TM/2020
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 2 – 2020
SKEMA SEJARAH ISLAM (500-1918)
1. Bincangkan perkembangan masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab pada zaman Khulafa al-
Rasyidin.
Skema
Pengenalan
Terdapat dua golongan masyarakat Islam semasa pemerintahan Khulafa al-Rasyidin iaitu masyarakat
Arab dan bukan Arab. Orang Arab terdiri daripada golongan Muhajirin, Ansar dan Ahl-al-Ayyam. Golongan bukan
Arab terdiri daripada kaum Parsi dan Qibti. Perluasan wilayah Islam telah meluaskan kawasan Semenanjung
Tanah Arab ke kawasan Iraq, Syria dan Mesir yang telah mempengaruhi corak masyarakat Islam. Terdapat
pelbagai golongan masyarakat Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
Isi :-
i. Orang Arab. Terdiri daripada orang Arab Utara dan Arab Selatan. Rasulullah telah berjaya menyatu
padukan masyarakat Arab seperti kaum Muhajirin dengan Ansar. Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan
Arab Quraisy menerima Islam dan memberi sumbangan yang besar kepada negara Islam. Di zaman Khalifah al
–Rasyidin orang Arab Madinah dan Arab Quraisy merupakan golongan yang penting membantu pentadbiran
negara contohnya:
a. Khalifah Abu Bakar : Khalid Al- Walid dan Amru al-As merupakan panglima perang yang berjaya mengatasi
golongan Ar -Riddah.
b. Khalifah Umar al – Khattab. Melantik enam orang para sahabat seperti Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan
dan Zubir bin al –Awwam sebagai ahli Majlis Syura.
c. Uthman bin Affan : Keluarga Bani Umaiyyah diberikan jawatan penting seperti Marwan al – Hakkam dan
Muawiyyah bin Abu Sufyan sebagai Gabenor.
ii. Golongan Al-Riddah. Ia wujud pada zaman Khalifah Abu Bakar al – Siddiq. Mereka terdiri daripada tiga
golongan, iaitu :
a. Golongan yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yang hanya
dibayar kepada nabi Muhammad. Mereka terdiri daripada penduduk Bahrin, Yammah dan Hirah. Di Yammah
golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin Al – Mughirah. Mereka tidak mahu bayar zakat kerana mereka
beranggapan hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak memungut atau terima zakat.
b. Golongan Nabi palsu dan para pengikutnya. Nabi – nabi palsu ini seperti Sajah dan Musailammah al –
Kazab merupakan nabi palsu yang berpengaruh. Mereka mendakwa menerima wahyu. Tujuannya untuk
mendapatkan pengaruh dan kepentingan peribadi. Musailammah mempunyai pengikutnya seramai 40, 000
TM/2020
orang yang berpusat di Yammamah. Begitu juga Aswad al-Ansi di Yaman yang menyatakan beliau nabi dan
meluaskan pengaruh ke daerah Bahrain, Oman dan Yaman. Beliau mengakui mendapat wahyu dan mendapat
sokongan dari pengikut masing-masing.
c. Golongan Murtad.
Mereka terdiri daripada kabilah – kabilah Arab yang menerima Islam dengan tujuan mendapatkan perlindungan
politik daripada negara Islam. Setelah nabi wafat mereka kembali semula kepada amalan jahiliah. Khalifah Abu
Bakar mengambil tindakan dengan menghantar pendakwah supaya mereka kembali kepada ajaran Islam.
Pasukan tentera Islam telah berjaya mengalahkan golongan ini dan mereka kembali semula kepada ajaran Islam.
iii. Golongan Ahl- Al-Ayyam. Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al- Khatab. Khalifah Umar
telah membuka tanah di wilayah Iraq, Syria dan Mesir. Orang-orang Arab yang menyertai pasukan tentera
membuka dan menetap di wilayah tersebut dikenali sebagai golongan ahl-al-Ayyam yang lain terutamanya bekas
golongan Murtad. Golongan ini terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban dan bekas golongan
murtad. Mereka diberi kuasa mentadbir ladang dan tanah di wilayah Iraq dan memungut cukai sebagai
mengenang jasa mereka dalam pentadbiran. Zaman Khalifah Umar al – Khattab terdapat lebih kurang 12000
orang. Pemimpin mereka ialah Al-Ashtar, Malik al-Harith dan Hujr al- Kindi.
iv. Golongan Al-Qurra. Berasal daripada golongan ahl-al-Ayyam yang diberikan amanah untuk
menguruskan tanah di Iraq. Mereka mengelarkan diri mereka sebagai al-Qurra bagi menjaga status dan
membezakan daripada golongan ahl-al-Ayyam yang lain terutama bekas golongan murtad. Di zaman Khalifah
Uthman, sebahagian besar mereka memberontak kerana pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai di
wilayah Iraq oleh Bani Umaiyyah. Golongan ini bertanggungjawab menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman.
