PERANAN IBU BAPA DALAM
MENGAWAL PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DAN
MAKANAN RINGAN
DALAM KALANGAN ANAK-ANAK
Oleh : Hebatalla Kamaluddin
(Ayat tema)Dasawarsa ini, pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam
kalangan masyarakat semakin menjadi-jadi terutamanya dalam kalangan anak-
anak.(Ayat huraian tema- where) Sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak untuk
membeli makanan segera dan makanan ringan yang tidak berkhasiat dan lebih dikenal
sebagai jajan di luar sekolah sebelum pulang ke rumah. (Ayat sejarah)Pada zaman
dahulu, ibu bapa tidak perlu risau akan pola pemakanan anak-anak kerana rata-rata
semua makanan pada ketika itu berasaskan hasil-hasil cucuk tanam yang murni tanpa
bahan kimia seperti ubi kayu dan buah-buahan berbanding dengan makanan segera dan
makanan ringan . (Ayat kini)Namun begitu, anak-anak metropolitan kini lebih gemar
untuk mengkonsumsi snek-snek dan gula-gula yang manis dan berwarna-warni. (huraian
ayat kini : how) Snek-snek yang merupakan kelas makanan ringan ini dikomersialkan
dalam bentuk pek yang berwarna-warni untuk menarik perhatian anak-anak kerana
memang pada lumrahnya anak-anak tertarik oleh sesuatu yang berwarna kontras. (ayat
kini :huraian what) Hal ini bertambah buruk lagi apabila ibu bapa mendedahkan anak-
anak kepada makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken, Pizzahut dan McDonald
sebagai alternatif kepada makanan berat yang mengandungi nutrien yang cukup untuk
tubuh badan sihat. (ayat kini :huraian why) Keadaan ini tidak boleh dipandang enteng
oleh ibu bapa kerana disebalik rasa manis dan lazat makanan-makanan ringan dan
makanan segera tersebut, terkandung gula, lemak, garam dan bahan kimia seperti
pengawet makanan dalam kadar yang banyak. (ayat kini :huraian why) Kandungan-
kandungan inilah yang menjadi faktor dominan penyakit obesiti dan diabetes mellitus
akibat kandungan gula yang tinggi dalam darah. (ayat tokoh)Tidak hairanlah jika Menteri
Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam sempat melahirkan kekhawatirannya
terhadap peningkatan kadar obesiti dalam kalangan anak-anak akibat gaya pemakanan
masyarakat yang gemar mengambil makanan-makanan ringan dan makanan segera yang
tidak seimbang dalam makanan seharian. (ayat pertanyaan)Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa sebagai insan yang paling hampir dengan anak-anak bagi
mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-
anak supaya mereka dapat mengalami proses pembesaran secara sihat? Tepuklah dada,
tanyalah selera.
(ayat jawapan)Tidak dapat dinafikan lagi bahawa cara yang paling ampuh yang
dapat dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha mengawal pengambilan makanan ringan dan
makanan segera dalam kalangan anak-anak adalah melalui trend pemakanan yang sihat
bersama dengan keluarga. (ayat contoh) Ibu bapa seharusnya mengimplementasikan
gaya pemakanan yang sihat dengan menyajikan hidangan yang cukup tujuh kelas
makanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, garam mineral, air, vitamin dan pelawas
dalam kuantiti yang betul dalam menu harian. (huraian ayat contoh)Namun ironisnya,
ibu bapa kontemporari lebih gemar menyajikan makanan segera seperti mi rebus dan
pizza sebagai hidangan utama kerana sifat malasnya untuk menyajikan makanan berat,
anak-anak akan menjadi terbiasa untuk memakan makanan ringan dan makanan
segera kerana seperti kata peribahasa alah biasa tegal biasa. (huraian ayat jawapan-
kesan-why)Sekiranya ibu bapa mengamalkan trend pemakanan sihat di rumah, anak-
anak akan berasakan bahawa mengkonsumsi makanan segera dan makanan
ringan sebagai satu perkara tidak berfaedah dan tidak memberikan kesan baik terhadap
kesihatan mereka walhal sebenarnya, walhal hanya akan memberikan kesan buruk
dalam jangka masa panjang. (Huraian ayat jawapan-why)Anak-anak juga dapat
menyedari bahawa sekiranya mereka tidak mengamalkan makanan yang seimbang,
kehidupan mereka akan berakhir dengan serangan penyakit fatal seperti sakit jantung,
kolestrol tinggi dan kencing manis. (Huraian ayat jawapan-why)Trend pengambilan
makanan yang sihat dalam kalangan keluarga merupakan langkah yang paling efektif
untuk mengurangkan pengambilan makanan ringan dan makanan segera dalam
kalangan anak-anak kerana Franklin D. Roosevelt, bekas Presiden Amerika Syarikat ke-
32 pernah berkata bahawa segala perbuatan dan kebiasaan bermula dari rumah. (ayat
tegasan jawapan) Tegasnya, ibu bapa perlulah mengamalkan trend gaya pemakanan
yang sihat dan seimbang di rumah agar dapat mengurangkan
kadar pengambilan makanan yang tidak sihat berupa makanan ringan dan makanan
segera dalam kalangan anak-anak mereka.
