The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENYEBAR BERITA PALSU AKAN DIHUKUM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yashinidevi327, 2020-09-13 10:01:27

PROJEK (E- BOOK)

PENYEBAR BERITA PALSU AKAN DIHUKUM

Keywords: E- BOOK

DUA 6022- KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

SESI JUN 2020

TAJUK PROJEK : PENYEBAR BERITA PALSU AKAN DIHUKUM

AHLI KUMPULAN:
1. VAISHNAVI SHARMA A/P VIJAYAKUMARAN
(33DCE18F1016)
2. PRIYANKA DEVI A/P GANESAN
(33DCE18F1018)
3. DIVYAA A/P VARATHARAJOO
(33DCE18F1013)
4. YASHINI A/P SUBRAMANIAM
(33DCE18F1004)

NAMA PENSYARAH : ENCIK. MOHD FIRDAUS MAMAT JUNOH

PENGENALAN

Penyebaran berita palsu secara masif dan cepat di internet and media sosial mendorong
pemerintah untuk mengambil langkah demi menangkal hal itu. Awalnya, pemerintah
meyakini bahwa penyebaran berita palsu tersebut bisa ditangkap dengan memblokir sejumlah
situs internet yang bermasalah. Penelitian ini meyakini bahwa pemblokiran situs internet
tidak akan efektif dalam membendung penyebaran berita palsu. Oleh karena itu, pemerintah
akan membutuhkan langkah lainnya untuk mengatasi maraknya penyebaran berita palsu di
Internet.

Penelitian ini dilakukan dengan observasi dan analisis isi pemberitaan di media massa,
khususnya Kompas dan The Jakarta Post. Menurut Berelson (1952) content analysis adalah
teknik penelitian untuk penggambaran kuantitatif, sistematis dan objektif atas isi komunikasi.
Holsti (1968) menyatakan ini adalah teknik untuk membuat kesimpulan dengan
mengidentifikasi karakteristik sebuah pesan secara sistematis. Kerlinger (1986) berpendapat
content analysis adalah metode untuk mempelajari dan menganalisis komunikasi secara
sistematis, objektif dan kuantitatif dengan tujuan mengukur beberapa variabel.Penelitian ini
menemukan fakta bawah pemerintah mengambil langkah-langkah lain diluar pemblokiran
situs. Langkah-langkah itu adalah dengan pembentukan Badan Siber Nasional dan langkah
kerjasama dengan Dewan Pers serta Facebook.

FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN PENYEBARAN BERITA PALSU

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berita palsu mudah tersebar, daripada kemudahan
teknologi hingga faktor manusia yang menggunakan teknologi.

Zaman digital menghasilkan maklumat terpampang di hujung jari termasuklah aktiviti
membaca berita, namun dengan lambakan informasi yang berlegar di Internet
mengakibatkan banyak berita palsu disebarkan. Lebih memburukkan keadaan, sikap
pengguna Internet yang gatal tangan pantas berkongsi berita terbabit meskipun sumbernya
masih belum disahkan atau diragui ternyata membimbangkan. Sama ada mahu menjadi
wartawan tidak bertauliah di Internet atau jenis yang sentiasa mahu menjadi orang pertama
menyebarkan berita menyebabkan penyebaran berita palsu berleluasa sehingga
menenggelamkan berita sebenar.

Memang ada pengguna media yang mudah percaya apa sahaja yang dibaca. Golongan ini
tidak akan memeriksa kesahihan sama ada kerana malas atau tidak mampu kerana kurang
ilmu. Lagi sensasi, lagi tertarik mereka pada berita tersebut.

Ditambah dengan platform sosial yang berada di atas Internet seperti Facebook, WhatsApp,
Telegram dan Twitter membolehkan capaian berita menjadi lebih pantas mengakibatkan
maklumat terlalu mudah dikongsi hanya pada sekali tekan butangnya. Media sosial ialah
mesej ringkas, sama ada berbentuk tulisan, berita, gambar dan sebagainya. Bahan seperti ini
mudah dibaca dengan pantas, difahami dan kemudian disebar. Inilah salah satu mesej yang
banyak memenuhi kumpulan WhatsApp.

Faktor seterusnya ialah populariti. Berita palsu sering disebar kerana menjadi satu sumber
hiburan kepada sesetengah orang. Sikap sukakan bahan-bahan troll seperti mengejek,
menyindir parti politik atau pemimpin yang mereka tidak suka menyebabkan berita palsu
popular.

Berita palsu mudah tersebar disebabkan tiada undang-undang. Selama ini, berita palsu
mudah disebar kerana penyebarnya tidak rugi apa-apa keranan menyebarkannya, dan jika
silap pun, tidak ada hukuman dikenakan. Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan membantu
menyekat penyebaran berita palsu dengan mengenakan hukuman terhadap mereka yang
bersalah.

