The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ORIENTASI TINGKATAN 1 SMK BANDAR PUCHONG JAYA A 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gbkpuchongpermai, 2021-02-16 06:47:39

ORIENTASI TINGKATAN 1 SMK BANDAR PUCHONG JAYA A 2021

ORIENTASI TINGKATAN 1 SMK BANDAR PUCHONG JAYA A 2021

Keywords: SMK BANDAR PUCHONG JAYA A

SMK BANDAR PUCHONG JAYA (A)

TINGKATAN 1 2021

Kata Alu-aluan Pengetua
SMK Bandar Puchong Jaya (A)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya saya diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah
dua kata untuk meraikan kehadiran murid baharu ke SMK Bandar Puchong Jaya (A) bagi sesi persekolahan 2021. Saya yakin murid-murid mampu
memberikan impak positif kepada diri sendiri dan juga sekolah. Saya amat berharap agar murid-murid dan ibu bapa serta penjaga akan sentiasa memberikan
komitmen sepenuhnya dalam menjayakan setiap program dan aktiviti sekolah.

Seperti semua sedia maklum, sejak sesi persekolahan tahun 2021 bermula pada 20 Januari 2021, hanya murid tingkatan lima tahun 2020 sahaja yang
hadir ke sekolah untuk sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bersemuka (face-to-face) manakala murid dari tingkatan peralihan hingga tingkatan lima
2021 menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Dalam situasi pembelajaran baharu di alam sekolah menengah, sudah pastilah murid-
murid akan merasai perbezaan yang amat ketara dari segi kandungan mata pelajaran khususnya dan suasana di sekolah menengah dalam kebiasaan
baharu apabila murid menjalani sesi persekolahan secara bersemuka kelak amnya. Justeru, bagi memudahkan murid-murid baharu ini melalui perubahan
tersebut, Program Suai Kenal dalam norma baharu telah disediakan dalam bentuk digital. Oleh itu, diharapkan melalui pendedahan yang diberikan ini
membolehkan murid-murid mengetahui situasi dan budaya sekolah serta dapat menyesuaikan diri bersama rakan-rakan baharu kelak.

Akhir kata, saya berharap murid-murid tingkatan peralihan dan satu 2021 ini akan sentiasa bersedia merebut peluang untuk melonjakkan potensi diri sama

ada dalam bidang kurikulum, sukan, kokurikulum mahupun sahsiah dan sentiasa mewujudkan daya saing yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(NOOR HASNI BINTI ABDULLAH)
Pengetua
SMK Bandar Puchong Jaya (A)



VISI MOTO SEKOLAH

PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN KASIH, ILMU, MULIA
TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

 Warga SMK BPJA bertekad untuk berusaha ke arah :

 Pencapaian cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti dalam
bidang akademik bagi semua peringkat.

 Penglibatan secara aktif dan cemerlang dalam bidang
kokurikulum ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 Pembentukan sahsiah di dalam pembangunan diri murid melalui
penghayatan nilai-nilai murni, akhlak terpuji dan cinta akan
sekolah.

 Pengurusan organisasi yang cekap dan sistematik.
 Pembudayaan sekolah penyayang.
 Pemuafakatan dengan PIBG dan komuniti dalam aktiviti-aktiviti

sekolah.
 Persekitaran sekolah yang kondusif.

BARISAN
PENTADBIRAN SEKOLAH

TAHUN 2021

PENGETUA

Puan Noor Hasni binti
Abdullah

PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN

Puan Sharifah Loklok
binti Syed Mohamad







GURU KANAN
MATA PELAJARAN BIDANG

SAINS & MATEMATIK

Pn Ong Choon Ling

















1 APPLE 1 BENQ 1 COMPAQ
CIKGU NURUL HIDAYAH BT HASSAN CIKGU SITI FARAH SYAHINAZ BT IBRAHIM CIKGU NUR SUHANA BT MOHD HANIFA

1 DELL 1 EPSON 1 FALCON
CIKGU NORIDA AKMAL BT MOHD KHALID CIKGU MOHD FIRDAUS B MOHD RASDI CIKGU FARASZUIANA BT MOHD YAZID

