The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

sila baca nota yang diberikan. Kemudian jawab soalan selepas itu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanimsalwa77, 2020-11-19 19:10:45

ASAS PENANAMAN HIDROPONIK

sila baca nota yang diberikan. Kemudian jawab soalan selepas itu

Asas Penanaman Secara Hidroponik

By Admin Hidroponik & Akuaponik
Berkebun ialah aktiviti yang memerlukan komitmen setiap hari untuk memberikan
penjagaan yang secukupnya kepada tanaman. Bagi kebanyakan tanaman sayuran
yang ditanam di atas tanah atau di dalam pasu, air perlu diberikan sekurang-
kurangnya dua kali sehari. Kadangkala adalah sukar untuk memastikan tanaman
mendapat penjagaan yang secukupnya. Namun, penjagaan adalah lebih mudah dan
menjimatkan masa jika menanam secara hidroponik.

Kebanyakan tanaman
sayuran memerlukan sekurang-kurangnya 2 kali siraman sehari.
Hidroponik ialah penanaman di dalam larutan nutrien tanpa menggunakan tanah.
Gambar di bawah menunjukkan secara ringkas konsep penanaman secara
hidroponik. Tanaman diletakkan di atas takungan larutan nutrien dan akar tanaman
tersebut mendapatkan air serta nutrien daripada larutan nutrien di bawah. Maka,
tanaman tidak perlu disiram yang boleh menjimatkan banyak masa dan tanaman
sentiasa dibekalkan dengan air dan nutrien.

Tanaman
sentiasa dibekalkan dengan air dan nutrien melalui penanaman secara hidroponik.

Penanaman secara hidroponik adalah mudah dan ianya adalah permulaan yang
sesuai bagi mereka ingin mula berkebun. Selain daripada itu, hanya beberapa
barangan yang diperlukan dan bekas tanaman juga mudah untuk dibuat sendiri
contohnya daripada botol terpakai dan lain-lain. Kami juga menyediakan set
hidroponik takung yang mempunyai semua barangan yang diperlukan untuk
memulakan penanaman secara hidroponik.



Set Hidroponik Takung

RM45.00

Baca lagi

Artikel ini akan memberikan anda kefahaman asas dalam penanaman secara
hidroponik yang boleh diaplikasi untuk pelbagai cara penanaman secara hidroponik.
Bahagian-bahagian di bawah disusun mengikut urutan langkah-langkah untuk
menanam secara hidroponik. Perkara-perkara asas berkaitan tanaman juga diberi
perhatian dan anda boleh membaca artikel-artikel yang diberikan untuk
mendapatkan penerangan lebih lanjut. Jika anda mempunyai sebarang persoalan
atau maklum balas, sila tinggalkan di ruang komen di bawah.

Sayur salad

ditanam menggunakan set hidroponik takung Kebuna.

4 Keperluan Asas Tanaman

Tidak kira penanaman secara biasa atau hidroponik, terdapat beberapa perkara
asas yang tanaman perlukan iaitu air, cahaya, nutrien, dan udara. Oleh itu, keempat-
empat perkara ini adalah antara aspek utama di dalam penanaman. Bahagian-
bahagian di bawah akan menerangkan bagaimana untuk memastikan tanaman
hidroponik anda boleh mendapat empat keperluan asas ini dengan mencukupi.
Artikel di bawah juga menerangkan dengan lebih lanjut perkara ini.

4 Keperluan Asas Tanaman

Keperluan asas tanaman diterangkan dengan lebih lanjut di dalam artikel ini.

Tanaman yang Sesuai

Tanaman yang sesuai untuk ditanam secara hidroponik ialah tanaman jangka masa
pendek seperti sayuran dan herba. Pokok hiasan daun dan bunga yang bersaiz kecil
juga boleh ditanam secara hidroponik. Walaupun pelbagai tanaman boleh ditanam
secara hidroponik tetapi cara penanaman adalah berlainan mengikut jenis tanaman
contohnya bekas tanaman untuk sayuran buah seperti cili perlulah lebih besar
berbanding sayuran daun seperti salad. Selain daripada itu, keperluan air dan
nutrien juga berbeza.