Masyarakat di negara ini dilihat kurang peka bahaya berita palsu dalam kehidupan
seharian dan seronok berkongsi tanpa usul periksa. Salah satu puncanya jelas apabila
minda masyarakat yang semakin cetek ilmu dan sudah tidak mengamalkan budaya
membaca bahan yang bukan bertuhankan Internet. Internet seharusnya menjadi lubuk ilmu
namun ilmu itu datang daripada pemahaman dan akal fikiran yang didorong minda cerdas
serta boleh memisahkan logik atau tidak dengan kekuatan kandungan dalam otak manusia itu
sendiri. Sekali gus, Internet bukan platform mencapai maklumat di hujung jari tetapi
menyebabkan penggunanya menjadi narsisistik, terlalu leka dengan apa saja yang disuap
serta cepat terpedaya dengan berita ringkas dan sensasi.

HUKUM-HUKUM MENYEBABKAN PENYEBARAN BERITA PALSU

Perspektif undang-undang

Menurut perspektif undang-undang, persoalan di atas tidak akan bernoktah selagi tiada
pengesahan daripada pihak berwajib. Isu di atas boleh dibincangkan dalam dua perspektif
berbeza.

Pertama, pada dasarnya, setiap orang Islam itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan
hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Maka, tidak mustahil jika jasad seseorang mukmin
sejati itu kekal seperti sedia kala walaupun sudah bertahun dikuburkan.

Jika Allah SWT mengkehendakinya, maka perkara terbabit boleh berlaku. Insan itu mungkin
insan terpilih dan istimewa di sisi Allah SWT.

Kedua, jika ia palsu, berita itu akan disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia ( SKMM ), CyberSecurity Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui
kaedah terperinci yang mungkin membabitkan kaedah komputer forensik dan lain-lain.

Selepas bukti dapat dikumpul, baru pihak pendakwa boleh membuat dakwaan terhadap
suspek di mahkamah mengikut undang-undang berkaitan. Namun, cabaran yang dihadapi
mereka ialah berita palsu yang diwujudkan melalui akaun media sosial palsu atau akaun
tanpa nama.

Walaupun proses siasatan mengambil masa agak lama jika ini berlaku, pihak pendakwa mesti
benar-benar yakin dan pasti bukti yang diperoleh adalah sahih. Tanpa bukti yang kukuh, kes
memalsu dan menyebarkan berita palsu tidak dapat diputuskan oleh mahkamah.

Penyebaran berita palsu dikategorikan sebagai kes jenayah mengikut Akta Berita Palsu 2018,
namun akta berkenaan sudah dimansuhkan kerana ia dianggap menghalang kebebasan media
dan kebebasan bersuara yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.

Banyak pihak, termasuk Institut Akhbar Malaysia ( MPI ) tidak bersetuju dengan akta yang
menyekat hak media berkongsi berita bersama masyarakat bagi menangani penyebaran berita
palsu.

Hukuman setimpal

Jika wujud lagi berita palsu, suspek boleh didakwa mengikut akta lain seperti Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948. Walaupun Akta 1948 dikritik
oleh pihak tertentu dan Pakatan Harapan ( PH ) berjanji memansuhkannya dalam manifesto
pilihan raya umum ( PRU ) lalu, setakat ini ia masih kekal sebagai akta yang sah dan relevan.

Kebiasaannya, jika berita palsu disebarkan melalui internet, suspek akan dituduh mengikut
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalah gunakan jalur lebar
atau internet untuk penyebaran berita tidak benar atau menyebarkan berita yang boleh
membahayakan keselamatan negara.

Akta 1998 ini membenarkan kerajaan menyekat berita yang dianggap menimbulkan keraguan
kepada masyarakat, tetapi pada 2016, badan peguam Malaysia menyatakan, ‘menimbulkan
keraguan atau kekeliruan’ adalah tidak membahayakan dan suspek tidak boleh dituduh
mengikut Seksyen 233 akta berkenaan.

Secara umum, usaha Malaysia menyekat berita palsu sangat dialu - alukan, tetapi secara
praktikal, agak sukar untuk mengawal media sosial yang menjadi medium penyebaran berita
terpantas.

Tambahan pula, negara tiada undang-undang khusus menyaring atau menyekat penggunaan
internet. Maka, kebebasan ini sebenarnya disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab
dan mereka patut dikenakan hukuman setimpal mengikut undang-undang sedia ada.

