PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN
TAHUN 5
SK.JAMBATAN
PUTIH
2020
DISEDIAKAN OLEH
………………………….
( AZLIN BIN UNDING )
1. Antara tindakan berikut, yang manakah melanggar peraturan bilik sains ?
A. Menghidupkan kipas dan membuka tingkap di dalam bilik sains
B. Mengikat rambut yang panjang dengan rapi
C. Tidak menghidu, menyentuh atau merasa bahan kimia tanpa
Kebenaran guru
D. Membuang bahan buangan pepejal ke dalam singki
2. Maklumat berikut menunjukkan dua haiwan iaitu beruang dan musang,
yang manakah ciri pada haiwan tersebut melindungi diri daripada cuaca
sejuk melampau ?
A. Bulu tebal
B. Lapisan lemak tebal
C. Mempunyai bonggol
D. Berhibernasi
3. Apakah yang akan dilakukan oleh haiwan lembu untuk melindungi diri
daripada cuaca panas melampau ?
A. Bermigrasi ke tempat yang lebih sejuk
B. Berhibernasi
C. Berendam di dalam lumpur
D. Berlindung di dalam gua
4. Bagaimanakah seekor harimau memastikan kemandirian spesiesnya?
A. Menyorokkan anaknya di dalam gua
B. Menyerang musuh yangmengganggu anaknya
C. Membawa anaknya di dalam mulut
D. Menyembunyikan anaknya di dalam kantung
5. Mengapakah tumbuhan perlu memencarkan biji benihnya?
A. Untuk persaingan antara tumbuhan
B. Untuk kemandirian spesies
C. Untuk menghasilkan pelbagai spesies
D. Untuk percambahan biji benih
6. Apakah sumber tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan sebuah kapal
layar?
A. Ombak
B. Angin
C. Matahari
D. Bahan api fosil
7. Apakah tenaga yang dihasilkan oleh sumber tenaga matahari?
A. Tenaga bunyi dan tenaga haba
B. Tenaga kinetic dan tenaga bunyi
C. Tenaga cahaya dan tenaga keupayaan
D. Tenaga haba dan tenaga cahaya
8. Antara yang berikut, aktiviti yang manakah membantu menjimatkan
tenaga?
A. Memasang lampu di dalam bilik yang terang
B. Membiarkan pintu peti sejuk terbuka luas
C. Menukarkan mentol filament kepada mental pendarfluor
D. Menukarkan kipas siling kepada penghawa dingin
9. Apakah ciri-ciri pemantul yang baik?
A. Permukaan yang licin
B. Permukaan yang kasar
C. Permukaan yang lembut
D. Permukaan yang pudar
10. Apabila sinar cahaya dituju pada suatu permukaan K, cahaya dapat
dipantulkan. Apakah permukaan K?
A. Kertas pasir
B. Kadbod
C. Tilam
D. Kaca
11. Antara yang berikut, yang manakah menggunakan prinsip yang sama
dengan priskop?
A. Cermin sisi kereta
B. Kanta pembesar
C. Mikroskop
D. Binokular
12. Antara sumber tenaga elektrik berikut, yang manakah digunakan oleh
satelit yang berada di angkasa lepas untuk memperoleh sumber tenaga?
A. Dinamo
B. Sel suria
C. Bahan api
D. Sel kering
13. Antara yang berikut, yang manakah boleh menyebabkan kejutan elektrik?
A. Menyentuh mangsa yang terkena kejutan elektrik
B. Menggunakan peralatan yang berada dalam keadaan baik
C. Tidak membaiki sendiri peralatan elektrik yang rosak
D. Menyentuh suis dengan tangan yang kering
14. Apakah yang dimaksudkan dengan suhu?
A. Ukuran kandungan haba dalam suatu bahan
B. Ukuran darjah kepanasan bagi sesuatu bahan
C. Pertambahan haba pada suatu bahan
D. Perubahan kandungan haba pada suatu bahan
15. Bilakah kabel elektrik itu akan mengecut?
A. Subuh
B. Pagi
C. Tengah hari
D. Malam
16. Sebatang termometer, Mengapakah merkuri digunakan dalam termometer
bagi mengukur suhu?
A. Kerana merkuri boleh mengembang dan mengecut pada sebarang
Perubahan suhu
B. Kerana merkuri hanya mengembang pada suhu panas
C. Kerana merkuri hanya mengecut pada suhu sejuk
D. Kerana merkuri berada dalam keadaan cecair
17. Antara yang berikut, yang manakah wujud dalam keadaan gas?
A. paku
B. Asap
C. Minyak masak
D. Kiub ais
18. Antara yang berikut, yang manakah perlu dilakukan bagi mengekalkan
kebersihan sumber air?
A. Menggunakan baja dan racun perosak secara meluas
B. Membina kilang-kilang berdekatan dengan sungai dan tasik
C. Membuang sampah sarap ke kawasan sungai dan laut
D. Merawat air kumbahan sebelum mengalirkannya ke sungai atau tasik
19. Antara bahan makanan berikut, yang manakah adalah neutral?
A. Air mangga
B. Limau
C. Air mineral
D. Air kopi
20. Antara cecair berikut, yang manakah menukarkan warna kertas litmus
merah kepada biru?
A. Cuka
B. Air garam
C. Air gula
D. air sabun
21. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang pergerakan bumi
mengelilingi matahari?
A. Bumi mengelilingi matahari mengikut arah jam
B. Bumi mengambil masa 24 jam untuk membuat satu peredaran lengkap
mengelilingi matahari
C. bumi bergerak mengelilingi matahari dari timur ke barat
D. Bumi bergerak mengelilingi matahari dari barat ke timur
22. Pada hari ke berapakah kita boleh melihat bulan sabit mengikut takwim
Qamari?
A. Hari ke-1
B. Hari ke-5
C. Hari ke-10
D. Hari ke-15
23. Antara bahan-bahan berikut, yang manakah perlu digunakan untuk
membina sebuah bangunan yang kuat?
A. Keluli dan konkrit
B. Keluli dan kaca
C. Konkrit dan plastik
D. Konkrit dan kaca
24. Satu jambatan menjadi semakin tidak kuat dan stabil selepas digunakan
selama setahun. Mengapakah pembinaan struktur yang kuat dan stabil perlu
dibina?
A. Supaya binaan ini dapat digunakan dalam jangka masa yang singkat
B. Supaya binaan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama dan selamat
C. Supaya bahan binaan cepat rosak
D. Supaya bahan binaan perlu sentiasa dibaik pulih
25. Antara langkah-langkah berikut, yang manakan perlu dilakukan untuk
mengelakkan pembaziran?
A. Tidak membawa beg barang sendiri semasa hendak membeli belah
B. Menggantikan peralatan lama dengan peralatan yang lebih baharu
C. Menggunakan bekas makanan bagi menggantikan bekas polistirena
D. Sentiasa menggunakan bahan yang mencemarkan