Sayur salad antara tanaman yang sesuai

untuk ditanam secara hidroponik.

Bekas

Bekas tanaman hidroponik adalah terbahagi kepada dua iaitu bekas tanaman dan
bekas takungan larutan nutrien. Seperti yang disebut di atas, saiz bekas tanaman
perlulah bersesuaian dengan jenis tanaman. Bekas takungan juga perlulah cukup
besar untuk menampung penggunaan air oleh tanaman. Sebagai contoh, bekas
hidroponik di bawah boleh menampung 15 liter larutan nutrien yang sesuai untuk
lebih kurang 8 cawan sayuran daun membesar sehingga dituai.

Cawan
hidroponik dipegang oleh penutup dan larutan nutrien dalam bekas di bawah. Bekas
hidroponik takung ini sesuai untuk sayuran daun.



Cawan Hidroponik

RM0.80

Baca lagi

Cili hidroponik
DIY.
Bekas untuk tanaman hidroponik boleh dibuat daripada plastik tetapi pastikan ianya
daripada plastik yang tidak mengandungi bahan toksik seperti BPA. Jenis plastik
yang sesuai untuk membut bekas tanaman hidroponik ialah ‘polypropylene’ (PP)
yang biasa digunakan untuk membuat bekas kotak simpanan plastik. Untuk sistem
hidroponik yang lebih kompleks seperti sistem hidroponik di bawah yang
menggunakan paip untuk mengalirkan larutan nutrien kepada tanaman, plastik PVC-
U, LDPE, dan HDPE sesuai digunakan.

Konsep
penanaman secara hidroponik secara NFT yang digunakan untuk penanaman
secara hidroponik berskala besar.

Media

Bagi penanaman secara biasa, kebiasannya tanaman ditanam di dalam media
tanah. Tanah membekalkan utamanya air dan nutrien kepada tanaman. Selain
daripada itu, ianya juga memberi sokongan kepada tanaman dan pengudaraan

kepada akar tanaman. Perbezaan utama media tanah dan media hidroponik ialah
media hidroponik tidak perlu mengandungi sebarang nutrien kerana setiap nutrien
yang diperlukan oleh tanaman disediakan oleh larutan nutrien.

Tidak seperti media hidroponik, media
tanah perlu membekalkan nutrien kepada tanaman.
Terdapat pelbagai media yang biasa digunakan di dalam penanaman secara
hidroponik antaranya ialah cocopeat, rockwool, span, dan hydroton. Media ini adalah
‘inert’, bermakna ia tidak mengandungi sebarang nutrien dan mikroorganisma serta
tidak terurai (cocopeat adalah separa ‘inert’ kerana ianya media organik). Fungsi
utama media hidroponik adalah untuk memegang air dan nutrien, menyokong
tanaman dan membekalkan pengudaraan yang baik untuk akar tanaman. Walaupun
begitu, penanaman sesetengah tanaman secara hidroponik boleh juga dibuat tanpa
menggunakan sebarang medium.

Media yang

biasa digunakan dalam penanaman secara hidroponik.

Kangkung ditanam

secara hidroponik tanpa menggunakan media.

Untuk kebanyakan tanaman, media cocopeat sesuai digunakan dan ia juga mudah
untuk didapati. Cocopeat memegang kelembapan dengan baik dan juga mempunyai
pengudaraan yang baik tetapi sebaiknya ia perlu dibasuh sebelum digunakan kerana
cocopeat mengandungi kandungan garam tinggi yang boleh mengganggu
pertumbuhan tanaman. Campuran nutrien juga mungkin perlu disesuaikan untuk
medium cocopeat dengan memberi lebih nitrogen dan magnesium. Penerangan
lanjut berkaitan karakteristik cocopeat boleh didapati dalam artikel di bawah.

Perkara Penting Mengenai Cocopeat

Karakteristik cocopeat perlu diketahui untuk mendapatkan pertumbuhan tanaman
terbaik.

