-SITI AISYAH-
Pada suatu hari yang panas , semut
sedang berjalan mencari air kerana
kehausan.
Setelah berjalan ke sana ke mari, akhirnya
semut menjumpai sebuah kolam. Untuk
memasuki ke dalam kolam tersebut, ia pun
memanjat rumput.
Tiba-tiba , ia tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam tersebut.
Burung merpati yang sedang bertenggek di atas pokok
ternampak semut yang sedang terkapai-kapai lalu ia pun
menjatuhkan sehelai daun dekat dengan semut. Semut
bergerak ke arah daun lalu memanjat daun itu. Akhirnya
semut hanyut ke tebing kolam.
Apabila semut tiba di tebing kolam, ia
ternampak seorang pemburu burung
hendak melepaskan jeratnya ke arah
Merpati. Lalu, semut menggigit kaki
pemburu burung tersebut.
Pemburu tersebut
berasa sakit, lalu
melepaskan
jeratnya ke arah
lain. Akhirnya,
Merpati terbang
dan berjaya
menyelamatkan
dirinya. Semut
berasa gembira
kerana dapat
membalas jasa
Merpati dengan
membantunya.
-TAMAT-