The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azayanabakri, 2022-03-15 09:55:28

Minit Mesyuarat Kali Ke 3

SMK CHENGAL LEMPONG

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE TIGA
BIL 3/2021

SMK CHENGAL LEMPONG

Tarikh : 21 Februari 2022 ( Isnin )
Masa : 2.15 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Chengal

AGENDA:
1. Ucapan Pengetua
2. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran
3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Kali ke tiga
4. Perkara berbangkit
5. Pelaporan Penolong Kanan Pentadbiran
6. Pelaporan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
7. Pelaporan Penolong Kanan Kokurikulum
8. Hal-hal lain

KEHADIRAN:

1. Puan Norehan Binti Jusoh ( Penolong Kanan Pentadbiran )

2. Puan Norhaida Binti Abu Bakar ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

3. En. Riduan Bin Jamaluddin ( Penolong Kanan Kokurikulum )

4. En.Muhammad Bin Ab. Ghani ( Guru Kanan Bahasa )

5. Puan Zuraina Binti Zaidi ( Guru Kanan Sains dan Matematik )

6. Puan Suhana Binti Muhammad ( Guru Kanan Kemanusiaan )

7. En. Mohd Nordin bin Yusof ( Guru Kanan VOTEK )

8. Puan Hajah Emas Binti Sani ( Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling )

9. En. Abdul Malek Bin Ismail

10. Puan Asfarida Binti Jaafar

11. Puan Hashimah Binti Hassan

12. En. Hayrunanuar Bin Hussin

13. En. Mizhanis Bin Mohd Nor

14. En. Mohamad Hanafi Bin Embak

15. Puan Noor Mazlyna Binti Mokhtar

16. Puan Nor Hanizar Binti Mohd Razali

17. Puan Nor Suhailah Binti Yusof

18. Puan Siti Hasbariah Binti Hassan

19. Puan Siti Munirah Binti Alias

20.Wan Affandi Bin Wan Musa

21. Wan Afzan Binti Ahmad

22. Wan Aini Ashikin Binti Wan Razali

23. Zuliati Binti Mohamad@Sulaiman

24. Puan Tan Ah Peng

25. En. Mohamad Aziz Bin Abdul Hakim

26. Tuan Muhammad Akmal Bin Tuan Ahmad

27. Nor Amalina Binti Haji Mat Salleh @ Ismail

28. Puan Erieta Ermaniza Binti Shah Azam

29. Puan Asmahanim Binti Mohd Bain

30. Puan Haslinda Binti Muhammad

31. Puan Che Zuraida Binti Che Ibrahim

32. Puan Rosmaziah Binti Wahid

33. Tengku Nor Ashikin BInti Tengku Sulaiman

34. Nur Fatin Khalida Binti Aziz Jaafar

35. Nurul Afiqah Binti Hassan Adli

TIDAK HADIR BERSEBAB: ( CC 1 – anak positif covid 19 )
1. Tuan Haji Mohammad Bin Che Ibrahim ( Cuti Sakit )
2. Puan Norazah Binti Abdul Ghani ( Cuti Sakit )
3. Puan Hajah Norhaida Binti Abu Bakar ( Dalam makluman pihak Pentadbir )
4. Puan Siti Rohani Binti Abdullah
1

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI:

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Mizhanis bin Mohd Nor.

1.2 Penolong Kanan Pentadbiran mewakili Tuan Pengetua memaklumkan bahawa Tuan Pengetua tidak
boleh menghadiri mesyuarat kerana beliau merupakan CC1 kepada anak beliau yang positif covid 19.
Walaubagaimanapun Tuan Pengetua mewakilkan Penolong Kanan Pentadbiran untuk mengucapkan
terima kasih kepada semua guru di atas usaha , kerjasama dan pengorbanan yang telah dibuat untuk
menaikkan nama sekolah.

1.3 Penolong Kanan Pentadbiran menyampaikan beberapa amanat Tuan Pengetua kepada semua guru
iaitu:
1.3.1 Tuan Pengetua memohon agar semua guru membuat kemaskini data peribadi di dalam Hrmis
dan juga e-operasi.

1.3.2 Semua permohonan cuti kakitangan SMK Chengal Lempong perlu diisi didalam Hrmis
sepenuhnya bermula tahun 2022.

1.3.3 Permohonan GL juga adalah melalui Hrmis. Amat penting kakitangan kemaskini data peribadi
terutamanya berkaitan dengan ahli keluarga bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian
hari semasa membuat permohonan GL.

