The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Surat permohonan sumbangan PIBG dan kertas kerja Projek Satelit 2021 -2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by effinghamsiva23, 2022-02-01 21:35:18

Surat Permohonan Sumbagan & Kertas Kerja Projek Satelit.

Surat permohonan sumbangan PIBG dan kertas kerja Projek Satelit 2021 -2022

Rujukan Kami: SKBL 100-7/5/2 Jld.1(02)
Tarikh : 25 Januari 2022

Tuan Haji Yusof Bin Haji Yaacob
Yang Dipertua
PIBG SK Batu Lanchang

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI MENJAYAKAN PROJEK SEKOLAH SATELIT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Batu Lanchang telah dipilih melaksanakan Projek Sekolah Satelit di
bawah inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut.Program ini juga merupakan KPI Pengarah Pendidikan
Negeri Pulau Pinang .Program ini bertujuan untuk meningkatkan amalan terbaik dalam 3 bidang iaitu
Kurikulum, Hal Ehwal Murid(HEM) dan KoKurikulum.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada PIBG bagi
melaksanakan projek tersebut.Sumbangan yang diperlukan untuk Program Hadir dan Menang(HEM) dan
Program “Mathematic Lab”(Kurikulum) adalah sebanyak RM 6650.00.

4. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja program tersebut untuk rujukan tuan.
Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

FAZLEE BIN YAHYA
Guru Besar,
SK Batu Lanchang.

( INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER, TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN )

Rujukan Kami : SKBL 100-7/5/2 Jld.1(01)
Tarikh: 25 Januari 2022

Tuan Haji Yusof BIN Haji Yaacob
Yang Dipertua
PIBG SK Batu Lanchang

Tuan,
Per: Permohonan Sumbangan 3 LCD Projektor.
Merujuk perkara di atas, Pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan untuk menyumbangkan 3 unit LCD
projektor kerana pada masa kini semua projektor yang ada disekolah sudah rosak. Pihak sekolah telah cuba
membaiki LCD projektor tersebut tetapi ia tidak dapat dibaiki kerana alat ganti model tersebut tidak ada lagi di
pasaran. Pihak sekolah amat memerlukan LCD projektor tersebut untuk tujuan seperti berikut :-

a) Untuk PDPC dikelas
b) Untuk PDPC dibilik -bilik khas.
c) Untuk mesyuarat guru.
d) Untuk pembentangan atau taklimat di dewan sekolah. .

2. Oleh sebab itu, pihak sekolah amat berharap pihak tuan, dapat meluluskan permohonan kami,
Sumbangan di atas sangat diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan PDPC dikelas dan juga melancarkan
hal-hal pengurusan di sekolah.

Sekian terima kasih.

“ Berkhidmat Untuk Negara”
Saya yang menjalankan tugas,
(FAZLEE BIN YAHYA)
Guru Besar,
SK Batu Lanchang.

( INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER, TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN )

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LANCHANG
LORONG BATU LANCHANG
11600 PULAU PINANG

KERTAS KERJA

PROGRAM MAKMAL MATEMATIK
TAHUN 2022/2023

PENGANJUR:
PANITIA MATEMATIK & PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAN BATU LANCHANG

KERTAS KERJA PROGRAM MAKMAL MATEMATIK BAGI TAHUN 2022/2023
PENGENALAN
Matapelajaran Matematik matapelajaran yang sangat penting untuk murid-murid. Namun, berdasarkan
statistik markah ujian dan peperiksaan sekolah, ramai murid yang cenderung untuk mendapat markah
matematik yang rendah. Oleh itu, suatu usaha untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengwujudkan
Makmal Matematik. Makmal Matematik ini diharapkan agar dapat memberi peluang kepada murid untuk
belajar secara kendiri melalui pemerhatian dan perkongsian ilmu dalam kalangan mereka. Selain itu, ilmu
matematik ini juga diharapkan agar dapat memberi peluang kepada murid untuk belajar secara didik hibur
sekaligus meningkatkan motivasi mereka untuk belajar Matematik.

OBJEKTIF

i. Memberi peluang kepada murid untuk belajar secara kendiri.
ii. Memupuk perasaan ingin tahu dalam kalangan murid.
iii. Mengoptimumkan input pembelajaran Matematik murid di sekolah.
iv. Menarik minat murid untuk belajar Matematik.
v. Menceriakan kawasan sekolah dengan bahan berilmiah.
vi. Memberi pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dalam kalangan murid.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Batu Lanchang.

TEMPOH
Mac 2022 – Februari 2023

TEMPAT
SK Batu Lanchang

PENGANJUR
Panitia Matematik

JAWANTANKUASA PROGRAM

Penasihat : En. Fazlee bin Yahya (Guru Besar SK Batu Lanchang)
Pengerusi : En. Mohamed Salim bin Sulaiman (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En Ariff Mazdi bin Mat (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Azizah binti Maindad (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : En. Sangara Nanda A/l Karruppiah (Ketua Panitia Matematik)
Setiausaha : Pn. Siti Nazariah Binti Samsudin
Bendahari : Cik Ng Pei Lin
AJK : Pn. Chuah Tze Huey
: Pn. Gengesvary A/P Subramaniam
: En. Halis Bin Mohd Isa
: En. Mohd. Nazmi Izzudin Bin Muhd Zubair
: En. Mohd Izmi Bin Mohamed Izohan
: Pn. Nursakinah Binti Abdullah

PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah (RM)
1. Cat 150.00
2. Cat Lantai Epoxy 150.00
3. Extension plug 100.00
4. Ink printer 100.00
5. Laminating Film 100.00
6. Almari 200.00
7. Kertas A4 200.00
8. Banner PDPC 500.00
9. Rak 500.00
10. Printer 650.00

Jumlah 2 650.00

PENDAPATAN
1. Sumbangan PIBG

PENILAIAN PROGRAM

• Penilaian Jangka Pendek – Peningkatan minat murid.
• Penilaian Jangka Panjang – Peningkatan peratus TP 6.

