The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eleesasyazleen, 2022-04-12 04:26:52

KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN

KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN:
KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN DAN

PENYATUPADUAN

NAMA PENSYARAH:
PUAN NOORWATI BINTI MOHD DAWAM

PENOLONG PENSYARAH:
CIK RAHIMAH BINTI HALIM

AHLI KUMPULAN

SYAZLEEN NUR ELEESA MUHAMMAD DANIAL BIN
BINTI SAZALIE KAMAROLZAMAN
17DUP21F2026. 17DUP21F2034

NURIN JAZLINA BINTI ADAM HARITH BIN
AHMAD SIBLI SURASA
17DUP21F2013
17DUP21F2033

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA

1 Pengenalan
2 Objektif
3 Konsep (Perpaduan, Kesepaduan dan

Penyatupaduan)
4 Maksud Wajah Positif, Negatif &

Idaman
5 Apa itu: Perpaduan, Kesepaduan &

Penyatupaduan
6 Bagaimana Menjadikan Malaysia Ke

Arah Perpaduan
7 Dasar Perpaduan Negara Malaysia

(Menyusur Jejak Perpaduan)
8 Nilai Dan Anjuran Indeks Perpaduan

Nasional (IPNas)
9 Definisi Sosial
10 Perlembagaan Persekutuan
11 Dasar Perpaduan Negara
12 Pemboleh Daya Perpaduan
13 Kesimpulan
14 Sumber Rujukan

PENGENALAN

Perpaduan masyarakat berbilang etnik, agama dan budaya adalah
kunci kepada keamanan, kemakmuran, kestabilan dan pembangunan
mampan negara. Tanpa perpaduan, negara tidak dapat mencapai
kestabilan mutlak, kemajuan dan keamanan yang berkekalan.

Kesejahteraan yang dikecapi negara kita kini adalah bukti jelas
bahawa formula bersatu untuk pembangunan dan kemajuan negara
berada di landasan yang betul. Dalam soal agama di Malaysia, kita
mempunyai tahap kerjasama dan toleransi yang sangat tinggi antara
kaum dan kaum.

Perpaduan rakyat Malaysia semakin terserlah apabila kita bersama-
sama memerangi penularan dan gangguan rangkaian wavak COVID-19.
Permuafakatan yang dipamerkan orang pada masa krisis adalah mesin
perpaduan, mencerminkan kematangan rakyat dalam memahami erti
perpaduan dan kesepaduan sosial antara kaum.

Semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh jentera rakyat
juga memastikan Kementerian Perpaduan Negara sentiasa komited
untuk membangunkan dasar perpaduan negara, walaupun negara
sedang menumpukan perhatian sepenuhnya dalam mengawal
penularan COVID-19. Ini adalah usaha pertama kerajaan untuk
menggubal dasar khusus yang bersatu.

Sekiranya unsur-unsur perpaduan telah diterapkan secara
berasingan dalam dasar-dasar kerajaan lain, sudah tiba masanya
solidariti mempunyai dasar tersendiri. Perpaduan dalam kepelbagaian
bukan sekadar mantra yang tidak bermakna. Sekiranya unsur-unsur
perpaduan telah diterapkan secara berasingan dalam dasar-dasar
kerajaan yang lain, sudah tiba masanya solidariti mempunyai dasar
tersendiri. Perpaduan dalam kepelbagaian bukan sekadar mantra yang
tidak bermakna. Konsep solidariti ini perlu difahami, dihayati dan
disematkan dalam hati.

OBJEKTIF TUGASAN

Objektif efolio ini adalah untuk membina rasa cinta
masyarakat dalam kalangan individu. Selain itu, perpaduan
perlu dititikberatkan dan masyarakat hidup dalam keadaan
yang harmoni. Tujuan efolio ini juga adalah untuk
membentuk keperibadian dan memahami konsep
Kerjasama dan gotong-royong.