1.3.4 Tuan Pengetua juga menyampaikan pesanan agar semua guru mencarum Zakat melalui
potongan gaji kerana target sekolah ialah 90 peratus kakitangan mencarum zakat dan
potongan gaji minama ialah RM 10.00 ( Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja ).

1.3.5 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan markah e-prestasi bagi sesi 2021 telah selesai
dan beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah menghantar markah prestasi
kepada beliau tepat pada masanya.

1.3.6 Jamuan akhir tahun akan dilaksanakan pada hari Khamis dan diuruskan oleh Kelab Guru.

Tindakan : Makluman

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
2.1 Setiusaha membentangkan Minit Mesyuarat Kali Ke 2
2.2 Cadangan pengesahan minit mesyuarat oleh Puan Zuliati binti Mohamad @ Sulaiman
2.3 Sokongan oleh Encik Muhammad bin Ab Ghani
Tindakan : Setiausaha

3.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

4.0 PELAPORAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ( PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN )

4.1 Semua guru perlu membuat kemaskini data dan maklumat perkhidmatan supaya benar, tepat untuk
memudahkan segala urusan yang berkaian dengan verifikasi data secara online.

4.2 Manakala untuk pengurusan kelas, pihak Pentadbiran dan Pengurusan menetapkan agar murid kekal
dikelas yang sama untuk sesi 2022. Penandaan kelas akan berubah mengikut tingktan. Gotong
royong membersihkan kelas akan dilaksanakan pada minggu akhir persekolahan.

4.3 Senarai semak akhir tahun perlu diserahkan kepada PKP pada 25 Februari 2022 dan telah diambil
tindakan mengikut tugasan masing-masing.

4.4 Diharapkan semua guru membersihkan dan mengemaskan bilik-bilik khas sebelum bercuti . Pastikan
semua berada dalam keadaan baik, berkunci dan selamat. Semua kunci perlu diserahkan di pejabat
dan guru wajib mengisi Google Form keberadaan cikgu sepanjang cuti.

2

5.0 PELAPORAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (KURIKULUM)

5.1 ERPH perlu dihantar sehingga minggu terakhir persekolahan iaitu minggu 49 dari tarikh 21 Februari
2022 hingga 25 Februari 2022.

5.2 Markah Peperiksaan Akhir Tahun perlu diisi selewatnya pada 27 Februari 2022 manakala bagi
Markah Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 1 , 2 dan 3 perlu diisi selewatnya 2 Mac 2022.

5.3 Dialog prestasi untuk Peperiksaan Akhir Tahun akan dibentangkan pada mesyuarat kali pertama bagi
sesi 2022 pada 16 Mac 2022.

5.4 CUP Fasa 2 perlu diisi oleh semua KP dan semua guru dalam GC.

5.5 Semua ketua Panitia perlu kemaskini fail panitia selewatnya pada 10 Mac 2022 dan diserahkan
kepada Guru Kanan Matapelajaran. GKMP akan menyemak fail panitia pada 12 Mac 2022.

5.6 Ketua Panitia perlu menghantar takwim Panitia pada 25 Februari 2022ddalam bentuk soft copy
mengikut format OPPM kepada Setiausaha Kurikulum. Manakala laporan akhir tahun 2021 setiap
Panitia perlu dihantar selewatnya pada 11 Mac 2022.
Tindakan : Guru-guru

6.0 PELAPORAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.

6.1 Pelaporan HEM dibentangkan Puan Wan Aini Ashikin Binti Wan Razali SU HEM.

6.1.1 Jawatankuasa Unit Displin melaporkan bahawa , kes disiplin terkawal sangat terkawal
memandangkan pada tahun 2021 murid belajar secara PDPR dan penggiliran murid semasa
persekolahan bersemuka.

6.1.2 Badan Pengawas Sekolah telah melaksanakan sebanyak 9 program daripada 14 program
yang dirancang.

6.1.3 PPDA telah melaksanakan 2 aktiviti di peringkat sekolah, manakala 1 program dibawah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan. Puan Hajah Emas binti Sani telah dianugerahkan
sebagai IKON PENDIDIKAN PEMADAM dan TOKOH GURU PPDa Peringkat Negeri
Pahang.

6.1.4 Jawatankuasa Bina Insan telah melaksanakan semua 20 program seperti yang dirancang
pada tahun 2021.

6.1.5 Jawatankuasa Kebajikan murid melaporkan bahawa tiga jenis bantuan yang diuruskan
mereka , iaitu Biasiswa Kecil Persekutuan ( BKP ), Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan
Pahang ( BSM YP ) dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAMP). Semua
bantuan telah diagihkan kepada semua murid yang membuat permohonan dan layak
menerima bantuan.