Mereka memberikan sokongan yang kuat kepada Khalifah Ali terutamanya ketika Perang Jamal dan Perang Siffin.
v. Golongan Syiah . Mereka adalah tentera Islam ketika pemerintahan Khalifah Ali. Mereka terlibat dalam
Perang Jamal dan Siffin. Mereka adalah kumpulan yang kekal dan setia bersama Khalifah Ali dan mahu Khalifah
Ali Bin Abi Talib kekal sebagai Khalifah. Mereka beranggapan kepimpinan harus diwarisi oleh keluarga Rasullah.
Salah seorang dalam golongan Syiah ialah Sabir ibni Abdullah dan Salman al-Parsi. Namun usaha mereka gagal
kerana Khalifah Ali dibunuh oleh golongan Khawarij. Kota Kufah menjadi tempat tumpuan golongan Syiah.
vi. Golongan al-Khawarij. Mereka terdiri daripada bekas penyokong Khalifah Ali yang terlibat dalam Perang
Jamal dan Perang Siffin. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dengan
tentera Muawiyyah dalam Perang Siffin dan rundingan Majlis Tahkim. Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan
golongan ini menggelarkan diri mereka sebagai golongan Khawarij. Mereka berpendapat perpecahan
sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyyah bin abu Sufyan dan Amru al-As. Mereka
melancarkan gerakan untuk membunuh ketiga – tiga pemimpin tersebut. Mereka membunuh Khalifah Ali dan
melancarkan gerakan menentang kerajaan Bani Umaiyyah. Salah seorang golongan khawarij ialah Abdul
Rahman ibni Maljan yang membunuh Khalifah Ali.
vii. Golongan berkecuali. Terdiri daripada golongan yang tidak mahu terlibat dalam konflik antara Ali dan
Muawiyyah. Mereka tinggal di Hijjaz.
TM/2020
viii. Golongan bukan Arab (Mawali). Golongan ini terdiri daripada orang bukan Arab, iaitu kaum Parsi yang
telah memeluk agama Islam. Kebanyakan mereka tinggal di Iraq. Di zaman ini mereka tidak dikenakan bayaran
cukai jizyah.
Kesimpulan
Perkembangan masyarakat zaman Khulafa al-Rasyidin jelas sekali menggambarkan kewujudan pelbagai bangsa
dan kaum. Perkembangan ini telah membawa pada kemajuan dan pembangunan dalam negara Islam.
Tumpuan soalan : hanya pada masyarakat Islam di Tanah Arab pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
2. Bincangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fatih dalam menawan Kota
Konstantinople daripada Byzantine.
Pengenalan:
Sultan Muhammad al-Fatih atau nama sebenar baginda, Muhammad bin Murad bin Muhammad bin
Bayazid merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang agung kerana telah
memimpin sebanyak 25 kempen peperangan sepanjang pemerintahannya. Baginda dilahirkan pada 29 Mac
1432M di Andrianapolis dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481M ketika berumur 49 tahun. Digelar Muhammad
al-Fatih kerana kejayaan baginda membebaskan Kota Konstantinople. Baginda menaiki takhta seawal usia 19
tahun bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Murad II dan memerintah empayar yang begitu luas selama
hampir 30 tahun, iaitu antara tahun 1451M hingga 1481M.
Isi
1. Meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya.
Sepenjang dua tahun pertama selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Konstantinople
secara terperinci setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan kota tersebut. Baginda
juga turut mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang
dengan panglima-panglima tenteranya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
2. Menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih.
Angkatan tenteranya disertai para mujahidin seramai 265 000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah.
Baginda mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak
bom seberat 300 kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Kota Rumeli dibina di tebing sebelah Eropah, iaitu
lebih kurang 8 kilometer jaraknya dari Kota Konstantinople bagi mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat
Bosphorus.
Baginda mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan
Kota Konstantinople apabila mereka diserang. Menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi
daripada Kota Konstantinople serta boleh memuatkan ratusan tentera Islam juga telah di reka bagi hadapi kota
tersebut.
TM/2020
3. Menanam semangat jihad terhadap tenteranya.
Baginda membawa bersama-sama batalionnya dengan para ulama’ dan pakar motivasi ke medan
perang bagi membakar semangat jihad tenteranya, terutama ketika mereka akan menghampiri dinding kubu
Kota Konstantinople. Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan sehingga
tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265 000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin
mereka dengan laungan suara takbir yang memecah kesunyian alam.
Tentera Islam diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad oleh para ulama’ dan mengingatkan agar
tentera Islam sentiasa bermunajat kepada Allah SWT. Baginda menyampaikan pidato untuk menaikkan kembali
semangat jihad tentera Islam yang semakin turun setelah jemu mengepung Kota Konstantinople selama 53 hari.
