Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
A
Teori Behaviorisme
B
& Aplikasi C
D
Disediakan oleh :
● Siti Sumayya binti Mohamed Mehboob
(154148)
● Nur Farhana binti Che Rahim (152006) E
F
PRAKATA
Buku teori behaviorisme dan aplikasi ini disediakan oleh Siti Sumayya dan Nur Farhana.
Mereka berdua merupakan pelajar tahun 1 di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk sesi
2020/2021. Buku ini mengandungi empat bab yang komprensif boleh dijadikan sebagai
rujukan kepada pensyarah mahupun pelajar. Bab 1 merupakan pengenalan yang lebih lanjut
akan apakah itu behaviorisme. Bab 2 menbincangkan tokoh-tokoh behaviorisme bagi
pelaziman klasik dan pelaziman operan. Bab 3 menyentuh tentang teori pelaziman klasik
dengan lebih mendalam. Bab 4 pula menjelaskan tentang teori pelaziman operan
serta diakhir buku ini terdapat soalan untuk menguji kefahaman pembaca.
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Isi Kandungan A
Date B
Bil. Isi Kandungan Muka Surat (m/s)
C
1. Apa itu Behaviorisme? 4 - 5
2. Teori Pelaziman Klasik 7 - 22
D
3. Teori Pelaziman Operan 22 - 41
4. Soalan / Quiz 42 E
5. Refleksi & Biodata Penulis 43 - 46
F
6. Rujukan 47
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
APA ITU BEHAVIORISME? A
B
● Penekanan pada perubahan tingkah laku yang didasari oleh
prinsip stimulus dan respons. Teori ini mengutamakan kemahiran
berkaitan fizikal.
C
● Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat
menunjukkan perubahan pada tingkah lakunya.
● Apa sahaja yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang D
dihasilkan oleh murid (respons) semuanya harus diperhatikan
dan diukur.
● Menurut Rahil Muhyidin J.M. (2000), dalam buku Psikologi E
Pendidikan II, tokoh-tokoh behaviorisme berpendapat bahawa
pelajaran merupakan suatu hal yang penting untuk melihat
terjadinya perubahan tingkah laku.
F
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
A
1 2 3 4
Tingkah laku Pembelajaran Rangsangan
manusia Pembelajaran B
dipengaruhi adalah hasil melibatkan dan tindak
pembelajaran daripada perubahan balas berlaku
rangsangan kejadian yang tingkah laku dalam masa
daripada diperhatikan yang singkat C
persekitaran
5 6 D
Abaikan Prinsip
proses mental pembelajaran E
atau kognitif teori ini akan
di dalam merentasi
kelas semua spesies F
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Tokoh behaviorisme A
Teori Pelaziman Klasik Teori Pelaziman Operan B
C
D
E
Ivan Petrovich John Broadus Edward Lee
Pavlov Watson Thorndike Burrhus Frederic F
Skinner
(1849-1936) (1878-1958) (1874-1949 (1904-1990)
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
A
Teori B
Pelaziman C
D
Klasik E
F
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Sep
Pengenalan A
● Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas
bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada Teori B
rangsangan yang dilakukan. Manakala rangsangan pula adalah apa
sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Ee Ah Meng
1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara Pelaziman
rangsangan dengan gerak balas. C
● Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri,
maka murid dengan cepat akan berdiri. Jadi, daripada situasi Klasik
tersebut, arahan yang diberikan oleh guru ialah rangsangan, D
manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas.
● Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran
boleh berlaku kesan daripada rangsangan dengan gerak balas.
Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan E
sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua
ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
F
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Sep
Pengenalan A
● Pelaziman klasik ini juga berkaitan dengan simbol-simbol dengan Teori
apa yang dilambangkan, berkaitan dengan nama dengan watak, B
mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang
dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman Pelaziman
1997). C
● Teori ini juga dikenali sebagai sebagai pelaziman gantian,
pelaziman pemindahan dan pelaziman bergerak balas/responden. Klasik
● Menurut Mok Soon SANG, (2009), teori Pavlov mempunyai 4 fasa D
yang dilalui oleh seseorang individu untuk menguasai atau
mengubah tingkah laku mereka iaitu fasa penguasaan, fasa
generalisasi, fasa diskriminasi dan fasa penghapusan yang boleh
diaplikasikan dalam pembelajaran. E
F
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
A
Teori Pelaziman B
Klasik Ivan C
Petrovich Pavlov D
(1849 - 1936) E
F
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
A
Eksperimen Teori Ivan Pavlov
ate B
● Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran
ialah pembentukan berkaitan antara RANGSANGAN (R) dan
sesuatu GERAK BALAS (G). C
● Beliau membuktikan pelajaran ini dengan menjalankan
kajian ke atas seekor anjing. Beliau melihat apabila anjing itu
melihat bekas dengan makanan, anjing itu mengeluarkan air D
liur.
