The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM GURU PENYAYANG DI BAWAH UNIT HEM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pnzarinajamal, 2020-03-30 10:19:33

LAPORAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2019

PROGRAM GURU PENYAYANG DI BAWAH UNIT HEM

Keywords: HEM

LAPORAN PROGRAM:
PELANCARAN PROGRAM

JOM KE SEKOLAH

2019

ANJURAN:
UNIT BINA INSAN

DENGAN KERJASAMA
POLIS DIRAJA MALAYSIA

24 FEBUARI 2019

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan 3
3
2 Latar Belakang 4
4
3. Pencapaian Aktiviti 4

4. Kekuatan / Kelemahan

5. Penutup

Lampiran
Pamplet Program
9. Surat Jemputan
Contoh Sijil Penghargaan
Gambar Sepanjang Aktiviti

LAPORAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2019

1.0 Pengenalan

Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani
permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan
sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

2.0 Latar Belakang

Pelaksanaan program Jom ke Sekolah oleh KPM dan PDRM ini adalah amat bertepatan
dengan usaha KPM yang baru dilaksanakan, iaitu Program Ziarah Cakna. Program Jom ke
Sekolah pada tahun ini akan melibatkan pelbagai pihak dalam usaha menggalakkan
agensi kerajaan dan bukan kerajaan ke sekolah bagi menyokong hasrat KPM dari aspek
kemenjadian murid. Komitmen antara KPM dan PDRM membuktikan keberkesanan kedua-
dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam
kalangan murid.

Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam
kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan
Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program Jom ke Sekolah pada awal tahun
persekolahan ini diharapkan akan dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri
murid yang lebih positif.

.

3.0 Pencapaian Aktiviti
Program ini dilancarkan pada 24 Febuari 2019 semasa waktu perhimpunan rasmi
sekolah. Pihak sekolah telah menjemput Koperal Hanafi Bin Hussain, Pegawai
Perhubungan Sekolah Kebangsaan Kayu Ara Pasong dari JPJKK IPD Pontian bagi
merasmikan majlis dan seterusmya merasmikan papan kenyataan PPS Sekolah.

Majlis dimulakan pada pukul 7.30 pagi denga kehadiran semua guru dan murid
sekolah. Turut sama diselitkan penyerahan sijil penghargaan kepada kelas yang
mencapai kehadiran melebihi 90% pada bulan Januari.

Kelas yang mencapai kehadiran melebihi 90% adalah kelas 1 Bunga Raya, 1
Bunga Mawar, 2 Bunga Raya, 3 Bunga Raya, 3 Bunga Mawar, 4 Bunga Raya, 5
Bunga Mawar dan 6 Bunga Raya. Di harapkan akan kelas yang akan dapat
meningkatkan lagi kehadiran pada bulan hadapan.

4.0 Kekuatan / Kelemahan
Program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Persediaan lebih awal terutamanya bahagian teknikal kerana kehadiran tetamu
daripada unit beruniform menepati masa yang dinyatakan pada surat jemputan.

5.0 Penutup
Pihak Sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak JPJKK IPD Pontian
atas kerjasama dan sokongan padu bagi menjayakan Program Jom Ke Sekolah.

DISEDIAKAN OLEH; DISAHKAN OLEH;

(ZARINA BT JAMAL ) ( NOROLNISA BINTI PONIRAN )
Penyelaras Guru Penyayang Guru Penolong Kanan Hem
SK Kayu Ara Pasong SK Kayu Ara Pasong.

Gambar Sepanjang Aktiviti
Ucapan Cg Aziman b. Abd. Wahid

Ucapan Koperal Hanafi B. Hussain
( Caw JPJKK IPD PONTIAN )

Papan Kenyataan Perhubungan Sekolah

Gimik Pelancaran Jom Ke Sekolah

Sijil Kehadiran melebihi 96%

Murid SKKAP 2019


Click to View FlipBook Version