1.0 REFLEKSI MASALAH P&P YANG LALU
Permasalahan yang sering timbul apabila mendapat Skrip peperiksaan para pelajar,
saya mendapati para pelajar amat lemah dalam menjawab Bahagian c Kertas II
Matapelajaran Perniagaan iaitu di bahagian Kajian Kes. Bahagian Kajian Kes merupakan
soalan wajib dijawab oleh semua pelajar dan merupakan bahagian yang mempunyai markah
yang besar iaitu 20 Markah. Malah ada terdapat pelajar yang tidak menjawab langsung
di bahagian ini kerana malas untuk membaca kes yang terlibat serta tidak memahami apa
yang diceritakan dalam kajian kes tersebut. Saya mendapati para pelajar ini seakan bosan
untuk menghabiskan penceritaan kes tersebut terutamanya bagi para pelajar yang lemah
dalam 3M dan dengan jalan yang ringkas mereka tidak menjawab soalan tersebut.
Saya mendapati para pelajar ini kurang kefahaman dalam menguasai fakta-fakta
serta konsep-konsep penting dalam subjek Perniagaan dan menyebabkan mereka tidak
memberikan tumpuan serta bercakap sesama sendiri. Berdasarkan refleksi tentang amalan
P&P yang lalu saya mengaitkan kelemahan para pelajar saya mungkin kerana kurangnya dari
segi BBM, hubungan guru dengan pelajar serta belajar pelajar saya.
Strategi yang harus diberikan penekanan agar pelajar menjawab bahagian ini ialah
dengan membuat strategi untuk menjawab soalan bahagian ini seumpama menjawab soalan
Bahasa Melayu Pemahaman. Kelemahan yang ketara ialah bahagian Kajian Kes ini mencampur
adukkan topik-topik dalam satu soalan menyebabkan hanya sebahagian sahaja yang dijawab
oleh para pelajar. Melalui latihan secara intensif serta teknik sumbangsaran dengan guru
serta rakan-rakan memberikan semangat yang baru kepada para pelajar terutamanya dalam
menghadapi Peperiksaan SPM yang bakal ditempohi.
1
2.0 ISU KEPRIHATINAN
Semasa menjalankan aktiviti latihan di dalam kelas, saya mendapati 40% pelajar
tidak dapat menjawab soalan yang telah diberikan. Apabila diajukan soalan kebanyakan
pelajar tidak dapat mengingati fakta-fakta yang lepas termasuklah konsep-konsep yang
sepatutnya dikuasai oleh para pelajar. Situasi ini juga berlaku kerana para pelajar tidak
dapat menguasai istilah-istilah dalam perniagaan contohnya Syer pasaran, dividen, trend
dan banyak lagi.
Kebanyakan para pelajar juga menyalin semula jawapan yang berada dalam kajian
kes serta tidak mengaitkan jawapan dengan kes yang dibincangkan. Contohnya dalam
soalan kajian kes mengenai En. Abu yang mempunyai premis perniagaan, dan soalan
bertanyakan mengenai En. Abu tetapi para pelajar memberikan jawapan yang umum tanpa
mengaitkan dengan En. Abu. Keadaan ini menyebabkan markah akan berkurangan dan
menjejaskan markah keseluruhan Kertas II.
Senario ini memberikan dorongan kepada saya khususnya sebagai guru Perniagaan
untuk melaksanakan kajian bagi memudahkan para pelajar saya menguasai dan memahami
istilah-istilah dalam Mata pelajaran Perniagaan.
2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini diharapkan agar dapat menghasilkan pelajar/ responden:
1.0 Objektif Umum
Meningkatkan prestasi mengingat fakta dengan menguasai istilah-istilah
dalam perniagaan serta 100% pelajar menjawab Bahagian Kajian Kes
2.0 Objektif Khusus
Pelajar dapat menguasai istilah-istilah dalam perniagaan serta konsep-konsep
penting
Pelajar tidak lagi beranggapan bahawa Bahagian Kajian Kes ini adalah sukar
dan membosankan
Peratus para pelajar mendapat A meningkat dan peratus gagal berkurangan
seterusnya mendapat kelulusan 100%
Mempunyai teknik yang betul dalam menjawab soalan Bahagian Kajian Kes
Mempunyai kesedaran bahawa Bahagian C: Kajian Kes membantu Kertas II
Matapelajaran Perniagaan.
3.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kajian ini ialah seramai 38 orang yang merangkumi 1 kelas
utama tingkatan empat 4 perniagaan.
3
4.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Tindakan / Aktiviti yang dicadangkan ialah; saya akan menjalankan aktiviti-aktiviti
berikut bagi membantu murid menguasai kemahiran mengingat fakta serta menjawab
Bahagian Kajian Kes:
i. Tinjauan masalah- bertujuan memahami masalah dengan lebih mendalam
ii. Melaksanakan latihan secara intensif soalan-soalan kajian kes
iii. Menjawab soalan-soalan kajian kes dari soalan-soalan SPM yang lepas
iv. Menyenaraikan istilah-istilah yang sukar diingati contohnya seperti
overdraf,dividen ,syer pasaran dan sebagainya
v. Penerangan kaedah-kaedah mengingat fakta contohnya dengan menggunakan
kata kunci yang sesuai untuk sesuatu fakta. (Kehendak...hendak,
Pengeluaran....proses, Pengkhususan...Khusus)
vi. Mengadakan ujian Pra Pemahaman
vii. Mengadakan sesi sumbangsaran dengan guru serta rakan-rakan dalam latihan
menjawab soalan
4
SESI SUMBANGSARAN BERSAMA RAKAN
5
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN
1. Mengenalpasti masalah Minggu 1 (Februari)
2. Menulis proposal kajian Minggu 2 (Februari)
3. Merancang Tindakan Minggu 3 (Februari)
4. Melaksanakan Aktiviti (ii) Minggu 4 (Februari) Melakukan latihan
Dan Ujian Mac dan Minggu 1 (Mac) sekurang-kurangnya 4
soalan dalam satu minggu
5. Membincangkan Masalah dalam Minggu 2 (Mac) Teknik Sumbangsaran
Aktiviti (ii) dan guru menunjukkan
teknik yang betul dalam
menjawab Kajian Kes
6. Melaksanakan Aktiviti (iii) Minggu 3 (Mac) dan Melakukan latihan
Minggu 4 (Mac) sekurang-kurangnya 4
soalan dalam satu minggu
7. Membincangkan Masalah dalam Minggu 1 (April) Teknik Sumbangsaran
Aktiviti (iii) dan guru menunjukkan
teknik yang betul dalam
menjawab Kajian Kes
8. Melaksanakan Aktiviti (iv) April - Mei Menyenaraikan semua
istilah-istilah yang sukar
untuk difahami
9. Ujian Mengesan Pencapaian Jun
Pelajar
10. Refleksi Kajian Julai
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
11. Menulis Laporan Kajian September
Kajian tindakan yang akan dijalankan ini diharapkan menjadi satu wadah baru serta
menjadi garis panduan untuk menuju Kecemerlangan serta Pemantapan Mata pelajaran Perniagaan
terutamanya dalam menguasai Bahagian C: Kajian Kes. Semoga ia akan lebih memotivasikan guru
serta pelajar dengan mengesan cabaran dalam mencemerlangkan pelajar dengan menjadikan ia
sebagai peluang.
6