4. Mengepung Kota Konstantinople.
Baginda telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan Kota Konstantinople
secara aman kepadanya, tetapi pemerintah Byzantine enggan. Kota Konstantinople pada mula telah dikepung
dan mula diserang pada 19 April 1453M bersamaan dengan 12 Rabiulakhir 857H bersama tentera Islam seramai
265 000 orang. Kota tersebut dihujani oleh peluru daripada meriam raksasa selama 48 hari yang berjaya
merosakkan sebahagian dinding kota tersebut.
Menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Konstantinople serta boleh memuatkan
ratusan tentera Islam digunakan dan berjaya menembusi dinding tengah kubu. Namun, menara bergerak ini
berjaya dimusnahkan oleh tentera Byzantine.
5. Menggunakan kaedah serangan luar biasa.
Angkatan tentera laut Byzantine diperkukuh dengan bantuan lima buah armada yang dihantar oleh
Vatican dan Eropah. Bagi mengatasi kekalutan tersebut, Sultan Muhammad al-Fatih menggunakan satu kaedah
luar biasa. Kapal-kapal perang dibawa melalui jalan darat ke atas Bukit Galata sebelum meluncurkannya semula
ke Teluk Goldern Horn. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera
Islam dan pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.
Tentera Islam memanjat dinding di dalam kubu dengan menggunakan tangga dan cuba
merobohkannya dengan lastik yang besar serta mengibarkan bendera kerajaan Uthmanniyah. Namun, strategi
tersebut berjaya dipatahkan dan mengakibatkan ramai tentera Islam syahid. Tentera Islam mengorek terowong
dari bawah tanah untuk memasuki kota tersebut. Akhirnya, baginda bersama tenteranya berjaya menawan Kota
Konstantinople pada 29 Mei 1453M.
Kesimpulan
Sultan Muhammad al-Fatih telah menggunakan segala ilmu yang ada pada zamannya bagi menjayakan
usaha menawan Kota Konstantinople. Baginda telah dapat membuktikan tentang kebenaran hadis Nabi
Muhammad SAW melalui penawanan kota tersebut.
Nama Kota Konstantinople kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul dan dijadikan sebagai ibu kota semasa
pemerintahan Uthmanniyah. Gereja Besar St. Sophies juga kemudiannya telah ditukar menjadi Masjid Aya Sofia
Tumpuan soalan : cara tentera Islam menawan Kota Konstantinople dan bukan sumbangan Sultan
Muhammad al-Fatih..
TM/2020
3. Huraikan faktor-faktor perkembangan pendidikan zaman Kerajaan Bani Umaiyah pada abad ke 8.
Penganalan
Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, terdapat banyak kemajuan yang telah disumbangkan
menjadi tapak tamadun Islam yang telah diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan pemerintahan Khulafa ar-
Rasyidin. Kemajuan yang telah disumbangkan oleh kerajaan Bani Umayyah dalam bidang pendidikan jelas
terbukti apabila bilangan institusi pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan menjadi luas ketika
pemerintahan Khalifah Muawiyah, Khalifah al-Walid dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Antara faktor-faktor yang
membawa pada perkembangan pendidikan adalah:-
Isi-isi :
1. Perkembangan kerajaan Bani Umayyah
Khalifah-khalifah Bani Umayyah melakukan perluasan kuasa untuk meluaskan syiar Islam dan
seterusnya mengembangkan pendidikan Islam. Contohnya, khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan (661-681M)
telah berjaya menakluk Rom, Bukharan, Samarkhand, Sind, Kabur, Khyber, Afghanistan, Tiensan (Siankiang,
China) dan Afrika Utara seperti Tripoli. Dengan peluasan kuasa ini telah membawa pada perkembangan
pendidikan.
2. Perkembangan ilmu pengetahuan
Khalifah-khalifah Bani Umayyah memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan.
Mereka sendiri berminat tentang pencarian ilmu pengetahuan. Al-Mas’udi menyatakan bahawa Khalifah
Muawiyah akan membaca sepertiga malam untuk mempelajari cerita-cerita bangsa Arab, dan peperangan serta
cerita-cerita bangsa asing. Khalifah Muawiyah juga sering mengundang para ulama dan cendekiawan ke
istananya bagi membincangkan tentang ilmu sejarah bangsa Arab, sejarah peperangan dan sistem pemerintahan
dan pentadbiran.
Usaha perkembangan ilmu dapat dilihat apabila Khalifah al-Walid menjadikan bandar Khufah sebagai
pusat perkembangan ilmu. Masjid dan sekolah dibina dengan menekankan pengajaran ilmu al-Quran, hadis,
bahasa, geografi, sains, matematik, perubatan dan sebagainya. Ketika inilah lahir beberapa imam terkemuka
seperti Imam Abdul Malik di Hijaz dan Imam Hanifa di Iraq.
3. Perkembangan masyarakat Islam
Perluasan kuasa turut membawa perkembangan masyarakat Islam. Mereka bukan lagi terdiri daripada
orang Arab, tetapi berkembang meliputi bangsa Eropah, India dan China. Oleh itu, perkembangan ini membawa
kepada keperluan pendidikan Islam.
