MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
SESI 1 2021/2022
PENSYARAH : PUAN FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR
PROGRAM: DEP5B
JENAYAH
SIBER
PENGHARGAAN
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Farah Hanan Binti Abu Bakar kerana telah memberikan
ruang dan peluang kepada kami untuk menyiapkan E-Folio iaitu tugasan
bagi mata pelajaran MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia yang bertajuk
menghuraikan cabaran-cabaran dalam membentuk masyarakat
Malaysia tentang Jenayah Siber. Untuk itu, ribuan terima kasih juga kami
ucapkan kepada rakan-rakan sekelas DEP5B yang telah mengorbankan
masa dan tenaga dalam mencari bahan dan sumber rujukan bagi
membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan, komen
dan pendapat mereka, kami mungkin hilang punca dan hala tuju untuk
menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna.
Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, kesukaran dan kekangan
masa dengan tugas-tugas rasmi semasa sesi pengajian di Politeknik
Mukah Sarawak, namun tekad dan semangat untuk cemerlang dalam
menimba ilmu, kami gagah menempuhi cabaran bagi memenuhi kriteria-
kriteria dalam menyiapkan tugasan ini. Daripada kerja kursus yang telah
diamanahkan kepada kami, kami cuba sebaik yang mungkin
menyediakan tugasan menghuraikan cabaran-cabaran dalam
membentuk masyarakat Malaysia tentang jenayah siber. Pada mulanya
agak sukar bagi kami untuk mengolah kriteria yang berkaitan dengan
tugasan tersebut. Tetapi melalui perkongsian rujukan, pencarian
maklumat di internet dan pembacaan, kami dapat menghasilkan serta
melengkapkan tugasan ini dengan baik.
Di zaman ICT yang serba maju ini, tidak dinafikan penggunaan
komputer dan peralatan canggih seperti telefon pintar dalam kehidupan
semakin menjadi satu keperluan. Tambahan pula apabila berhadapan
dengan Pandemik COVID-19, segala maklumat yang diperlukan,
pembelian barangan, perbankan dan sebagainya mampu didapati dan
dilakukan secara atas talian dengan hanya menggunakan hujung jari
sahaja. Namun, terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi dalam
membentuk masyarakat Malaysia tentang Jenayah Siber. Maka, sebagai
iktibar daripada perkara itu, kita haruslah belajar mengelakkan diri
daripada ancaman penjenayah siber, apatah lagi kita sebagai pengguna
perkhidmatan secara atas talian, sesungguhnya ilmu tugasan ini amatlah
penting kerana kita tidak mahu diambil kesempatan oleh golongan
penjenayah siber ini. Sekiranya kita tidak menguasai ilmu ini, sudah tentu
kita sebagai pengguna akan kehilangan arah kerana tidak tahu akan
cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sebelum mengakhiri E-Folio ini, kami berharap tugasan kami ini dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dan dijadikan sebagai sumber
rujukan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selain itu, kami juga
berharap masyarakat Malaysia terutamanya pengguna perkhidmatan
secara atas talian dapat memegang dan memperingati ilmu yang
telah dipelajari tersebut untuk kegunaan sekarang dan di masa
hadapan. Sekian itu sahaja daripada kumpulan kami. “Selamat
Membaca!”.
Malaysia merupakan sebagai sebuah negara yang aman dan
Makmur. Jadi, semua pihak haruslah memainkan peranan untuk
membanteras kes-kes jenayah siber yang semakin berleluasa pada
zaman kini. Kes jenayah siber tidak akan dapat diselesaikan jika tiada
kerjasama daripada semua pihak. Hal ini kerana, teknologi pada masa
kini semakin canggih tetapi pada masa yang sama terdapat
keburukkan dan kekurangannya. Keburukkan dan kekurangan ini
akan membawa kesan-kesan yang buruk dan negatif malah dapat
merosakkan dan menghancurkan keutuhan masyarakat khususnya
generasi muda. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersikap waspada
dan berhati-hati pada setiap masa. Bak kata pepatah, “sediakan
payung sebelum hujan”. Jika semua perkara ini diambil perhatian, kes-
kes jenayah siber di Malaysia akan dapat diatasi dengan baik.