● Beliau membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah E
'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan
makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan
kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu
organisma boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu F
rangsangan
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Mengaplikasikan Teori Ivan Pavlov dalam Pembelajaran A
B
Hasil daripada kajian Pavlov, beliau C
berpendapat bahawa pembelajaran boleh
berlaku akibat perkaitan antara
rangsangan dan gerak balas.
Pembelajaran yang berlaku akibat D
perkaitan tersebut dinamakan sebagai
pelaziman dan pembelajaran yang
berlaku akibat rangsangan ialah E
pelaziman klasik. Contohnya:
F
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Mengaplikasikan Teori Ivan Pavlov dalam Pembelajaran A
B
❏ Seorang guru mata pelajaran Geografi mengajar kelas yang kurang
minat terhadap mata pelajaran Geografi. Setiap kali guru tersebut
mengajar di dalam kelas, didapati ramai pelajar yang bermain dan
kurang memberikan perhatian ketika dia sedang mengajar. Guru C
tersebut sangat risau akan sikap dan tingkah laku pelajar di dalam
kelas tersebut . Jadi guru tersebut mengambil keputusan untuk
melakukan sesuatu supaya pelajar kelas tersebut dapat memberikan D
tumpuan yang sepenuhnya terhadap subjek Geografi.
❏ Guru tersebut telah mengenalpasti kecenderungan minat pelajar di
kelas tersebut. Para pelajar pastinya suka muzik dan nyanyian kerana E
jiwa remaja cenderung terhadap keseronokan. Jadi guru tersebut
mencari lagu dan muzik untuk digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di kelas. F
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Mengaplikasikan Teori Ivan Pavlov dalam Pembelajaran A
B
Sebelum Pelaziman Semasa pelaziman Selepas Pelaziman
Semasa guru C
Guru menggunakan mengajar subjek Semasa guru
lagu (rangsangan Geografi (rangsangan mengajar subjek
yang tak terlazim) terlazim) beliau Geografi (rangsangan
yang menunjukkan sertakan dengan lagu terlazim) D
pelajar memberi (rangsangan tak menunjukkan hasil
tumpuan (gerak balas terlazim) yang pelajar tidak
tak terlazim) menarik dan hasilnya menunjukkan respon E
pelajar memberi (gerak balas terlazim)
tumpuan (gerak balas F
tak terlazim)
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Rumusan Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov A
● Pelajar akan memberi respon yang positif B
sekiranya dirangsang dengan sesuatu yang
menyeronokkan. Para guru perlu mencuri
perhatian mereka dengan aktiviti yang C
merangsang minat mereka supaya mereka
dapat memberi perhatian yang sepenuhnya.
● Untuk mengajar dengan berkesan, guru harus D
mengaitkan pengalaman positif (rangsangan
terlazim) dengan tugasan pembelajaran
(rangsangan tak terlazim) untuk E
menghasilkan gerak balas terlazim. Semakin
kerap rangsangan itu dikaitkan dengan
sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak F
balas terlazim itu.
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
A
Teori Pelaziman B
Klasik John C
Broadus Watson D
(1878-1958) E
F
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
A
Eksperimen Teori J.B. Watson
ate B
● Kajian Watson banyak dipengaruhi oleh teori
pelaziman klasik Ivan Pavlov dan berdasarkan
tingkah laku haiwan. C
● Beliau menggunakan seorang bayi yang berumur 9
bulan bernama Albert dan seekor tikus putih.
● Albert pada mulanya tidak menunjukkan perasaan D
takut pada tikus itu tetapi apabila satu bunyi kuat
yang dikeluarkan semasa Albert mendekati tikus itu,
dia mula menjadi takut. E
● Situasi ini diulangi beberapa kali sehingga
menimbulkan perasaan takut Albert kepada tikus.