Selain itu, terdapat faktor lain yang turut menyumbang kepada perkembangan pendidikan pada zaman
pemerintahan Bani Umayyah, iaitu :
4. Gerakan agama
Gerakan ini juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu agama. Ia berlaku dengan luasnya pada
zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Para ulama bersemangat untuk mengembangkan ilmu agama ke seluruh
wilayah pemerintahan Umaiyah. Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengarahkan hadis-hadis dibukukan. Bagi
memastikan pemahaman terhadap ajaran Islam, baginda menghantar 10 orang ulama fiqah ke Afrika Utara.
Mereka ke Afrika Utara untuk mengembangkan ilmu agama kepada kaum muslimin Maghribi.Ulama yang
terkenal zaman Umaiyah adalah Abdullah bin Abbas yang arif dalam ilmu tafsir, fiqah dan hadis. Di Iraq, Hasan
al-Basri merupakan ulama fiqah dan ulama usuluddin.
TM/2020
5. Gerakan falsafah
Kemunculan ilmu falsafah sebagai satu bidang ilmu banyak menggunakan akal untuk berhujah. Ilmu
falsafah mula diajar pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Mata pelajaran falsafah mula mendapat
perhatian disebabkan ramai bangsa asing dari Eropah dan Asia memeluk Islam. Pada ketika itu, bangsa Yunani
memang sudah terkenal dalam bidang falsafah sejak Plato lagi. Ulama Islam memerlukan ilmu falsafah untuk
berhujah dengan cendiakawan Yahudi dan Nasrani yang telah meresap ke dalam masyarakat pada zaman
pemerintahan Bani Umayyah. Cendikiawan Islam telah menggunakan ilmu falsafah bagi menyampaikan hujah
yang lengkap dan mantap serta bukti yang kukuh.
6. Gerakan sejarah
Perkembangan ini sejajar dengan perkembangan ilmu keagamaan seperti ilmu al-hadis, sejarah Islam
dan lain-lain. Perkembangan ini penting dalam menyediakan putera-putera khalifah memahami ilmu
ketatanegaraan, sistem pemerintahan dan pentadbiran bagi mentadbir negara. Melalui ilmu sejarah ini mereka
dapat memahami masa lalu untuk merancang masa hadapan.
Kesimpulan
Walau bagaimanapun, kerajaan Bani Umaiyah ini telah ditumbangkan oleh Revolusi Abbasiyah. Tetapi
sistem pendidikan terus kekal dan berkembang.
4. Huraikan sumbangan Ibnu Sina kepada perkembangan ilmu perubatan.
Pengenalan
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Husayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali bin Sina , berkuturunan
Turki. Beliau dikenali sebagai Ibn Sina di Timur dan Avicenna di Barat. Beliau dilahirkan pada tahun 980 di
Bukhara , Turkestan. Merupakan seorang yang berinovatif. Sifat ini terbukti apabila beliau banyak melakukan
penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan .
Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan . Semasa berumur 17 tahun, beliau
berjaya mengubati Perdana Menteri Kerajaan Saman.
Isi
1 Menghasilkan karya perubatan - iaitu al-Qanun fi al-Tibb
Karya tersebut merupakan khazanah perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama
di universiti-universiti di Eropah . Segala rumusan yang terdapat dalam karya tersebut masih diterima dalam
dunia perubatan moden hingga ke hari ini . Buku ini telah dicetak sebanyak 16 kali . Sebanyak 15 edisi dalam
bahasa Latin dan sebuah edisi lagi dalam bahasa Yahudi (Hebrew) . Selain itu , buku tersebut juga turut
diterjemahkan ke bahasa Inggeris , Perancis , Sepanyol dan Itali . Karya ini dianggap sebagai ensiklopedia dalam
bidang perubatan. Buku ini mengandungi 14 jilid.
2. Diagnosis melaui denyutan jantung
Beliau juga kembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung. Beliau dapat mengenal pasti
ketidakseimbangan hormon dengan cara ini. Banyak doktor dari India, Pakistan dan China mempunyai
kepakaran mendiagnosis denyutan jantung dan masih guna pakai sehingga hari ini.
TM/2020
3 . Mengemukakan Teori-teori Anatomi dan Fisiologi .
Ibn Sina menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikro kosmos (dunia kecil) terhadap
alam semester sebagai makro kosmos (dunia besar). Misalnya , digambarkan bahawa syurga kayangan adalah
bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi . Dinyatakan
juga tentang keterangan-keterangan dengan lebih jelas , di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa
yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibn Sina yang luas . Melalui anatomi ini, beliau mendapati
jantung manusia mengandungi 3 injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa ia mengepam
darah.
