PENGANTAR KESUSASTERAAN MELAYU
BMMB3093
NORSHAHFIRA BINTI RAZAK
11C-BM
TUGASAN TUTORIAL MINGGU 10 : 12/10/2022
NAMA PENSYARAH : DR. ARFAH BINTI AHAMAD
Kemunculan teori-teori sastera janaan sarjana sastera Melayu
merupakan satu fenomena baharu dalam dunia sastera di
Malaysia. Kemunculan teori-teori difaktorkan olehkelemahan-
kelemahan teori sastera Barat yang disifatkan oleh beberapa
sarjana Sastera Melayu di Malaysia sebagai tidak dapat
menjelaskan makna dalam sesebuah teks hasil karya penulis
Melayu Islam, atas alasan teori- teori sastera Barat tidak
menitikberatkan aspek agama dan elemen jati diri Melayu
Kemunculan teori-teori kesusasteraan yang dihasilkan oleh sarjana
Melayu pada penghujung tahun 1980an dan awal tahun-tahun 1990-an
telah memberi wajah baharu kepada sejarah perkembangan
kesusasteraan Melayu di Malaysia. Tokoh-tokoh sarjana kesusasteraan
Melayu seperti Shahnon Ahmad, Kassim Ahmad, Muhammad Hj Salleh,
Shafie Abu Bakar, Mohd Affandi Hassan, Hashim Awang, Mana Sikana
dan Sohaimi Abdul Aziz memainkan peranan penting dan bermakna
kerana sumbangan besar mereka. Shahnon dan Kassim Ahmad
merupakan dua orang tokoh pemula yang mencetus idealisme teoretikal
kesusasteraan Islam. Shahnon menegaskan bahawa kesusasteraan
Islam itu ialah kesusasteraan kerana Allah dan berhikmah kepada
manusia sejagat (Shahnon Ahmad 1981:3). Kassim Ahmad pula
beranggapan apa sahaja hasil kesusasteraan yang memiliki unsur-unsur
Islam sejagat adalah kesusasteraan Islam. Kontradiksi ini telah menjebak
kedua-dua tokoh ini ke dalam polemik yang berpanjangan.
Perkembangan teori sastera di Malaysia hanya bermula pada penghujung
1980-an. Ia merupakan teori puitika sastera Melayu oleh Sasterawan
Negara Muhammad Salleh, sesuatu yang lahir selepas hampir dua dekad ia
muncul di Barat. Sejak 1970-an tercatat beberapa teori sastera moden di
Barat seperti psikoanalisis, resepsi, intertekstualiti, dekonstruksi,
hermeneutik, feminisme, semiotik dan sebagainya. Dalam konteks kritikan di
Malaysia, selepas kelahiran teori puitika Melayu, muncul beberapa sarjana
yang turut mengasaskan teori kritikan. Shafie Abu Bakar (takmilah), Hashim
Awang (pengkaedahan Melayu), Abdul Rahman Napiah (tekdealisme), S.
Othman Kelantan (kritikan Melayu), Mohamad Mokhtar Hassan (konseptual-
kata kunci) dan Mohd. Affandi Hassan (persuratan baru). Namun, muncul
pertanyaan di kalangan sarjana-sarjana dan pengarang tempatan, sejauh
mana teori tempatan ini mampu menjadi medium kritikan sastera yang
mantap dan kukuh? Adakah hanya sekadar mampu memperkatakan sastera
tempatan (Melayu) semata-mata. Tidak lebih daripada itu jika dibandingkan
dengan kehebatan teori-teori kritikan Barat? Jika diamati, teori-teori Barat
berkembang dengan pengikut-pengikut yang sentiasa ada selain
menciptakan polemik, perdebatan dan perbincangan yang berterusan.
Di Barat, perdebatan, perbincangan, penerokaan dan penciptaan idea baru
merupakan alasan yang sangat kuat untuk memungkinkan mereka
melahirkan teori sastera yang kuat dan bersifat antarabangsa.
Teori Mimesis yang diperkenalkan oleh Plato misalnya menjadi semakin
kuat, matang dan berkembang kerana adanya perdebatan-perdebatan dan
penelitian oleh sarjana-sarjana Barat. Teori psikoanalisis oleh Sigmund
Freud misalnya berkembang pesat kerana ia mempunyai pengikut yang
ramai. Oleh Jacques Lacan teori itu dikembangkan dan diteruskan Jacques
Derrida, Julia Kristeva dan Harold Bloom. Lalu, bagaimana dengan teori-
teori tempatan? Usaha ke arah memperkasakannya melalui penyelidikan
dan penerapannya sangat sedikit hingga menyebabkan dapat dikatakan
teori sastera tempatan kaku serta tidak bermaya. Teori dialogisme oleh
Mikhail Bakhtin yang dilahirkan pada 1926 juga dapat dijadikan contoh yang
kuat dalam konteks ini. Perdebatan dan penelitian serta pelbagai usaha
untuk mengaplikasi ke dalam karya-karya sastera menyebabkan dialogisme
mampu berkembang dan menjadi asas kepada teori intertekstualiti.
Tidak dinafikan, teori-teori kritikan tempatan mampu untuk memperkatakan
semua genre sastera di negara ini. Namun, ia gagal mempunyai pengikut
sebagaimana di Barat
SEKIAN TERIMA
KASIH