The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-01-13 01:07:04

RINGKASAN KAJIAN

RINGKASAN KAJIAN

KAJIAN REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN
MODEL E-PORTFOLIO DALAM PENTAKSIRAN

SUBJEK ASAS SAINS KOMPUTER

NOOR FAZLINA YATI BINTI MAT RAZALI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENGENALAN
Anjakan ke-7 PPPM 2013-2025 menyarankan agar ICT dimanfaatkan untuk
meningkatkan tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran guru bagi memastikan
pendidikan di Malaysia selari dengan perkembangan teknologi terkini. Justeru itu,
bentuk pentaksiran konvensional perlu diubah kepada bentuk pentaksiran digital.
Inisiatif KPM memperkenalkan E-pembelajaran melalui Frog VLE dan Google Classroom
mampu menjadi platform terbaik untuk mengimplemetasikan pentaksiran berbentuk
digital di peringkat sekolah. E-portfolio adalah salah satu alat pentaksiran digital yang
menyokong pembelajaran, pentaksiran dan pembangunan profesional dan dapat
diaplikasikan sebagai pendekatan alternatif kepada portfolio tradisonal.

TUJUAN
Mereka bentuk dan membangunkan Model E-portfolio dalam pentaksiran subjek Asas
Sains Komputer

OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenal pasti keperluan membangunkan model E-portfolio dalam pentaksiran
subjek Asas Sains Komputer
ii. Mereka bentuk dan membangunkan model E-portfolio dalam pentaksiran subjek
Asas Sains Komputer berdasarkan kepada pandangan dan kesepakatan pakar.
iii. Menilai kepenggunaan model E-portfolio dalam pentaksiran subjek Asas Sains
Komputer berdasarkan kepada pandangan guru.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan Penyelidikan Rekabentuk dan Pembangunan
(PRP) atau dikenali juga sebagai Design and Development Research Approach
(DDR). Kajian ini mempunyai tiga fasa utama seperti yang diperincikan dalam rajah
berikut :

Fasa Analisis Keperluan iaitu fasa untuk FASA
mengenal pasti keperluan bagi pembinaan
model E-portfolio. Kaedah kajian tinjauan 1
digunakan dalam fasa ini.

FASA Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan Model.
Fasa ini merupakan fasa utama kajian. Keadah
2 Fuzzy Delphi akan digunakan bagi
mendapatkan kesepakatan pakar dalam
pembentukkan dan pembangunan komponen
utama dan elemen model E-portfolio.

Fasa Penilaian Model. Fasa ini bertujuan menilai

FASAkepenggunaan model yang dibangunkan.
Kaedah analisis PLS-SEM akan dilaksanakan 3
dalam fasa ini bagi melihat hubungan dan
kekuatan antara komponen utama model yang
dibangunkan.

MATRIK KAJIAN

FASA PERSOALAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN RESPONDEN

FASA 1: Apakah keperluan Dapatan kajian Bilangan
ANALISIS KEPERLUAN MODEL kepada pembangunan dalam fasa ini Responden yang
Model E-portfolio dalam berdasarkan kaedah dicadangkan
pentaksiran Subjek ASK? tinjauan adalah seramai
i. Apakah isu dalam menggunakan soal 90 orang guru
sedlidik ASK
menguruskan dan
mengendalikan Kajian rintis akan Analisis Diskriptif
pentaksiran bilik darjah dijalankan untuk akan dijalankan
dalam kalangan guru mendapatkan menggunakan
ASK? kebolehpercayaan SPSS 24.0 bagi
ii. Apakah persepsi dan soal selidik mendapatkan :
pengetahuan guru - Mean
terhadap penggunaan -Peratusan
E-portfolio dalam -Frekuensi
pentaksiran murid? -Sisihan Piawai

iii. Apakah keperluan
model E-portfolio yang
sesuai dalam
pentaksiran subjek
ASK?