4 . Menyatukan dengan teori perubatan Yunani
Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibn Sina sebagai “Bapa Doktor Perubatan” kerana beliau telah
menyatukan teori perubatan Yunani seperti Hippocrates dan Galen dan pengalaman daripada ahli-ahli
perubatan dari India dan Parsi dengan pengalaman beliau sendiri .
5 . Menyembuhkan pemerintah Bukhara
Diberi gelaran “Medicorum Principal” atau Raja Doktor Diraja oleh kaum Latin Skolastik. Gelaran lain yang
diberikan diberikan kepadanya adalah sebagai “Raja Ubat” . Malahan dalam dunia Islam, beliau dianggap telah
mencapai tahap kemuncak kecermelangan (zenith), iaitu puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran setelah
berjaya menyembuhkan penyakit pemerintah Bukhara iaitu Sultan Nuh bin Mansur pada tahun 997.
6. Temui sistem peredaran darah
Ibn Sina ialah orang pertama yang menemui sistem peredaran darah manusia. Beliau juga merupakan orang
pertama merawat penyakit serius seperti radang, selaput otak dan barah usus. Beliau kemukakan teori bahawa
kaum wanita lebih banyak diserang barah berbanding dengan kaum lelaki.
7 . Kerap melakukan penyelidikan
Ibn Sina juga telah menemui penyakit baharu serta puncanya dan pengaruh kuman dalam penyakit .
Jangkitan virus seperti tibi, rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox) dan penyakit jiwa. Beliau juga
mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit . Beliau juga mengenal
pasti bahawa air merupakan pembawa segala kuman yang berbahaya dan menganggap ia menjadi punca
penularan kebanyakan penyakit .
Beliau juga ada membuat penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi . Beliau telah
menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit . Menemui dan menjelaskan
kepentingan ubat bius dan mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain .
Beliau juga mengajar cara –cara pembedahan dan keperluan pembersihan luka.
Hasil penyelidikan Ibn Sina telah menjelaskan simptom-simptom penyakit kencing manis dan masalah
yang akan timbul daripadanya.
8. Kenalkan Kaedah Psikoterapi
Ibn Sina memperkenalkan kaedah psikoterapi iaitu cara mengubati penyakit jiwa dan tekanan perasaan.
Beliau merawat kerabat pemerintah Jurjan dan seorang pembesar.
Kesimpulan
Sesungguhnya kewibawaan Ibn Sina dalam bidang perubatan adalah terbukti . Beliau bukan sahaja
disanjung oleh umat Islam , bahkan karyanya telah diguna pakai oleh sarjan-sarjana Barat. Beliau mendapat
TM/2020
gelaran ‘Bapa Kedoktoran’ Lebih menarik lagi ialah kepakaran dan kehebatannya bukan sahaja terhad dalam
bidang perubatan malah merangkumi bidang-bidang lain seperti falsafah dan geografi .
5. Huraikan kesan-kesan penglibatan Kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
Pengenalan
Perang Dunia Pertama telah berlangsung pada tahun 1914 sehingga 1918 di antara dua blok kuasa besar
iaitu Pakatan Bertiga yang terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia menentang Perikatan Kuasa Tengah yang
terdiri daripada Jerman dan Austria-Hungry.
Kerajaan Turki Uthmaniyah telah menyertai Perang Dunia Pertama sebagai usaha terakhir untuk memastikan
wilayah-wilayah jajahannya kekal dan kekuasaan empayarnya. Terdapat beberapa kesan kejatuhan turki
Uthmaniyah selepas Perang Dunia Pertama 1918.
Isi
Wilayah Kerajaan Uthmaniyah dibahagikan sesama Kuasa Bersekutu. Perjanjian Sykes-Picot yang
ditandatangani secara sulit antara British dan Perancis pada 16 Mei 1916 telah bahagikan kawasan Teluk dan
utara Syria sebagai kawasan pengaruh Perancis. Manakala British pula berkuasa ke atas Iraq, Transjordan, Haifa
dan Acre. Manakala Palestin diletakkan di bawah International Administration.
Perjanjian Mudros yang ditandatangani pada 30 Okt 1918 antara Kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Kuasa
Bersekutu juga telah menyebabkan Kerajaan Uthmaniyah terpaksa melepaskan wilayah kekuasaannya di Timur
Tengah dan membuka Selat Dardanellas dan Bosphorus kepada Kuasa Bersekutu. Selain itu, pasukan tentera
Uthmaniyah juga terpaksa dibubarkan. Perjanjian ini juga telah menyebabkan Istanbul di ambilalih oleh
tentera Bersekutu.
Kesan Ekonomi yang jelas adalah kejatuhan dan penutupan saham-saham syarikat Kerajaan Uthmaniyah
termasuk Syarikat Navigasi. Selain itu, harga barangan juga naik mendadak. Sebahagian rakyat Kerajaan
Uthmaniyah dipaksa menjadi buruh kasar. Ini telah menyebabkan masalah kekurangan tenaga kerja. Pada
Ogos 1916, Pertubuhan Pekerja Muslim Wanita ditubuhkan untuk menggalakkan penempatan kaum wanita
dalam bidang perindustrian kerajaan. Gaji pekerja awam dan tentera jarang dibayar tepat pada masanya.