PENUTUP DAN RUMUSAN

Perancangan kertas kerja ini adalah untuk memudahkan Makmal Matematik ini diwujudkan dengan
lebih proaktif dengan bantuan dan kerjasama daripada pihak sekolah khususnya seluruh ahli
jawatankuasa Panitia Matematik. Semoga Panitia Matematik di S.K. Batu Lanchang dapat membuat
perubahan positif pada tahun ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,
(SITI NAZARIAH BINTI SAMSUDIN) (Mohamed Salim bin Sulaiman)
Setiausaha Panitia Matematik, GPK Pentadbiran,
SK Batu Lanchang. SK Batu Lanchang.

Disahkan oleh,
(FAZLEE BIN YAHYA)
Guru Besar,
SK Batu Lanchang.

( INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER, TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN )

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LANCHANG
LORONG BATU LANCHANG
11600 PULAU PINANG

KERTAS KERJA

PROGRAM HADIR DAN MENANG
TAHUN 2022/2023

PENGANJUR:
UNIT HAL EHWAL MURID (HEM) & PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAN BATU LANCHANG

KERTAS KERJA PROGRAM HADIR DAN MENANG BAGI TAHUN 2022/2023

PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
menekankan kepada kemenjadian murid, maka kehadiran murid ke sekolah perlu diberi penekanan
yang sewajarnya. Sehubungan itu, program ini diharap dapat memberi impak positif terhadap peratus
kehadiran murid ke sekolah setiap hari, seterusnya dapat memberikan murid pendidikan yang
menyeluruh semasa murid berada di sekolah demi mencapai kemenjadian murid yang diinginkan.

RASIONAL
Menyedarkan murid bahawa penting untuk hadir ke sekolah setiap hari persekolahan.

MATLAMAT
Kempen ini juga bermatlamat untuk memupuk kesedaran dalam kalangan murid, ibu bapa dan semua
guru betapa pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng
kelas. Hal ini juga dapat meningkatkan tahap disiplin dan akademik setiap murid, sekali gus
menaikkan reputasi SK Batu Lanchang.

OBJEKTIF
2. Menyedarkan para murid tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas pada

setiap masa pengajaran dan pembelajaran.
3. Murid dapat mengetahui dan memahami implikasi gejala ponteng sekolah.
4. Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.
5. Mendorong murid untuk hadir ke sekolah dan menyekat murid daripada terlibat dengan gejala

ponteng.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Batu Lanchang.

TEMPOH
Mac 2022 – Februari 2023

TEMPAT
SK Batu Lanchang

PENGANJUR
Hal Ehwal Murid (HEM) SK Batu Lanchang

JAWANTANKUASA PROGRAM

Penasihat : En. Fazlee bin Yahya (Guru Besar SK Batu Lanchang)

Pengerusi : En Ariff Mazdi bin Mat (GPK HEM)

Naib Pengerusi 1 : En. Mohamed Salim bin Sulaiman (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Azizah binti Maindad (GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Pn. Mazli bt Mohd Yusof (Bimbingan dan Kaunseling)

Setiausaha : Cik. Fatin Hanani binti Mohamad Akhir

Bendahari : En. Mohd Tarmizy bin Noordin

: En. Wan Mohd Iqbal bin Wan Mustafa

: Cik. Faridah binti Zainun

AJK : En. Rais bin Abdul Aziz

: Pn. Shazana binti Maidin

: Pn. Maizatul Asfarini binti Kasri:

: En. Mohd. Nazmi Izzudin

: En. Mohd Musthaqin bin Abdul Aziz

: En. Imran bin Ahmad Marzuki

JANGKA MASA PROGRAM

Masa : Mac 2022 – Februari 2023

Sasaran : Murid yang kehadiran 100 peratus pada Julai 2022, November

2022 dan Februari 2023.

Pelaksanaan : 1. Murid sasaran layak menyertai cabutan bertuah.

2. Pemenang cabutan bertuah akan menerima hadiah.

PERBELANJAAN : RM400.00
: RM300.00
1. Hadiah utama : RM200.00
2. Hadiah pertama : RM100.00
3. Hadiah kedua : RM30 x 100
4. Hadiah Ketiga = RM3000
5. Hadiah saguhati
: RM4000.00
Jumlah Keseluruhan

PENDAPATAN

2. Sumbangan guru-guru
3. Sumbangan NGO
4. Sumbangan orang perseorangan
5. PIBG

PENILAIAN PROGRAM
• Penilaian Jangka Pendek – Peningkatan peratus harian kedatangan murid.
• Penilaian Jangka Panjang – Peningkatan peratus bulanan kedatangan murid.

PENUTUP DAN RUMUSAN

Adalah diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar atas kerjasama ahli jawatankuasa
pelaksana yang telah dilantik. Melalui program ini, diharap dapat menyedarkan murid-murid tentang
pentingnya untuk hadir ke sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,
FATIN HANANI BINTI MOMAMAD AKHIR ARIFF MAZDI BIN MAT
Setiausaha HEM, Penolong Kanan HEM,
SK Batu Lanchang. SK Batu Lanchang.

Disahkan oleh,
FAZLEE BIN YAHYA
Guru Besar,
SK Batu Lanchang.

( INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER, TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN )


Click to View FlipBook Version