KONSEP PERPADUAN,
KESEPADUAN DAN
PENYATUPADUAN

Negara bekas tanah jajahan, seperti Malaysia dan
Indonesia sentiasa berdepan dengan cabaran “unity in
diversity” yang bermaksud “perpaduan dalam
kepelbagaian” dalam Bahasa Melayu. Fenomena
"kepelbagaian" inilah yang menjadi tumpuan perbincangan
umum dan ilmiah. Fenomena ini menyerlahkan perbezaan
dan sering dinyatakan sebagai keunikan. Malah kedua-dua
negara ini tidak mempunyai pilihan. Keadaan kemajmukan
ini adalah tidak diingini, tetapi terpaksa, akibat langsung
daripada pembentukan masyarakat majmuk pada zaman
penjajahan. Selain itu, Indonesia dikenali sebagai ‘Bhinneka
Tunggal Ika’ dan Malaysia dikenali sebagai ‘Malaysia Truly
Asia.’

Oleh itu, “unity in diversity” membawakan penjelmaan
tiga wajah iaitu wajah positif, wajah negative dan wajah
idaman.
Mengapa suara psikik adalah rindu dan mengidamkan unity
in uniformity ini berterusan?

Kerana ia adalah pernyataan emosi dan psikologi yang
menyatakan harapan yang sangat besar dan sangat rindu.
Siapa yang bercakap itu tahu idealisme unityin uniformity
adalah ilusi, tetapi ia mempunyai nilai politik yang tinggi
dan secara berkesan dapat menggerakkan sokongan padu
daripada anggota masyarakat untuk sesuatu agenda atau
kepentingan, sama ada suku kaum, negara, wilayah,
mahupun hubungan Timur-Barat.

Wajah positif datangnya daripada kepelbagaian
yang dimegahkan,dirayakan (celebrating diversity)
dan mengkomersialkan kepelbagaian. Sebagai
contoh, berbilion ringgit boleh diperoleh dengan
"menjual kepelbagaian ini" melalui program
seperti Tahun Melawat Malaysia 2014. Oleh itu,
pendapatan ini menyumbang secara langsung
kepada ekonomi negara. Oleh itu, kita telah
melabur ratusan juta ringgit untuk meraikan dan
berjaya mencapai kepelbagaian ini.

Wajah negatif yang wujud bersama fenomena
kepelbagaian adalah disebabkan oleh perbezaan
yang wujud dalam masyarakat dalam pelbagai
bentuk. Setiap bentuk ini berpotensi mencetuskan
konflik, pertengkaran, penderaan lisan dan fitnah
yang didorong oleh khabar angin. Sebaliknya,
prejudis dan stereotaip terus membakar emosi,
mencairkan rasionaliti, meningkatkan ketegangan,
mencabar keharmonian dan menggoyahkan
kestabilan.

Wajah idaman yang muncul daripada
kepelbagaian ini adalah kerinduan dan untuk
bentuk perpaduan yang paling ideal, perpaduan
dalam perpaduan. Keinginan idealistik ini sering
diulang-ulang dalam ucapan ahli politik dan
pemimpin, serta dalam lirik. Pelbagai lagu bersifat
patriotik iaitu "satu negara, satu bahasa".

APA ITU
PERPADUAN,KESEPADUAN DAN

PENYATUPADUAN ?

Perpaduan bermaksud kesatuan.Hal ini kerana ia
merupakan matlamat akhir yang dimana diidamkan
dalam sesebuah negara yang mempunyai berbilang
etnik terutama bagi Negara iaitu di
Malaysia.Seterusnya,kesepaduan ialah keadaan
bersepadu,iaitu menjadi kesatuan yang utuh.Hal ini
demikian kerana,keadaan yang aman,stabli serta
makmur dan juga sejahtera yang ingin dicapai tetapi
masih lagi diakui terdapat perbezaan dari segi bentuk
defisit sosial yang wujud dalam sesebuah
masyarakat.Akhir sekali,penyatupaduan ialah suatu
proses iaitu prose menyatupadukan.Hal ini dapat
dibuktikan melalui suatu usaha berterusan dimana
pada peringkat semua lapisan masyarakat bagi
menyelesaikan defisit sosial berwahanakan suatu tapak
integrasi dimana yang berprinsipkan iaitu
tawarmenawar perundingan serta media.

