BAB 8: JENIS DAN KEMAJUAN
PENGANGKUTAN DI ASIA
FADDEY TAY IBRAHIM GURU GEOGRAFI
Jenis Pengangkutan di Asia
1 Pengangkutan di Asia terdiri daripada tiga, iaitu pengangkutan
darat, pengangkutan udara dan pengangkutan air.
2 Pengangkutan darat di Asia terdiri daripada sistem kereta api dan
jalan raya.
3 Sistem pengangkutan kereta api penting kerana dapat
mengurangkan kesesakan, memendekkan masa perjalanan serta
dapat menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar selain
kosnya yang rendah kepada pengguna.
4 Sistem jalan raya dibina bagi memendekkan jarak dengan cara
pembinaannya yang lurus.
5 Pengangkutan udara di Asia pula menghubungkan kawasan
pedalaman dengan bandar-bandar utama
6 Pengangkutan udara juga banyak memberi manfaat dari
aspek pelancongan dan memudahkan urusan perdagangan.
7 Pengangkutan udara juga dapat memendekkan masa
perjalanan.
8 Pengangkutan air di Asia penting untuk urusan perdagangan
antarabangsa.
9 Pengangkutan air juga sesuai untuk pengendalian urusan
eksport dan import barangan pukal kerana kosnya yang lebih
rendah.
Pengangkutan Darat
Jaringan Landasan Kereta Api Shinkansen di Jepun
• Jalan pengangkutan darat yang paling efisien dan canggih.
• Menghubungkan empat pulau utama di Jepun, iaitu Hokkaido,
Honshu, Shikoku dan Kyushu.
• Dikendalikan oleh Japanese National Railways (JNR).
• Laluan: melibatkan bandar-bandar metropolitan seperti Tokyo-
Nagoya-Kyoto-Osaka.
• Jumlah perkhidmatan kereta api dalam sehari adalah sebanyak
358 perkhidmatan.
• Bilangan penumpang: 445 000 penumpang menggunakan
perkhidmatan ini pada setiap hari.
• Keistimewaan: – Menepati masa – Selamat (kemalangan sifar
selama 50 tahun) – Selesa
Landasan kereta api berkelajuan tinggi
di Jepun dari Hakodate ke Kagoshima
Lapangan Terbang
Antarabangsa Dubai
berperanan sebagai
penyumbang penting
kepada ekonomi
Dubai kerana :
menyediakan
peluang pekerjaan
kepada 90 ribu
penduduk.
menyumbang
sebanyak USD26.7
bilion (RM114.3
bilion) yang
mewakili 27 peratus
pendapatan (KDNK)
keseluruhan
metropolis Dubai.
Pengangkutan Udara : Lapangan Terbang Antarabangsa
Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
• Merupakan lapangan terbang yang termoden dan paling sibuk di
dunia.
• Diuruskan oleh Dubai Airports.
• Terdiri daripada tiga terminal yang berkemampuan menampung
kapasiti sebanyak 90 juta penumpang setahun.
• Merupakan hab penerbangan yang terbesar di Asia Barat (ketiga
terbesar di dunia selepas Beijing dan Atlanta).
• Keistimewaan: – Suasana meriah, resoran terbaik, kawasan
membeli-belah. – Tarikan pelancongan yang menarik. – Pusat
penerbangan yang berperanan “mengumpulkan” masyarakat dunia
dalam kalangan ekspatriat (pekerja elit asing) mahupun pelancong
Pengangkutan Air
Pelabuhan Hong Kong
• Kedudukan strategik: laluan perdagangan dunia di Laut China
Selatan.
• Antara pelabuhan yang paling sibuk, masyhur dan penting kepada
rantau Asia Tenggara dan Asia Timur.
• Mengendalikan 19.8 juta kontena (2016).
• Jumlah kapal perdagangan yang berlabuh dan berlepas: 370 990
buah.
• Meningkatkan darjah ketersampaian: melibatkan mobiliti
penumpang sebanyak 24.91 juta orang.
• Keistimewaan: – Pintu masuk ke negara China. – Duti pelabuhan
rendah. – Pengendalian pelabuhan terpantas di dunia (10 jam).
Kesan Pengangkutan terhadap Masyarakat di Asia
Kesan Pengangkutan terhadap Ekonomi di Asia
Kesan Pengangkutan terhadap Alam Sekitar di
Asia
Kesan negatif terhadap alam sekitar
-SEKIAN, SELAMAT BELAJAR-
Disediakan Oleh:
Faddey Tay Ibrahim
Guru Geografi
SMK Ghafar Baba