KOMSAS
TAJUK: PANTUN NASIHAT
NAMA: NUR ALEEYA BT. ZAINI
NUR FARRAH FARISYAH
BT. ZAINUDDIN
KELAS: 2 REFLECTIVE
GURU SUBJEK: CIKGU SA’ADIAH
BOHARI
MAKSUD RANGKAP
Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.
Ketua-ketua raja duduk,
Jangan ditimpa papan;
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan?
Meninjau berpadi masak,
Batang kapas bertimbal jalan;
Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.
Pulau di balik Pulau Gosong,
Pandan di Jawa diranggungkan;
Jangan kata terdorong-dorong,
Badan dan nyawa menanggungkan.
Hangus bertih berwarna merah,
Mari dituang ke dalam kain;
Suami yang letih usah dimarah,
Kelak terbang ke bunga lain.
Anak Cina membawa surat,
Dari Perak langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.
Pisang kelat digonggong helang,
Jatuh ke Lubuk Inderagiri;
Jikalau berdagang ke rantau orang,
Baik-baik membawa diri.
BENTUK PANTUN TERDIRI DARIPADA TUJUH
RANGKAP
BERISI EMPAT BARIS SETIAP
RANGKAP
BENTUK
BILANGAN KATANYA TIGA ADA PEMBAYANG DAN TERDIRI DARIPADA TUJUH
HINGGA LIMA PATAH KATA MAKSUDNYA HINGGA SEBELAS SUKU KATA
SEBARIS SEBARIS
TEMA DAN PERSOALAN
TEMA:
Nasihat yang dijadikan panduan kepada
masyarakat agar mereka sentiasa melakukan
kebaikan.
PERSOALAN:
Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari
kejahatan.
Melakukan perbuatan haram akan membawa
kemudaratan.
Perasaan sedih dan risau tidak boleh dibiarkan
berpanjangan kerana dapat membinasakan diri.
Berhati-hati dalam bertutur kerana jika silap buruk
padahnya.
Persefahaman antara suami isteri mampu menjamin
kerukunan rumah tangga.
Budi bahasa amat penting dalam hidup
bermasyarakat.
Adat orang merantau mestilah pandai membawa diri
di tempat orang.
GAYA BAHASA
IMEJ ALAM
Contoh: buah peria; padi; kapas; panas; hujan; pulau;
bertih; bunga.
ANAFORA
Contoh: Buat baik berpada-pada , Buat jahat jangan
sekali.
SIMILE
Contoh: Bagai panas mengandung hujan.
ASONANSI
Contoh: Batang kapas bertimbal jalan (perulangan
vokal a)
ALITERASI
Contoh: Berbuat baik berpada-pada (perulangan
konsonan b)
NILAI DAN PENGAJARAN
NILAI:
Nilai Baik Hati
Nilai Ketabahan
Nilai Berhati-Hati
Nilai Rasional
Nilai Berbudi Bahasa
Nilai Kepatuhan
PENGAJARAN:
Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri
daripada melakukan kemungkaran.
Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang
haram supaya hidup kita tidak binasa.
Kita hendaklah tidak terlalu bersedih atas dugaan yang menimpa
diri kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan diri sendiri.
Kita mestilah berhati-hati dalam bertutur, jika tersilap buruk
padahnya.
Kita hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku apabila berdagang
di tempat orang supaya dipandang mulia dan masyarakat.
Seorang isteri mestilah bijak menjaga hati suami supaya rumah
tangga sentiasa bahagia.