(ayat jawapan 2) Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk memberikan
pendidikan mengenai bahaya pengambilan makanan ringan dan makanan segera kepada
anak-anak sejak mereka berada di usia dini lagi. (ayat contoh) Tamsilnya, ibu bapa
boleh menerangkan kandungan-kandungan makanan ringan dan makanan segera
yang berbahaya kepada anak-anak. (huraian ayat jawapan-why-kesan)Anak-anak yang
didedahkan kepada bahaya makanan ringan dan makanan segera sejak kecil lagi akan
cenderung untuk menjauhi makanan-makanan tersebut kerana sedar akan
keburukannya kepada kesihatan. (ayat huraian jawapan-why-kesan 2)Rentetan
pendedahan tentang pengetahuan kandungan makanan sejak kecil akan menjadikan
minda anak-anak lebih terbuka untuk bijak dalam mengkonsumi makanan berdasarkan
keperluan tubuh badan sihat bukan kerana rasanya yang lazat semata-mata. (ayat
huraian jawapan-why-kesan 3)Mereka juga akan dapat menilai yang mana permata dan
yang mana kaca ketika memilih makanan. (ayat huraian jawapan-why-kesan 4)Kesannya,
anak-anak akan terbiasa untuk makan makanan yang sihat dengan menjauhi makanan
ringan dan makanan segera yang mengandungi banyak pewarna makanan serta bahan
aditif (ayat contoh kesan)seperti Monosodium Glutamat (MSG) yang boleh
mengakibatkan hiperaktif dan kanser. (ayat huraian contoh- how)Kajian dari Universitif
Oxford, England mendapati bahawa makanan ringan menjadi punca peningkatan
keganasan dalam masyarakat yang semakin ketara sejak 50 tahun kebelakangan ini
kerana kurangnya zat-zat tertentu terutamanya Omega-3 akibat seseorang itu banyak
mengambil makanan ringan. (ayat huraian –how)Kajian ini membuktikan bahawa
pengambilan makanan ringan yang banyak akan memberikan impak yang signifikan
kepada mental seseorang terutamanya anak-anak yang masih dalam proses
pembesaran. (ayat tegasan jawapan)Sesungguhnya, ibu bapa memainkan peranan yang
utama dalam memberikan pendidikan awal mengenai bahaya pengambilan makanan
ringan dan makanan segera kepada anak-anak supaya kesedaran terhadap gaya
pemakanan yang sihat dapat dipupuk sejak mereka kecil lagi seperti kata
peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, ibu bapa perlulah menyediakan bekalan makanan buat anak-anak di
sekolah sebagai langkah untuk mengurangkan pengambilan makanan ringan dan
makanan segera. Contohnya, ibu bapa boleh menyediakan makanan kegemaran anak-
anak supaya mereka tidak tertarik untuk membeli jajan seperti gula-gula dan keropok-
keropok di luar sekolah. Ibu bapa juga boleh menambahkan buah-buahan seperti epal
dan hirisan kacang panjang atau lobak supaya anak-anak turut mendapatkan manfaat
yang lebih daripada bekal makanan mereka disamping menghindarkan diri daripada
mengambil makanan ringan seperti kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Amalan ini sebenarnya sudah lama diterapkan di negara matahari terbit iaitu di negara
Jepun. Anak-anak tidak dibenarkan untuk membawa wang saku ke sekolah tetapi
diwajibkan membawa bento atau pun bekal makanan ke sekolah. Langkah ini
merupakan inisiatif daripada Kementerian Pendidikan, Sains dan Sukan Jepun untuk
mengatasi kegemukan, sindrom metabolik dan penyakit-penyakit kronik lain yang
disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak seimbang dalam kalangan anak-anak.
