The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-FOLIO Pelajar Semester 2, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
-Farhanis Yasmin
-Haslinda Burhanuddin
-Aina Safia
-Ras Afifah
-Azliya Sulaiman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulfarhanisyasmin02, 2022-01-05 09:40:34

BIDAAH DALAM AKIDAH

e-FOLIO Pelajar Semester 2, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
-Farhanis Yasmin
-Haslinda Burhanuddin
-Aina Safia
-Ras Afifah
-Azliya Sulaiman

E-BEDAH

NAMA PENSYARAH: THOHIR BIN BAHADOR
KOD KURSUS: MPU23012

JABATAN: PERDAGANGAN
SESI: SESI 1 2021/2022

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIKS
NURUL FARHANIS YASMIN BINTI ZAMRI 18DSK20F2005
HASLINDA BINTI AHMAD BURHANUDDIN 18DSK20F2009
NUR AINA SAFIA BINTI MOHD YUSRI 18DSK20F2021
RAS AFIFAH BINTI AB RASHID 18DSK20F2033
AZLIYA BINTI SULAIMAN 18DSK20F2035

APA ITU AKIDAH?

Berasal dari Bahasa arab yang bermakna ikatan atau sangkutan atau menyimpulkan
sesuatu. Menurut istilah akidah bererti kepercayaan, keyakinan atau keimanan yang murni dan
tidak mudah tergugat, tidak mudah terpengaruh lalu terjejas terus tidak mudah terurai angkara
pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang. Pengertian akidah dalam
al-quran adalah keimanan kepada Allah yakni mengakui kewujudannya.

MAKSUD BIDAAH

Ialah apa-apa jenis pembaharuan dalam Islam. Walaupun pembaharuan atau inovasi
dalam hal keduniaan, seperti sains, perubatan dan teknologi di bolehkan dan digalakkan, bidaah
dalam keagamaan dianggap sebagai dosa.

BIDAAH DALAM AKIDAH

Tauhid merupakan permata syiar, inti, kulit, dan pokok ajaran yang dibawa Islam.
Islam mengajak manusia bertauhid kepada Allah bukan soal baru. Para rasul sebelum
Muhammad seluruhnya diutus dengan membawa iman yang murni ini dan mengikat manusia
dengan ajaran tersebut, serta memberikan peringatan kepada seluruh umat manusia dari seluruh
factor yang akan mengotori kesucian tauhid dan meredupkan cahayanya.

Kebanyakan manusia menentang dan menyimpang dari jalan ini, dan ajaran itu
dihubungkan dengan aneka kepercayan yang meragukan. Jauh dari tuntutan Allah dan bahkan
akan mengarah kepada kehancuran. Seluruh Nabi yang datang sebelum Muhammad telah
membawa ajaran yang haq dan mengajak manusia untuk menyusuri jalan itu sehingga pada
Nabi terakhir, Muhammad SAW.

Oleh kerana itu, Islam menentang setiap bentuk ajaran yang membawa kesyirikan
untuk ditanamkan dalam hati manusia dasar kepercayaan kepada Allah yang Esa. Namun satu
hal yang patut kita sesalkan, iaitu banyak kaum muslimin dihinggapi penyakit umat-umat yang
telah lalu sehingga banyak yang mengaburkan tauhid keada ALllah, dinodai dengan berbagai
bidaah dan khurafat yang justeru, kesemuanya telah membawa kegoncangan umat-umat dahulu
atau sedikit telah meragukan kerana terdapat satu permainan.

Perbuatan bidaah kadang-kadang membawa sesuatu dan sekaligus lawannya juga.
Kesemuanya itu akan merosak kemurniaan akidah. Misalny masalah menyamakan makhluk
dengan Allah, dan bersatunya manusia denga Allah, itu adalah jalan syirik yang hanya akan
merosak akidah tauhid serta satu kesesatan yang tidak berpangkal pada ajaran agama. Secara
lahiriah, mereka berlebih-lebihan dalam takdir dan tenggelam dalam arus dasar tauhid. Antara
contoh bidaah di dalam akidah adalah seperti berikut:

1. WIHDATUL WUJUD

Anggapan ini akan hilangnya kaum sufi iaitu pembawa ajaran ini. Namun
sebahagian orang Islam zaman kita telah meninggalkan hidup gila dan ingin Kembali kepada
tuntunan Allah SWT tetapi mereka terpedaya oleh lamunan yang ganjil sehingga mereka
mengira bahawa demi kesempurnaan taubat, zat Allah SWT.

