INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSATERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK
NAMA PELAJAR : VIRGINIA BUNGA ANAK BARNABAS
ANGKA GILIRAN : 2021022310108
NO. KAD PENGENALAN : 030312-13-0216
KUMPULAN/ UNIT : PRBMM2-4
KOD DAN NAMA KURSUS BMMB1104: KESUSATERAAN DAN
: KEBUDAYAAN MELAYU
NAMA PENSYARAH : PUAN SELINA BINTI HAJI AHMAD
TARIKH HANTAR : 21 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALAS :
PENSYARAH
BIL PERKARA MUKA SURAT
SOALAN TUGASAN 1
2
1.0 PENGENALAN 2
2.0 KONSEP DAN FUNGSI 4
3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT
5
MELAYU 6
4.0 RUMUSAN
5.0 SUMBER RUJUKAN
1
SOALAN TUGASAN
Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan manifestasi
pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta sarat dengan
maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun kerohanian.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu dalam
kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan manifestasi akal budi
pantun-pantun Melayu berikut:
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana 3unga3.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai Bunga kembang tak jadi.
Perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.
2
1.0 PENGENALAN
Sebelum kita mengetahui apakah itu sastera, adalah lebih baik kita mengenali sejarah
sastera dahulu. Perkataan sastera berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu “castra”.
Susastera pula membawa maksud kata yang mempunyai makna khusus iaitu perkataan ‘su’
yang bermaksud indah dan ‘sastera’ pula bermaksud huruf atau kata. Oleh itu,
kesusasteraan bermaksud kumpulan buku-buku yang baik isinya dan indah bahasanya.
Pada abad ke-17, perkataan sastera belum digunakan lagi kerana semua karya bertulis
pada zaman itu digelar sebagai puisi. Terdapat pelbagai jenis karya yang menggunakan
nama puisi pada masa tersebut sama ada karya dalam bentuk ayat, karya dramatis atau
prosa. Setelah masuk abad ke-18, perkataan sastera mula digunakan. Pada abad yang ke-
20, seorang Formalisme Rusia iaitu Roman Jakobson telah mengkaji tentang definisi
sastera serta ciri-cirinya. Dengan itu, beliau telah membezakan diantara puitis bahasa dan
estetika penulisan. Sejak saat itu, tidak semua penulisan dianggap sebagai sastera jika ia
tidak menepati kepuitisan bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana, huraian di dalam
sesebuah sastera itu mempunyai kemampuan untuk mengekspresikan emosi, watak serta
situasi dengan menggunakan cara yang tertentu serta menepati kepuitisan sesebuah
bahasa.
2.0 KONSEP DAN FUNGSI SASTERA
Menurut Ismail Husein (1998), sastera merupakan sebuah bidang seni kreatif dan bahasa
merupakan medium pengantarnya. Sastera telah dimulai dengan tradisi lisan dan
berkembang mengikut peredaran zaman. Dari pandangan lain pula, Abu Bakar Hamid
(1997) menyatakan bahawa sastera merupakan sebuah seni bercorak intelektual hasil
gabungan kepuasan estetik dan kepuasan intelek. Sastera juga mempunyai pelbagai makna
iaitu semua karya yang menghimpunkan perasaan yang mendalam melalui kesantunan
keikhlasan, keterbukaan serta keluasan pandangan dan idea yang dinukilkan di dsalam
bentuk yang menarik. Malah, maksud sastera juga adalah sebuah inspirasi dalam kehidupan
manusia yang telah diluahkan dalam karya tulisan yang puitis. Dari segi fungsi pula, fungsi
sastera berbeza serta mempunyai cakupan luas mengikut peredaran zaman.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, antara fungsi utama sastera adalah sebagai alat pendidikan.
Hal ini berlaku kerana kisah-kisah yang dihasilkan oleh pengarang adalah merangkumi
pelbagai bidang ilmu seperti bidang ekonomi, sosiologi, agama dan politik merupakan
3
pengalaman mereka sendiri. Pengalaman tersebut telah dihasilkan menjadi prosa serta
ditambah dengan unsur-unsur moral, pengajaran dan ilmu pengetahuan yang mempunyai
nilai yang tinggi. Justeru, nilai-nilai inilah yang akan diambil oleh para pembaca dan dari situ
berlakulah proses pendidikan secara tidak langsung. Terbuktilah bahawa sastera
sememangnya berperanan dalam menjadi wahana pendidikan kepada masyarakat. Kedua
pula adalah, sastera berfungsi sebagai bahan yang dapat memberikan pengajaran. Hal ini
dikatakan begitu kerana di dalam hasil sesebuah karya, para sasterawan akan
menyampaikan pengajaran yang mana ia banyak menyingkap tentang nilai-nilai murni di
dalma kehidupan seharian. Mari kita ambil contoh Seloka Pak Pandir. Seperti yang kita
sedia maklum bahawa seloka tersebut sangat banyak berkait rapat dengan kehidupan
seharian kita. Maka, hasil-hasil karya seperti inilah yang akan dijadikan rujukan oleh
masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian.
Fungsi sastera yang seterusnya adalah menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan
seharian. Aripin Said dalam Prosa Warisan menyatakan bahawa sastera boleh dijadikan
sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Sebagi contoh, hasil karya sastera
rakyat menyampaikan perkara yang bagus dan tidak bagus dalam kehidupan. Mari kita
ambil contoh cerita Si Tanggang yang mengisahkan tentang seorang anak yang derhaka
terhadap ibunya. Pada hujung cerita tersebut, Si Tanggang telah ditimpa malapetaka.
