The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ismi hajar, 2021-10-10 23:43:44

Riwayat hidup Nabi Muhammad

Riwayat hidup Nabi Muhammad

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 1

PUTERI NUR ARIESYA QIESTIEYNA BINTI ROSLAN
ANISYA BINTI MOHD ASROL

NUREL KHADIJAH BINTI SHAMSURI

TINGKATAN 1 (S)
SMK (P) BANDARAYA

Biodata Nabi (Kuniyyah: panggilan kepada seseorang di samping nama atau gelaran dengan meletakkan "Abu"
Muhammad bagi lelaki dan " Ummu" bagi perempuan diawal nama)
S.A.W

Salasilah keturunan

Memiliki rupa paras yang amat tampan
sederhana tinggi dan berbadan tegap
Rambut ikal mayang dan sentiasa kelihatan
berminyak.
Sentiasa ceria dan segak.
Mata hitam yang pekat dan bulu mata yang lentik.
Para sahabat yang menceritakan rupa paras baginda
pasti berkata "Aku tidak pernah melihat orang
lain yang setanding dengan ketampanan nabi
Muhammad S.A.W."

Seluruh kehidupan Nabi
Muhammad S.A.W menjadi
contoh teladan umat islam.

Berdagang ke Syam 25 Tahun

Ketika Nabi berumur 25 tahun.
Berkecimpung dalam perniagaan di luar kota Mekah
Berurusniaga dengan Saidatina Khadijah , seorang wanita Quraisy yang sangat berharta
dan berhati mulia.
Nabi Muhammad membawa barang dagangan Saidatina Khadijah ke Syam dibantu
Maisarah , pekerja lelaki Saidatina Khadijah.
Semasa di Syam , Nabi menjalankan perniagaan dengan jujur dan amanah.
Membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda.

IKTIBAR :- Sifat Nabi yang perlu dicontohi:
1. Dipercayai
2. Jujur dan Amanah
3. Berkerjaya
4. Menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana
5.Tekun dan Rajin berusaha

Sekembalinya Nabi buat kali kedua dari Syam, Saidatina Khadijah
mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad.
Pengalaman berurusan dengan Nabi Muhammad serta kemuliaan
akhlaknya yang diceritakan oleh Maisarah menjadikan hatinya terpikat
dengan Nabi Muhammad.
Saidatina Khadijah menghantar ,Nafisah binti Munabbih untuk
menyatakan hasratnya kepada Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad menerima hasrat mulia itu dan meminang Saidatina
Khadijah melalui bapa saudaranya Amru bin Asad.
Hasil perkahwinan ini, Nabi dikurniakan enam orang anak.

Iktibar:- Akhlak mulia Nabi
1) Jujur
2) Menghormati keluarga
3) Menjaga adab dan batas Pergaulan

35 Tahun

Ketika Nabi berumur 35 tahun, Mekah dilanda banjir sehingga meruntuhkan
dinding kaabah.
Qabilah Arab berpakat untuk membaik pulih kaabah.
Nabi Muhammad turut membantu dalam pembinaan tersebut.
Apabila tiba masa untuk meletakkan semula Hajaratull Aswad di penjuru kaabah ,
berlaku perebutan antara ketua Qabilah.
Akhirnya Abu Umayyah Almahzumi, seorang yang dihormati dalam kalangan Qabilah
Arab mengajukan cadangan orang pertama yang masuk pintu " Bani Syaibah"
ketika itu layak meletakkan batu tersebut. Keputusan ini diterima semua.
Dengan takdir Allah orang pertama memasukinya ialah Nabi Muhammad S.A.W.
Semua yang melihat Nabi Muhammad, berkata '' Dialah Asodik Al amin ( Orang yang
benar lagi amanah )''

Nabi Muhammad S.A.W menghamparkan rida' ( selendang ) baginda kemudian meletakkan
Hajarul Aswad ditengah - tengahnya.
Baginda meminta ketua- ketua Qabilah memegang hujung rida' tersebut dan membawanya
beramai - ramai ke penjuru kaabah.
Lalu baginda mengambil Hajarull Aswad dan meletakkan di tempat asal.
Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan semua yang hadir berpuas hati.

KTIBAR - Pengajaran kisah ini dan sikap Nabi Muhammad yang perlu dicontohi:
1) Bersifat tawadu'u
2) Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan
3) Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab
4) Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana
5) Mendamaikan kehidupan masyarakat

40 Tahun

Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
bermula ketika baginda berumur 40
tahun.
Baginda suka bersendirian di Gua Hira'
untuk beribadah dan memikirkan cara
menyelamatkan umat daripada
kesesatan jahiliyah.
Pada suatu hari dalam bulan ramadhan ,
baginda didatangi Malaikat Jibril.
Jibril memeluk erat nabi Muhammad tiga
kali dan menyuruh baginda membaca.
Baginda menjawab , “ aku tidak tahu
membaca ". Akhirnya Jibril mengajar nabi
Muhammad wahyu pertama (Surah Al-
Alaq ayat 1-4)

Setelah menerima perintah Allah S.W.T untuk menyampaikan
dakwah , baginda menjalankan tugasnya dengan gigih dan sabar.
Dakwah yang disampaikan oleh baginda mendapat sambutan
masyarakat Arab terutama hamba abdi dan golongan yang lemah.
Namun, ada juga yang menentang baginda.