ISI
KANDUNGAN
HASIL
PEMBELAJARAN
KURSUS
·PENGENALAN TENTANG JENAYAH SIBER
·JENIS-JENIS JENAYAH SIBER
·PUNCA JENAYAH SIBER
·KESAN JENAYAH SIBER
·LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER
MPU23042 1
JENAYAH SIBER
Objektif
Mengatasi jenayah siber
Membendung penularan jenayah siber
Meningkatkan keselamatan siber
2
PENGENALAN
Di Malaysia, jenayah siber bukanlah
perkara yang baharu tetapi ia telah
melibatkan antarabangsa. Banyak hal atau
kes yang telah melibatkan jenayah siber
telah pun dikesan seluruh negara. Malah,
ramai dikalangan rakyat Malaysia juga
telah menerima kesan-kesan yang negatif
daripada aktiviti-aktiviti jenayah siber
yang semakin berleluasa pada masa kini.
Peralatan teknologi maklumat seperti
laptop, telefon pintar, radio, tablet dan
komputer peribadi yang semakin canggih
telah disalahgunakan oleh orang ramai
menyebabkan berlakunya jenayah siber.
Hal ini berlaku kerana ada pihak yang
menyalahgunakan peralatan teknologi dan
tidak bertanggungjawab demi keuntungan.
Walaubagaimanapun, jenayah siber bukan
sahaja memberikan kesan yang negatif,
malah boleh membawa kesan yang positif Jenayah siber adalah merujuk
kepada masyarakat dan negara. Sekiranya kepada suatu bentuk perlakuan
rakyat Malaysia masih bersikap tamak, jenayah yang menggunakan sebarang
acuh tak acuh, leka dan tidak mengambil jenis perantu elektronik melalui
tindakan terhadap isu ini maka, jenayah sambungan perkhidmatan internet
siber akan semakin meningkat. yang membolehkan sesebuah
perlakuan jenayah dilakukan sama
ada ia melibatkan seseorang individu
ataupun sekumpulan orang dan
perbuatan ini mampu menjangkaui
batasan dari sesebuah negara ke
negara lain dalam tempoh masa yang
singkat dan tidak terhad batasannya.
Selain itu, jenayah siber ini telah menyebabkan berlakunya kehilangan atau
kerosakan terhadap peralatan, data dan maklumat yang melibatkan perisian
mahupun pemprosesan komputer seperti serangan virus, pencerobohan data dan
kecurian maklumat melalui sesebuah komputer atau peranti elektronik yang
sering dijadikan sasaran dan kerap berlaku. Perlakuan jenayah siber ini juga
merupakan suatu bentuk jenayah moden yang wujud pada zaman kemodenan ini
di mana ia tidak lagi seperti pada zaman dahulu yang hanya terhad kepada
persekitaran fizikal sahaja, namun kini ia telah menjangkau kepada perlakuan
jenayah melalui alam siber dengan menggunakan teknologi komputer.
3
PENGENALAN
Hal ini kerana, lapangan jenayah siber
lebih luas berbanding jenayah
konvensional kerana ruang
lingkup yang mampu dicapai dengan
sesebuah jenayah siber adalah sangat
luas di samping dengan proses
pendakwaan yang agak sukar. Jenayah
siber yang wujud pada hari ini tidak
lagi terbatas hanya dengan
menggunakan komputer sebagai alat
dalam melakukan jenayah, sebaliknya
Tahap keseriusan berkenaan ancaman perlakuan ini juga boleh ditakrifkan
siber ini dapat dilihat apabila wujudnya dengan jenayah yang berlaku di
pelbagai akta serta undang-undang yang internet mahupun alam siber yang
melibatkan siber dan komputer yang melibatkan penipuan dan helah tipu
digubal dan sering dibahaskan dalam daya. .