F
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Sep
Mengaplikasikan Teori Watson dalam A
Pengajaran dan Pembelajaran B
Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Azizi C
Abdul Shukor, 2008 dalam buku yang bertajuk psikologi
pendidikan menyarankan kepada guru bahawa mereka dapat
mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan
menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepada D
pelajar dan jenis respond yang akan dihasilkan. Dengan
menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu
dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi dan dalam proses E
pengajaran guru haruslah memilih rangsangan yang
menyeronokkan.
F
Mengaplikasikan Teori Watson
dalam Pengajaran & Pembelajaran
Seorang guru boleh
mempengaruhi pembelajaran
dengan menentukan pelbagai Teori pelaziman oleh J.B.
jenis rangsangan dalam Watson dapat diaplikasi
pengajaran mereka. Dengan kepada beberapa masalah
penyediaan rangsangan yang yang berlaku di sekolah.
baik dan tepat guru mampu Masalah yang guru sering
dalam menentukan jenis berhadapan adalah dalam
respond yang diingini oleh subjek Pendidikan Sejarah
pelajar. Oleh demikian dengan iaitu murid kurang menguasai
menggabungkan kedua-dua tajuk yang berkaitan dengan
aspek tersebut maka guru Sejarah penaklukan jepun di
mampu untuk menyampaikan tanah Melayu.
topik pengajaran secara
berkesan dan efektif.
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Mengaplikasikan Teori Watson dalam Pembelajaran A
B
Guru perlu memberi
latihan tersebut secara
Boleh digunakan dalam Tambahan dengan konsisten dan berterusan
menyelesaikan masalah menggunakan agar pelajar dapat C
yang dihadapi dengan rangsangan dalam meningkatkan kemahiran
mewujudkan satu bentuk peneguhan guru dan kefahaman mereka
rangsangan yang dalam dapat melihat respons terhadap tajuk yang D
bentuk peneguhan yang pelajar terhadap kurang difahami dan
mana dapat rangsangan tersebut. membantu mereka
menghasilkan respons Guru memberi penekanan menguasai ilmu tersebut.
yang positif dari kepada latihan Guru dapat melihat sama E
rangsangan yang diberi. menjawab soalan ada rangsangan yang
berkaitan tajuk Sejarah
penaklukan jepun di diberikan berkesan atau
Tanah Melayu. tidak dengan melihat F
kepada respons.
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Rumusan Pengaplikasian Teori J.B. A
Watson
B
Seorang guru boleh mempengaruhi pembelajaran dengan
menentukan pelbagai jenis rangsangan dalam pengajarannya. Dengan C
menggabungkan rangsangan dan gerak balas yang diingini oleh
murid-murid, guru-guru boleh mengajar pelbagai topik pengajaran
secara berkesan dan efektif. D
.
Guru dapat memerhatikan tingkah laku pelajar supaya guru dapat
mengawal tingkah laku pelajarnya. Contohnya, guru memberi
rangsangan seperti pujian kepada pelajarnya terutama kepada pelajar E
yang kurang berminat untuk belajar. Melalui rangsangan yang
diberikan, guru dapat memerhatikan tingkah laku pelajar tersebut
sebelum dan selepas diberikan rangsangan F
LATIHAN TEORI PELAZIMAN KLASIK ☺
1) Siapakah tokoh untuk teori pelaziman klasik? Nyatakan
2) Apakah nama lain untuk teori pelaziman klasik ini?
3) Nyatakan tiga fasa yang akan dilalui oleh individu untuk menguasai atau
mengubah tingkah laku.
Teori Pelaziman Operan
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Teori Pelaziman Operan A
B
● Perkataan ‘operan’ dicipta oleh Skinner yang membawa maksud
bertindak ke atas. Pelaziman operan ialah apabila organisme
menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu
mengoperat (atau operating) ke atas persekitarannya. C
● Pembelajaran Pelaziman Operan ini merujuk kepada sesuatu
bentuk pembelajaran seseorang individu yang menggunakan
sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada D
beberapa gerak balasnya.
● Dalam teori pelaziman operan ini terdapat 2 tokoh yang
menjalankan kajian iaitu Skinner dan Thorndike. Kedua-dua tokoh E
ini menggunakan teori ini bagi menjelaskan eksperimennya.
F
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Model pembelajaran Pelaziman A
Operan terdapat beberapa aspek: B
❑ Gerak balas operan berlaku secara diri sendiri, jika
mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuh dan C
dikekalkan.