BAGAIMANA MENJADIKAN
MALAYSIA KE ARAH PERPADUAN

Bagi menjadikan Malaysia ke arah perpaduan ialah
dengan menerusi dimana dengan mementingkan
kepentingan perpaduan antara kaum.Hal ini demikian
kerana sebagai rakyat Malaysia kita tidak asing dengan
wujudnya masyarakat yang begitu berbilang kaum seperti
cina,india,kadazan,melayu dan sebagainya.Hal ini dapat
dijelaskan dengan wujudnya perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat,barulah masyarakat lebih harmoni
dimana mempunyai aspirasi yang dapat dicapai.Oleh hal
yang demikian,sebagai rakyat Malaysia yang begitu
prihatin,kita haruslah mewujudkan perpaduan kaum
dalam kalangan rakyat Malaysia seperti peribahasa "bulat
air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat"
dengan ini dapatlah kita menjadikan negara Malaysia ke
arah perpaduan.

Dasar perpaduan Negara
Malaysia

(Menyusur Jejak Perpaduan )

Dimana pada tahun 1969 iaitu Peristiwa 13 Mei dimana konflik
perkauman menjadi pencetus kepada usaha kerajaan bagi
menangani isu perpaduan.Pada tahun 1970 pula ialah Rukun Negara
dimana diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 adalah sebagai falsafah
negara bagi mencapai perpaduan yang ingin dikecapi.Selain itu,pada
tahun 1971 pula adalah Dasar Ekonomi Baru dimana menjadi
kerangka bagi memperkukuhkan perpaduan menerusi penyusunan
semula masyarakat.Pada tahun 2003 pula adalah Dasar Sosial
Negara iaitu bermatlamat bagi mewujudkan masyarakat yang begitu
maju dari segi aspek sosial,ekonomi dan juga teknologi.Pada 2017
adalah Dasar Keselamatan Negara iaitu bagi mempertahankan nilai-
nilai teras negara bagi memastikan Malaysia kekal selamat serta
berdaulat.Seterusnya,pada tahun 2019 mempunyai dua dasar
dimana dasar yang pertama ialah Dasar Komuniti Negar dan dasar
yang kedua ialah Dasar Kebudayaan Kebangsaan,dimana dasar
komuniti negara ialah mewujudkan komuniti serta generasi mampan
melalui pembangunan komuniti secara inklusif.Manakala dasar
kebudayaan kebangsaan ialah mewujudkan kebudayaan
kebangsaan.Akhir sekali,Dasar Perpaduan Negara iaitu dasar payung
yang menetapkan hala tuju kerajaan dalam mengukuhkan
perpaduan negara serta integrasi nasioanal.

NILAI DAN ANJURAN
PERPADUAN NASIONALNILAI

SKOR IPNa s

Nilai yang dihasilkan buat pertama kali ini
ialah 0.567. Nilai ini adalah tinggi berdasarkan
kepada skala di antara 0 hingga 1 yang
dinyatakan oleh Cohen (1988) sebagai
petunjuk yang sesuai bagi kajian sains tingkah
laku manusia. Ini menunjukkan bahawa tahap
perpaduan di Malaysia sangat kuat dan kukuh
walaupun
deficit social masih wujud. Usaha
penyatupaduan perlu dilaksanakan secara
berterusan dengan memberikan fokus kepada
isu-isu penting dari semasa ke semasa.

Nilai IPNas 2020 akan dijadikan sebagai
contoh kepada pengukuran tahap perpaduan
masyarakat bagi tahun-tahun berikutnya. IPNas
kini dalam proses penambahbaikan maklumat
dengan mengemas kini borang soal selidik agar
pengukuran tahap perpaduan di Malaysia dapat
dilaksanakan dengan lebih baik dan tepat.

DEFISIT SOSIAL

Defisit sosial ialah kekurangan dalam persekitaran sosial yang perlu
disatukan secara berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan.
Defisit ini disebabkan oleh perbezaan kognisi dan perspektif dalam
kalangan kumpulan yang berbeza bermula dengan individu, keluarga
dan masyarakat.