menyesuaikan dengan peredaran
kemajuan teknologi dan komunikasi yang
kian membangun dengan pesat yang
turut mengundang pelbagai ancaman
disebalik kemudahan yang dibawa
Di samping kewujudan sebuah Akhir sekali, jenayah siber
Pasukan Tindakan Kecemasan memberi ancaman yang hebat dan
Komputer Malaysia (MyCERT) yang sangat besar kepada pengguna dan
berperanan dalam memberikan turut dilihat sebagai satu bentuk
khidmat rujukan dan informasi
kepada masyarakat Malaysia dalam cabaran dan jenayah alaf baru
mendepani masalah-masalah yang tidak seperti mana jenayah
berkaitan dengan keselamatan
komputer. Jenayah siber ini juga pembunuhan yang boleh
berbeza dengan jenayah fizikal yang dikemukakan senjata sebagai
lain seperti membunuh, merompak bahan bukti sebaliknya jenayah
dan mencuri di mana ia siber hanya menggunakan
kadangkalanya masih boleh dilihat computer mahupun peranti
dan dikesan dengan nyata penjenayah elektronik dan melibatkan banyak
pihak dalam pendakwaan di
serta perbuatan jenayah yang samping pakar-pakar yang
dilakukan dan lebih buruk lagi untuk terlibat dalam pendakwaan.
mengesan lokasi operasi penjenayah
ini terutamanya jika penjenayah di
luar Malaysia dan ia dilihat sebagau
satu cabaran dan masalah penipuan
siber sukar diatasi.
4
JENIS - JENIS
JENAYAH SIBER
1. Penipuan
2. Kerosakan atau
pengubahsuaian ke atas
program
3. Data computer
4. Kecurian maklumat
5. Capaian tidak sah ke atas sistem
6. Menyalin perisian secara tidak sah
7. Pengintipan
8. Judi siber
9. Skim cepat kaya
10. Pornografi
11. Penggodam atau “Hackers”
12. Penyebaran virus
13. Menyalurkan maklumat palsu
5
1
JPEUNNACYAA-HPUSNIBCEAR
6
1. Kemunculan internet
sebagai alat
komunikasi terkini.
Pada era globalisasi ini, berjuta-juta laman web yang
memaparkan pelbagai jenis maklumat yang tidak
kira sama ada benar atau salah di sisi undang-
undang telah menjadi penjenayah siber ini
mengendalikan internet untuk mempengaruhi
masyarakat Malaysia. Manakala, masyarakat yang
berfikiran singkat dalam erti kata lain tidak rasional
mereka akan turut terpengaruh sehingga mencuba
untuk menjadi seorang jenayah siber demi
mendapatkan kepuasan hati sendiri.
7
2. PERBANKAN
SECARA ATAS
TALIAN
Kelebihan perbankan secara
online ialah menjimatkan masa
dan tenaga. Hal ini dikatakan
demikian
kerana kesempitan masa warga
pekerja yang terlalu sibuk akan
pekerjaan.
Sebagai contoh, pada Ketika
negara berhadapan dengan
pandemik COVID-19,
masyarakat terutamanya
golongan pengawai kesihatan
agak sukar untuk melakukan
perkhidmatan di bank secara
fizikal.
Namun, kelebihan ini pula menyebabkan
pihak-pihak yang berkaitan iaitu
penjenayah siber mengambil kesempatan
dengan mencipta laman web perbankan
palsu yang menyerupai laman web
perbankan yang sebenar. Perkara inilah
menyebabkan pengguna yang tertipu
untuk memasukkan kata laluan di laman
web palsu dan menyalurkan maklumat
tersebut ke penjenayah siber.
8
3. SIKAP MANUSIA
YANG SUKAR
DIKAWAL.