Jika amalan ini diterapkan di Malaysia, tentulah anak-anak tidak lagi perlu berbelanja di
sekolah atau terjebak oleh makanan ringan dan makanan segera yang dijual di luar
kawasan sekolah yang tidak sudah sah tidak terjamin kebersihannya. Makanan ringan
beraneka jenis yang ditawarkan di mesin layan diri tidak akan menjadi pilihan makanan
anak-anak kerana mereka sudah membawa bekal makanan yang disediakan oleh ibu
bapa masing-masing dengan penuh kasih sayang malahan tiada alasan untuk anak-anak
membawa wang saku ke sekolah. Sesungguhnya, amalan membawa bekal makanan
sendiri dari rumah merupakan inisiatif yang perlu dilakukan oleh ibu bapa supaya anak-
anak tidak mempunyai alasan untuk membeli makanan ringan dan makanan segera di
sekolah.
Akhir sekali, ibu bapa sewajarnya mengawal pengambilan makanan ringan dan
makanan segera oleh anak-anak mereka dengan cara mengehadkan peruntukan
perbelanjaan mereka terhadap makanan-makanan yang tidak menyihatkan kepada anak-
anak mereka. Contohnya, anak-anak hanya dibenarkan untuk membeli makanan ringan
dan makanan segera sekali seminggu atau pada majlis-majlis keraikan sahaja. Kajian
yang dijalankan oleh Cable News Network (CNN) menunjukkan bahwa rata-rata satu
pertiga daripada keluarga-keluarga di Amerika Syarikat keluar makan di restoran
makanan segera setiap hari. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengambil langkah bijak
mengurangkan peruntukan perbelanjaan makan bersama dengan anak-anak di luar
sebagai contoh,dengan cara hanya makan di restoran makanan segera satu kali dalam
dua minggu. Dengan cara ini semestinya ibu bapa akan dapat memantau dan mengawasi
pemakanan anak-anak sejak usia muda lagi. Tindakan mengehadkan pola pemakanan
makanan ringan dan makanan segera secara berhemah ini juga akan dapat
menghindarkan anak-anak daripada risiko mendapat penyakit kronik seperti sakit
jantung, asma dan penyakit darah tinggi kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya. Cara ini juga secara tidak langsung akan melatih anak-anak
supaya tidak menjadikan makanan segera dan makanan ringan sebagai alternatif kepada
makanan berat kerana orang-orang tua mengatakan bahawa jangan ambil senang jika
tidak mahu susah. Jika ibu bapa berjaya mengehadkan perbelanjaan mereka terhadap
makanan yang tidak menyihatkan, nescaya mereka dapat menghindarkan anak-anak
daripada komplikasi kesihatan pada masa hadapan yang mana sudah pasti akan
melibatkan kos rawatan yang tinggi. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa
memainkan peranan utama dalam mengehadkan perbelanjaan terhadap makanan segera
dan makanan ringan bagi mengawal pengambilan makanan yang tidak menyihatkan ini
dalam kalangan anak-anak mereka.
Kesimpulannya, ibu bapa ialah orang yang memegang senjata paling ampuh dalam
mengawal pengambilan makanan ringan dan makanan segera dalam kalangan anak-anak.
Berdasarkan perbincangan di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa langkah-
langkah paradigma boleh diambil oleh ibu bapa dalam membendung pengambilan
makanan ringan dan makanan segera bagi menghindarkan anak-anak daripada
didiagnosis dengan penyakit-penyakit seperti kencing manis, dan hiperaktif. Ibu bapa
tidak boleh memandang perkara ini dengan sebelah mata kerana jika mereka alpa
terhadap pemakanan anak-anak, banyak konsekuensi buruk yang akan menimpa anak-
anak. Buktinya, kajian di Baycrest Centre di Universiti Toronto, Kanada
merumuskan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak anak-anak.
Anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk
pinang memerlukan nutrien bermanfaat yang secukupnya untuk tumbesaran yang baik.
Ibu bapa sewajarnya menjadi pemandu ke arah landasan hidup yang sihat kepada anak-
anak dengan menerapkan gaya pemakanan hidup yang sihat dalam kalangan keluarga.
Oleh itu, ibu bapa perlulah berganding bahu dalam mengawal pengambilan makanan
ringan dan makanan segera dalam kalangan anak-anak mereka. Janganlah ibu bapa
mengambil sikap acuh tak acuh mahupun berlepas tangan begitu sahaja dengan lebih
memilih makanan segera sebagai alternatif makanan berat dalam ruji harian anak-anak
mereka dek kesibukan atau kesuntukan masa walhal tindakan tersebut hanya akan
mendedahkan anak-anak kepada gaya pemakanan hidup yang tidak sihat. Cogan
kata amalkan gaya hidup sihat perlulah menjadi pedoman hidup ibu bapa dan anak-
anak kerana Kita Ialah Apa-apa Yang Kita Makan .