INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
Bandar Darulaman
06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Telefon: 04-9148310/333 Faks: 04-9175492
Laman Web: www.ipda.edu.my
“1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Rujukan : IPGKDA 100-6/9 ( 77 )
Tarikh: 8 Ogos 2016
SITI FARIHAH BINTI ISMAIL
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN 2016
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Pengarah dan seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada tuan/puan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan akan
menerima ijazah/diploma pada majlis konvokesyen yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 7 hingga 12 November 2016
Tempat : Taman Ekspo Pertanian Malaysia, MARDI, Serdang (MAEPS)
Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
3. Sehubungan itu, pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dengan berbesar hati
menjemput dan mempersilakan tuan/puan ke majlis konvokesyen tersebut.
4. Semua graduan yang bersetuju untuk hadir diwajibkan membuat bayaran konvokesyen
sebanyak Dua Ratus Lima Puluh Ringgit (RM250). Manakala bagi graduan yang tidak dapat hadir
diwajibkan membuat bayaran sebanyak Satu Ratus Dua Puluh Ringgit (RM120). Bayaran tersebut
hendaklah dibuat melalui Kiriman Wang (Money Order) atas nama “KETUA AKAUNTAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA” beralamat di Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman. Kiriman Wang ini hendaklah diserah/diposkan bersama borang yang berkaitan ke
institut ini sebelum atau pada 10 Oktober 2016. Bayaran secara tunai tidak dibenarkan.
5. Tuan/puan diwajibkan membuat pengesahan kehadiran pada Portal Konvokesyen,
http://konvo.ipg.edu.my mulai 10 Ogos hingga 30 Oktober 2016. Sila muat turun borang-borang yang
berkaitan serta semak jadual taklimat, pendaftaran dan sidang masing-masing.
Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke majlis
konvokesyen berkenaan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(DATIN HAJAH NAIMAH BINTI JAAFAR)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Jitra, Kedah
s.k. 1. Ketua Jabatan HEP, IPG Kampus Darulaman
2. Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan, IPG Kampus Darulaman
3. Penyelaras Program Pengajian, IPG Kampus Darulaman
4. Fail Konvokesyen
Konvo/trtm
(Surat ini adalah cetakan komputer. Tandatangan tidak diperlukan)