Penjenayah Siber ini kebiasaannya menyerang sistem adalah
disebabkan oleh perasaan suka-suka ataupun ingin
menggunakan ilmu baru yang mereka pelajari. Namun begitu,
perbuatan ini lebih kepada disengajakan walaupun
penjenayah tersebut tahu akan akibatnya apabila melakukan
jenayah siber ini terhadap orang lain. Antara perbuatannya
ialah dengan mencipta program-program pemusnah atau
virus komputer untuk tujuan memusnahkan pangkalan data
pihak lain. Masyarakat haruslah mengelakkan diri daripada
terlibat dengan jenayah siber ini kerana perbuatan ini akan
memudaratkan sesama sendiri secara langsung imej negara
akan terjejas disebabkan perlakuan manusia yang tidak
bertanggungjawab.
9
4. Masyarakat yang
kekurangan
pengetahuan dalam
pengendalian
komputer.
Kebanyakkan penjenayah siber ini adalah golongan yang
profesional dalam bidang pengendalian komputer. Orang
ramai sering dijadikan sebagai sasaran kerana mereka
tidak tahu akan cara-cara untuk mengelakkan diri
daripada ancaman jenayah lebih-lebih lagi kepada
golongan tua yang mudah ditipu dengan penjenayah siber.
Namun begitu, terdapat juga ramai kanak- kanak bawah
belasan tahun yang menjadi mangsa jenayah siber kerana
mereka masih kurang akan pengetahuan tentang peranti
eletronik. Oleh itu, sebagai seorang ibu bapa yang peka
mereka hendaklah sering memantau anak-anak apabila
bersama peranti eletronik manakala kita sebagai anak
yang mempunyai pengetahuan lebih daripada ibu bapa kita
haruslah sentiasa berjaga dan memberitahu mereka untuk
tidak mudah terpedaya
10
KESAN - KESAN
JENAYAH SIBER
11
1. Aplikasi atas talian akan
memberi impak buruk
kepada penguna.
Aplikasi atas talian akan memberi impak buruk kepada penguna jika
tiada sekuriti atau keselamatan dalam proses transaksi pembayaran
online. Laman web yang tidak rasmi dalam proses berbankan online
akan memudaratkan pengguna iaitu tanpa sedar,mereka sebenarnya
telah memberi kata laluan atau password kepada penjenayah siber.
Hal ini akan memudahkan penjenayah siber untuk menggodam atau
mencuri informasi perbankan pengguna bertujuan mencuri atau
memindahkan wang pengguna kepada akaun penjenayah siber. Selain
pengguna, organisasi atau laman sesawang yang mengunakan
aplikasi online ini juga akan menerima ancaman dan gangguan
daripada penjenayah siber dengan menggodam maklumat sulit
organisasi dengan niat untuk membantutkan operasi organisasi
tersebut. Jenayah siber seperti ini pernah berlaku kepada perbankan
Maybank pada tahun 2007 apabila pengguna Maybank telah
menggunakan laman web tidak rasmi dalam proses transaksi
pemindahan wang dalam akaun. Malang sekali, pengguna tersebut
kehilangan sejumlah wang apabila maklumat transaksi perbankan
diakses mudah oleh penggodam. Kes ini telah pun membuka banyak
mata pihak organisasi dan pengguna dalam berhati-hati mengunakan
aplikasi perbankan, pemindahan atau pembayaran wang secara
online.
12
MAKLUMAT
DISEBARKAN
MELALUI
INTERNET.
Pelbagai maklumat tidak kira sama
ada benar atau salah, idea, ideologi,
propaganda dan tidak kurang juga
pornografi disebarkan melalui
Internet. Hanya satu klik sahaja,
pengguna bebas dalam menyampaikan
dan menerima maklumat tanpa ditapis
kebenarannya dan hal ini akan
memberi kemudahan kepada jenayah
siber. Contonhya dalam kes
penyebaran maklumat palsu mengenai
kematian Ketua Polis Diraja
Malaysia,Tan Sri Ismail Omar oleh
pihak tidak bertanggungjawab.