Encik Jayce Ng Kim Joon

ASP MOHD HISHAM CHIN BIN ABDULLAH

Cawangan Siasatan Jenayah IPD Serdang

INSPEKTOR MOHD AMEL HUSNY B MOHD SUPIAN

Cawangan Narkotik, IPD Serdang



 BAHASA MELAYU
 BAHASA INGGERIS
 MATEMATIK
 SAINS
 SEJARAH
 GEOGRAFI
 PENDIDIKAN ISLAM (UNTUK SEMUA MURID ISLAM)
 PENDIDIKAN MORAL (UNTUK SEMUA MURID BUKAN ISLAM)
 PENDIDIKAN SENI VISUAL
 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
 BAHASA CINA
 BAHASA TAMIL

 ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) atau,
 REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT)

# Subjek baharu menggantikan Kemahiran Hidup.

Pemilihan murid berdasarkan
1. Pencapaian UPSR
2. Ujian Psikometrik

BIL PERKARA DATA
64 ORANG
1 BILANGAN GURU 1011 (JANUARI 2021)
34 BUAH
2 BILANGAN MURID 19 BUAH

3 BILANGAN KELAS

4 BILANGAN BILIK KHAS
TERMASUK PUSAT SUMBER YANG AKAN DI BUKA
PADA SETIAP HARI



















PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH

ASPEK 1… HORMAT MENGHORMATI.
1. Peraturan/ undang-undang sekolah mestilah

dipatuhi dan dihormati oleh semua pelajar.
2. Pelajar mestilah menghormati guru-guru,

kakitangan sekolah, pengawas sekolah, ketua
kelas, pelawat-pelawat dan rakan-rakan
sepersekolahan.
3. Pelajar dikehendaki menghormati bendera
Negara, bendera negeri Selangor dan bendera
sekolah.

PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH

ASPEK 2… PAKAIAN DAN RAMBUT.

1. Peraturan mengenai pakaian dan rambut adalah
mengikut arahan surat pekeliling ikhtisas
bil.2/1976, bil.4/1976 dan bil.12/1978.

2. Pakaian seragam yang bukan fesyen, bersih,
lengkap dengan tag nama dan lencana sekolah di
atas kocek baju (lelaki) / tudung (perempuan).

PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH
ASPEK 2… PAKAIAN DAN RAMBUT.

3. Pelajar lelaki baju kemeja warna putih, lengan
pendek, dimasukkan dalam seluar, butang
dikenakan dengan lengkap. Seluar warna hijau
(bukan jeans)

PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH

ASPEK 2… PAKAIAN DAN RAMBUT.
4. Pelajar perempuan baju kurung lengan panjang warna

putih (kain jenis cotton tetron), lengan panjang

bercekak, tudung warna putih bagi pelajar islam (tepi
tidak berbunga), kain warna biru.

5. Manakala bagi pemakaian ‘pinafore tunic’, hendaklah

berwarna biru tua dan labuh hendaklah sampai ke
lutut.





PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH

ASPEK 2… PAKAIAN DAN RAMBUT.

6. UNTUK KEGIATAN SUKAN DAN P.J.K.

Baju t-shirt sekolah lengan pendek bagi lelaki dan lengan
panjang bagi perempuan, seluar “track” sekolah warna
hitam atau biru dengan logo atau tanpa logo (tidak
bercorak/ berjalur).
7. Pelajar dikehendaki memakai pakaian beragam unit
beruniform dan seluar unit beruniform masing-masing pada
setiap hari Rabu kecuali sepanjang ujian/ peperiksaan
(murid dibenarkan beruniform sekolah lengkap).

PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH

ASPEK 2… PAKAIAN DAN RAMBUT.

8. Pelajar lelaki mesti berambut pendek dan tidak
berfesyen dan tidak menyimpan janggut dan
misai.

9. Pelajar perempuan boleh berambut panjang
(pastikan didandan dengan kemas), tidak
diwarnakan, dan tidak berfesyen.

10.Semua pelajar dilarang memakai/ membawa
barang kemas/ perhiasan ke sekolah.

KEKEMASAN DIRI





PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH

ASPEK 2… PAKAIAN DAN RAMBUT.

STAIL RAMBUT YANG TIDAK DIBENARKAN

1. Botak ditepi keseluruhannya ala mohican/ mohawk.

2. Botak keseluruhan (skinhead)

3. Apa-apa fesyen yang tidak sesuai.


Click to View FlipBook Version