.

—  Simbol dan singkatan hendaklah seperti
yang disyorkan oleh piawaian berkenaan
atau yang lazim digunakan dalam bidang
pengkhususan masing-masing.

JADUAL DATA ATAU KEPUTUSAN

—  Setiap jadual hendaklah dirujuk dan dihuraikan dalam teks.
—  Setiap jadual hendaklah mempunyai tajuk dan nombor jadual

yang diletakkan ditengah pada bahagian atas jadual.
—  Lajur-lajur hendaklah mempunyai tajuk yang sesuai
—  Lajur-lajur boleh diberikan nombor sahaja jika tajuknya terlalu

kompleks dan penghuraian mengenainya diberikan di dalam
teks
—  Nota-nota tambahan hendaklah disediakan jika perlu
—  Jadual sebaik-baiknya dibentangkan dengan bahagian atasnya
pada kepala mukasurat.
—  Jika lajur menghendaki jadual dibaca pada sisi mukasurat,
maka bahagian jadual hendaklah disebelah kiri mukasurat.

APENDIKS : SISTEM HARVARD

—  Mengikut Sistem Harvard, sesuatu rujukan
dibuat dengan menyebut nama pengarang
dan tahun penerbitan.

—  Di dalam teks, tahun pernerbitan diletakkan
di dalam kurungan selepas nama pengarang
sekiranya nama ini menjadi sebahagian ayat.
Sebagai contoh :

◦  Ch'ng (1986) atau Saleh & Zainuddin (1987)

—  ataupun, jika ada lebih daripada dua orang
pengarang,

◦  Nagendran et al. (1990)

APENDIKS : SISTEM HARVARD

—  Jika beberapa penulisan dibuat oleh
pengarang yang sama di dalam tahun yang
sama, abjad a, b, c, dan lain-lain bendaklah
diletakkan selepas tahun penerbitan; sebagai
contoh :

◦  Karel & Labuza (1988b)

—  Sebaliknya pula, nama pengarang dan juga
tahun penerbitan diletakkan di dalam
kurungan jika nama pengarang bukan
merupakan bahagian ayat. Sebagai contoh :

◦   ......... (Omar & Tan, 1989).


Click to View FlipBook Version