Maklumat palsu ini telah memberi
kekeliruan kepada masyarakat dan
pihak pentadbir dalam dan luar
negara. Maka daripada kes ini,
jelaslah penyampaian dan penerimaan
maklumat dan informasi tanpa ditapis
akan menyumbang kepada gejala
jenayah siber.
13
Orang yang mahir
dapat menceroboh
masuk ke dalam
sistem komputer
sesebuah syarikat.
Internet juga membuka jalan kepada jenayah
komputer. Orang yang mahir dalam komputer dapat
menceroboh masuk ke dalam sistem komputer
sesebuah syarikat menerusi laman webnya di
Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti
komputer untuk memasuki sistem komputer itu.
Mereka akan mencuri maklumat penting untuk
dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga
dapat menukar atau merosakkan data di dalam
komputer itu. Ada pula penjenayah yang
menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga
melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula
pihak-pihak yang menganjurkan “skim cepat kaya”
diInternet untuk menipu orang. Mereka mempelawai
pengguna Internet menyertai skim itu dengan
membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim
sedemikian tidak selamat dan orang yang menyertai
skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka.
Sudah ada banyak kes penipuan dan jenayah
komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal ini
menunjukkan Internet amat berbahaya jika
disalahgunakan
14
MENGUBAH HIDUP
DAN PERIBADI
SESEORANG.
Ketagihan Internet juga akan mengubah
hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak
perlu berganjak dari kerusi untuk
mengikuti perkembangan antarabangsa.
Orang yang dilanda “demam” Internet
mungkin melupakan corak hidup yang
perlu dilaksanakan. Mereka akan
mengabaikan produktiviti kerja.
Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin
memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam
Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai
aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh itu,
Internet merenggangkan hubungan sesama manusia.
15
LANGKAH-
LANGKAH
MENGATASI
CABARAN JENAYAH
SIBER
16
1. Memberi kesedaran
melalui kempen dan iklan.
Langkah pertama untuk menangani jenayah siber
adalah dengan memberikan kesedaran kepada
masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang
boleh memudaratkan kehidupan mangsa. Kempen
melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu
diperluaskan dan mencapai seluruh
ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai
pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi hari ini.
Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber
untuk memerangkap mangsa oleh itu, pengasimilasi
dalam iklan dan kempen yang dijalankan adalah perlu
supaya masyarakat betul betul memahami dan
mengambil serius akan langkah keselamatan apabila
menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon pintar masing-
masing. Masyarakat juga perlu bersikap inteligensia dan
madani dalam
menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka akan
taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah siber.
Setiap input atau masalah yang berkaitan dengan
jenayah siber hendaklah dikongsikan agar ia menjadi
rujukan kepada golongan yang pakar dalam
memastikan perkara yang telah berlaku tidak berulang
serta mengenal pasti potensi ancaman keselamatan
siber.
17
2. Mengkaji dan mewujudkan
undang-undang siber
Langkah seterusnya adalah pihak berkuasa seharusnya
mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu
menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Isu
keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam
konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam
media sosial. Maka, pihak kerajaan seharusnya
mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam
memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undang-undang
dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber. Ahli
masyarakat pula harus melakukan laporan kepada pihak yang
berkenaan sekiranya terbabit atau melihat sebarang kegiatan
yang meragukan dan melibatkan jenayah siber agar
penjenayah tersebut boleh didakwa dan dikenakan tindakan
yang tegas. Tambahan pula, laman-laman sesawang kerajaan
menghadapi ancaman yang besar daripada perlakuan
jenayah siber ini dan pihak kerajaan seharusnya sedar dan
menjadi organisasi utama yang membina laman sesawang
atau aplikasi teknologi yang selamat untuk digunakan dan
bebas daripada risiko jenayah.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang
ditubuhkan pada 1998 perlu diperkasakan agar keselamatan
siber dalam negara dapat dijamin sekaligus menggalakkan
pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menarik pelabur
asing yang berasa selamat untuk menggunakan infrastuktur
yang berteknologi tinggi yang kita tawarkan.
