The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fairuz Sajidah, 2020-12-09 11:54:42

MENGAPA BANGAU KURUS

MENGAPA BANGAU KURUS

Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan
Aripin Said. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Pada suatu hari, Raja
Sulaiman memanggil semua
burung datang mengadap.
Semua jenis burung hadir.

“Beta ingin sampaikan berita
gembira. Hari ini genaplah
seratus purnama beta
memerintah. Oleh itu beta
ingin beri hadiah istimewa.

Kamu boleh minta apa sahaja.
Beta akan tunaikan permintaan
kamu,” titah Raja Sulaiman.
Semua burung berasa gembira.
Ada yang bersorak-sorak. Ada
yang melompat-lompat.

“Bolehkan patik mendapat bulu
yang cantik tuanku? Patik ingin jadi
burung paling cantik di dunia,” kata
merak.“Tentu boleh. Beta akan
tunaikan permintaan kamu itu,”
titah Raja Sulaiman sambil
tersenyum.

“Kamu pula hendak apa?” tanya
Raja Sulaiman kepada kelicap.
“Kalau boleh, patik ingin paruh yang
panjang,” kata kelicap.“Kenapa
minta paruh yang panjang?”
tanya Raja Sulaiman.

“Patik suka minum madu,
tuanku. Kalau paruh patik
panjang, senanglah hisap
madu bunga,” jawab kelicap.

“Baiklah, beta akan tunaikan
permintaan kamu itu, kelicap.
Beta akan beri kamu paruh
yang panjang,” jawab Raja
Sulaiman.

“Patik ingin sarang yang cantik,
tuanku,” kata tempua.
“Kalau begitu, beta akan beri kamu
kepandaian membuat sarang,” titah
baginda.

“Tuanku, tubuh patik ini kecil.
Kalau boleh patik mahu kepala
patik berwarna putih. Dari jauh lagi
sudah dapat dilihat,” pinta pipit.

“Perkara itu mudah sahaja. Akan
beta tunaikan,” titah Raja Sulaiman
lagi.Semua burung telah meminta
hajat mereka. Kini cuma tinggal
giliran bangau yang sombong.
“Pintalah segera wahai bangau. Beta
pasti tunaikan,” titah Raja Sulaiman.

“Baiklah tuanku. Patik mahu minta
makan tujuh hari sekali,” kata
bangau.“Apa? Boleh kamu
ulang?” soal Raja Sulaiman.
Baginda terkejut.“Patik mahu minta
makan tujuh hari sekali,” kata
bangau lagi.

Semua burung yang ada
terkejut. Mereka hairan dengan
permintaan itu. Raja Sulaiman
juga berasa ganjil.

Baginda suruh bangau ulangi
lagi permintaannya. Bangau
tetap berkata seperti itu juga.
Akhirnya Raja Sulaiman puas
hati. Baginda akan tunaikan
permintaan bangau itu.

Esoknya, bangau pergi ke tepi
tasik. Ia ingin mencari ikan.
Namun, seekor pun dia tidak
dapat. Pada hari ketujuh barulah
dia dapat seekor.

Kenapa aku susah hendak dapat
makanan? Bukankah aku minta
banyak makanan daripada
baginda? Bisik bangau dalam
hati.

Tiba-tiba bangau teringat
kembali kata-katanya
dahulu. Ia meminta makan
tujuh hari sekali. Bukan minta
makan tujuh kali sehari.

“Aku dah tersalah cakap.
Patutlah semua burung hairan.
Tak seekor pun tolong betulkan
cakap aku. Mungkin kerana aku
sombong. Aku menyesal,” kata
bangau sendirian.

Mulai hari itu bangau sukar dapat
ikan. Badannya semakin kurus. Ia
rasa sedih. Kadang-kadang ia
berdiri lama dalam air. Ia
termenung memikirkan nasibnya.
Itulah sebabnya badan bangau
kurus.

Pengajaran :

* Jangan bersikap sombong.
*Berfikir sebelum membuat keputusan.

*Terimalah takdir dengan redha.


Click to View FlipBook Version