Terdapat banyak perkara yang menjadi subjek soalan ini. Isu-isu ini
ialah kaum, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi,
jantina, federalisme politik, ruang bandar dan luar bandar, dan media.
Hal ini, melibatkan isu-isu yang, jika tidak ditangani dengan teliti, boleh
membawa kepada kerosakan dalam kesepaduan sosial yang ingin
dibangunkan.

Perkara seperti agama dan perlembagaan, pilihan raya, krisis
ekonomi, kegagalan pembangunan, rasuah dan tadbir urus yang lemah
boleh memusnahkan perkara, perkara, atau apa sahaja yang telah
dibina selama ini, dan jika dibiarkan, boleh bertukar menjadi barah.
• ETNISITI
Kelompok etnik yang sama berkongsi adat, Bahasa, pakaian
tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama
mereka.
• AGAMA
Perbezaan agama disalah faham sebagai penghalang perpaduan
dalam masyarakat kerana dilihat dalam konteks yng kurang tepat.
Kurangnya kefahaman berkenaan agama yang berbeza memberi
kesan kepada hubungan dan interaksi dalam masyarakat.

• KELAS SOSIAL
Seseorang atau kelompok manusia dalam
masyarakat atau budaya. Selain itu, setiap
kelas sosial masyarakat saling melengkapi dari
segi peranan dan tanggungjawab.
• PENDIDIKAN
Pendidikan ialah satu proses
mengembangkan potensi individu yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan social.
• BAHASA
Semua kaum perlu menggunakan Bahasa
Melayu kerana Bahasa Melayu adalah Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Rasmi. Selain itu,
Bahasa Melayu merupakan Bahasa yang
mudah untuk difahami.
• JURANG GENERASI
Isu dan cabaran perpaduan sangat berbeza
antara generasi ke generasi dan amat
memerlukan pendekatan yang bersesuaian
berdasarkan pengalaman hidup dalam setiap
generasi.

• GENDER
Isu gender kerap diungkapkan sebagai
perbezaan hak kesaksamaan antara lelaki
dengan wanita.
• POLITIK FEDERALISME
Pentadbiran dan sistem tadbir urus pada
peringkat Persekutuan dan negeri perlu
dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial
kerana terdapat perkara yang telah
dipersetujui sebagai urusan peringkat negeri
(seperti agama dan tanah).
• RUANG BANDAR-DESA
Ruang bandar dan desa telah mencorakkan
ciri sosial masyarakat dan aktiviti ekonomi. Isu
dan cabaran menjangkaui kekangan ini perlu
dilihat pada kesedihan dan keupayaan
individu, keluarga dan komuniti
memanfaatkan ruang bandar-desa dalam
mengukuhkan perpaduan, bersesuaian
dengan keperluan dan cabaran yang berbeza
antara bandar dengan desa.
• MEDIA
Penyebaran maklumat yang amat pantas
merupakan cabaran utama yang dihadapi
oleh semua negara. Penyalahgunaan media
massa bagi sesetengah pihak boleh
menggugat kestabilan dan perpaduan. Oleh
itu, penguatkuasaan undang-undang perlu
diperkukuh bagi mengimbangi kesan negatif
akibat kepesatan teknologi media yang
semakin mencabar ruang perpaduan masa
kini.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi
negara yang menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara
mesti dijalankan. Semua rakyat perlu menghayati dan memahami
sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan kerana melibatkan
tolak ansur, kompromi, dan pengorbanan semua pihak serta
berlandaskan proses persetujuan timbal balik atau perkongsian kuasa
antara pelbagai etnik.

Antara lima perkara asas yang telah dipersetujui dalam pembentukan
pelantar integrasi ialah penerimaan beberapa perkara asas yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu;
• Perkara 3(1): Islam ialah agama bagi
Persekutuan, tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai
di mana-mana bahagian Persekutuan.
• Perkara 152(1): Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi,
namun Bahasa ibunda kaum lain boleh
diajar dan digunakan.
• Perkara 153: Kedudukan istimewa orang
Melayu dan anak negeri Sabah dan
Sarawak diiktiraf, namun kepentingan
kaum lain juga dilindungi.
• Perkara 181: Kedaulatan Raja-Raja Melayu
dijunjung.
• Bahagian III: Hak kewarganegaraan
diberikan kepada mereka yang
mempunyai kelayakan di bawah
Perlembagaan Persekutuan.

