PENGORBANAN
SEORANG GURU
BY: SITI AISAH BINTI BEKERI(273607)
Kampung Seri Kemboja ialah sebuah kampung
pendalaman yang jauh dari bandar. Di kampung
tersebut terdapat sebuah sekolah rendah yang
mempunyai bilangan pelajar yang tidak ramai dan
perjalanan untuk sampai ke sekolah tersebut juga
sangat mencabar kerana harus menaiki bot,
merentas sebuah sungai, dan keadaan jalan juga
amat mencabar.
Di sekolah itu ,mempunyai seorang cikgu yang bernama Cikgu
Siti ,dia ialah salah seorang guru di Sekolah Seri Kemboja.
Cikgu Siti juga merupakan seorang guru yang sangat
tegas,penyabar dan baik hati.Cikgu Siti mula bertugas di
Sekolah Seri Kemboja pada tahun 2020 dan Sekolah Seri
Kemboja juga merupakan sekolah pertama Cikgu Siti mula
mengajar. Semasa mendapat tawaran mengajar di sekolah
pendalaman Cikgu Siti tidak yakin dirinya boleh lalui cabaran
ke sekolah tersebut malah dia mencuba dan ingin melakukan
yang terbaik buat anak muridnya.
pada awal pagi lagi , Cikgu Siti akan bersiap dan bergerak
ke sekolah.Cikgu Siti harus bergerak awal kerana
perjalanan ke sekolah mengambil masa yang agak lama.
Tempat pertama yang cikgu siti akan lalui ialah jeti yang
menghubungkan bandar dan Kampung Seri Kemboja.
Setibanya di jeti Cikgu Siti akan menaiki bot yang telah
disediakan bersama cikgu lain untuk ke seberang.
“Assalamualaikum pak cik samad dah sarapan ke?” Tanya
cikgu siti terhadapat pemandu bot. “
waalaikummusalam, dah cikgu,sambil tersenyum” jawab
pak samad.
Setelah Cikgu Siti sampai di seberang ,Cikgu Siti akan
menaiki sebuah motorsikal miliknya untuk menuju ke
sekolah. Cikgu Siti harus melalui jalan yang berbukit
dan jika hujan Cikgu Siti harus melalui jalan yang
berselut. Cikgu Siti tidak pernah mengeluh dengan apa
yang dia lalui setiap hari untuk ke sekolah,malah dia
jadikan ini semua sebagai pembakar semangat buatnya
untuk menjadi guru yang hebat dan dapat bertemu
dengan anak muridnya adalah satu kegembiraan
buatnya.“Alhamdulillah semalam cuaca elok dan jalan
pun okey tak berselut harap-harap hari ni cuaca pun
okeylaa yer tak hujan tak perlulah saya bermain selut
lagi hari ni.hihihihi” bicara cikgu siti di dalam hati.
30 minit berlalu, maka Cikgu Siti tiba di sekolah. Di
sekolah pula Cikgu Siti merupakan seorang guru kelas 3
Amanah. 3 Amanah mempunyai 7 orang murid termasuk
Amir dan Haikal. Amir ialah seorang murid yang bijak
dan sangat rajin, dia juga dari keluarga yang miskin.
Manakala haikal pula ialah seorang kawan karib amir. Di
sekolah,Amir juga seorang murid yang menjadi tumpuan
cikgu siti kerana Cikgu Siti yakin walaupun amir dari
keluarga yang miskin dia dapat lihat amir sangat
bersemangat untuk belajar dan rajin mengulangkaji
pelajaran. dia juga yakin amir akan berjaya suatu hari
nanti.
Pada waktu tengah hari, semua murid sudah mula
bergerak pulang ke rumah, manakala amir mengambil
sedikit masa untuk mengulangkaji pelajaran di
perpustakaan. “ ada baiknya kalau aku ulang kaji dulu
sebelum pulang kalau di rumah aku harus menolong
ibuku dan tidak ada banyak masa lagi untuk ulang kaji ”,
kata Amir. Sejam kemudian jiran amir memanggilnya di
sekolah kerana emaknya Mak Minah jatuh di bilik air dan
perlu di bawa ke hospital. Amir terkejut lalu mengemas
barangnya dan bergegas pulang ke rumah untuk melihat
keadaan ibunya. Cikgu siti tidak sengaja melihat amir
dalam kekalutan dan tidak sempat bertanya kepada amir
apa yang telah terjadi.
sudah 3 hari amir tidak datang ke sekolah,Cikgu Siti tertanya-
tanya kenapa Amir tidak hadir ke sekolah lalu Cikgu Siti
bertanya kepada rakan baik amir,haikal. “ haikal kamu tahu
kenapa amir sudah banyak hari tidak datang ke sekolah?”,
Tanya Cikgu Siti. “ emak amir sakit cikgu jatuh bilik air”,kata
haikal. “ouhhh, kamu tahu rumahnya di mana, saya mahu pergi
melawat mereka”,kata Cikgu Siti. “tahu cikgu, nanti petang
habis sekolah cikgu boleh ikut saya sekali”, kata haikal. “okey
baiklah”. Kata Cikgu Siti. Cikgu Siti risau amir akan
ketinggalan pelajaran malah peperiksaan juga semakin hampir
oleh itu cikgu siti membuat keputusan untuk melawat amir dan
emaknya di rumah.
Setelah berapa minit menaiki motorsikal cikgu siti sampai ke
rumah Amir. Dari luar rumah Amir ,Cikgu Siti melihat amir
sedang menjaga ibunya di ruang tamu lalu Cikgu Siti
menghampiri amir dan bertanya khabar ibunya .
“assalamualaikum mak minah,bagaimana keadaan mak
minah sekarang”,kata Cikgu Siti. “Alhamdulillah cikgu, dah
semakin baik”,kata emak amir. “ Alhamdulillah,Amir ibu awak
dah semakin baik cikgu rasa awak dah boleh kembali ke
sekolah peperiksaan dah semakin hampir cikgu risau awak
ketinggalan pelajaran nanti”,kata Cikgu Siti. “ saya risau
tinggal ibu saya seorang diri di rumah cikgu ”,kata Amir. “tak
mengapa amir emak dah sihat, amir harus ke sekolah
pelajaran itu penting ibu tak nak amir ketinggalan nanti”,kata
ibu amir.Cikgu Siti kasihankan ibu Amir tetapi pelajaran Amir
juga penting buat masa hadapannya.
Keesokan harinya, amir kembali ke sekolah seperti biasa,
cikgu siti gembira melihat amir telah kembali ke sekolah dan
kembali belajar seperti biasa. Walaupun Cikgu Siti harus
melalui pelbagai cabaran untuk memberi ilmu kepada anak
muridnya dia gembira apabila melihat semua anak muridnya
berjaya di dalam pelajaran dan mendapat keputusan yang
cemerlang termasuk Amir. Amir juga mendapat keputusan
yang cemerlang di dalam peperiksaan dan dia juga berasa
bersyukur kerana Cikgu Siti banyak membantunya dalam
pelajaran.
TAMAT