NEGERI KEDAH
PROGRAM PENDIDIKAN KERJAYA
PERTANDINGAN VIDEO KERJAYA
SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
PERINGKAT NEGERI KEDAH
ANJURAN BERSAMA:
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN NEGERI KEDAH
PENDAHULUAN
Pertandingan Video Kerjaya ini adalah
inisiatif kreatif Universiti Kuala Lumpur dengan
kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Kedah.
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid
sekolah menengah dan rendah untuk mencipta video
kerjaya berdurasi tidak melebihi 3 minit. Semua
murid sekolah menengah dan sekolah rendah sangat
digalakkan menyertai pertandingan ini.
Semasa proses pertandingan , Modul
Perancangan Pendidikan dan Kerjaya akan digunakan
untuk membantu membimbing murid merenung,
menetapkan matlamat dan meneroka kerjaya impian.
Ia membantu murid untuk mencerna maklumat yang
terkumpul semasa proses penerokaan di portal hingga
menjadi sebuah perancangan yang akan membawa
mereka lebih hampir kepada matlamat mereka.
Murid juga akan merujuk info penerangan
tentang maklumat program pengajian dan laluan
kerjaya daripada 12 kampus Universiti Kuala Lumpur
melalui platform yang telah disediakan.
OBJEKTIF
• Panduan pendidikan dan kerjaya untuk memupuk
aspirasi kerjaya pada masa hadapan
• Membimbing murid meneroka impian kerjaya
mereka, mencari laluan pendidikan yang sesuai dan
membina kekuatan diri untuk menjadi seorang
individu yang yakin diri dan bermotivasi serta dapat
membuat keputusan.
• Pangkalan data serta peluang pendidikan untuk
mendapat kerjaya impian.
• Membimbing dan membantu murid untuk mendapat
informasi tentang pelbagai jenis peluang kerjaya dan
peluang pendidikan.
• Memberi inspirasi khususnya kepada murid
menengah atas untuk membuat keputusan
menyambung pengajian.
• Mengenali landskap dan memahami peluang kerjaya
serta program pengajian di Universiti Kuala Lumpur.
• Mempromosi serta menyebar luaskan maklumat
tentang program pengajian di Universiti Kuala
Lumpur dan pembiayaan MARA
TEMA PERTANDINGAN
Inspirasi Mengejar Impian Bersama Universiti Kuala Lumpur
PENGANJUR
▪ Universiti Kuala Lumpur
▪ Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
▪ Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Kedah
PROSES BIMBINGAN DALAM PERTANDINGAN
PANDUAN PENDIDIKAN& KERJAYA MEMUPUK
ASPIRASI KERJAYA
Modul Perancangan Pendidikan dan Kerjaya membantu
pelajar merenung, meneroka dan menetapkan matlamat.
Ia membantu pelajar untuk mencerna maklumat yang
terkumpul semasa proses penerokaan di portal hingga
menjadi sebuah perancangan yang akan membawa mereka
lebih hampir kepada matlamat mereka.
Untuk memupuk aspirasi murid , mereka yang menyertai
pertandingan akan dibimbing melalui program khas yang
akan dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling
selaku urusetia program.
BIMBINGAN BERFOKUS
Kenal Diri
Meneroka Dunia Pekerjaan
Membuat Keputusan
Mengambil Tindakan
HADIAH
SEKOLAH MENENGAH
Tempat Pertama : RM500.00 ( Tunai ) + Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : RM300.00 ( Tunai ) + Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : RM200.00 ( Tunai ) + Sijil Penyertaan
1 Hadiah Pilihan Juri :RM100.00 + Sijil Penyertaan
1 Hadiah Pilihan Media Sosial ( Jumlah Like Terbanyak )
RM100.00
SEKOLAH RENDAH
Tempat Pertama : RM500.00 ( Tunai ) + Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : RM300.00 ( Tunai ) + Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : RM200.00 ( Tunai ) + Sijil Penyertaan
1 Hadiah Pilihan Juri : RM100.00 + Sijil Penyertaan
1 Hadiah Pilihan Media Sosial ( Jumlah Like Terbanyak )
RM100.00
PERATURAN DAN GARIS PANDUAN
1. Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua pelajar sekolah
menengah dan rendah di Kedah.
