The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azwien82, 2021-06-28 02:32:35

INFO DARVIH

DARVIH

DARVIH SAYA BENCI DADAH
D - DADAH
Dadah merupakan sejenis bahan yang

merbahaya dan mendatangkan kemudaratan

kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal,

mental, emosi serta tingkahlaku pengguna

seperti ketagihan dan terus bergantung hidup

kepadanya. A - ALKOHOL

Alkohol sinonim dengan arak atau
minuman keras yang boleh
memperlahankan fungsi sistem saraf
pusat dan gangguan tingkahlaku yang
tidak stabil seperti mabuk, kemurungan,
agresif dan bercelaru.

R - ROKOK

Rokok adalah silinder dari kertas
yang mengandungi bahan busa
serabut sintetik dannikotin yang
boleh mengakibatkan serangan
jantung dan kanser paru-paru.

V - VAPE

Vape atau rokok elektrik adalah
salah satu jenis dari penghantar
nikotin elektronik. Rokok elektrik
dirancang untuk membantu
pecandu rokok tembakau mulai
berhenti merokok. Pengguna
menghisap zat kimia ini terus dari
corongnya.

I - INHALAN

Inhalan merupakan bahan kimia
psikoaktif yang terhasil daripada
pelarut organik, aerosol, pelekat
deodoran, pemetik api, cat yang boleh
menyebabkan kematian sel otak dan
cacat akal.

H - HIV

Hiv merupakan virus yang
menyebabkan kegagalan sistem
imun tubuh ataupun kebolehan
semulajadi tubuh untuk melawan
penyakit.

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMKTD

KESAN
PENYALAHGUNAAN

DADAH

DIRI SENDIRI, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA

TERHADAP DIRI SENDIRI

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu
sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat
umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih
dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab
kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih
menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam
khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan,
berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut

dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang
berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan

ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi,
mandul dan sebagainya.

TERHADAP KELUARGA

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan
tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh

menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa
menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak
untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak

yang telah terlibat dengan dadah telah musnah.
Rumah tangga akan menjadi porak peranda.
Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga
mungkin berlaku.

TERHADAP MASYARAKAT

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya
kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –

penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada
banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu
menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-
undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh
terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan

perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh
terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

TERHADAP NEGARA

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos
yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang
melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung

oleh negara atau masyarakat, dari segi kos
nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK TAMAN DESA


Click to View FlipBook Version