PDPDT SESI 2 2021/2022
MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM
TAJUK : MEMPERJUANGKAN KESAMAAN
JANTINA DALAM PELBAGAI ASPEK
NAMA AHLI
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ISMAIL (17DIB21F1065)
MOHAMAD HAIKAL MUBIN BIN KAMAL EFFENDI (17DIB21F1071)
NUR FATIN FARZANA BINTI MOHD ASRI (17DIB21F1029)
NURINNA BINTI ZAHRUL NIZAM (17DIB21F103)
NAMA PENSYARAH
PUAN NOORWATI BINTI MOHD DAWAM
EN MOHD FARID BIN DAWAM
PENGENALAN
Pada zaman Jahiliyyah, kaum wanita tiada nilai kerana apabila
seorang ibu melahirkan anak perempuan maka akan dianggap
sebagai aib keluarga. Oleh itu, di zaman jahiliyyah, setiap ibu
bapa yang melahirkan anak perempuan akan membunuh
anaknya hidup – hidup. Pada ketika itu, golongan arab
jahiliyyah mementingkan kekuasaan dan kemuliaan kaum
lelaki dan menganggap bahawa hanya kaum lelaki sahaja
yang berhak mengetuai sesuatu puak yang memimpin puak-
puaknya. Setelah Islam datang keadaan berubah iaitu
perempuan yang tadinya dihina menjadi begitu sangat
dimuliakan, bahkan lebih tinggi darjatnya dari lelaki.
Kesamaan jantina merujuk Kamus Dewan Bahasa equality
bermaksud kesamaan atau kesamarataan. Ini merangkumi semua
konsep yang dimana semua manusia lelaki dan perempuan, bebas
membentuk keupayaan peribadi mereka dan membuat pilihan.
Setiap tingkah laku adalah keperluan yang berbeza antara lelaki
dan perempuan ditimbangkan, dinilai dan dihargai secara sama
rata.
Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain;
mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada
berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan
memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu
akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah ayat 71)
Dari ayat di atas, menunjukkan gambaran asas kedudukan
perempuan.Dengan ini menjadikan lelaki dan perempuan
sebagai dua gandingan yang bersepakat, saling melindungi
antara satu dengan yang lain, saling menolong dalam
memikul tanggungjawab yang besar dalam urusan
menunaikan konsep membuat kebaikan dan mencegah
kemungkaran.
Melalui kesamarataan jantina sering disalah erti di negara
kita . Ramai yang beranggapan bahawa wanita ingin
mengambil alih peranan lelaki . Melalui maksud kesamaan
jantina ini ialah untuk memberi peluang sama rata kepada
lelaki dan wanita untuk menjana sumber negara dari sudut
pandangan islam
1. Kesamaan dalam semua aspek muamalat
-Wanita sama macam lelaki dalam hukum muamalat . Wanita
berhak melakukan transaksi kewangan menggunakan harta
hak miliknya . Suami tiada hak untuk menghalang .
2. Kesamaan dalam aspek menuntut ilmu
-Islam sebagai agama yang adil memberikan hak dan
tanggungjawab kepada suami dan isteri . Selain itu, perlu
difahami bahawa kesertaan dari segi hak dan tanggungjawab
ini bukanlah keserataan mutlak dari sudut jenisnya . Suami
isteri memikul beban yang berbeza mengikut fitrah
penciptaannya .
3.Kesamaan dalam aspek kekeluargaan
-Islam memberikan hak yang sama kepada lelaki dan wanita
untuk menuntut ilmu bukan lagi rahsia . Dikalangan para sahabt
Nabi Muhammad sendiri ada wanita diiktiraf lebih berilmu dari
lelaki lain seperti ummul mukminin Saiditina Aishah R.A . Nabi
Muhammad juga menggalakkan umatnya agar menuntut ilmu
tidak mengikut jantina dan umur .
Cadangan penambahbaikan:
Kerajaan perlulah memberi peluang Dan ruang bagi para wanita
untuk menceburi apa-apa bidang agar wanita juga layak dan
berkemahiran melakukan pekerjaan-pekerjaan yang dikelolai
oleh golongan Adam seperti bidang automotif,perkimpalan dan
elektronik.
KESIMPULAN
Kesimpulannya , wanita tidak boleh melebihi kuasa
lelaki iaitu , wanita wanita tidak boleh menjadi
pemimpin dalam keluarga mahupun negara . Selain
itu , wanita boleh menceburi bidang yang lelaki buat.
Tetapi mestilah menjaga imej sebagai seorang wanita
muslim .
TERIMA KASIH