The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by firdausn407, 2022-04-16 08:14:42

RESEPI LAKSAM

RESEPI LAKSAM

RESEPI LAKSAM

MASA PENYEDIAAN:40 minit
MASA MEMASAK:40 minit
JUMLAH HIDANGAN:8 orang

KOLEKSI RESEPI
JUADAH BERBUKA
BULAN RAMADAN

BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK KUAH LAKSAM:

1. ½ kg ikan (ikan kembung dan ikan sardin)
2. 5 ulas bawang merah
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 batang serai
5. ½ inci halia
6. 1 sudu kecil lada hitam
7. 3 keping asam jawa
8. Seketul gula melaka
9. Pati santan dari 1 biji kelapa

BAHAN UNTUK LAKSA KUKUS:

1. 3 cawan tepung beras
2. ½ cawan tepung gandum
3. 4 ½ cawan air suam
4. ½ sudu kecil garam

BAHAN UNTUK SAMBAL BELACAN:

1. 5 biji cili merah
2. 10 biji cili padi
3. 2 biji jus perahan limau nipis
4. Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK ULAM-ULAMAN:

1. Kacang panjang
2. Bunga kantan
3. Timun
4. Daun kesum
5. Taugeh
6. Bawang besar
7. Limau kasturi
8. kubis

CARA PENYEDIAAN:

1. Cara untuk kuah laksam

1. Rebus ikan bersama sedikit air,agak-agak tenggelam ikan sahaja.Masukkan 1 asam keping.½
inci halia dan sedikit garam.Rebus dalam masa anggaran 15 minit.

2. Apabila ikan sudah masak,sejukkan kemudian asingkan isi ikan dan bahagian tulangnya.Air
rebusan ikan jangan dibuang,tapis dan ketepikan.

3. Kisar isi ikan bersama bawang merah,bawang putih,halia dan lada hitam sehingga halus.

4. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar halus,asam keping dan serai.Masak bersama air
rebusan ikan tadi dan rebus sehingga mendidih.

5. Masukkan pati santan,sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.Kacau di atas api yang
perlahan.Tak perlu masak kuah terlalu lama kerana santan akan pecah minyak dan kuah akan
jadi kurang sedap.Memadai cuma selama 5 minit.

6. Hidangkan bersama laksa dan ulam-ulaman.

CARA PENYEDIAAN:

2. Cara untuk laksa kukus
1. Panaskan periuk kukusan.Sediakan 2 loyang berukuran 8”
Atau 9”.Kalau tak ada loyang,tudung periuk pun boleh.
2. Satukan tepung bersama garam.
3. Bancuhkan dengan air suam dan kacau sehingga sebati
Dan tidak berketul.Che Nom kacau menggunakan whisk,
Lagi cepat halus.
4. Sapikan sedikit minyak pada permukaan loyang,tuang adunan tepung sebanyak 3 senduk kecil.
5. Kukus selama 5-8 minit.Angkat loyang dan sejukkan.Boleh juga di alirkan air sejuk di bahagian
Bawah loyang supaya laksa senang dikeluarkan.
6. Gulumg laksam dan ulang langkah sehingga adunan tepung habis.Anggaran dapat 8-9 gulung laksam.
7. Gunting laksam setebal ½ inci sebelum dihidangkan.

CARA PENYEDIAAN:

3. Cara untuk sambal belacan
1. Kisar kesemua cili dan gaul bersama jus limau nipis,garam
Dan gula secukup rasa.

4. Cara untuk ulam-ulaman
1. Hiris halus kesemua bahan ulam.

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: Mohamad naufal fariszuan bin mohd. Rosdi
KELAS: 5 CERDIK
KELAB PERSATUAN: Pengakap
NAMA GURU PENASIHAT: Aizawani binti Bidin


Click to View FlipBook Version