Setelah tidak menemukan jalan untuk mengembangkan cara berfikir orang yang
masih condong pada ajaran tersebut dan membuat satu cara lain iaitu semacam faham Jabariah
yang meniadakan faktor iradah (yakni manusia pada hakikatnya bersifat terpaksa. Segala yang
terjadi atas diri manusia sudah ditentukan. Sedikit pun manusia tidak berkemahuan). Sudah
banyak yang mula terpengaruh dan mula menyebarkannya. Di sini ada perbezaan yang jauh
antara wihdatul wujud (kesatuan wujud) dan wihdatus syuhud (kesatuan kesaksian).

2. MENCARI PERANTARA

Di antara sekian banyak yang terjadi di kalangan orang awam ialah pergi ke kubur
orang-orang soleh untuk sesuatu yang tidak boleh dipinta kecuali kepada Allah semata-mata.
Hal ini berlaku kerana pandangan mereka terhadap dirinya yang dinilai ada kelemahan untuk
bermunajat langsung kepada Allah SWT. Hal ini meneyebabkan mereka pergi kepada orang-
orang yang lebih tinggi untuk meneruskan permohonannya itu. Noda inilah yang menjadi
rahsia, sehingga mereka itu lari dari Allah dan mencari manusia yang masih dapat mendengar
mahupun yang sudah tidak dapat mendengar, bahkan kepada makhluk yang berakal mahupun
yang tidak berakal.

Perasaan kurang puas dalam berhubungan dengan Allah tanpa wasilah merupakan
adat kebiasaan kaum Watsaniyah, penyembah berhala. Alasan ini pula dipakai kaum jahiliah
moden untuk membela pengunjung kubur untuk mencari keluhuran dan pertolongan.

Jelaslah wasilah seperti ini tidak ada dalam Islam. Setiap muslim diperintahkan
untuk mengadakan hubungan langsung dengan Allah dan harus yakin bahawa doanya akan
didengar Allah tanpa campurnya orang lain, betapapun tinggi darjat orang itu.

3. METAFIZIK

Islam merupakan satu risalah damai dan mendamaikan. Damai untuk diri sendiri dan
mendamaikan masyarakat. Kedua prinsip ii selalu diajarkan oleh Rasulullah kepada umat
manusia sejak Al-Quran diturunkan.

Seluruh kaum muslimin meletakkan dirinya sebagai satu kesopanan agama. Mereka
tahu bagaimana untuk mengatur hidup untuk mencapai kesempunaan agama dan melewati
kehidupan di dunia ini di dasar yang benar. Dengan adanya pegangan terhadap kedua prinsip
tersebut, manusia dapat membatasi perkara-perkara yang salah serta cara berfikir yang
melampaui batas. Mereka akan menyibukkan diri dengan hal yang lebih penting iaitu
melaksanakan tuntutan Islam yang sahih.

Namun begitu, gelombang aktiviti ini mulai menurun. Mereka duduk dalam majlis
dengan penuh pasik untuk membincangkan hal berkaitan agama dengan alasan bertaqarrub
kepada Allah atau erti kata lain untuk mengisi kekosongan. Persoalan berkaitan kebolehan
manusia melihat Allah, manusia kelak akan dibangkitkan dalam bentuk yang sama atau bentuk
yang lain, adakah Al-Quran yang Kalamullah itu sedia ada atau baru dan lain lain.

Namun haruslah manusia tahu, bahawa semua persoalan itu hanyalah persoalan
yang sia sia. Kita harus mengetahui lapangan ilmu pengetahuan dalam menjawabnya. Dalam
lapangan ini tidak ada seorang pun manusia yang dapat atau mampu mengatasi akal fikiran.
Manusia hanyalah perlu taat kepada Allah dan Rasul serta berpegang kepada prinsip yang benar
untuk mengikuti petunjuk-petunjuk Al-Quran. Seterusnya, ilmu metafizik yang berlandaskan
pada alam ghaib. Untuk mengetahui bidang ini, satu-satunya sumber adalah wahyu. Dalam

lapangan ini akal hanya mampu membuat persoalan. Kebanyakkan falsafah metafizik ini selalu
tidak stabil dan kacau bilau kerana tidak mahu tunduk kepada dasar-dasar yang mengikuti akal
logik yang biasa. Kerana itu keputusan dari segalanya adalah menyerah dengan sepenuhnya
terhadap apa yang dibawa oleh pembawa agama.

