LET'S
Glow Up The
Book Cave
"Nothing is pleasenter than
exploring
a library"
tarik
h
Jumaat, 27 Mei 2022
masa
tempat
SMK Pasir Panjang, Port Dickson,
Negeri Sembilan
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PROGRAM
Assalamualaikum W.B.T. dan selamat sejahtera
Yang Dihormati, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang, Puan Hjh Norehan bt. Ramli, Penolong
Kanan Pentadbiran, En. Abd Rahim b. Endot, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Rohayah bt. jantan dan Penolong Kanang
Hal Ehwal Murid, Puan Suriya bt. Ariffin
Yang Dihormati juga, Ketua Jabatan Perdagangan, Dr. Mohamad Siri Bin Muslimin, Ketua Program Diploma Sains
Kesetiausahaan, Cik Khairun Nisa' Binti Muhammad Aris, Penyelia Program, Puan Noorji Mohd Japar, dan Guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Pasir Panjang.
Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat Illahi kerana dapat kita bersama-sama menjayakan Program “Let’s Glow
Up the Book Cave” bersama pelajar DSK5A dari Diploma Sains Kesetiausahaan, Politeknik Port Dickson. Terima kasih
diucapkan kepada pengurusan Politeknik Port Dickson kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada kami bagi
melaksanakan program ini. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan
Pasir Panjang kerana memberikan ruang dan peluang kepada kami untuk melaksanakan dan menjayakan program ini.
Program ini diadakan bertujuan untuk menceriakan atau mencantikkan perpustakaan sekolah ini supaya dpt
meransang minat murid sekolah untuk datang ke pusat sumber dan menjadikan pusat sumber sebagai tenpat untuk
rujukan dan mendapatkan bahan bahan pembelajaran. Selain itu diharapkan murid murid dapat menggunakan pusat
sumber sebagai tempat yang selesa untuk membaca buku ataupun tempat untuk ulang kaji. Program ini juga dapat menarik
minat para pelajar untuk rajin membaca kerana telah disediakan tempat untuk mereka menimba ilmu mahupun
menambah pengetahuan.
Impak program ini kepada kami pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK) kelas 5A ialah kami mendapat peluang
merasa pengalaman baharu iaitu dari segi Event Management ataupun Pengurusan Program. Ibarat aur dengan tebing kami
bekerjasama bagi menjayakan program “Let’s Glow Up the Book Cave” ini, jadi besarlah harapan saya agar program yang
telah kami jalankan ini dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah serta para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Pasir Panjang.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
sekolah kerana sudi memberi ruang untuk kami menjalankan program “Let’s Glow Up the Book Cave” ini dan ingin
memohon maaf sekiranya ada kekurangan mahupun salah silap daripada pihak kami. Yang baik datangnya dari Allah SWT
dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Sekian daripada saya,
Wan Faiq Zahirulhaq bin Wan Zaidi
(PENGARAH PROGRAM)