Untuk membasuh cocopeat pada kuantiti yang rendah adalah mudah. Masukkan
cocopeat ke dalam baldi (bekas lebih kecil jika sedikit) sehingga suku penuh dan
kemudian masukkan air sehingga separuh penuh. Kacau cocopeat dan air buat
seketika dan kemudian buang air tersebut. Cocopeat perlu dibasuh 2-3 kali untuk
memastikan kandungan garam cukup rendah.

Media
cocopeat yang telah dibasuh diisi ke dalam bekas cawan hidroponik atau netpot.

Sumbu

Media yang digunakan atau akar tanaman perlulah sentiasa mencecah larutan
nutrien supaya tanaman boleh mendapatkan air dan nutrien. Jika tidak boleh berbuat
demikian, sumbu perlulah digunakan untuk menarik larutan nutrien kepada tanaman.
Antara benda yang boleh digunakan untuk membuat sumbu ialah tali mop dan fabrik
filter akuarium. Sumbu yang digunakan perlulah sesuai dengan tanaman dan cara
tanam kerana keupayaan sumbu untuk menarik air adalah berbeza mengikut saiz
dan material.

Sumbu digunakan untuk menarik larutan nutrien.

Semai

Cara semaian tanaman adalah bergantung kepada jenis tanaman dan media yang
digunakan. Secara am terdapat dua cara semaian iaitu semai terus ke media
hidroponik atau semai dan alih. Jika menggunakan cocopeat, sayuran daun terus
boleh disemai ke bekas tanaman. Sayuran buah seperti cili dan terung sebaiknya
disemai di dalam tray semaian dan kemudian dialihkan ke bekas tanaman
hidroponik. Cara semaian dan penjagaan diterangkan dengan lebih lanjut dalam
artikel di bawah.

Biji benih
salad (terbenam sedikit) disemai di dalam media cocopeat. Air bertakung sedikit di
bawah untuk memastikan media sentiasa lembap.

Sayuran disemai di dalam tray sebelum

dialihkan ke dalam tempat tanaman.

Artikel ini mengandungi tips untuk menyemai biji benih sayuran.

Lokasi

Bekas tanaman perlulah diletakkan di tempat yang mendapat cahaya matahari yang
mencukupi serta terlindung daripada hujan. Tanaman perlu mendapat sekurang-
kurangnya 4-5 jam cahaya matahari terus (‘direct sunlight’) tetapi ianya juga
bergantung kepada jenis tanaman. Namun, penggunaan air adalah banyak jika
tanaman mendapat cahaya matahari terus sepanjang hari. Maka, tempat yang
sesuai untuk meletakkan bekas tanaman hidroponik adalah di bawah pinggir
bumbung supaya terlindung daripada hujan dan hanya mendapat cahaya matahari
terus dari pagi hingga tengahari.

Be

kas hidroponik takung terlindung daripada hujan dan hanya mendapat cahaya terus
matahari pagi di pinggir bumbung.

Larutan Nutrien

Sekurang-kurangya 13 jenis nutrien perlu dibekalkan kepada tanaman untuk
pertumbuhan yang lengkap. Nutrien dibekalkan kepada tanaman dengan
menggunakan baja larut air atau biasa dikenali dengan nama baja AB yang
mengandungi kandungan nutrien yang lengkap. Ianya dicampur dengan air pada
kadar tertentu untuk menghasilkan larutan nutrien yang diisi ke dalam bekas
takungan larutan nutrien. Larutan nutrien ini perlu dipastikan mencukupi kerana
ianya akan berkurangan sepanjang pertumbuhan tanaman. Penerangan lanjut
mengenai baja AB boleh didapati dalam artikel di bawah.

Nutrien-nutrien yang diperlukan tanaman.
Artikel ini menerangkan lebih lanjut mengenai baja AB.
Kadar kepekatan larutan nutrien adalah bergantung kepada umur dan jenis
tanaman. Bagi sayuran daun, kepekatan larutan nutrien tidak perlu diubah
sepanjang pertumbuhannya. Bagi sayuran buah pula, kepekatan larutan nutrien
ditingkatkan sewaktu peringkat berbunga dan berbuah. Setiap produk baja AB di
pasaran mempunyai formulasinya yang tersendiri maka kadar campuran air dan baja
AB untuk menghasilkan larutan nutrien perlulah dirujuk kepada pengeluar produk
baja AB tersebut.