❑ Sebarang rangsangan yang dapat mengukuhkan gerak
balas individu adalah disebut sebagai peneguh (reinforcer), D
atau rangsangan meneguh (reinforcer stimulus). Peneguh
boleh bersifat positif atau negatif. Kedua-duanya pula
menghasilkan peneguhan (reinforcement) ke atas gerak
balas berkenaan. E
❑ Peneguhan merupakan suatu teknik atau proses yang
menggunakan peneguhan untuk mengukuh dan
mengekalkan gerak balas berkenaan. Peneguhan juga ada F
peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
A
Teori Pelaziman B
Operan Edward C
Lee Thorndike D
(1874-1949) E
F
A
Eksperimen puzzle box E.L Thorndike
B
● Beliau mengurung seekor kucing yang lapar dalam puzzle box
yang mempunyai kunci. Jika kucing itu cuba mencakar peti itu
dan jika ia berjaya menekan kunci peti itu, pintu akan terbuka
dan kucing itu dapat keluar ke arah makanan yang C
disediakan.
● Thorndike telah perhatikan bahawa kucing itu telah D
melakukan bermacam-macam tindakan untuk keluar
sehingga kucing itu tertekan kunci dan pintu terbuka. Masa
yang diambil oleh kucing itu untuk membuka pintu puzzle box
dicatat. E
● Beberapa jam kemudian, kucing yang lapar itu dimasukkan
ke dalam puzzle box yang sama. Kali ini, kucing itu berjaya F
membuka kunci pintu dalam masa yang singkat.
Mengaplikasikan Teori Thorndike dalam A
Pengajaran dan Pembelajaran: B
● Masalah kesukaran dalam penyelesaian masalah matematik berayat ini
sering dihadapi oleh pelajar dan didapati kurang berminat untuk
mencuba soalan penyelesaian masalah yang dianggap susah. C
● Guru-guru perlu merancang strategi yang lebih efektif untuk membantu
pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah D
penyelesaian masalah di samping menarik minat mereka semula.
● Apabila konsep kesediaan ini dipindahkan kepada bilik darjah, dikatakan
murid akan berasa puas apabila dia bersedia bertindak mempelajari E
matematik berayat. Apabila dia bersedia untuk bertindak mempelajari
matematik berayat tetapi tindakan tidak dilakukan, maka dia akan
berasa kecewa. Sebaliknya,apabila murid belum bersedia untuk F
bertindak mempelajari matematik berayat,dia juga akan berasa kecewa.
Hukum Kesediaan
Sekiranya pelajar itu sanggup menerima sesuatu ganjaran yang
diberikan tiap-tiap kali dan dapat kepuasannya, maka
perhubungan di antara gerak balas dengan ganjaran tersebut
akan semakin kukuh. Pemberian ganjaran yang sesuai dengan
kehendak pelajar akan mendorongkan lebih bersedia untuk
menjalankan proses pembelajaran pada masa akan datang.
Hukum Latihan
Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas
bertambah kukuh jika terdapat latihan. Hukum
latihan menyatakan bahawa sesuatu tindakan akan
di teguhkan dengan ganjaran, dan akan dilemahkan
tanpa ganjaran. Mengikut hukum ini, latihan tanpa
ganjaran ini tidak bermakna. Pengulangan tanpa
ganjaran tidak mengakibatkan pembelajaran
Hukum Kesan
Ikatan ganjaran dengan tindakan akan bertambah
kukuh sekiranya pelajar memperolehi kesan yang
memuaskan selepas latihan yang baik dihasilkan.
Apabila pelajar melakukan kerja matematik berayat
dengan betul, guru memujinya dengan serta merta,
pelajar yang berkenaan akan mendapat kepuasan dan
gerak balas itu akan diperkukuh serta dikekalkan.
Rumusan Pengaplikasian Teori Thorndike dalam A
Pembelajaran
B
✓ Teori ini meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang
sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi C
yang sesuai.
✓ Dapat mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas
pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan,ulangkaji, aplikasi D
serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan.
✓ Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respon E
atau gerak balas yang betul daripada pelajar serta guru perlu
menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati
kejayaan dalam pembelajaran mereka.
