The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jhieyna, 2021-07-19 04:33:55

buletin 6

buletin 6

BIL.2/2021 : JUN 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS II

JAWATANKUASA BULETIN SEKOLAH
E-BULETIN
KATA ALU-ALUAN KETUA
Pengerusi JABATAN

(GURU BESAR) EN. ZAM MA’MOR BIN MISIRAN @ MISRAN
En. Zam Ma’mor bin Misran @ Misiran
Bismillahirrahmanirrahim
Timb. Pengerusi
Segala puji bagi-Nya yang Maha Esa, saya bersyukur dengan izin-Nya dapat juga Buletin sekolah
(PK Kokurikulum) diterbitkan buat julung-julung kalinya. Alhamdulillah, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada
Pn. Azura binti Abas Sidang Redaksi Sekolah serta guru-guru pembimbing yang telah memberikan komitmen dalam
menghasilkan dan menerbitkan Buletin sekolah edisi permulaan. Berkat kerjasama dan kegigihan
Naib Pengerusi 1 semua pihak yang terlibat, akhirnya Buletin telah dapat diterbitkan.

(PK Pentadbiran) Penerbitan Buletin ini menarik kerana dihasilkan di sekolah rendah yang mana menuntut
En. Muhammad Yusuf bin Zakaria komitmen yang tinggi daripada guru dan murid-murid dalam semua aspek di samping
mempamerkan aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang tiga bulan ini. Segala detik indah serta
Naib Pengerusi ll suka dan duka yang diharungi oleh warga SKSI2 telah dilakarkan di dalam Buletin ini.

(PK HEM) Melalui kemajuan teknologi yang sentiasa berubah, telah memberi impak yang besar
En. Kamaruzzaman bin Hasan terhadap dunia pendidikan. Teknologi yang serba moden telah menuntut bidang pendidikan
sentiasa peka dengan penggunaan teknologi maklumat agar pengetahuan baharu yang diperoleh
Setiausaha selari dengan perkembangan semasa. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM
(2013-20250, sewajarnya semua murid dan guru berusaha meningkatkan martabat sekolah agar
Pn. Nor Fadhilah binti Bakri sentiasa menghasilkan modal insan yang terbaik selaras dengan jenama sekolah transformasi.

Pen. Setiausaha Sekian, terima kasih.

Pn. Jina Ulau Jok Pn. Nor’ Ain (PK HEM) KATA ALU-ALUAN PENOLONG
KANAN KOKURIKULUM
Pn. Azira Pn. Adawiyah
PN. AZURA BINTI ABAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sukacita saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada
Jawatankuasa Penerbitan E-Buletin Sekolah di bawah unit ko-kurikulum yang berusaha dengan gigih
bagi merealisasikan penerbitan sulung E-Buletin ini. Terima kasih kerana memberikan saya
kesempatan bagi mencoretkan sepatah dua kata di ruangan ini.

Sebenarnya, idea penerbitan E-Buletin ini sudah lama bermain-main di fikiran saya sejak
sekian lama namun terpaksa dipendamkan dahulu sehinggalah tercetusnya fenomena pdpr secara
atas talian. Saya melihat situasi ini paling sesuai untuk penerbitan majalah berbentuk digital selaras
dengan perkembangan teknologi maklumat yang mana murid-murid dan ibu bapa sudah mula cakna
tentang penguasaan teknologi. Justeru, dalam perancangan takwim 2021, saya telah menyuarakan
hasrat penerbitan E-Buletini ini kepada Guru Besar dan disokong sepenuhnya oleh beliau. Lantas
bersama setiausaha kokurikulum saya telah membentuk satu jawatankuasa untuk penerbitan E-
Buletin bagi mengatur langkah seterusnya.

Kini, terhasillah sebuah naskhah sulung yang akan menjadi pelopor kepada edisi-edisi yang
berikutnya. Penerbitan E-Buletin akan memaparkan segala hal-ehwal berita dan rakaman peristiwa
yang berkaitan dengan akademik, hal ehwal murid, ko-kurikulum, murid-murid , guru-guru dan staf
serta yang berkaitan dengannya. Dokumen digital ini pasti akan menjadi suatu rujukan kepada murid-
murid dan guru-guru bagi mengenang kembali rakaman berita dan peristiwa yang pernah berlaku di
sekolah untuk dijadikan sejarah. Kaedah penerbitan secara digital yang dihasilkan dapat memberi
peluang kepada ramai warga sekolah dan masyarakat untuk membacanya di mana sahaja.