Justeru, masyarakat akan berusaha untuk sentiasa berbuat baik terhadap ibu bapa agar
tidak menjadi seperti Si Tanggang. Contoh seterusnya adalah cerita Sang Kancil. Cerita ini
dapat mendorong anak-anak untuk sentiasa berfikir dengan bijak 5etika mempunyai
masalah dalam kehidupan seharian.
Terakhir sekali, sastera berperanan sebagai instrument perpaduan. Hal ini selari dengan
pendapat Shanon Ahmad (1997:25) iaitu kesusasteraan berfungsi sebagai sebuah cabang
seni yang berintikan cinta. Hal ini berlaku kerana karya kesusasteraan yang dihasilkan
adalah bagi memupuk sifat cinta akan kebenaran di dalam peribadi manusia. Justeru, jika
setiap manusia saling mencitai dan menyayangi diantara satu sama lain, maka dunia kita
akan aman sentiasa. Tegaslah bahawa sastera sememangnya berfungsi sebagai bahan
yang dapat mengeratkan perpaduan diantara masyarakat lebih-lebih masyarakat Malaysia
yang hidup berbilang kaum.
4
3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU
Seterusnya, kita akan membincangkan tentang manifestasi akal budi masyarakat Melayu
dari segi pemikiran, pertuturan, tingkah laku serta gaya hidup masyarakat Melayu. Rangkap
pertama pantun yang diberikan pada petikan adalah mengetengahkan kesantunan tingkah
laku yang amat penting dalam masyarakat Melayu lebih-lebih lagi jika kita telah berjaya. Kita
juga hendaklah menjadi seperti padi, semakin ia berisi, semakin itu ia menunduk. Justeru,
semakin berilmu seseorang itu, dia akan menjadi semakin merendah diri kerana tahu
bahawa meninggi diri tidak akan membawa apa-apa faedah kecuali dirinya semakin
dipandang hina oleh orang di sekeliling, Oleh itu, kita disarankan agar sentiasa mempunyai
tingkah laku yang baik dan tidak menyombong diri kerana baik membawa resmi padi, jangan
membawa resmi lalang.
Rangkap kedua pula menekankan tentang kepentingan berbudi bahasa. Jika seseorang itu
indah rupa namun rendah budi bahasanya, dia akan tetap tidak dipandang oleh masyarakat.
Lebih-lebih masyarakat Melayu yang begitu tinggi nilai kesantunan dan berbudi bahasa
sama ada dalam perbuatan atau percakapan. Masyarakat Melayu juga percaya bahawa
seseorang yang memiliki budi bahasa yang tinggi akan dipandang mulia oleh Allah SWT.
Hal ini dikatakan demikian kerana setiap ucapan dan perbuatan kita yang kurang sopan
dapat mengguris perasaan orang lain dan menyebabkan pergaduhan. Maka, kita hendaklah
sentiasa berfikir secara rasional sebelum melakukan atau mengucapkan sesuatu perkara.
Baris terakhir rangkap tersebut juga membawa maksud bahawa berbudi bahasa dapat
melahirkan masyarakat yang bertamadun. Hal ini kerana masyarakat yang merupakan
masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Tegasnya disini bahawa kita
hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berbudi bahasa terhadap orang lain tidak mengira
tua atau muda.
Rangkap yang terakhir pula mengetengahkan tentang adab ketika menuntut ilmu. Bagi
masyarakat Melayu, budi pekerti dan adab merupakan sebuah nilai yang amat terpuji.
Maksud rangkap tersebut adalah orang yang leka dan tidak menumpukan perhatian
terhadap gurunya semasa belajar ialah orang yang tidak akan mendapat apa-apa. Justeru,
orang yang bersifat seperti ini ibarat sekuntum bunga yang kembang namun 6etika sekali
kerana kembangnya tidak begitu menjadi kerana mengembang di pagi hari namun kecut
semula setelah diterjah 6etika6. Masyarakat Melayu percaya dengan kuasa keberkatan
ketika menuntut ilmu. Dengan itu, adab dengan guru ketika menuntut ilmu adalah perkara
yang sangat mustahak tidak kira siapakah guru tersebut dan bidang ilmu yang dipelajari.
5
4.0 RUMUSAN
Sebagai rumusan, sastera merupakan sebuah seni yang dapat mengolah perasaan
pembaca menjadi bercampur-baur kerana keindahan bahasanya serta pengajaran yang
disampaikan di dalam hasil karya tersebut. Dengan itu, setiap pihak hendaklah berganding
bahu dalam mengekalkan hasil karya sastera di negara kita agar tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas. Dengan itu, generasi yang akan datang akan dapat mengenali tentang
sejarah dan hiburan nenek moyang mereka suatu ketika dahulu.
(1064 patah perkataan)
6
5.0 SENARAI RUJUKAN
AntaShak. (2016, March 06). Konsep akal budi masyarakat Melayu dari segi pemikiran,
pertuturan, perlakuan dan gaya hidup masyarakat Melayu.
http://heyantasha.blogspot.com/2016/03/akal-budi-masyarakat-melayu-dari-segi.html
Adisya Rehal. (n.d.). Kesusasteraan Melayu.
https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU
Along.syafiqa03. (n.d.). Manifestasi pantun. https://anyflip.com/rpmzi/nqqa/
Monalita Mansor. (2015, March 05). Bentuk-bentuk sastera.
http://monazman.blogspot.com/2015/03/bentuk-bentuk-sastera.html
Mako Deng. (n.d.). Fungsi sastera. https://www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera
Nurul Ain. (n.d.). Konsep sastera. https://www.scribd.com/document/464670082/konsep-
sastera