MATRIK KAJIAN (Sambungan )

FASA PERSOALAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN RESPONDEN

FASA 2: Bagaimanakah reka Dapatan kajian Mendapatkan
REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODEL bentuk model E-portfolio dalam fasa ini konsensus pakar
dalam pentaksiran subjek berdasarkan terdiri dalam
ASK berdasarkan kepada: bidang :
pandangan dan i. Kajian Literatur i. Pendidikan
kesepakatan pakar? ii. Analisis
Teknologi
i. Apakah komponen Keperluan Maklumat
utama model E- iii. Kaedah Fuzzy ii. Pentaksiran
portfolio berdasarkan Pendidikan
kepada pandangan Delphi (FDM) iii. Sains
dan kesepakatan Komputer
pakar? iv. E-portfolio

ii. Apakah elemen- Bilangan
elemen dalam Responden yang
komponen utama dicadangkan
model E-portfolio adalah seramai 15
berdasarkan kepada orang
pandangan dan
kesepakatan pakar?

iii. Apakah turutan
keutamaan komponen
utama model E-
portfolio menurut
pandangan dan
kesepakatan pakar?

MATRIK KAJIAN (Sambungan )

FASA PERSOALAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN RESPONDEN

FASA 3: Apakah penilaian model Dapatan kajian Bilangan
PENILAIAN MODEL E-portfolio dalam dalam fasa ini Responden yang
pentaksiran subjek ASK menggunakan dicadangkan
dalam kalangan guru? kaedah Partial Least adalah seramai
Square-Structural 150 orang guru
i. Adakah terdapat Equation Modelling ASK
hubungan yang (PLS-SEM)
signifikan antara atribut
E-portfolio terhadap
peluang pelaksanaan
E-portfolio dalam
kalangan guru?

ii. Apakah atribut yang
paling kuat
mempengaruhi guru
menggunakan
E-portfolio dalam
pentaksiran murid?

REKA BENTUK KAJIAN

Mengenal pasti Literatur FASA 1:
isu,teori,model dan • Teori FASA
menentukan tujuan • Model
serta sasaran kajian ANALISIS
Kajian Tinjauan KEPERLUAN
• Guru ASK

Pembinaan komponen Pembentukan FASA 2 :
utama dan elemen bagi Komponen FASA REKA BENTUK
komponen utama model DAN PEMBANGUNAN
• Literatur
Teknik Fuzzy Delphi • Analisis Keperluan
➢ Triangular Fuzzy Number
➢ Defuzzification (tentukan ranking) Soal Selidik Pakar
➢ Peratus kesepakatan pakar • Pakar Bidang

Penilaian Model Kajian Tinjauan FASA 3 :
➢ Kaedah analisis PLS-SEM • Guru ASK FASA PENILAIAN

MODEL E-PORTFOLIO

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN MODEL E-PORTFOLIO

Teori Model Technological Model E-portfolio
Konstruktivisme Pedagogical Content
Knowledge (TPACK) • Model E-portfolio Sebagai
Dokumentasi Pembelajaran
(Koehler & Mishra, 2006) (Barrett ,2011)

Dimensi • Model Pentaksiran E-portfolio
• Pengetahuan (Baturay & Daloglu, 2010; Sutarno et.
al, 2019 )
Kandungan
• Pengetahuan • Model Implementasi E-portfolio
(Buzzetto & Alade,2008; Blevins &
Pedagogi Brill, 2017)
• Pengetahuan
• Model Pembelajaran E-portfolio
Teknologi (Zubizarreta, 2004; Barrett, 2007)

Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan ( DDR )
( Richey dan Klien, 2007)

Fasa Analisis Keperluan
Min, Kekerapan, Peratus

Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan
Kaedah Fuzzy Delphi (FDM)

Fasa Penilaian Kebolehgunaan
Kaedah analisis PLS-SEM

MODEL
E-PORTFOLIO

PENUTUP

E-portfolio menyediakan satu ruang pembelajaran yang membolehkan murid
berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan dalam menyiapkan satu tugasan
dengan mudah. Justeru, hasil kajian dapat dimanfaatkan oleh guru dalam
meningkatkan amalan, kemahiran, teknik, strategi dan perubahan pengajaran untuk
memberi impak kepada murid dalam PdPc dengan mengintegrasikan teknologi
ICT. Ia secara tidak langsung dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada guru
dalam mengendalikan pentaksiran dalam bilik darjah berbantukan teknologi. Akhir
sekali adalah diharapkan hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), pihak sekolah atau institusi pendidikan merangka dan
merancang proses penerapan kemahiran penggunaan E-portfolio dalam
pentaksiran bilik darjah serta meningkatkan ilmu pengetahuan kepada bakal-bakal
guru mahupun guru-guru dalam perkhidmatan.


Click to View FlipBook Version