Akhir kata, semoga penerbitan edisi sulung E-Buletin ini akan menjadi pemangkin
semangat ahli jawatankuasa untuk berkarya dengan lebih kreatif lagi.Tahniah sekali lagi. Semoga
para pembaca beroleh manfaat yang tidak terhingga dengan pembacaan ini.

Sekian, terima kasih. Salam hormat.

MAJLIS PENUTUP BULAN TRANSISI TAHUN 1/2021

Pada tarikh 5 April 2021 telah diadakan Majlis Penutup Bulan Transisi Tahun 1 Tahun
2021. Setelah hampir 2 bulan menjalani Transisi, didoakan murid-murid baharu SK Sultan
Idris ll dapat membiasakan diri dengan suasana persekolahan sebenar dan bersedia
memulakan cabaran menuntut ilmu. Majlis pada pagi Isnin itu dikendalikan oleh
beberapa orang wakil murid Tahun 1 dengan bimbingan Pn. Intan Shafina binti Ahmad
selaku Penyelaras Transisi Tahun 1/2021.

PROGRAM IHYA RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 9 April 2021 telah diadakan Program Ihya Ramadhan anjuran MAKDIS dan Panitia
Agama Islam Peringkat SK Sultan Idris ll. Majlis yang dimulakan dengan bacaan Yassin
pada pagi Jumaat itu turut menyisipkan beberapa program kerohanian sepanjang
Ramadhan. Antaranya ialah Majlis Khatam Al-Quran, Tadarus Al-Quran Warga SKSI dan
juga pemberian Sumbangan serta Duit Raya kepada Murid-murid. Diharapkan program
keagamaan seperti ini dapat memupuk sifat insaf dan dapat menambahbaik penghayatan
Ramadhan sekaligus membentuk insan kamil dalam kalangan warga SK Sultan Idris ll.

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

Pada 12 April 2021, Unit Disiplin telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah
Pelantikan Pengawas SK Sultan Idris ll. Pengawas termasuklah Pengawas Sekolah,
Pengawas Pusat Sumber, Briged Bestari dan juga Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas.
Dengan adanya platform majlis seperti ini diharapkan dapat memupuk sikap kepimpinan
dalam diri murid-murid yang telah dilantik supaya dapat menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan dengan amanah dan bersungguh-sungguh. “Kepimpinan Melalui
Tauladan”. Itulah yang diharapkan dapat diterapkan dan melahirkan anak-anak yang
mempunyai keterampilan yang tinggi.

JOM MEMBACA 10 MINIT

Sempena Kempen Bulan Membaca Kebangsaan, Pusat Sumber Sekolah SK Sultan Idris ll
di bawah pimpinan Pn. Adawiyah binti Ramli dengan Kerjasama Panitia Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris telah melaksanakan program Jom Membaca 10 Minit pada 22 April
2021. Program yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia itu bukan hanya melibatkan
murid-murid dan guru-guru sebaliknya turut disertai oleh kakitangan dan juga staf
sokongan. Melalui program ini, budaya membaca yang semakin hilang dapat disuburkan
kembali kerana “Membaca Jambatan Ilmu” dan wahyu pertama Nabi Muhammad terima
dari Allah ialah “Iqra’ (Bacalah)”

MESYUARAT PIBG

Pada 24 April 2021 bertempat di Dewan Serbaguna KRT Sungai Nibong telah diadakan
Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Majlis yang mendapat sokongan dan kehadiran
ibu bapa itu telah berjalan dengan lancar dengan pelantikan Ahli Jawatan Kuasa Ibu Bapa
yang baharu. Pada mesyuarat itu juga turut menerima kehadiran YB Azhar bin
Jamaluddin, ADUN Kawasan Changkat Jong. YB Azhar turut berkesempatan melancarkan
program E-Tuition beliau khas untuk anak-anak SK Sultan Idris ll. Selain itu, pihak sekolah
turut menandatangi Perjanjian Persefahaman (MoU) Projek Tanaman Cili bersama Encik
Alan Niza. Dengan berlangsungnya Mesyuarat PIBG diharapkan dapat mengukuhkan
kerjasama baik antara Ibu Bapa dan guru untuk kemenjadian murid.