Tidak diragukan lagi bahawa kesibukan membahas masalah yang tidak penting ini
akan berpengaruh bagi kelemahan dalam menganalisis masalah masalah itu, bahkan akan
membawa kepada amaliah. Kerana itu membicarakan masalah-masalah ketuhanan dengan cara
seperti itu termasuk bid’ah yang berbahaya bagi kehidupan Islam dan kaum muslimin, baik
bagi umat terdahulu, sekarang mahupun yang akan datang.

4. ANTARA GHAIB DAN NYATA

Seluruh makhluk ciptaan Allah ini diberi keistimewaan sesuai dengan kebiasaan yang
berlaku. Kemajuan teknologi moden telah mampu menyingkap sejumlah besar keistimewaan
benda-benda material untuk dimanfaatkan dalam berbagai lapangan. Ilmu untuk mengetahui
seluruh rahsia itu diserahkan penuh kepada umat manusia sepanjang pengalaman dan
pengetahuan mereka.

Apabila kebenarannya telah sampai ke tahapnya, setiap muslim harus menghargainya
dan tidak boleh membawa-bawa nama Islam untuk mengurangi mahupun menambahnya.
Bahkan tidak pula diperkenankan bersikap tidak peduli dengan alasan demi “tawakal” kepada
Allah atau beranggapan akan mendapat keistimewaan tersebut dengan cukup berhubungan
dengan Allah. Tawakal bukanlah menentang hukum sebab akibat, dan tidak menyentuh daya
yang telah diberikan Allah kepada berbagai unsur yang ada.

Orang-orang mukmin bersikap tidak peduli dengan alasan tawakal terhadap tenaga
dan hukum sebab akibat, menunjukkan kebodohannya. Padahal Islam telah mengakuinya.
Sikap seperti itu menunjukkan kedangkalan pengetahuannya dan tidak akan dapat menambah
keyakinan. Di antaranya, menisbatkan keistimewaan-keistimewaan yang diperoleh
berdasarkan ketentuan-ketentuan alam.

Siapapun yang memakai azimat atau jampi-jampian dengan beranggapan bahawa
sema bend aitu akan berguna untuk menolak sakit, dapat mendatangkan rezeki atau
memanjangkan umur. Tidak diragukan lagi bahawa dia dapat dikategorikan “penyembah
berhala” seperti cara berfikirnya penyembah patung dan api.

5. IMAN JIWA HIDUP

Seterusnya, perkara yang dimaksudkan dalam iman jiwa hidup adalah diwajibkan
mengakui dan percaya adanya zat yang maha luas. Iman adalah tenaga yang tidak dapat
dipisahkan dari manusia untuk beramal soleh. Tenaga yang dapat mengerahkan manusia
kepada allah tentang perkara yang harus dikerjakan dan ditinggalkan. Iman juga berfungsi
untuk memindahkan semua aktiviti hidup ini kepada suatu bentuk ibadah. Dengan kata lain,
iman dapat meningkatkan aktiviti untuk mencari keredaan allah.

Bagi jiwa yang kosong dengan iman, aktivitinya akan mengalami keruntuhan dan
tidak dapat pahala di sisi allah taala. Sebab itu, iman adalah syarat mutlak untuk capai amal
soleh. Namun, hidup manusia yang dilakukan siang dan malam tidak cukup ditentukan oleh

iman semata-mata, banyak orang yang menjalankan aktiviti harian dengan mengikut hawa
nafsu. Sebab itu, islam mempunyai suatu bentuk hukum aksioma, iaitu mengadakan suatu
penilaian amal yang disebutkan niat. Contohnya, melakukan perbuatan dengan niat semata-
mata kerana allah adalah diredhai allah. Sebaliknya, amal akan ditolak jika tidak niat kerana
allah.

Saya sendiri tidak mengetahui, mengapa orang mesti mengosongkan hatinya
daripada beriman kepada allah taala untuk sesuatu yang lain sebaga gantinya, iaitu beriman
kepada sepotong bumi allah yang dia hidup di dalamnya.


Click to View FlipBook Version