The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuratiqhah90, 2016-03-29 04:08:46

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

JASA DAN
SUMBANGAN 6
PERDANA MENTERI

MALAYSIA

1.Tunku Abdul Rahman

Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
lebih di kenali dengan ‘Bapa Kemerdekaan’ atau ‘Bapa Malaysia’.

Kenapa Bapa Kemerdekaan? Kerana zaman nenek moyang kita dulu,
beliaulah yang berusaha dan berunding dengan British dalam mencapai
kemerdekaan Malaya pada tahun 1957. Tanpa pertumpahan darah dan

berperang.
Kemudian, barulah wujud negara Malaysia setelah Persekutuan Tanah

Melayu bergabung dengan Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan
Singapura pada tahun 1963.

Tunku terkenal dengan semangat mengutuhkan perpaduan sesama
kaum dan mementingkan pendidikan anak bangsanya. Segala cara di

lakukan untuk mencapai maklamat tersebut.
Memandangkan Tunku sendiri seorang peguam, antara jasa besar yang

di lakukannya seperti melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan
(1956), Dasar Kebudayaan dan memperkenalkan Akta Bahasa
Kebangsaan (1963/67).

2. Tun Abdul Razak Datuk Hussein

Tunku, Tun Abdul Razak lebih di kenali dengan gelaran ‘Bapa
Pembangunan’. Beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri
Malaysia pada 22 September 1970 waktu negara bermasalah dengan isu

perpaduan kaum dan dilanda kemiskinan.

Setelah apa yang di tinggalkan Tunku, Tun Abdul Razak menyedari
ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang
Melayu dan semangat perpaduan yang terpesong antara kaum.

Dari situ, beliau telah memperkenalkan prinsip Rukun Negara dan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun pertama pemerintahannya.
DEB waktu itu bertujuan menyeimbangkan semula ekonomi dan

pembangunan sosial yang sedang tenat.

Selepas itu, dapat di lihat tertubuhlah rancangan pembangunan.
Bermula dengan Rancangan Pembangunan Malaysia dalam tempoh 5
tahun iaitu Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai back-up

plan untuk DEB.

Seterusnya, Tun Abdul Razak menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara
pada 1972 sebagai usaha meneruskan perjuangan Tunku Abdul

Rahman. Di permulaannya MRSM turut memberi kuota 10 peratus
kemasukan kepada pelajar kaum lain.

Memandangkan waktu itu negara berada dalam konfrontasi berdarah 13
Mei, Tun Abdul Razak telah menubuhkan parti Barisan Nasional untuk

mengurangkan keredaan. Parti Perikatan yang sedia ada juga di
pisahkan kepada UMNO, MCA dan MIC.

3. Tun Hussein Onn

Setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia kerana sakit Leukemia di
London pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn mengambil alih
jawatan perdana menteri sehari berikutnya.

Tun Hussein Onn di kenali sebagai ‘Bapa Perpaduan’ kerana jasanya
dalam menegakkan keadilan. Selain dari pembangunan ekonomi yang
di lakukan dengan menarik kedatangan pelabur-pelabur dari luar negara.
Beliau memerintah selama 6 tahun. Beliau telah meletak jawatan pada

16 Julai 1981 kerana masalah kesihatan.

4. Tun Dr.Mahathir Mohamad

Tun Dr.Mahathir Mohamed terkenal dengan kelantangan dalam
menyuarakan pendapat inovatifnya. Ada ketika ideanya bersifat
mendahului zaman yang jarang dapat di fikirkan oleh orang lain.
Banyak sumbangan yang telah di bangunkan. Antaranya seperti Dasar
Pandang ke Timur, Penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.
Sebagai ‘Bapa Pemodenan’, pelbagai pembangunan dapat di lihat
sehingga kini seperti pembinaan Litar Formula 1, Pelancaran Dasar
Perindustrian Negara yang mana menyaksikan kewujudan Industri
Automobil Negara (Proton dan Modenas), Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Transit Aliran Ringan (LRT),

Putrajaya dan Cyberjaya.
Semuanya adalah daripada ideanya untuk melihat Malaysia maju dan
bersaing di peringkat dunia dalam misi yang di namakan ‘Wawasan

2020′.

5. Tun Abdullah Ahmad Badawi

Setelah 22 tahun pemerintahan Tun Dr.Mahathir, akhirnya jawatan
tersebut di lepaskan dan 31 Oktober 2003 menyaksikan Datuk Seri
Abdullah yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Pak Lah’ mengambil alih

tampuk kemimpinan sebagai pemimpin kelima negara.
Kebanyakan pembangunan Datuk Seri Abdullah lebih di bayangi
dengan program yang telah di lakukan oleh Tun Dr.Mahathir. Beliau

hanya meneruskan apa yang sedia ada.
Antaranya, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan dan usaha
dalam memperbaiki mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan dengan

memperkenalkan konsep pusat sehenti. Tujuannya, supaya
memudahkan orang awam berurusan dengan kerajaan.

Selain itu, memandangkan Datuk Seri Abdullah ‘expert’ dalam bidang
Pengajian Islam, beliau telah memperkenalkan konsep Islam Hadhari.
Dari situ lahirlah pelbagai prinsip dan kod etika dalam menyebarkan

dakyah konsep Hadhari.

6. Dato’ Seri Mohammad Najib Abdul Razak

Setelah Datuk Seri Abdullah meletak jawatan, sudah hampir4 tahun
Dato’ Seri Najib memerintah Malaysia sehingga kini. Beliau boleh juga
di kenali dengan ‘Bapa Transformasi’. Kerana sistem pentadbiran yang

ada pasti tidak akan lari dari konsep transformasi.

Antara idea beliau adalah memperkenalkan Pelan Transformasi
Kerajaan (GTP) yang bertujuan meningkatkan mutu kecekapan sektor

perkhidmatan awam dan kerajaan. Di situ juga lahirnya ‘Key
Performance Indicator’ (KPI) sebagai kayu ukur tahap pencapaian

kakitangan.

Selain itu, konsep 1 Malaysia. Jika mengikut KB1M (Kamus Blog), 1
Malaysia bertujuan meningkatkan perpaduan yang sedia wujud yang

merupakan tunjang kekuatan terbaik untuk di kekalkan ke masa
hadapan.

Di sebabkan pengorbanan Dato’ Seri Najib, Konsep 1 Malaysia ini
boleh di anggap berjaya kerana telah tersebar meluas dengan pelbagai

variasi yang ada seperti BR1M (Bantuan Rakyat), KR1M (Kedai
Rakyat), TR1M (Teksi Rakyat), K1M (Komuniti), G1M (Gagasan),

1MTV (Televisyen) dan i1M (iPad).

Oleh itu, berbekalkan pengalaman bertahun-tahun menjadi Timbalan
Menteri Kewangan, Timbalan Menteri Pelajaran, Timbalan Menteri
Tenaga, Telekomunikasi dan Pos serta segala macam jawatan lagi, di
harap Dato’ Seri Najib boleh mengekalkan kepimpinan berjiwa rakyat
yang sedia ada untuk menerajui dan meneruskan agenda pembangunan

yang di harapkan rakyat.


Click to View FlipBook Version