Hutang kerajaan Uthmaniyah tertunggak dan semakin bertambah. Hutang pada asalnya berjumlah 171 juta
lira telah meningkat melebihi 3 kali ganda. Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat
Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediterranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan
yang lain. Ekonomi negara Islam dikuasai oleh Perancis dan British apabila dapat mengawal syaraikat Terusan
Suez.
Kesan sosial pula adalah ketidakstabilan ekonomi telah membawa pada kebuluran di Anatolia serta wilayah lain.
Hal ini menyebabkan kira-kira 1 hingga 1.5 juta rakyatnya berada dalam kemiskinan. Ketegangan hubungan
antara rakyat dengan pemerintah ketara kerana pemerintah tidak mampu untuk menyediakan keperluan hidup
rakyat. Masyarakat berhadapan dengan keadaan huru-hara kerana rompakan sering berlaku untuk dapatkan
makanan dan keperluan hidup. Pasukan polis tidak dapat menjalankan tugas dengan sepenuhnya kerana
masalah pengurusan serta penggajian yang tidak menentu. Ini juga membawa pada tidak adanya
penguatkuasaan undang-undang secara tegas dan ini menyebabkan kes jenayah semakin meningkat. Rasuah
dalam kalangan pegawai kerajaan turut meluas dan membawa pada kelemahan urus tadbir kerajaan
Uthmaniyah. Pemodenan Turki Uthmaniyah telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Kemerosotan akhlak
TM/2020
dan moral mula merebak dalam negara Islam. Kerajaan Uthmaniyah juga kehilangan nyawa sebanyak 3 juta
orang semasa Perang Dunia Pertama.
Kesimpulan
Kerajaan Turki Uthmaniyah telah menjadi lemah dan akhirnya pemerintahan khalifah berakhir. Turki telah ada
pengaruh nasionalisme dibawah pimpinan Turki Moden.
6. Sejauhmanakah faktor politik membawa kepada pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke 20.
Pengenalan
Pembentukan negara bangsa bermula hasil daripada kesedaran semangat nasionalisme iaitu
perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara
bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing. Di Turki kesedaran semangat kebangsaan ini telah
membawa kepada kemunculan negara bangsa di Turki. Kesedaran ini semakin kuat kerana negara mereka
dijajah, melalui kekalahan dalam Perang Dunia Pertama. Ekoran ini negara Turki telah dibahagi-bahagikan.
Kesan daripada penjajahan ini telah membawa kepada pembentukan negara bangsa di Turki pada
abad ke-20, yang disebabkan oleh beberapa faktor. Dalam hal ini faktor politik, merupakan salah satu faktor
yang membawa kepada pembentukan negara bangsa di negara ini.
Isi-isi
1. Politik
a. Masalah Dalaman pemerintahan negara Turki
Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun Sultan Abdul Hamid II
berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada
imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya.
Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul Hamid II telah mempunyai kuasa, sungguhpun kuasa tersebut semakin
merosot dan hilang selepas pelucutan baginda sebagai Sultan Uthmaniyah pada tahun 1909. Dalam tempoh
1900 hingga 1909, baginda cuba sedaya upaya mempertahankan wilayah dan keselamatan rakyat di bawah
empayar Turki Uthmaniyah. Tempoh tersebut juga merupakan tempoh kuasa-kuasa barat cuba mengenakan
tekanan ke atas kerajaan baginda. Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan
Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan empayar Turki
Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa
rancangan untuk membina negara bangsa Turki.
Turki Muda (Young Turks) merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul Hamid II. Golongan ini
merupakan pelajar-pelajar muda yang dihantar oleh kerajaan Turki Uthmaniyah untuk melanjutkan pelajaran ke
luar negara terutama dalam bidang perubatan. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda atau Committee of Union
and Progress (CUP) bersama Tentera Division Ketiga di Salonika telah mengisytiharkan pemberontakan
terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid II dengan slogan “Equality, Fraternity, Liberty and
Justice”. Semenjak peristiwa itu, kuasa pemerintahan Turki Uthmaniyah bertukar tangan daripada khalifah
jatuh kepada Rejim Turki Muda. Sultan Abdul Hamid II disingkir dan sultan lain dilantik untuk menjadi boneka
TM/2020
penyatuan umat Islam di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki Uthmaniyah berakhir apabila Rejim
Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama bersama sekutunya, Jerman dan kalah dalam perang
tersebut kepada Tentera Bersekutu yang dianggotai oleh Britain, Perancis, Itali dan Rusia. Banyak daerah di
bawah naungan Turki Uthmaniyah dibahagikan antara kuasa-kuasa Bersekutu yang menang dalam Perang Dunia
Pertama sehingga menghimpit penduduk Turki dan memaksa mereka untuk berjuang mendapat kemerdekaan
tanah air sendiri.
Selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan pemimpin Turki Muda meninggalkan empayar Turki Uthmaniyah
terumbang-ambing menimbang nasib untuk berkubur sehinggalah muncul tokoh yang dikatakan penyelamat
oleh rakyat Turki, iaitu Mustafa Kamal Ataturk yang cuba memperjuangkan kedaulatan Turki dan menggunakan
propaganda menyelamatkan umat Islam bagi meraih sokongan rakyat. Apabila Tentera Bersekutu menguasai
Istanbul, Mustafa Kamal Ataturk mengisytiharkan perang terhadap mereka dan mendapat sokongan padu
daripada ulama, syeikh tariqat dan seluruh rakyat Turki. Berbekalkan semangat jihad, rakyat Turki bersama-sama
di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk berjaya mengisytiharkan kerajaan kebangsaan merdeka di
kawasan Ankara. Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915, mereka
menekankan kepada dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah sebagai reaksi kepada
penentangan dan pemberontakan yang datangnya dari negara Balkan. Kajian oleh Eeman Mohamed Abbas
mendapati pemerintahan al-Ittihad wa al-Taraqqi bermula secara rasmi pada tahun 1909 iaitu selepas
penyingkiran Sultan Abdul Hamid II, bukanlah pada tahun 1924 iaitu selepas Mustafa Kamal Ataturk
memansuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah.
Dalam tempoh selepas itu, semua keputusan utama dalam pentadbiran kerajaan kerajaan Turki dibuat oleh
golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi seperti keputusan untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dan
menyokong Jerman dalm perang tersebut. Golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang menganjurkan nasionalisme
Turki sebenarnya dipelopori oleh bangsa Rusia dan Yahudi Dunama yang kebanyakannya lepasan sekolah
Kristian atau Eropah. Merekalah yang mengasaskan gerakan ini yang kemudiannya bertanggungjawab
meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian bangsa Turaniah. Gerakan ini
menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan “kebangsaan, perlembagaan, persamaan dan
kebebasan.” Golongan ini telah menyebarkan fahaman mereka dalam golongan Turki Muda. Rejim Turki Muda
yang diketuai pemimpin tiga serangkai (Tal’at Pasha, Enver Pasha dan Kolonel Jamal Pasha) kemudiannya telah
memaksa seluruh rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah sama ada Arab, Armenia, Greek dan yang lain-lain
untuk menjadi Turki.
b. Tindakan kuasa barat
Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan kekayaan yang terdapat dalam
wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk menghancurkan empayar Turki
Uthmaniyah. Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan Islam dalam wilayah
Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah dari dalam.
Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina
negara bangsa Turki.
TM/2020
c. Gerakan pan-Islamie/ gerakan islah
Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme yang
merupakan satu dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Sebagai satu dasar, fahaman
ini menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah pimpinan seorang khalifah yang
berperanan membela hak umat Islam, bukan sahaja di Turki malah di seluruh dunia. Melalui dasar Pan-Islamisme
ini, orang-orang Islam di Turki dan berada dalam empayar Turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan Sultan
Turki Uthmaniyah. Manakala umat Islam yang berada di bawah penguasaan orang barat hendaklah menyokong
khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing daripada
belenggu penjajahan barat.
Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan keagungan sistem khalifah Islamiyah dan usaha
ini menggerunkan penjajah terutamanya Britain. Menurut baginda, walaupun empayar Turki Uthmaniyah lemah
dari sudut politik, namun negara-negara Barat masih takut kepada kekuatan Islam. Untuk mencapai dasar Pan-
Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada
kalangan ulama, pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran serta pelbagai
bidang kepakaran. Di antara tokoh yang menyertai Projek Pan-Islamisme” ini termasuklah Jamaludin al-Afghani,
Abd. Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.
2. Faktor lain
a. Faktor ekonomi
Menangani hutang negara. Sultan Abdul Hamid II mewarisi sebuah negara yang sedang berada di peringkat
muflis. Jumlah hutang kerajaan Turki Uthamaniyah pada awal pemerintahan baginda mencecah angka 300 juta
lira. Baginda memutuskan untuk membayar keseluruhan hutang sebagai langkah untuk membebaskan kerajaan
Turki Uthmaniyah daripada tekanan politik Barat. Dengan melunaskan hutang itu juga bermakna baginda tidak
memberi peluang kepada pihak musuh untuk melakukan pencerobohan ke atas wilayahnya. Demi bangsa dan
negaranya, baginda sanggup berbuat demikian.