6.1.6 Jawatankuasa Unit Kesihatan sekolah juga memaklumkan bahawa semua aktiviti yang
dirancang dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

6.1.7 Unit HEM KPKP telah melaksanakan 13 program pada tahun 2021.

6.1.8 Jawatankuasa Unit Kebersihan dan keceriaan 2021 telah melaksanakan 3 program iaitu
gotong royong persediaan pembukaan kelas, menyertai Pertandingan Tandas Terbersih dan
Pertandingan Lanskap . Pihak sekolah telah mendapat Anugerah 5 Bintang Tandas Terbersih
Peringkat Sekolah Menengah Negeri Pahang.

6.1.9Jawatankuasa Unit Kebersihan , Kesihatan dan Keselamatan (3K) telah melaksanakan
Taklimat Sekolah Selamat kepada semua warga SMK Chengal Lempong pada 14 Julai 2022
dan lawatan daripada Pegawai Bomba Gebeng pada 16 Mac 2021.

3

6.1.10 Jawatankuasa Unit Kebajikan telah membuat agihan bantuan kepada semua murid yang
memerlukan sepanjang tahun 2021. Sebanyak 10 agensi yang menyalurkan bantuan dan
sumbangan kepada pihak sekolah melalui Badan Kebajikan SMK Chengal Lempong.

6.1.10 Jawatankuasa Program anak yatim PERHATI, tidak dapat dilaksanakan kerana peruntukan
yang diturunkan oleh Yayasan Pahang adalah untuk anak yatim tingkatan 5 sesi 2021
sahaja.

6.1.11 Jawatankuasa Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah melaksanakan sebanyak 37 program
termasuk sesi kaunseling dan juga konsulitasi. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga
dianugerahkan Johan Pengurusan Sahsiah Murid Terpuji Gemilang Peringkat Daerah dan
juga Negeri .
Tindakan : Makluman Pelaporan.

7.0 PELAPORAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.

7.1 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa pemarkahan PAJSK telah siap diisi dan
dihantar ke PPD.

7.2 Setiausaha Kokurikulum telah membuat agihan murid sama rata untuk semua kelab dan sukan.

7.3 PK Kokurikulum juga memaklumkan bahawa belum ada lagi Takwim untuk Sukan.

Tindakan : Makluman
8.0 HAL-HAL LAIN.
8.1 Guru Kanan Bahasa memaklumkan bahawa Makmal Bahasa akan berpindah ke Pusat Sumber

Sekolah.

8.2 Guru Kanan VOKTEK akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 25 Februari 2022 .

8.3 Che Zuraida Binti Che Ibrahim akan dilantik sebagai Ketua Panitia RBT pada sesi 2022.

8.4 Setiusaha Bina Insan memaklumkan bahawa program pada hari Jumaat iaitu 25 Februari 2022 akan
dilaksanakan mengikut perancangan.

8.5 Puan Asmahanim Binti Mohd Bain memaklumkan kepada ahli meyuarat bahawa buku tingkatan 4
tidak mencukupi. Beliau juga amat berharap guru kelas menguruskan pemulangan dan pengambilan
buku kelas dilaksanakan secepat mungkin kepada murid yang tidah hadir sekolah.

8.6 Puan Asfarida Binti Jaafar mencadangkan agar thumbprint machine diletakkan di lobi sekolah.

8.7 Puan Noor Mazlyna Binti Mokhtar menyerahkan baki wang Kelab Guru dan Staf sebanyak RM 15.65
{ Ringgit Malaysia Lima Belas Ringgit Enam Puluh Lima Sen sahaja } kepada Bendahari baharu Kelab
Guru dan Staf.

8.8 Mantan Pengerusi Kelab Guru dan Staf iaitu Puan Noor Mazlyna binti Mokhtar juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua guru dan staf diatas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

8.9 Penolong Kanan Pentadbiran mengumumkan nama Jawatankuasa Proses Pengesahan Penempatan
Murid Tingkatan 1 sesi 2022 . Gerak kerja akan bermula pada 28 Februari 2022 sehingga 4 Mac
2022.
Tindakan : Makluman dan tindakan semua guru

9.0 PENUTUP.
Pengerusi mewakili Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf yang telah
melaksanakan tugas dan amanah dengan baik.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 4.40 PETANG.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

……………………… ……………………………….
(EMAS BINTI SANI) (NOREHAN BINTI JUSOH)
Setiausaha Pengurusan Penolong Kanan Pentadbiran

4 b.p. Pengetua


Click to View FlipBook Version