AllGrower AB

RM8.00 – RM35.00

Baca lagi

Kepekatan larutan nutrien juga boleh diukur dengan menggunakan EC meter. Nilai
kepekatan larutan nutrien yang biasa digunakan adalah dalam lingkungan 1.0-
3.0mS/cm atau 1000-3000uS/cm. Walaupun EC meter berguna untuk penanaman
secara hidroponik tetapi mencukupi sahaja mengikuti kadar campuran baja yang
disarankan pengeluar. Selain daripada kepekatan larutan nutrien, nilai pH juga
penting tetapi jika menggunakan air paip, nilai pH air adalah dalam lingkungan yang
sesuai untuk tanaman. Oleh itu, EC dan pH meter tidak wajib ada untuk penanaman
secara hidroponik dan cuma penting untuk penanaman skala besar.



EziEC EC Meter

RM60.00

Baca lagi

Pengudaraan

Seperti yang disebut di atas, udara adalah antara keperluan asas bagi tanaman dan
akar tanaman juga memerlukan udara. Media cocopeat dan media hidroponik lain
yang disebut di atas semuanya mempunyai pengudaraan yang baik tetapi perlu
dipastikan media tidak tenggelam sepenuhnya di dalam larutan nutrien, hanya
sebahagian sahaja. Apabila tanaman membesar, akarnya juga akan bertambah
panjang maka paras larutan nutrien tidak perlu lagi mencecah media. Biar
sebahagian akar terdedah kepada udara untuk memastikan akar tanaman boleh
mendapat udara.

Akar tanaman bertambah panjang

sepanjang tumbesaran tanaman.

Konsep ‘Kratky Method’.

Penjagaan

Terdapat dua perkara utama yang perlu dijaga iaitu pastikan larutan nutrien
mencukupi dan kawalan serangga perosak tanaman jika perlu. Larutan nutrien perlu
ditambah apabila ianya sudah tidak mencukupi untuk menampung keperluan
tanaman kerana apabila terlalu sedikit daun tanaman boleh menjadi layu. Kawalan
serangga perosak organik seperti minyak semambu sesuai digunakan untuk
kawalan afid, koya, dan lalat putih. Bagi ulat beluncas terdapat juga bahan organik
yang boleh mengawalnya tapi mudah juga untuk dibuang dengan tangan.

Perosak-perosak biasa tanaman.
Nyamuk juga boleh menjadi isu dalam penanaman secara hidroponik disebabkan air
yang sentiasa bertakung menarik nyamuk untuk bertelur di dalamnya. Satu cara
untuk mengelakkan daripada populasi nyamuk bertambah adalah dengan menukar
larutan nutrien setiap 7 hari disebabkan 8-10 hari diperlukan untuk telur nyamuk
menjadi nyamuk dewasa. Larutan nutrien yang hendak ditukar boleh digunakan
untuk menyiram tanaman-tanaman yang lain. Alternatif lain adalah dengan
menggunakan ‘screen netting’ di dalam bekas takungan seperti yang ditunjukkan di
dalam video di bawah.

Ki

taran hidup nyamuk.
Menggunakan screen netting untuk mengelakkan nyamuk bertelur.

Tuai

Kebanyakan sayuran daun boleh dituai dalam sebulan dari waktu semaian. Bagi
sayuran daun digalakkan untuk menukar larutan nutrien kepada air beberapa hari
sebelum dituai untuk mengurangkan kandungan nitrat di dalam daun. Sayuran buah
pula boleh dituai hasil sehingga umur 7-8 bulan sebelum perlu ditanam baru.
Sebelum menanam tanaman yang baru, sebaiknya dibasuh bekas tanaman
hidroponik daripada sebarang kotoran dan lumut. Lumut mudah tumbuh dalam
sistem hidroponik kerana larutan nutrien juga ialah sumber makanan dan minuman
baginya.


Click to View FlipBook Version