IKTIBAR : Pengajaran dan sifat nabi Muhammad S.A.W. :
1) Tidak suka dengan kesesatan masyarakat
2) Beribadah dan bermunajat kepada Allah untuk memohon petunjuk
3) Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah
4) Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah

ISRAK DAN MIKRAJ 51 Tahun

Saiditina Khadijah sentiasa setia mempertahankan dakwah Nabi Muhammad S.A.
Bapa saudara Nabi, Abu Tholib membela Nabi Muhammad walaupun beliau tidak memeluk islam.
Kematian mereka berdua menyebabkan nabi Muhammad berduka cita.
Kedukaan ini terubat apabila baginda dibawa mengembara menyaksikan tanda-tanda kebesaran
Allah S.W.T dalam peristiwa israk dan mikraj.

KRONOLOGI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Terjemahan: Iktibar:-peristiwa
Jabar bin Abdullah meriwayatkan bahawa rasulullah - Nabi Muhammad adalah rasul
bersabda: Apabila orang quraish mendustakanku,aku berdiri terakhir yang membawa ajaran
hajar Ismail lalu Allah S.W.T memperlihatkan kepadaku baitul tauhid seperti ajaran para rasul
maqdis. Lantas aku menceritakan kepada mereka sifat²
baitulmaqdis sebelum melihat kepadanya. terdahulu
-Menerima kefardhuan solat
secara terus daripada Allah S.W.T
sebagai ibadah yang paling utama

kepada umat islam

HIJRAH KE MADINAH DAN PEMBENTUKAN 53 Tahun
NEGARA ISLAM
Peristiwa hijrah berlaku 13 tahun selepas kerasulannya.
Iktibar:- Faktor Penghijrahan:

Orang kafir Mekah menghalang dakwah Nabi Muhammad dengan pelbagai cara.
Terdapat sahabat yang diseksa dan dibunuh.
Nabi Muhammad mendapat perintah Allah untuk berhijrah bersama-sama para sahabat ke Madinah (Yasrib).
Demi kepentingan dakwah, Nabi Muhammad menyahut perintah Allah mengharungi pelbagai cabaran untuk berhijrah ke
Madinah bersama-sama Saidina Abu Bakar Al-Sidiq.
Dengan perancangan yang rapi, mereka berjaya tiba ke Madinah dengan selmat.
Sebelum itu, baginda singgah di Quba' dan membina masjid pertama di sana.
Sumbangan Nabi Muhammad di Madinah
Menjalankan pemerintahan berteraskan wahyu.
Membina masjid Nabawi
Mempersaudarakan Muhajirin dengan Ansar
Menggubal piagam Madinah sebagai asas pembentukan negara.
Dalam membenuk tamadun di Madinah, Nabi menghadapi tentangan musuh yang menggugat keamanan.
Nabi Muhammad bersama-sama kaum Muhajirin dan Ansar mempertahankan Madinah daripada serangan musuh dengan
semangat juang yang hebat.
Antara peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammad: Perang Badar, Uhud, Khaibar dan Hunain.

1. Nabi Muhammad S.A sanggup berkorban demi meningkatkan agama Allah S.W.T.

2.Baginda menyampaikan islam dengan sempurna dan penuh amanah

3.Membentuk pemerintahan yang adil berteraskan wahyu

4.negara islam madinah menjadi model negara islam terbaik

Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat
kemasyarakatan di samping tempat ibadat
Membina masyarakat bersatu padu mempertahankan negara
Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban demi
kesucian Islam
Pembentukan tamadun Islam yang unggul. Madinah diiktiraf
sebagai negara terunggul dan menjadi contoh tamadun yang
gemilang sehingga dikenali sebagai "Almadinah
Almunawarah" yang beerti kota bercahaya

63 Tahun

Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai rasul , pada waktu dhuha
hari isnin 12 rabiul awal , tahun 11 hijrah, dirumah Saidatina Aisyah,
Nabi Muhammad dijemput kembali menemui pencipta-Nya.
Berita duka kewafatan Nabi Muhammad S.A.W menggemparkan
penduduk madinah.
Jasad Nabi Muhammad S. A. W dimakamkan dirumah Saidatina Aisyah.

Iktibar:-
1) Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah untuk memimpin manusia ke jalan yang benar.
2) Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan demi ketinggian agama islam
3) Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan sempurna yang menjadi asas kecemerlangan tamadun hari ini
4) Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi Muhammad yang tidak ada tolok banding.

Sekian Terima Kasih

PUTERI NUR ARIESYA QIESTIEYNA BINTI ROSLAN
ANISYA BINTI MOHD ASROL

NUREL KHADIJAH BINTI SHAMSURI


Click to View FlipBook Version