F
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
A
Teori Pelaziman B
Operan Burrhus C
Frederic D
Skinner Pautan video kotak Skinner: E
https://youtu.be/bDWwXdYWqGk F
Eksperimen Kotak B.F. Skinner A
● Seekor tikus lapar diletakkan ke dalam ‘Kotak Skinner’ yang
dilengkapi dengan alat penekan pada dindingnya. B
● Pada permulaannya, tikus itu berlari ke sana ke sini kerana
lapar. Kemudian secara tidak sengaja, tikus itu terpijak alat C
penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan
terkeluar.
D
● Proses yang sama diulangi berkali-kali sehingga tikus itu
mendapati bahawa alat penekan dipijak maka makanan
diperolehi.
E
● Skinner memutuskan hubungan antara makanan dengan alat
penekan. Ini menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila
alat makanan ditekan. F
● Ini menyebabkan tikus itu berhenti menekan butang tersebut.
Mengaplikasikan Teori Skinner dalam A
Pengajaran dan Pembelajaran
B
● Kemahiran yang baru dipelajari hendaklah diberikan C
peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan
secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat
diperkukuhkan atau dikekalkan. D
● Contohnya, guru memberi latihan atau membuat ujian
kepada pelajar selepas mengulangkaji topik pelajaran
tersebut. Ini menyebabkan pengetahuan pelajar dalam E
topik tersebut diperkukuhkan.
F
A
● Contoh peneguhan positif yang boleh dihapuskan ialah
sistem penilaian kedudukan pelajar dalam kelas mengikut B
keputusan peperiksaan. Pendedahan berkenaan
kedudukan mereka akan menyebabkan pelajar yang
tercorot berasa malu di dalam kelas tersebut. Manakala C
peneguhan negatif yang boleh dihapuskan ialah memberi
denda seperti merotan pelajar yang tidak menyiapkan kerja
sekolah atau pelajar yang gagal dalam peperiksaan. D
● Guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep
diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya E
mereka memperoleh ilmu dan kemahiran yang tepat.
F
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Rumusan Pengaplikasian Teori Skinner A
B
● Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu
mahir dalam mengawal psikologi pelajar-pelajar bagi
memastikan pelajar terus bersemangat untuk belajar. C
● Guru perlu berdedikasi dalam membantu para pelajar untuk
meningkatkan prestasi di dalam kelas. Kejayaan pelajar D
bergantung kepada kemahiran yang dimiliki oleh guru dalam
mengawal suasana pembelajaran di dalam kelas
E
● Guru perlu menekankan peneguhan positif kepada pelajar iaitu
dengan memberi ganjaran kepada pelajar secara berterusan
meningkatkan semangat dan keyakinan diri pelajar untuk terus F
belajar.
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
A
● Guru mesti teliti dalam ● Apabila pelajar tidak
pemberian denda kepada menyiapkan kerja rumah guru
pelajar supaya tidak tidak seharusnya memberikan B
mendatangkan kesan buruk denda dalam bentuk fizikal
dalam jangka masa yang seperti merotan kerana
panjang. Sebaliknya guru kesihatan pelajar akan berisiko C
perlu bijak dalam mengawal sebaliknya memberikan lebih
psikologi pelajar iaitu tidak banyak kerja rumah jika tidak
mendatangkan kesan buruk menyiapkannya. Ini akan D
kepada pelajar tetapi kerja menyebabkan pelajar khuatir
yang diberikan dapat jika kerja sekolahnya akan terus
disiapkan sepenuhnya. bertambah lantas E
menyiapkannya.
F
LATIHAN TEORI PELAZIMAN OPERAN
1) Siapakah tokoh yang menjalankan kajian dengan mengaitkan
bayi dan seekor tikus?
2) Bagi teori Thorndike, terdapat beberapa hukum yang digunakan
untuk pengajaran dan pembelajaran. Nyatakan.
3) Adakah peneguhan yang negatif yang digunakan oleh guru
semasa pengajaran dan pembelajaran boleh membawa kesan
kepada pelajar? Apakah pendapat anda?
Kesimpulan ☺ A
B
● Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia
dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membezakan
dan memisahkan antara pembelajaran dan tumbesaran C
kerana kedua-duanya saling berkait.
● Kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi kita kita dapat D
membuat pemerhatian terhadap tingkah laku manusia.
E
F
A
B
● Daripada tingkah laku inilah yang kita dapat membuat
kesimpulan tentang apa yang mereka sedang fikirkan.