Membangunkan teknologi menerusi komunikasi dan pengangkutan. Bagi menghadapi era pemodenan
khususnya perkembangan teknologi, Sultan Turki Uthmaniyah memberi perhatian yang serius dalam bidang
komunikasi dan pengangkutan. Kemudahan sistem telegraf disediakan di seluruh negara sedangkan ketika itu
sebahagian daripada negara Eropah masih belum menyediakan kemudahan tersebut. Baginda telah
mengarahkan supaya dibina talian telegraf sepanjang 30 000 km di seluruh pelusuk negara. Stesen-
stesen telegraf telah dibina di seluruh bandar di Turki dan wilayah penguasaan serta bandar-bandar lain seperti
Makkah, Madinah, Damsyik, Tripoli Barat dan India. Untuk melaksanakan projek ini, baginda telah menubuhkan
Kementerian Telegraf yang bertanggungjawab menjayakannya. Sesungguhnya sistem telegraf dapat
menyampaikan maklumat dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik denga lebih cepat dan membawa
faedah kepada perkembangan ekonomi dan politik di seluruh empayar Turki Uthmaniyah.
Dalam bidang pengangkutan, Sultan Abdul Hamid II telah melancarkan projek landasan kereta api Hijaz yang
dimulakan pada tahun 1901 dan berjaya disiapkan pada tahun 1908. Projek ini telah menghubungkan bandar
Constantinople degan kota Madinah iaitu sepanjang 1327 batu. Pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak
3 juta pound sterling. Projek landasan kereta api Hijaz merupakan satu projek Islam yang tulen kerana tenaga
kerjanya terdiri daripada orang-orang Islam manakala kos pembinaannya pula adalah hasil sumbangan
pemimpin dan masyarakat Islam. Kakitangan awam dan tentera pula dipotong 10% daripada gaji mereka untuk
menjayakan projek ini. Kerajaan juga menyediakan kenaikan pangkat serta menganugerahkan bintang-bintang
kebesaran kepada sesiapa yang menyumbang tenaga dan harta terhadap projek ini. Pembinaan landasan kereta
api Hijaz merupakan langkah yang wajar kerana pembinaannya membawa faedah dalam bidang ekonomi,
TM/2020
perdagangan, dakwah politik dan strategi keselamatan. Apa yang lebih penting, projek ini akan merealisasikan
dasar Pan-Islamisme yang diperkenalkan oleh baginda.
b. Faktor sosial
Pendidikan. Oleh kerana kedudukan Turki berhampiran dengan negara-negara Barat yang maju, maka bidang
pendidikan diberi keutamaan untuk memajukan empayar Turki Uthmaniyah supaya setanding dengan negara-
negara barat. Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai pengasas kepada pendidikan peringkat rendah dan
menengah yang memberi perhatian kepada kemajuan moden seperti yang terdapat di dunia Barat tetapi tidak
mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak Islam. Banyak sekolah menengah, sekolah rendah dan institusi
pendidikan tinggi di Turki didirikan. Sekolah rendah didirikan di setiap kampung. Bilangan sekolah di seluruh
bandar dan kampung dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah manakala bilangan pelajar
berjumlah 331 140 orang. Jumlah institusi pengajian tinggi di Turki pada awal abad ke-20 pula bertambah kepada
18 buah.
Faktor hubungan dengan golongan minoriti. Untuk membina negara dan bangsa Turki, Sultan Abdul Hamid II
juga sedar bahawa golongan minoriti yang tinggal di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah perlu
dilindungi dan diberi hak mereka selaras dengan tuntutan Islam terhadap Ahl al-Dhimmah. Hubungan yang baik
serta mesra cuba diatur dengan golongan minoriti ini supaya masalah keselamatan dalam negeri dapat
dihindarkan. Antara golongan minoriti yang tinggal dalam empayar Turki Uthmaniyah ialah orang Armenia,
Maronite dan Rom dan kebanyakan mereka beragama Kristian dan Yahudi. Pemerintah Turki Uthmaniyah
telah mengeluarkan pelbagai peraturan meliputi pelbagai keistimewaan untuk golongan minoriti. Sultan Abdul
Hamid II sendiri menggunakan khidmat golongan minoriti yang menjawat jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan
kerajaan seperti di kedutaan dan pentadbiran wilayah. Bagaimanapun kesetiaan golongan minoriti terhadap
empayar Turki Uthmaniyah teruji apabila orang-orang barat menghasut mereka menentang kerajaan Turki.
Mereka telah bekerjasama dengan negara-negara Eropah untuk menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Justeru, berlakulah pemberontakan seperti yang dilakukan oleh puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi Dunama
pula campur tangan bagi menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan Arab yang membawa kepada
kemerosotan sistem khalifah Islamiah.
Kesimpulan
Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki namun beliau gagal dengan
asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah. Golongan Turki Muda pula
sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat. Faktor
politik merupakan faktor utama pencetus ke arah pembentukan negara bangsa dan faktor lain sebagai
pemangkin untuk mempercepatkan proses pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke-20.
Calon perlu menjelaskan faktor politik dahulu baru memberi faktor lain. Jika calon memberi faktor lain
dahulu –sudah terpesong.
“Attempt And Achieve- Keys To Success”