The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 753-21-wong, 2022-08-26 04:02:31

HOBI SAYA

HOBI SAYA

HOBI SAYA

Hobi bermaksud aktiviti yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang
dan menghilangkan rasa bosan. Setiap orang mesti ada hobi tersendiri. Antara contoh hobi ialah
membaca, melukis, mewarna, bermain bola, memancing dan banyak lagi.

Hobi saya ialah membaca. Antara jenis buku yang saya gemar adalah buku cerita, majalah, buku
fiksyen dan lain- lain lagi. Saya dapat menambah ilmu pengetahuan dengan hobi saya ini.

Saya memilih hobi ini kerana hobi ini dapat menolong saya mencapai cita-cita saya iaitu menjadi
seorang guru. Jika saya hendak menjadi seorang guru,saya mestilah berpengetahuan luas. Guru
yang berpengetahuan luas sudah tentu dihormati dan sentiasa disayangi oleh murid-muridnya.

Melalui hobi ini juga, saya dapat memperbaiki penggunaan bahasa saya.lama-kelamaan kosa
kata saya pasti akan bertambah.dengan membaca juga saya dapat mempelajari bahasa lain
contohnya bahasa inggeris.

Kesimpulannya, hobi ini mendatangkan banyak faedah kepada saya. Oleh itu, masa yang
terluang tidak akan dibazirkan begitu sahaja jika diisi dengan hobi yang kita gemari.


Click to View FlipBook Version