The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA SUDUT GERBANG ILMU DI RUMAH 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52054873, 2021-05-20 01:11:17

KERTAS KERJA SUDUT GERBANG ILMU DI RUMAH 2021

KERTAS KERJA SUDUT GERBANG ILMU DI RUMAH 2021

Keywords: PSS

SK SULTANAH ASMA ALOR SETAR KEDAH

JUN HINGGA DESEMBER 2021

LOKASI
KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN :
PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PIBG

SK SULTANAH ASMA

PSS SK SULTANAH ASMA , ALOR SETAR ,KEDAH

PERTANDINGAN SUDUT GERBANG ILMU DI RUMAH

1.0 PENDAHULUAN
Membaca merupakan satu cara untk mendapatkan ilmu. Melalui membaca, murid dapat
menambahkan pengetahuan mereka sama ada yang berbentuk ilmiah mahupun yang berbentuk
pengetahuan am. Murid-murid perlulah disemai dengan sikap suka membaca. Namun
demikian, terdapat kekangan-kekangan seperti kurangnya bahan bacaan serta tempat untuk
mendapatkan bahan bacaan, apatah lagi masa berada di sekolah sangat terhad sehingga usaha
menyemai minat membaca terhalang. Oleh itu di sarankan dengan kerjasama ibu bapa untuk
menyediakan Sudut Gerbang Ilmu di rumah.

Sudut Gerbang Ilmu merupakan ruang yang disediakan untuk dimanfaatkan sebagai
perpustakaan mini atau ruang bacaan yang selesa dan santai bagi menyemarakkan budaya
membaca. Aktiviti membaca bukan sahaja di sekolah, bahkan di rumah juga adalah sebagai
wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang dan berkesan.
Lebih-lebih lagi kini dengan isu Covid 19, murid-murid banyak menghabiskan masa di rumah.
Oleh yang demikian Sudut Gerbang Ilmu yang dirancang ini adalah merupakan salah satu
strategi untuk mendekatkan dan mendedahkan murid- murid dengan budaya membaca semasa
masa terluang.

2.0 MATLAMAT
Sudut Gerbang Ilmu ini diwujudkan bagi memberi manafaat kepada semua murid Sekolah
Kebang Sultanah Asma untuk mendapatkan bahan bacaan tambahan selain daripada bahan
bacaan yang terdapat a Pusat SumberSekolah. Selain itu, sudut ini juga boleh digunakan oleh
murid sebagai tempat untuk mengulangkaji dan melakukan perbincangan di samping dapat
mengisi masala pang mereka.

3.0 OBJEKTIF
3.1. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai dan santai untuk

menarik minat pembacaan.

3.2. Menyemai sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid.
3.3. Menjadi alternatif murid untuk mendapatkan bahan bacaan bagi program NILAM.
3.4. Dapat menyokong Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia

Negara Membaca menjelang tahun 2030.

4.0 SASARAN
4.1. Semua murid pra sekolah hingga Tahun 6

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : Sepanjang tahun 2021 (JUN- DESEMBER)

5.2 Tempat : Kediaman masing-masing

5.3 Penganjur : PSS, bersama PIBG SK Sultanah Asma

6.0 AJK INDUK/PELAKSANA

AJK INDUK

PENASIHAT : TUAN HAJI ABDUL RAHIM BIN MAT SAM (YDP PIBG)

PENGERUSI : PUAN HUSLINA BINTI HJ MOHD HUSSAIN (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI I : EN. WAN ANISHAM BIN WAN ISHAK(PK 1)

NAIB PENGERUSI II : PN NAZREYANA BINTI MD NORDIN(PK HEM)

NAIB PENGERUSI III : EN. AHMAD FAIZ BIN ABDUL HALIM(PK KO)

SETIAUSAHA/ : PN RAFIDAH BINTI REJAB (GPM)
PENYELARAS

PEN. SETIAUSAHA/
PEN PENYELARAS : PN NOOR YUHANA BINTI AFANDI

BENDAHARI : PN NOOR AINI BINTI ABDULLAH

AJK (PELAKSANA)