DASAR PERPADUAN
NEGARA

Dasar perpaduan Negara ialah dasar yang melakarkan usaha
berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan
dalam rakyat memalui konsep ‘perpaduan dalam kepelbagaian’
untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di Negara ini.
Objektif dasar perpaduan ini ialah mengukuhkan perpaduan dan
integrasi nasional berteraskan perlembagaan persekutuan dan
rukun Negara, membentuk identiti nasional dengan semangat jati
diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling menghormati dan
bertanggung jawab, dan melahirkan masyarakat Malaysia yang
menghargai dan mengamalkan perpaduan. Dasar perpaduan ini
mempunyai tiga teras perpaduan iaitu patriotisme dan demokrasi,
identiti nasional, dan ekosistem perpaduan.

Patriotisme merujuk perasaan cinta terhadap Negara yang
bercirikan ketaatan kepada undang-undang dan kesetiaan yang
tidak berbelah bagi inginkan yang terbaik untuk Negara. Rakyat
yang mempunyai jiwa patriotisme akan melakukan tanggungjawab
sebagai rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian,
keamanan dan kesejahteraan Negara. Demokrasi bermaksud
mempunyai semangat cinta akan Negara serta memahami dan
menghayati perlembagaan persekutuan dalam mengamal sistem
demokrasi Negara.

Identiti Nasional pula ialah, membina sebuah bangsa yang berjaya
perlu bersama dengan usaha memperkukuhkan perpaduan,
penyatupaduan dan kesepaduan dalam pelbagai etnik dan agama
serta budaya dan adat resam yang kita memiliki.Malaysia mempunyai
cara tersendiri untuk membina identiti nasional di samping
memastikan hubungan antara etnik sentiasa terpelihara. Peranan
Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa melayu terus dipelihara dan
dimartabatkan sebagai Bahasa mencerminkan identiti nasional.
Bahasa kebangsaan mampu menguatkan kukuh ikatan perpaduan
Negara yang berbilang bangsa sebagai Bahasa pengantar utama.

Akhir sekali, ekosistem perpaduan menyediakan persekitaran dan
ruang yang selesa bagi menggalakkan dan menabur benih perpaduan
dalam masyarakat dengan mengambil kira cabaran, persekitaran dan
pengaruh global. Peranan dan tanggungjawab ini perlu dimainkan oleh
pelbagai pihak seperti rakyat keseluruhan , malahan kerajaan,swasta
dan semua pihak. Ekosistem saling berkait dan memerlukan kerjasama
pelbagai pihak. Aspek komunikasi,keluarga dan komuniti, dan
sebagainya perlu memberikan perhatian dalam mewujudkan
persekitaran yang membudayakan Perpaduan.

PEMBOLEH DAYA
PERPADUAN

Selain teras perpaduan, terdapat beberapa pemboleh daya perpaduan
yang telah dikenal pasti turut menyumbangkan kepada kemakmuran
rakyat , secara tidak langsung memberi kesan perpaduan.pembangunan
yang seimbang dan usaha merapatkan jurang sosioekonomi menjadi
pemacu kepada perpaduan Negara. Jurang antara wilayah, Bandar, dan
luar Bandar perlu ditangani agar tiada rakyat yang ketinggalan dalam arus
pembinaan. Ia dapat dilihat sebagai pemboleh daya yang penting untuk
diambil kira dan diberi perhatian oleh orang yang bertanggung jawab
secara bersama dari aspek pembentukkan bangsa Malaysia yang bersatu
padu.

Beberapa pemboleh daya perpaduan ialah meningkatkan ekonomi yang
seksama. Mengimbangi taraf sosioekonomi antara etnik dengan wilayah
perlu dilaksanakan tanpa mengira kepentingan mana-mana pihak.
Pembangunan diteruskan dengan memberikan tumpuan kepada golongan
yang terpinggir, wilayah terpencil serta negeri yang ketinggalan dalam
aspek pembangunan.