C
● Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian daripada tokoh-tokoh
yang terkenal boleh dijadikan panduan oleh guru dan pihak
sekolah untuk merancang strategi meningkatkan
keberkesanan bagi mengatasi masalah tingkah laku pelajar D
dan meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran.
E
F
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
UJI MINDA ☺ A
1. Sejauh manakah teori behaviorisme ini boleh diaplikasikan
dalam sistem pendidikan di Malaysia? B
2. Adakah hukuman berbentuk denda kepada pelajar masih
lagi relevan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan C
pembelajaran pada hari ini?
3. Apakah cabaran dalam mengaplikasikan teori-teori in pada D
masa kini?
4. Apakah kelebihan mengaplikasikan kedua-dua teori dalam E
proses pengajaran dan pembelajaran?
5. Bagaimanakah teori-teori ini dapat melahirkan pelajar yang F
berpengetahuan untuk jangka masa akan datang kepada
pendidikan negara?
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Refleksi A
ate B
Siti Sumayya Binti Mohamed Mehboob (154148)
Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang
baharu. Tajuk yang kami dapat ialah behaviorisme dan aplikasinya. Melalui tajuk ini sendiri, C
telah banyak yang saya pelajari. Sepanjang tempoh menyiapkan e-book ini, saya telah
melakukan banyak kajian dengan lebih mendalam lagi untuk memahami serta mengkaji topik
ini dengan lebih lanjut untuk menghasilkan e-book yang padat dengan pengetahuan serta D
kreatif. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya, Nur Farhana kerana banyak
membantu serta berkersama dengan saya untuk menghasilkan e-book ini. Kami telah
berkerjasama dan mengagihkan tugas dengan adil supaya dapat menyiapkan kerja kursus E
sebelum tempoh yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr.
Bahar dan Dr. Shah atas tunjuk ajar dan komen-komen membina yang kami peroleh dalam
menyiapkan e-book ini.
F
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Refleksi A
ate B
Nur Farhana Binti Che Rahim (152006)
Sepanjang proses dalam menyiapkan tugasan ebook kami dengan tajuk yang dipersetujui oleh
pasangan kerja saya iaitu behaviorisme dan aplikasi saya telah mendapat pelbagai informasi C
dan maklumat yang lebih mendalam akan tajuk ini. Maklumat yang diperolehi ini amatlah
berguna bagi saya untuk penggunaannya di masa yang akan datang. Sepanjang menjalankan
tugasan ini juga, saya dapat bekerjasama dengan rakan kerja saya, yang sungguh hebat dan D
cemerlang dalam melaksanakan tugasan ini. Kami berdua bersungguh-sungguh dalam
menyiapkan tugasan ini agar dapat dihantar pada waktu yang ditetapkan. Terdapat beberapa
nilai-nilai yang telah saya dapat dalam menyiapkan tugasan ini iaitu menepati masa, dan E
bertanggujawab. Hal ini kerana saya perlu bertanggujawab dengan sepenuh hati dalam
menyiapkan bahagian saya supaya saya dapat memudahkan urusan rakan kerja saya.
Sesungguhnya, saya amat berterima kasih kepada pensyarah dan rakan kerana banyak
membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. F
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Biodata Penulis A
B
Siti Sumayya Binti Mohamed Mehboob (154148)
C
Penulis lahir di Georgetown, Pulau Pinang, tanggal
6 Januari 1998. Kini, penulis merupakan pelajar
tahun pertama kursus TESOL di Universiti Sains D
Malaysia.
E
F
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
Biodata Penulis A
B
Nur Farhana Binti Che Rahim (152006)
C
Penulis lahir di Pasir Puteh Kelantan, tanggal 24
November 2000. Kini, penulis merupakan pelajar
tahun pertama kursus TESOL di Universiti Sains D
Malaysia.
E
F
Sep
Sep Oct Nov Dec Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug
RUJUKAN ☺ A
B
● Elias R.M. (2007). Psikologi Pendidikan untuk
Perguruan. Karisma Publication Sdn.Bhd.
● Kamarudin Hj Husin (1993). Pedagogi 3 Penggunaan C
Psikologi dalam Bilik Darjah. Selangor Darul Ehsan :
Longman Malaysia Sdn.Bhd.
D
● Teori Pengajaran Tingkah Laku. Diperoleh semula
pada 29 Oktober 2014 daripada http://upsi-kpt4033-
s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkah laku E
F
Terima Kasih!
CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by
Flaticon, and infographics & images by Freepik