CABARAN SIBER (TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH)

Pada 28 April 2021, beberapa orang murid telah mengambil bahagian dalam Cabaran
Siber TKRS dengan bimbingan guru penasihat. Antara pertandingan yang disertai ialah
laungan azan dan nyanyian lagu patriotik.

PENGAMBARAN KLIP VIDEO RAYA

Pada 30 April 2021 telah diadakan pengambaran klip video Hari Raya Warga SK Sultan
Idris ll. Pengarah Projek, Pn. Nor Azira binti Mustafa telah berjaya menghasilkan klip
video raya yang santai dan ceria sempena Hari Raya PKP. Pada masa yang sama, murid-
murid turut menjalankan aktiviti Mewarna dan Mencipta Sampul Raya Kreatif.

WORLD QURAN HOUR

Pada 6 Mei 2021, Panitia Agama Islam telah mengadakan program World Quran Hour
sebagai antara pengisian sepanjang program Ihya Ramadhan. Program ini disertai oleh
seluruh warga dan kakitangan SK Sultan Idris ll. Program ini dijalankan serentak seluruh
negara dan direkodkan dalam Malaysia Book of Records.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADHAN DAN SUMBANGAN DUIT
RAYA

Pada 7 Mei 2021 yang juga merupakan hari terakhir persekolahan sebelum bercuti
sempena Cuti Sekolah Pertengahan Tahun telah diadakan Majlis Penutup Ihya Ramadhan
dan Sumbangan Duit Raya. Selain itu, program turut mengadakan acara Khatam Quran
bagi murid-murid yang telah berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran sepanjang Bulan
Ramadhan. Sebelum pulang, guru-guru dan kakitangan memberikan duit raya kepada
semua murid yang hadir.

CUTI HARI RAYA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR 3.0)

Rentetan daripada statistik kes Covid-19 yang semakin meningkat, Kementerian
Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif untuk menutup sekolah-sekolah dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

PEMERIKSAAN GIGI TAHUN 1

Pada 24 Mei 2021 telah dijalankan program Pemeriksaan Kesihatan Gigi bagi Murid
Tahun 1 bersama Klinik Pergigian Klinik Kesihatan Teluk Intan. Murid-murid diajar cara
yang betul untuk membersihkan gigi dan turut menerima hadiah set berus dan ubat gigi
untuk anak-anak Tahun 1 SK Sultan Idris ll.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN

Pada 25 Mei 2021, telah disampaikan sumbangan tablet daripada YB Terence Naidu
kepada beberapa orang murid yang terpilih. Pelbagai kriteria disenaraipendek untuk
memilih penerima tablet ini.
Pada 28 Mei 2021 pula telah disampaikan sumbangan Bantuan Anak Yatim kepada murid-
murid yang berkenaan. Sumbangan yang diterima adalah daripada beberapa sumber.

TAKLIMAT PDPR 3.1 (TOTAL LOCKDOWN)

Pada 12 Jun 2021, telah diadakan Taklimat PdPR guru secara dalam talian google meet
selaras dengan hasrat KPM untuk mengelakkan keciciran murid dalam mendapatkan
pendidikan. Selain itu, turut diperkenalkan sistem baharu pelaporan guru untuk PdPR.

TAKLIMAT E-CHALLENGE
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Pada 25 Jun 2021 telah diadakan Taklimat E-Challenge Ko-Kurikulum. Walaupun
kekangan pandemik Covid-19, pertandingan ko-kurikulum masih tetap dijalankan
dengan norma baharu.

SELAMAT DATANG GURU PRAKTIKUM

Pada 28 Jun 2021, SK Sultan Idris ll telah menerima kehadiran seorang guru praktikum
dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Cik Nurul Anis Najwa binti
Ahmad Nazri merupakan guru praktikum yang memiliki pengkhususan Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan akan menjalani praktikum selama lebih kurang tiga
bulan. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Cikgu Nurul Anis Najwa.


Click to View FlipBook Version