Selain itu, memperkasakan kumpulan minoriti dan rentan ekonomi
merupakan salah satu prinsip utama dalam rancangan pembangunan
Negara memastikan tiada golongan yang akan tercicir dalam arus
pembangunan. Golongan tersebut termasuklah kumpulan b40,
masyarakat orang asli, wanita, warga emas dan sebagainya. Setiap
golongan pasti mempunyai keperluan khusus yang diperlukan bagi
memenuhi potensi masing-masing serta meningkatkan peluang untuk
menyumbang kepada ekonomi.

Seterusnya, bagi memastikan golongan terpinggir tidak terus tercicir
daripada arus pembangunan,jaringan perlindungan sosial perlu
diperkukuhkan. Perkara ini melibatkan pelbagai pelbagai langkah
strategik bagi mencegah, mengurus dan mengatasi cabaran-cabaran
yang melanda rakyat melalui program-program dan kumpulan sasar.
Perlindungan dan jaringan sosial yang lebih kukuh perlu disediakan akan
kumpulan yang mudah terkesan mampu membawa diri dalam keadaan
sukar, sepertimana pada masa kini penularan wabak COVID-19.

Akhir sekali,kita perlukan merapatkan jurang pembangunan dan
kebolehcapaian antara negeri dengan wilayah. Sepertimana yang
dinyatakan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama(WKB) bagi
memastikan kemakmuran dapat dikongsi bersama, ekonomi serta
pembangunan perlu melangkaui sempadan geografi agar pertumbuhan
teracih secara adil serta menyeluruh dan dirasai oleh rakyat.
Pembangunan infrastruktur yang lebih luas serta peningkatan akses dan
kebolehcapaian fizikal antara aspek perlu diberi tumpuan dalam
pembangunan Negara.

KESIMPULAN

Dasar perpaduan perlu difahami dan diamalkan. Semua pihak
perlu memberi kerjasama bagi memastikan strategi yang disusun
dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk mencapai matlamat iaitu
untuk memupuk, pengukuh dan memelihara Negara. Sebagai Negara
yang memiliki kelainan, perpaduan ialah agenda utama agar
kelangsungan pembangunan Negara terjamin. Perpaduan bukan
sesuatu yang boleh dicapai secara mutlak tetapi perlu dipupuk,
dipelihara dan diperkukuhkan secara berterusan. Perpaduan
memerlukan komitmen penuh oleh semua pihak, iaitu kerajaan,
swasta dan seluruh rakyat. Penekanan dan pendekatan yang diambil
bagi melaksanakan dasar ini dengan sbagi membina Negara yang
maju,aman dan makmur bersatu padu diiktiraf di peringkat global.
Kesepaduan adalah satu keadaan aman dan makmur yang wujud
dalam masyarakat yang berbilang kaum wujudnya kesepakatan sosial
antara satu sama lain. Ia menunjukkan kesatuan masyarakat dalam
kepelbagaian bangsa dan etnik. Perpaduan dalam kepelbagaian atau
unity in diversity. Kesepaduan sosial adalah pra-syarat kepada
perpaduan. Penyatupaduan adalah langkah yang diambil untuk
mencapai kesepaduan. Ianya bersifat berterusan dari semasa ke
semasa kerana konflik akan sentiasa wujud dalam kepelbagaian.

SUMBER RUJUKAN

• https://pdfcoffee.com/perpaduan-kesepaduan-penyatupaduan-bm-pdf-
free.html

• https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Dasar_Per
paduan_Negara-1.pdf

• https://www.academia.edu/5828754/Perpaduan_Kesepaduan_dan_Peny
atupaduan_Satu_Negara_Satu_Kata_Akar_Tiga_Konsep_Keramat

• https://www.perpaduan.gov.my/index.php/bm/kajian-dan-literasi-
perpaduan/kajian-dan-literasperpadua

• https://www.wilayahku.com.my/dasar-perpaduan-negara-pacu-
keharmonian-dan-pembangunan-negara/?amp_markup=1

• https://zanas.wordpress.com/dasar-dalam-negara-perpaduan-negara/
• https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Brosur_Da

sar_Perpaduan_Negara.pdf

SEKIAN TERIMA
KASIH !


Click to View FlipBook Version