KESAN-KESAN MENYEBABKAN PENYEBARAN BERITA PALSU KEPADA INDIVIDU,
MASYARAKAT DAN NEGARA

Dalam latar belakang pelbagai etnik dan agama di Malaysia, penyebaran berita palsu
memberi kesan negatif kepada masyarakat dan akan mempengaruhi keselamatan negara dan
keharmonian masyarakat.​ ​Pada masa kini, pelbagai bentuk berita palsu dapat ditular dan
disebarkan di media sosial. Beberapa sebab tidak diketahui. Namun, kandungan berita palsu
telah menimbulkan kegelisahan, ketakutan dan mengancam ketenteraman awam. Bahkan,
beberapa berita fitnah boleh membuat seseorang menjatuhkan maruah diri atau sengaja
menimbulkan kemarahan dan kebencian terhadap mereka. Situasi tersebut boleh
menyebabkan seseorang individu mengalami tekanan dan mereka boleh mencuba untuk
membunuh dirinya. Selain daripada itu, imej individu tersebut akan dijatuhkan dan dipandang
rendah oleh masyarakat. Sekarang, berita palsu yang disebarkan oleh media sosial seperti
WhatsApp akan disebarkan dengan kadar segera kepada individu lain. Ia mengakibatkan
individu, masyarakat dan juga negara. Penyebar berita palsu mestilah didendakan dan
dihukum di bawah undang-undang Malaysia, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 (Akta 588). Penyebaran berita palsu boleh menjadikan sesuatu individu
panik, huru-hara, kebencian dan pergaduhan antara individu lain. Dari aspek masyarakat, ia
boleh menimbulkan rasa keselisihan dan juga boleh berlaku gaduhan perkauman. Jika berlaku
seperti ini, kesejahteraan dan suasana aman damai akan terjejas dalam negara kita.
Seterusnya, kesan lain adalah dari aspek ekonomi. Contohnya, berita palsu tentang sesuatu
produk disebarkan dalam kalangan masyarakat, ia akan menjatuhkan nama baik dan
kepercayaan produk itu. Selain itu, penyebaran seperti ini akan merosakkan perniagaan dan
menimbulkan rasa takut dan masyarakat akan panik untuk membeli barangan itu. Hal ini
demikian, ekonomi negara boleh dijatuhkan. Negara boleh mengalami suasana tidak stabil
jika ekonomi terjejas. Langkah mengatasinya, membangunkan negara dari segi ekonomi dan
juga penyebar berita palsu perlulah dihukum supaya mendapat suasana yang harmoni dalam
negara. Di samping itu, individu yang menyebarkan maklumat kepada orang lain perlulah
rujuk sumber rasmi untuk mengurangkan penyebaran berita palsu. Platform seperti media
sosial mestilah digunakan untuk kegunaan baik. Pengguna media sosial perlulah berwaspada
demi perlindungan mereka sendiri.

PENUTUP

Berita palsu makin relevan dalam politik pasca kebenaran. Dengan perluasan teknologi,
makin perlunya tontonan dan. Bagi penggiat media, kebolehan menarik penonton kepada
laman web mereka adalah perlu untuk memuaskan pengiklan. Jika menerbitkan cerita dengan
kandungan palsu akan menyebabkan kapsyen besar dan menarik pembaca, maka ia memang
berbaloi berbuat demikian demi manfaat pengiklan dan penilaian. Akses mudah kepada
pendapatan​ i​ klan​ atas talian, meningkatnya polarisasi politik dan populariti m​ edia sosial
terutamanya Facebook News Feed, semuanya terbabit dalam penyebaran berita palsu yang
timbul untuk menyaingi berita sah. Ahli politik turut terbabit dalam menjana dan
menyebarkan berita palsu, khususnya sewaktu pilihan raya.Jelasnya, penggunaan Internet dan
media sosial kini seolah-olah menjadi wadah penghurai masalah yang utama bagi sesetengah
orang, terutamanya golongan muda – daripada hiburan hingga berbelanja dalam talian.

Menemui teman baru, mencari jawapan kemusykilan agama dan isu-isu semasa, sosial,
ekonomi dan politik – menerusi pelbagai wadah teknologi seperti YouTube, WhatsApp,
Instagram, Facebook, Linkedin, Google, Messenger dan bermacam lagi. ​Pada pandangan
kami, perlu ada akta yang boleh menyekat penyebaran berita palsu kerana sedikit sebanyak,
ia boleh menggugat keharmonian negara yang patut disayangi semua rakyat, tidak kira di
mana sahaja mereka berada.

RUJUKAN

1. www.bharian.com.my
2. https://www.google.com/search?q=penyebar+berita+palsu+akan+dihukum+artikel+ju

rnal&rlz=1C1CHBF_enMY857MY857&oq=&aqs=chrome.0.69i59l8.1129438525j0j
15&sourceid=chrome&ie=UTF-8
3. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/503996/berita-palsu-dan-penyelesaia
n-undang-undang
4. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Berita_palsu
5. https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/5-sebab-berita-palsu-mudah-tersebar/

LAMPIRAN
1. https://www.researchgate.net/publication/327160284_Penyebar_berita_palsu_akan_di
hukum


Click to View FlipBook Version