2. Penyertaan hendaklah berkumpulan bersama guru pembimbing ( seorang
atau dua orang )
Lampiran A- Borang Penyertaan Sekolah Menengah
Lampiran B – Borang Penyertaaam Sekolah Rendah .
DAN
Borang Maklumat Peserta ( Inspirasi Mengejar Impian )
3. Semua penyertaan dalam bentuk format digital. Jangkamasa video tidak
boleh melebihi 3 minit termasuk Tittle Screen.
4. Tittle Screen hendaklah terdiri daripada perkara berikut:
Tajuk Video :
Nama Murid :
Nama Sekolah :
Tema : Inspirasi Mengejar Impian
Bersama Universiti Kuala Lumpur
5. Video hendaklah disediakan di dalam Bahasa Malaysia sahaja.
6. Video hendaklah 70 % tulen.
7. Bantuan professional adalah tidak dibenarkan. Hanya guru
dibenarkan untuk membantu produksi tetapi terhad kepada arahan
lisan sahaja. Penyumbang idea, pelakon dan jurukamera hendaklah
dikalangan murid.
8. Kandungan video mestilah menterjemahkan tema, “ Inspirasi Mengejar
Impian Bersama Universiti Kuala Lumpur dan sesuai untuk
tontonan umum. Jika gagal berbuat demikian, penyertaan akan terbatal.
9. Kandungan video tidak boleh:
i. Mengandungi sikap / aktiviti yang menyalahi undang-undang
ii. Menyokong sentimen bangsa, agama, politik atau provokasi.
iii. Mengeksploitasi seksual atau jenayah.
iv. Melanggar perundangan atau perjanjian.
v. Mencerobohi privasi seseorang.
10. Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu (1) penyertaan.
11. Lagu tema / muzik latar yang digunakan mestilah dari sumber yang
dibenarkan ( free copyright )
PENYERTAAN
Penyertaan video ini bermaksud peserta bersetuju
memberi kebenaran kepada Universiti Kuala Lumpur
untuk menggunakan video tersebut bagi tujuan pemasaran
dan akademik tanpa sebarang kos. Universiti Kuala
Lumpur berhak serta berkepentingan untuk mencetak dan
mempromosi video tersebut.
PENYERAHAN
i. Borang penyertaan hendaklah dihantar ke:
▪ Sebelum 30 Jun 2022 jam 12 tengahari.
▪ Penyerahan lewat tidak akan dilayan.
ii. Penyerahan video ( dalam format digital ) dihantar ke:
[email protected]
iii. Keputusan pertandingan akan diumumkan melalui FB rasmi
Universiti Kuala Lumpur. Keputusan jemaah hakim adalah
muktamad.
iv. Semua penyertaan yang disenarai pendek akan dimuat naik
ke FB rasmi Universiti Kuala Lumpur untuk kategori umum
bagi kategori “like’ terbanyak.
KRITERIA PENILAIAN
Kandungan video sejajar dengan tema “ Inspirasi Mengejar
Impian Bersama Universiti Kuala Lumpur”
i. Kreativiti
ii. Ketepatan Maklumat
iii. Ketulenan dan nilai hiburan
iv. Keberkesanan mesej disampaikan kepada masyarakat umum
v. Keseluruhan kualiti video
Untuk Maklumat Lanjut:
Sekretariat Pertandingan Video Kerjaya
Peringkat Negeri Kedah
Wssap : 019-4754191@ 013-4414191
Facebook: Universiti Kuala Lumpur Officialpage
Youtube:
UniKL Campus Overview https://tinyurl.com/mrx2x47u
Pertandingan Video Kerjaya https://tinyurl.com/5n9xszk6
JPN Kedah
Laman Sesawang :www.unikl.edu.my