HADIAH DAN : PN NOR SHAHIDA BT KHALID
CENDERAMATA PN MAZNAH BINTI MUSTAFA

BORANG : PN NOOR YUHANA BINTI AFANDI
PERTANDINGAN

BUKU PROGRAM : PN RAFIDAH BINTI REJAB
PROMOSI
: PENYELARAS ALIRAN
: FARIDAH HANIM BINTI ABDUL AZIZ (PRA)
: NUR ILYANI BINTI LAIT SERJANA (TAHUN 1)
: KHAIRUL BASHAR BIN BAHRIN(TAHUN2)
: KAIRATULFAKIRAH BINTI OMAR(TAHUN 3)
: KU MAJIDAH BINTI KU YAACOB (TAHUN 4)
: MUHD SOLAHUDDIN BIN ABDOL AZIZ (TAHUN 5)
: ROSMANI BT ROMLI (TAHUN 6)

7.0 SYARAT-SYARAT PERYERTAAN SUDUT GERBANG ILMU
7.1. Penyertaan terbuka kepada Semua murid pra sekolah hingga Tahun 6.
7.2. Cara penyertaan adalah dengan cara berswafoto dengan sudut Gerbang Ilmu (Sudut

bacaan) yang dihasilkan sendiri di rumah masig-masing dengan pakaian yang bersesuaian
dan sopan.
7.3. Mematuhi semua kriteria pertandingan yang melibatkan pemilihan lokasi, ruang, konsep,
medium simpanan, susunan bahan, kemudahan, peralatan dan koleksi bahan bacaan.
Kriteria yang dinilai adalah kreativiti, nilai estetika dan keunikan.
7.4. Segala kos penyertaan dan pembangunan sudut Gerbang Ilmu adalah ditanggung sendiri.
7.5. Penyertaan hanya boleh dihantar sekali sahaja setiap bulan sebelum 15 haribulan kepada
Pn Noor Yuhana Afandi di talian 019-6644166
7.6. Tempoh pertandingan ini adalah sepanjang tahun 2021(Jun-Disember) dan SATU
pemenang akan dipilih pada setiap bulan. Kemudian akan dinilai semula untuk tempat
pertama hingga kelima(berdasarkan jumlah markah)
7.7. Pengumuman pemenang pada setiap bulan akan dibuat sebelum berakhir bulan tersebut.
7.8. Keputusan pengadil adalah muktamad.
7.9. Sertakan maklumat dengan jelas:
a. Nama Murid:
b. Kelas:
c. Lokasi dan alamat sudut bacaan:
d. Nama Gerbang Ilmu:
e. Motto :

7.0 ANGGARAN KEWANGAN Perbelanjaan Jumlah Sumber
Sumber Kewangan Tempat Pertama RM 100 PIBG
i. Sumbangan PIBG. Tempat ke dua RM 70 PCG PSS
ii. PCG PSS Tempat ke tiga RM 50 PCG PSS
2 pemenang RM 30 PCG PSS
Anggaran Perbelanjaan saguhati
RM 100 PIBG
Bil. Perkara RM 350.00
1. Hadiah kepada pemenang

2 Piala Pusingan
JUMLAH

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, aktiviti pertandingan ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak ke
arah mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut ilmu yang sesuai dan santai untuk
menarik minat pembacaan murid di samping menjadi alternatif murid untuk mendapatkan
bahan bacaan bagi program NILAM demi menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang
tahun 2030.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ………………………………………....
(RAFIDAH BINTI REJAB) (WAN ANISHAM BIN WAN ISHAK)
Guru Perpustakaan dan Media Pen Kanan Pentadbiran
SK Sultanah Asma, Kedah SK Sultanah Asma, Kedah

Disahkan oleh,

…………………………………………………
(HUSLINA BINTI HJ MOHD HUSSAIN)
Guru Besar,
SK Sultanah Asma, Kedah


Click to View FlipBook Version