The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RPH disediakan oleh 2 bakal guru.
Nur Nashirah Binti Mohd Nazri 281131
Nur Hazirah Binti Ruslan 281090

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nashirahstudy, 2022-12-18 07:44:32

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

RPH disediakan oleh 2 bakal guru.
Nur Nashirah Binti Mohd Nazri 281131
Nur Hazirah Binti Ruslan 281090

Keywords: RPH Pendidikan Moral

SGDK3812 PEDAGOGI PENDIDIKAN MORAL
SEMESTER PERTAMA (A221) SESI 2022/2023

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

NUR NASHIRAH BINTI
MOHD NAZRI
281090

NUR HAZIRAH BINTI RUSLAN
281090













HASIL POSTER PELAJAR DARIPADA
AKTIVITI KUMPULAN

REFLEKSI GURU

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini disediakan untuk mata pelajaran
Pendidikan Moral yang bertajuk Hargai Alam Warisan Kita (Unit 9). Subjek
pendidikan moral akan dijalankan selama 80 minit bermula 8.30 pagi hingga 11.40
pagi. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah daripada gabungan tiga kelas iaitu 2
Cerdik, 2 Mutiara dan 2 Delima. Kehadiran pelajar pada hari tersebut adalah
memuaskan apabila bilangan pelajar yang hadir seramai 15 orang daripada 18
orang pelajar. Sebelum bermula sesi pengajaran dan pembelajaran, para pelajar
telah mempunyai pengetahuan sedia ada iaitu kepentingan menjaga alam sekitar.
Sebagai contoh, pelajar mengetahui tiada pencemaran alam sekitar sekiranya
manusia tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka.
Di dalam bilik darjah, guru mengendalikan proses PdPc dengan penuh
bersemangat. Dapat dilihat, guru juga menyediakan video muzik di dalam set
induksi untuk melibatkan semua pelajar bersama-sama bergiat aktif sebelum
meneruskan pembelajaran. Setelah itu, guru memberi penerangan tentang
peranan dalam melindungi alam sekitar, langkah badan kerajaan dan bukan badan
kerajaan dalam melindungi alam sekitar serta menjelaskan tentang kesan buruk
terhadap keseimbangan alam sekitar. Selain itu, guru juga melakukan aktiviti yang
dapat menarik minat dan perhatian pelajar iaitu membuat poster tentang
kesedaran alam sekitar bersama ahli kumpulan mereka. Alat bantu menganjar
seperti pen dakwat dan kertas mahjung turut disediakan oleh guru bagi
memudahkan dan melancarkan aktiviti tersebut.

REFLEKSI GURU

Semasa sesi pembelajaran berlangsung pelajar memberikan maklumbalas positif
dan kebanyakan pelajar boleh menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
Pendapat yang diberikan oleh pelajar menunjukan pemahaman mereka mengenai
pengetahuan sedia ada mereka tentang alam sekitar. Pendapat yang diberikan
oleh mereka juga diulas dengan baik oleh guru. Semasa aktiviti dijalankan, para
pelajar sangat gembira dan teruja mencari ahli kumpulan. Suasana persiapan
poster oleh pelajar juga sangat meriah tetapi masih terkawal. Kreativiti poster
yang dihasilkan oleh pelajar untuk pembentangan sangat menarik dan
menunjukan pemahaman mereka mengenai alam sekitar.
Pembentangan berkumpulan dapat disempurnakan oleh semua kumpulan.
Objektif pembelajaran dapat dicapai oleh hampir semua pelajar. Cuma terdapat 5
orang pelajar yang lemah dan masih memerlukan bimbingan. Daripada
pemerhatian guru, pelajar tersebut lemah kerana penguasaan bahasa melayu
mereka tidak fasih. Kawalan kelas berlangsung dengan baik dan efektif


Click to View FlipBook Version