18
3. Memperkenalkan
pendidikan etika dalam
penggunaan siber
Selain itu, kita juga sepatutnya memperkenalkan pendidikan
etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi
pendidikan hari ini. Hampir setiap golongan masyarakat
mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai kegunaan
harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik
dengan betul. Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah
dan university adalah tempat permulaan dalam membentuk
generasi yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi
pengubah masayarakat. Pengetahuan seperti tidak
membuka emel atau pautan yang meragukan dan tidak
sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang
menyuruh kita memindahkan wang tanpa hitam putih perlu
diajar kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Hal ini
kerana mereka mudah dipengaruh dan digunakan oleh
penjenayah siber dalam mencari keuntungan. Bak kata
peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sekiranya pendidikan etika ini berjaya dilaksanakan, pihak
kerajaan pula perlu membuat pendidikan atau modul
pembelajaran kepada setiap agensi kerajaan seterusnya
menjadi model kepada sektor swasta dalam mendidik setiap
pekerja akan kepentingan keselamatan siber supaya
terhindar daripada sebarang jenayah.
19
4. Bekerjasama secara
multilateral dalam
membanteras jenayah siber.
Isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana
ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak
kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan
negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber
ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan
keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam
negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama
dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga
boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia
menghadapi ancaman musuh jenayah siber. Misalnya,
berlaku transaksi wang yang meragukan di luar negara dan
negara tersebut bertindak melaporkan kepada negara yang
terkesan maka, penggubahan wang haram dapat dikesan
dan seterusnya menangkap penjenayah yang melakukan
korupsi di luar negara bagi mengelak tindakan pihak
berkuasa tempatan. Senario ini persis dengan peribahasa
Melayu, yakni berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
yang boleh didefinisikan apabila kita bermuafakat dalam
menyelesaikan sesuatu perkara sudah pasti kebaikan
bersama akan diperoleh tetapi jika sebaliknya hanya
kerugian akan kita dapat.
20
CABARAN
JENAYAH
SIBER YANG
PERNAH
BERLAKU DI
NEGARA
MALAYSIA:
JANGAN JADI MANGSA JENAYAH SIBER
21
1
2
22
HATI HATI DENGAN JENAYAH SIBER
PENUTUP
Malaysia sebagai sebuah
negara yang aman dan
makmur mestilah
melengkapkan
masyarakatnya dengan
standard etika yang
cemerlang bagi melayari
alam siber yang penuh
dengan cabaran dan dugaan.
Semua agama yang
membawa rahmat
hendaklah dijadikan
rujukan utama di dalam
penggubalan standard etika
kepenggunaan Internet,
sesuai dengan ciri Islam itu
sendiri yang membawa
perubahan menyeluruh
samada dari sudut sosial,
ekonomi dan sebagainya.
Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah
tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak
atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan
budaya masyarakat kita serta menjamin survival nilai-nilai positif masyarakat,
semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan peranan
mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi
generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah.
Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat
dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurang kan kesan yang negatif.
Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga
meletakkan isu salah guna dan kesan negatif ICT ini sebagai suatu yang penting bagi
pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.
23
RUJUKAN:
1. https://anyflip.com/khcvd/pgpv/basic
2. https://pengajianamkertas2-
cikgusue.blogspot.com/2012/02/jena
yah-siber.html
3. https://imanxc2.blogspot.com/2013/
01/kesan-daripada-jenayah-
siber.html
4. https://anyflip.com/irwvv/abbi/basic
5. https://www.scribd.com/document/1
77745530/Faktor-jenayah-siber
24
LAMPIRAN
25